Wednesday, January 19, 2011

SIHIR gambar di Facebook dan STRATEGI SYAITAN

   Pernah dulu kecoh isu tentang gambar di faceboook yang digunakan untuk sihir... apalagi adik aku pun masa tu terjah aku supaya padam gambar-gambar aku yang yang letak kat dalam tu, kawan-kawan dia pun ramai yang dah buang..( check sini : forum gambar di laman sosial

   Mungkin bagi kamu yang tidak pernah melalui sendiri benda-benda sebegini susah nak percaya dan tak ambil peduli. Lain pula aku yang pernah terkena. Ustaz-ustaz kat tv pun ada bagitau, pada masa kini ramai manusia yang bersubahat dengan jin dan syaitan dan mengamalkan ilmu sesat, jadi hati-hatilah. 
   
   Jangan letak gambar yang sebarangan di facebook seperti gambar dalam rumah, kat bilik tidur, pakaian tidak tutup aurat... Kamu mungkin fikir bila dah setting untuk friend view only orang lain tak boleh bukak, boleh la... ada cara diaorang buat. Senang-senang saja nanti gambar kamu di copy paste. (Aku pun hairan
kenapa banyak pula blog yang suka tayang gambar-gambar  diaorang kat mana-mana)

Berikut adalah tanda-tanda gangguan jin/syaitan dan sihir, sila perhatikan jika kamu :-

1.Mimpi yang menakutkan, mimpi berada di tempat yang kotor atau mimpi jumpa makhluk yang pelik-pelik.
2. Sering terjaga pada tengah malam tanpa sebab dan sukar untuk tidur kembali
3. Mimpi terasa terjatuh dari tempat yang tinggi dan rasa gerun
4. Sering bertengkar dengan ahli keluarga kerana perkara yang kecil dan remeh, sukar pula untuk berbaik    semula, ada-ada saja halangan
5. Anak-anak jadi sangat degil, keras kepala, sering dengki sesama sendiri, malas belajar, amat suka pada hiburan
6. Terasa diri tidak disayangi dan sering muram dan ingin selalu bersendirian
7. Rasa amat sedih secara tiba-tiba dan menangis tiba-tiba kerana selalu memikirkan perkara yang negatif ( tentang diri sendiri atau orang tersayang) 
8. Sering terlupa secara tiba-tiba, rasa bingung atau rasa seperti orang bodoh, hilang arah tujuan.
9. Rasa  benci , marah dan ada saja yang tidak kena dirasakan pada orang yang kita sayang bila dia di depan mata, walhai bila dia jauh di mata kita amat rindu dan terasa amat sayang padanya 
10. Rasa malas dan tidak mahu belajar atau amat payah untuk membuat perkara baik, sering letih lesu, sakit badan pada bahagian tertentu tanpa sebab yang pasti
11. Terasa seperti ada seseorang di dalam rumah  atau melihat sesuatu melintas

    Jika terasa ada sesuatu yang tidak kena pada diri, cepat-cepatlah pergi berjumpa ustaz atau orang alim yang boleh membantu. Jangan biarkan ianya berlarutan dan menjadi semakin parah. Ramai pasangan yang porak peranda kehidupannya dan sehingga bercerai berai kesan daripada campurtangan jin dan syaitan yang bersubahat dengan manusia. Mereka yang terkena  pula tidak menyedarinya.

    Kita tidak tahu siapa musuh kita, ada orang di luar sana yang tidak senang melihat kita senang. Mungkin ada musuh lama  atau musuh dalam selimut yang mencari peluang dan mengambil kesempatan di atas kealpaan kita..

Sesungguhnya 
jin & syaitan laknat sentiasa berusaha menarik kita ke neraka,
(& ada manusia laknat juga) waspadalah.
Sila perhatikan dan fahami carta ini baik-baik :-
(Klik gambar untuk besarkannnya)

    Aku banyak mencari fakta tentang perkara ni 2-3 bulan yang lepas atas sebab-sebab tertentu. Kebanyakan sumber di ambil dari badan pertubuhan islam internasional (seperti  DAARUSSALAAM) yang prihatin dan memperjuangkan orang-orang islam dari propaganda dan hakikat tujuan hidup iblis dan syaitan.


11 comments:

  1. ye ke?? ade gak dengar..tapi tak buang2 ag..huhu.. bahaya nie..ish.. thanks untuk info.. ini

    ReplyDelete
  2. risau gak yer...zaman ict tapi ada jgak yang perlu kita fikirkan disebalik kemajuannya

    ReplyDelete
  3. sekarang banyak cerita hantu ditayang...jadi terbawa bawa dlm tidur juga

    ReplyDelete
  4. salam...
    saya sering mengalami point no 1,6,7,8,9...
    apakah saya termasuk dari dari yg 'teraniaya' ??
    mohon penjelasannya... salam

    ReplyDelete
  5. owh.. Dea, sy serius rasa ada yg tak kena dengan awk... baik cepat pergi check kat ustaz yg tau pasal hal buatan org... sy pun kena gitu thn lepas, alhamdulillah skrg dah ok..

    ReplyDelete
  6. kadang2 ada setengahnya adalah berpunca dari jin yg ada di tmpt tinggal kita yg tdk kita ketahui..

    ReplyDelete
  7. info yang sangat bagus.
    terima kasih.
    memang orang kalau nak buat jahat tu, macam2 cara diaorang akan gunakan.

    ReplyDelete
  8. salam,,,,
    ziarah pagi...

    "Post Terbaru SuManje...cek it..!!"

    kalau sudi jemput singgah post terbaru Sumanje

    Thanks so much

    ReplyDelete
  9. menarik ni...thanks... info sgt beguna.... he he he

    ReplyDelete
  10. as salam,ye ke camtu..mm byk dah gmbr kita post kt fb n blog,nak delete lak dah..mampukah sy lakukannya,huhu..

    tQ dtg blog n sudi follow..

    ReplyDelete

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...