Sunday, January 30, 2011

Realitinya... Jom rempit! Baik punya cilok !...

   Pada suatu hari sedang aku drive dekat kawasan sekolah, aku nampak budak-budak bawak motor bersaing-saing... aku nak potong dia tak bagi...lepas tu ada yang buat begini...




Ada suatu hari pula aku nampak mat motor..begini pula gayanya...


Kat jalanraya ada pula yang begini... terkejut aku dibuatnya...
Bila malam takut nak keluar jumpa yang begini...(ramai...)

Dalam berita/ suratkhabar /internet  pula aku tengok ni...


lepas tu aku jumpa data  ni...(klik untuk besarkan)


Sampai bila nak macam ni... berapa ramai lagi yang akan hilang nyawanya di tengah jalan...
Rasa geram & marah dengan ragam mereka...
Rasa sayu di hati bila ingatkan mak dan ayah mereka...

Mak dah pesan...




Jadi apa  lagi nak ku pesan...? Lu fikirlah sendiri ....




Friday, January 28, 2011

Pandanglah... lihatlah... (jangan tiru macam saya.....)

Anda mungkin pernah melalui pengalaman sebegini....

1.)Kamu ke pasaraya atau ke mana-mana, di situ ada seorang perempuan cantik/ lawa (make up je tu sebenarnya!) atau berpakaian seksi... lantas si dia (suami/teman kamu) terpandang sekali, lepas tu pandang lagi dan lagi... sampai tak sedar yang kamu sedang perhati..sakitnya rasa hati. Kadang-kadang kerana sebab begini boleh buat kita gaduh.

 Siapa yang harus dipersalahkan? Perempuam tu yang memang nak suruh orang tengok atau teman kita yang gatal suka tengok?

Thursday, January 27, 2011

Sertai cabaran tonton dan menang NuffNang segera !

Sertailah peraduan tonton dan menang,sempena ebook panduan teknik 
rahsia nuffnang yg akan dilancarkan oleh amirul hafiz tak lama lagi 

Peraduan  ini berlangsung selama 30 hari bermula pada 19/1/2011 dan  berakhir pada 19.2.2011 (Tarikh pelancaran RahsiaNuffnang.Com)


Nak sertai klik kat sini :  http://bit.ly/gK0wgP

hadiah untuk 3 yang bertuah

Tempat Pertama : RM50 + Ebook Teknik Rahsia Nuffnang (RM40)
Tempat Kedua : RM30 + Ebook Teknik Rahsia Nuffnang (RM40) 
Tempat Ketiga : RM20 + Ebook Teknik Rahsia Nuffnang (RM40)



Komen yang paling kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang...
Pemenang akan dihubungi terus melalui Email atau Facebook :D
selamat menonton..

Wednesday, January 26, 2011

MANUSIA SUKA HANTU?

    Macam pelik je bunyinya tajuk ni.Dah lama sebenarnya aku terfikir pasal ni.  Siapa di antara kamu yang pernah melihat atau bertembung sendiri dengan hantu, apa kamu rasa masa tu...? Mesti kecut perut kan? Takut...
Tapi zaman sekrang ni  semakin banyak pula cerita-cerita dan filem kisah hantu ni, kat tv ke, kat panggung ke... Dan yang menariknya, ia mendapat sambutan hangat, ramai yang suka menontonnya. Best dapat tengok...

Tuesday, January 25, 2011

WARNA UNTUK KESIHATAN?

Nak tahu tentang pengaruh warna pada kesihatan kita? Sila baca :

Merah
  Warna merah dikatakan dapat membantu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan meletakkan sehelai tuala merah yang dilembapkan di atas mata . Ini kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenal.
  Warna merah tidak boleh digunakan secara keterlaluan kerana ia merangsangkan  sistem badan dengan terlalu kuat dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya.  

Biru
   Warna biru pula adalah untuk meredakan tekanan. Cuba fokuskan pada sesuatu yang berwarna biru, ianya meransang suasana tenang dan mengurangkan tekanan darah.Sekiranya anda stress ketika mengadap komputer, cuba tukarkan screen saver kepada warna ini untuk mengurangkan ketegangan. Biru adalah warna yang melegakan, tenang dan damai kepada sistem badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda.

Monday, January 24, 2011

UCAP SALAM,.. RINGKAS DLM SMS AS'KUM, A'KUM ..? ....

"Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, 'Salam!' Dia berkata, 'Salam'" (11:69).
 Memang seperti kata Ustaz Zawawi Yusof sepatutnya ucap salam penuh seperti yang disebutkan. ASSALAMUALAIKUM Apa yang nak dibicarakan di sini adalah kenapa ucapan 'salam' itu disalahertikan sebagai selamat tinggal,padahal itu utk keadaan dan dlm ayat tu sahaja.Ini kerana Salam bermaksud "sejahtera" atau "kesejahteraan" 

Mengenai tulisan ringkas dlam sms pula, akum, as'kum dsbnya sudah tentulah maksudnya sama seperti ringkasan perkataan lain spt, sbb, utk dsbgnya. Apa yg penting adalah maksud initpati . Islam adlh agama yg memudahkan, Maqasid Shariah(objektif) itu yg penting.

(Ini tidak termasuk dalam penulisan, buku, dan sebagainya itu kena tulis penuh, yg di sini psl dlm sms handphone jer)
Berikut adalah apa yg ustaz Zaharudin komen ttg ringkasan salam di  :
 http://pakarhowto.com/info-berguna/hukum-tulis-lafaz-salam-akum-askum.html
..
 Di bawah ni adalah apa yang di heboh2kan :
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Gunakanlah,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH..
 Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”  Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Jawab salam yang betul  dan jelas ;
 “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya  ;“WAALAI KUM SALAM”

   Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
    
   Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
     Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

   Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

 Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya. Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

P/s : sebenarnya artikel di atas telah di copy paste byk kali dan sy tdk tahu sumber asalnya....   .

So, seperti kata ustaz Zaharuddin dr buang masa heboh pasal yg kat atas ni, baik gi lepak kat
http://zaharuddin.net/ banyak ilmu boleh dapat kat situ...

(terima kasih kepada ARC yang memberi komen)

Sunday, January 23, 2011

KENAPA PERLU SEKSI

berpakaian seksi dan ketat ada kelas?

   Kamu rasa kamu seksi? Aku di sini bukan mahu mengajak kamu jadi lebih seksi tetapi igin mengupas persoalan kenapa seseorang itu suka berpakaian seksi.

    Mungkin di antara sebabnya adalah kerana suka menjadi perhatian orang  dan bangga bila orang tengok dan puji.Tapi apa faedahnya? Hati terasa puas? Lagi?  (Lainlah kalau si isteri  pakai begitu hanya untuk si suami sahaja, memang disarankan pun)

     Semakin ramai anak melayu kita yang rupa dah tak seperti melayu lagi, sebijik macam orang barat.Dedah bahagian badan di sana sini tak tahulah kerana nak tayang kulit yang cantik gebu. Atau kerana itulah trend terkini... kalau tak dikatakan ketinggalan zaman? Tapi apa agama dan pegangan hidup kita? Adakah kita

AWAS TAKTIK TERBARU SAMSENG


      Kepada semua wanita yang pergi ke tempat kerja, sekolah, kolej atau kemana-mana seorang diri... berhati-hati  jika terjumpa kanak-kanak yang menangis di jalan dan menunjukkan anda alamat tempat kediamannya dan meminta anda  menghantarnya ke alamat tersebut. 


    Tolong bawa kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran, tidak kira apa pun yang terjadi,jangan sesekali pergi ke alamat tersebut... ini adalah taktik terbaru satu kumpulan yang ingin merompak, menculik dan merogol. Tolong forward mesej ini kepada kawan-kawan, keluarga dan orang tersayang. 
(Fr : ASP SUMAN D-9- Bukit Aman)

Wednesday, January 19, 2011

SIHIR gambar di Facebook dan STRATEGI SYAITAN

   Pernah dulu kecoh isu tentang gambar di faceboook yang digunakan untuk sihir... apalagi adik aku pun masa tu terjah aku supaya padam gambar-gambar aku yang yang letak kat dalam tu, kawan-kawan dia pun ramai yang dah buang..( check sini :http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/gambar-di-laman-sosial ) 

   Mungkin bagi kamu yang tidak pernah melalui sendiri benda-benda sebegini susah nak percaya dan tak ambil peduli. Lain pula aku yang pernah terkena. Ustaz-ustaz kat tv pun ada bagitau, pada masa kini ramai manusia yang bersubahat dengan jin dan syaitan dan mengamalkan ilmu sesat, jadi hati-hatilah
   
   Jangan letak gambar yang sebarangan di facebook seperti gambar dalam rumah, kat bilik tidur, pakaian tidak tutup aurat... Kamu mungkin fikir bila dah setting untuk friend view only orang lain tak boleh bukak, boleh la... ada cara diaorang buat. Senang-senang saja nanti gambar kamu di copy paste. (Aku pun hairan

KENAPA ORANG SUKA SANGAT FACEBOOK

tahukah kamu sebab-sebab  kenapa orang suka berfacebook? Kamu sendiri mungkin salah seorang darinya :-

1)-kerana kawan ajak join, ramai kawan yang masuk kat situ, kalau tak join nanti ketinggalan dan kawan asyik suruh buat facebook selagi tak buat, selagi itulah bila jumpa kawan asyik tanya je bila nak bukak..

2)-kerana ingin mencari kawan-kawan lama yang dah lost contact, tak tau nak cari dimana, dengar-dengar cerita sekarang ni hampir setiap orang ada facebook sendiri. So, cubalah cari melalui facebook, jumpa pulak

Tuesday, January 18, 2011

BETUL KE MUDAH BUAT DUIT DI INTERNET??!!!

Pernah  tak kamu tengok iklan ini di facebook, ada  seseorang yang suka tag nama orang dan letak gambar-gambar ni..

lepas tu dia di bagi ayat-ayat power ni...
AKULAH PENGGUNA FACEBOOK BERBAYAR!! HARI2 DPT RM300-RM1000!!! MMG BESH...NK TAW LBIH LNJUT...?? SILA MSG TO MY INBOX...

HASIL DARI LOGIN FACEBOOK!!! JANA RM100-RM1000 HARI2!! MASYUKKKKKK~ DUDUK DPN LAPTOP PON BOLEH DPT DUIT!! KERJA LEBIH MUDAH INCOME LEBIH MASYUKKKKK!!~ BERMINAT BOLEH MSG KE INBOX SY

JOm...JOM... Berminat..???? tak salah mencuba...!!!! ketahuilah rahsia buat duit RM100-RM1000 sehari dgn login FACEBOOK..... sila msg to my inbox.... yg tak berminat sila ABAIKAN.....!!!!

FaCeBoOk FoR CaSh!! JaNa RM100-RM1000 SeHaRi!! HaNyA DeNgAn LoGiN FaCeBoOk ShJ!! InCoMe HaRi2..
BuKaN SeBuLaN SeKaLi!! AyUh KaWaN2 KiTa BuAt DuIt DeNgAn FaCeBoOk!! DaRi KiTa LoGiN FaCeBoOk TaK DpT ApA2 JoM IkUt SaYa BuAt DuIt!! BeRmInAt SiLa MsG Ke InBoX SaYa.. ShArInG Is CaRiNG.. =)

Monday, January 17, 2011

PERLUKAH UCAP SAYANG


'"Saya sayang awak"

Siapakah antara kamu yang selalu melafazkan perkataan keramat ni... tak kiralah pada siapa kamu ucapkannya yang pentingnya ia ikhlas dari hati bukan hanya dibibir saja.. sebab ada sesetengah orang semua orang pun dia panggil sayang. Ada aku pergi kat kedai akak jual baju tu, dia tanya aku " Sayang, awak nak beli apa?" Ha? Rupanya, semua orang dia panggil sayang ...

kamu mesti suka bila ada seseorang yang mengucapkannya pada kamu, yelah bila kamu saja yang mengucapkannya pada yang tersayang, nak juga kamu mendengar ucapan itu keluar dari bibirnya..Dr Fazhilah Kamsah pun menyarankan supaya kita mengucapkan sayang atau 'i love u' sekurang-kurangnya 10 kali sehari kepada pasangan...

perkataan sayang ini biasa diucapkan pada pasangan yang sedang hangat bercinta, semasa sebelum kahwin selalu saja ucapkan sayang, apalagi bila berjauhan dan jarang bersua, rasa rindu dan sering teringat pada si dia, walau jauh dari pandangan mata tetapi terasa dekat di hati... 
tapi apabila sudah lama kahwin, jarang atau susah pula nak mengucapkannya... kenapa ye? Adakah kerana sudah jemu, kerana asyik tengok muka yang sama hari-hari... kasih tak sehangat dulu... hai, janganlah buat begitu pada pasangan kamu kerana kata-kata keramat ini amat perlu untuk menceriakan hari-hari yang meletihkan... ia boleh melembutkan hati yang sedang gundah, marah dan  rasa tak dihargai... apalagi jika time merajuk dan terasa berjauh hati..




pernah tak kamu meragui kesetiaan pasangan, terdetik di hati  'adakah si dia sayangkan aku atau tidak?', bila kamu tanya si dia, dia pula menjawab " kenapa pula tak..?". jawapan yang buat kamu rasa bengang, kenapa susah sangat ke nak cakap "saya sayang awak..." kadang-kadang kita rasa rindu untuk mendengarnya... rasa sepi bila lama tak dengar dan mengimbau kembali detik-detik manis bercinta dulu..

jadi cubalah fikir dan lihat diri anda adakah kamu ucapkan sayang pada hari ini pada si dia ,  Adakah kamu rasa sayang kamu pada si dia makin bertambah atau berkurang pada hari ini.. Orang mengatakan bahawa kasih sayang pun ada pasang surutnya... Diharap semakin bertambahlah perasaan sayang  bila sudah lama hidup bersama. Kalau segan nak ucapkan kerana tidak biasa, cubalah hantar mesej  atau buat kejutan dengan membeli kad, pasti berbunga-bunga hati si dia..Mungkin kamu tak sedar bahawa selama ini pasangan kamu amat mengharapkan itu... dia pasti cemburu giler bila melihat pasangan lain yang romantik atau cerita-cerita romantik yang ditayangkan di tv.

kasih dan sayang perlu di pupuk dan dibajai selalu selagi masih ada hayat di kandung badan.. jika kamu tidak melafazkannya mungkin dia tidak tahu, apalagi bila masing2 sibuk dengan urusan sendiri... lafazkanlah dengan dengan seikhlas dan sejujur hatimu.. semoga dia pun begitu, menyayangimu hingga hujung waktu..

cuba sebut ayat ni (dengan maksud):
"Sayang... sayang.... Sayang, saayaaang sayang. Sayang, sayang sayang? Sayang, sayang sayang.."
( Awak... awak... Saya saayaang awak. Awak sayang saya? Saya sayang awak.)