Friday, January 28, 2011

Pandanglah... lihatlah... (jangan tiru macam saya.....)

Anda mungkin pernah melalui pengalaman sebegini....

1.)Kamu ke pasaraya atau ke mana-mana, di situ ada seorang perempuan cantik/ lawa (make up je tu sebenarnya!) atau berpakaian seksi... lantas si dia (suami/teman kamu) terpandang sekali, lepas tu pandang lagi dan lagi... sampai tak sedar yang kamu sedang perhati..sakitnya rasa hati. Kadang-kadang kerana sebab begini boleh buat kita gaduh.

 Siapa yang harus dipersalahkan? Perempuam tu yang memang nak suruh orang tengok atau teman kita yang gatal suka tengok?
Ustaz Azhar pun pernah berseloroh kalau lelaki tak rasa apa-apa bila pandang perempuan cantik seksi yang menggiurkan , itu 'mati pucuk' namanya...jadi fikirlah sendiri.. hanya iman yang kuat dapat mengatasinya.


2.)Kita tengah pilih barang yang nak dibeli, nampak la perempuan tu tunduk nak ambik sesuatu kat rak, nampaklah spendernya... yang nak ambik barang kat atas, nampak pulak ketiaknya. Geli pun ada nengoknya... apalagi ketika tengah makan kat restoren jumpa yang macam ni..

3.)Ketika kamu nak beli barang, ada si jurujual yang wanita yang suka himpit, rapatkan badan dengan teman kamu sebab nak terangkan pasal produklah katakan.... boleh pulak gitu,  ish ish...

4.)Ketika kamu sedang berjalan di pusat membeli belah, datang seorang gadis tarik tangan si dia dan kemudian oleskan minyak wangi kat lengan si dia...rupanya nak promote minyak wangi... nak suruh kita beli..(memang tak malu perempuan gini main tarik je laki orang, tak sekolah ke?)

5.)Sedang kamu berjalan, ada seorang gadis yang tersenyum-senyum sambil memanggil " abang.... marilah...." dengan nada suara yang manja dan tergedik-gedik, (make up macam artis) kononnya nak promote barang (macam nak promote diri pun ada), padahal yang dia duk tegur tu suami kamu... rasa nak lempang pun ada perempuan begini.. begitulah perempuan zaman sekarang yer? Memang muka tak malu..baik tak payah kerja, duduk jer kat rumah!

     Kepada yang berkenaan sedarlah dan ubahlah... tak guna menyakitkan hati orang lain, tak berkat hidup kamu! Tu la sebabnya kena tutup aurat dan hiasi peribadi... hormatilah orang di sekeliling....

Patut la pernah nampak blogger buat tajuk ni " kalau kau tak goda aku, maknanya kau goda si perogol..."


..lebih baik melalui lorong yang dipenuhi najis dot dot dot.. daripada lorong yang dipenuhi oleh wanita..



2 comments:

  1. Tutup laa aurat bagi kaum wanita,untuk mengelak fitnah...kan akak..:)

    ReplyDelete
  2. eeeuuuwwwwww.... sungguh tak senonoh. buat malu kaum aja...

    ReplyDelete

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...