Wednesday, January 19, 2011

KENAPA ORANG SUKA SANGAT FACEBOOK

tahukah kamu sebab-sebab  kenapa orang suka berfacebook? Kamu sendiri mungkin salah seorang darinya :-

1)-kerana kawan ajak join, ramai kawan yang masuk kat situ, kalau tak join nanti ketinggalan dan kawan asyik suruh buat facebook selagi tak buat, selagi itulah bila jumpa kawan asyik tanya je bila nak bukak..

2)-kerana ingin mencari kawan-kawan lama yang dah lost contact, tak tau nak cari dimana, dengar-dengar cerita sekarang ni hampir setiap orang ada facebook sendiri. So, cubalah cari melalui facebook, jumpa pulak
tu...sukanya hati.. jangan cari kekasih lama dah la, kan ribut jadinya...


3)-kerana ingin tambah kenalan, tambah kawan. Boleh dapat awek baru, ada yang jumpa pakwe melalui facebook tapi awas betul-betul ke maklumat dan gambar yang diaorang letak tu, jangan-jangan tipu tak, muka tak handsome letak muka orang lain, he he

4)-kerana ada sesuatu yang menarik yang hendak kamu kongsikan dengan rakan-rakan, tak kiralah isu semasa ke, berita sensasi ke..so share saja... Kamu juga igin tahu apa yang sedang hangat diperkatakan kawan-kawan.

5)-kerana ingin lariskan jualan atau kembangkan sesuatu perniagaan. Boleh dapat ramai customer melalui facebook dan jana pendapatan. Atau pada yang memiliki laman web sendiri, diaorang buat page sendiri dan dapat ramai peminat seperti artis la.. dan ramai pula yang suka join dan ramailah pengikutnya..

6)-kerana suka tayang gambar-gambar kamu yang kamu rasakan cun , cantik atau handsome pasti teruja orang lain melihatnya (jangan marah no) ataupun sebab kawan-kawan yang nak tengok sangat gambar-gambar kamu yang terkini..
7)-kerana dah jadikan facebook seperti diari jugak la, apa-apa aktiviti atau gambar akan kamu upload dari masa ke semasa kat situ.. apa kamu buat hari ini, pergi mana, masak apa, makan apa.. macam-macam lagi la..siap dengan gambar perjalanan hidup pun ada..

8)-kerana suka tengok dan intai apa kawan-kawan kamu buat, cakap pasal apa, lihat-lihat dan tilik gambar diaorang (diorang bukan tahu pun yang kamu tengok).Padahal kamu sendiri tak join pun apa yang dibincangkan mereka cuma tinjau-tinjau saja, nak letak gambar sendiri pun malu..

9)-kerana banyak sangat masa free tak ? Banyak masa dihabiskan kat depan komputer...

10)Ataupun kamu jenis yang suka menghabiskan masa di laman facebook padahal sampai tergendala kerja-kerja lain yang lebih penting sebenarnya tapi tidak kamu sedari..



...aku pun ada dalam senarai di atas, ada la, hu hu......


http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=KAYMAMA

2 comments:

  1. Salam Sejahtera..Saya amat menyokong tentang penggemar FB.Ada bini pun ditinggalkan,ada suami pun ditinggalkan.Hal rumahtangga pun abis semua orang tahu.Hal dalaman lelaki wanita pun,disebarkan.Kononnya,berpemikiran open.Bila ditegur,kita yang kena caci.Entahla..Anyway,nice blog,i suka membacanya.Keep on blogging.Ada masa,follow my blog pula ya,Kaymama..

    ReplyDelete
  2. nice sharing!
    sy guna FB sbb faktor 1 & 2 :)

    ReplyDelete