Tuesday, January 18, 2011

BETUL KE MUDAH BUAT DUIT DI INTERNET??!!!

Pernah  tak kamu tengok iklan ini di facebook, ada  seseorang yang suka tag nama orang dan letak gambar-gambar ni..

lepas tu dia di bagi ayat-ayat power ni...
AKULAH PENGGUNA FACEBOOK BERBAYAR!! HARI2 DPT RM300-RM1000!!! MMG BESH...NK TAW LBIH LNJUT...?? SILA MSG TO MY INBOX...

HASIL DARI LOGIN FACEBOOK!!! JANA RM100-RM1000 HARI2!! MASYUKKKKKK~ DUDUK DPN LAPTOP PON BOLEH DPT DUIT!! KERJA LEBIH MUDAH INCOME LEBIH MASYUKKKKK!!~ BERMINAT BOLEH MSG KE INBOX SY

JOm...JOM... Berminat..???? tak salah mencuba...!!!! ketahuilah rahsia buat duit RM100-RM1000 sehari dgn login FACEBOOK..... sila msg to my inbox.... yg tak berminat sila ABAIKAN.....!!!!

FaCeBoOk FoR CaSh!! JaNa RM100-RM1000 SeHaRi!! HaNyA DeNgAn LoGiN FaCeBoOk ShJ!! InCoMe HaRi2..
BuKaN SeBuLaN SeKaLi!! AyUh KaWaN2 KiTa BuAt DuIt DeNgAn FaCeBoOk!! DaRi KiTa LoGiN FaCeBoOk TaK DpT ApA2 JoM IkUt SaYa BuAt DuIt!! BeRmInAt SiLa MsG Ke InBoX SaYa.. ShArInG Is CaRiNG.. =)



Lepas tu ada pula gambar ini...
PESERTA2 FACEBOOK YANG BERJAYA BUAT DUIT DENGAN LOGIN FACEBOOK!!.

Bila tengok facebook dia tu ada berpuluh orang sehari yang add dia kerana berminat nak join, bila sudah inbox, dia akan beritahu cara-cara untuk join,

Mula-mula kena bank-in duit sebanyak rm100.00. Tetapi ababila duit sudah di bank-in dan link yang dia bagi kat kita dibuka ia tidak aktif kerana bayaran belum dibuat, bila ditanya kenapa belum aktif padahal bukti pembayaran dan maklumat telah pun diberi, alasannya sibuk...
Tiba-tiba pula dia hilang dari senarai  friend kat facebook kita. Bila cari nama dia dah tak ada...
Itulah antara kisah benar yang berlaku pada seorang kawan ni, mungkin ramai lagi yang terkena tapi malu untuk bagitau sesiapa...

Akhir-akhir ini memang isu mudah buat duit di internet begitu hangat, ia antara point yang suka di cari, dimana-mana pun ada iklan dan bermacam-macam jenis pula. Mula-mula aku pun berminat, aku pernah cuba beli e-book teknik mudah buat duit di internet, tapi bila dapat ia tidak semudah seperti yang digembar-gemburkan, iklan saja yang lebih. Mungkin orang lain lebih bernasib baik dari aku, itu rezeki dia.
Sebenarnya tak ada yang mudah dalam hidup ini, kalau nak duit, kita kena usaha (tapi jangan la dengan usaha menipu orang), mana ada duduk goyang kaki dapat duit kat internet. Kena mengadap komputer tu, sampai sakit mata asyik tengok skrin  tu lama-lama tau... Pening pun ada, kerana banyak sangat tengok...


Duit, duit... di mana kau duit?... duit, duit... hutang ku membukit... he he... ingat pulak lagu ni..







3 comments:

  1. btol tu..bnyk btol perniagaan internet skrg..kadang2 tak tau dari mane boleh tiba2 duit tu berganda...lagi tak best ada mmbr yg asyik duk post dekat facebook suruh join benda2 mcm ni...menyemak je...haha

    ReplyDelete
  2. Terbaru! setelah hal ini aku poskan kat sini, tiba2 org yg ajak join buat duit tu bgtau dia pergi holiday (dekat seminggu hilang), dia add balik dlm facebook tp dgn nama lain... Dan account br sj diaktifkan (ari tu janji aktif dlm 24jam) Aku konfius! konfius! Apakehal??

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Maaf laah. Sedih dgn kejadian tak diingini..semoga alternatif yg kami juga ingin mengatasi kemelut kewangan ..gst bayaran ptpn htang..hubungi kak Nnoor hanya dgn 30/ kami da anak beranak...InSha Allah..daftar percuma..

    ReplyDelete