Wednesday, January 26, 2011

MANUSIA SUKA HANTU?

    Macam pelik je bunyinya tajuk ni. Dah lama sebenarnya aku terfikir pasal ni. .. Suka tapi tak mau, haha... Siapa di antara kiita yang pernah melihat atau bertembung sendiri dengan hantu, apa kamu rasa masa tu...? Mesti kecut perut kan?  Tapi kalau dengar bab cerita hantu, macam syok la pulak. Nak dengar lagi dan lagi... Hmmmm...


Tapi zaman sekrang ni  semakin banyak pula cerita-cerita dan filem kisah hantu ni kan , kat tv ke, kat panggung ke... Dan yang menariknya, ia mendapat sambutan hangat, ramai yang suka menontonnya. Best dapat tonton rami-ramai...

  Ada bermacam jenis hantu dan saiz yang kita tahu seperti toyol, pocong, langsuir,pelesit, hantu air, hantu raya,polong,hantu jepun, pontianak (tak kiralah yang sundal ke tak) jerankung, ngankung dan macam-macam lagi..
.  Memang kita suka  dan minat sangat tengok cerita hantu dan nak tahu pasal hantu ni tapi sebenarnya tak nak pun jumpa hantu tu kalau ia betul-betul nak jumpa kamu, siapa nak oi.....

   Anak-anak aku pun begitu, pantang nampak ada cerita hantu mesti nak tengok sangat. Tapi selepas menonton tu, nak pergi bilik air sendiri pun takut. Nak tidur pun tak lena kalau tak berteman kerana terbayang-bayang apa yang di tonton...kalau di tengah malam, bila dengar macam ada sesuatu berbunyi sikit dah mula fikir bukan-bukan.. Pernah tak kamu begitu? Dah tu kenapa suka sangat tengok cerita gitu, siapa yang suruh? jawablah sendiri ye...
  

 P/S :  Syok kalau tengok cerita hantu ramai-ramai, tapi  cuba kalau tengok sorang-sorang pada tengah malam  dan jangan pandang ke belakang, he he...

No comments:

Post a Comment

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...