Tuesday, February 22, 2011

CINTA JENIS APA??..

Cinta, kasih dan sayang...adakah sama..? Kau ucap "I love u" tapi cinta yang 
bagaimana..?...Jangan ingat cinta itu cinta saja... 
CINTA ada berbagai jenisnya...jom buat kajian jenis cinta
 1.)Cinta Storge (Kawan Karib)(asal perkataan Greek)
- cinta dalam ketenangan dan  penuh dengan kasih sayang.
- timbul dan berkembang secara perlahan-lahan  daripada perhubungan karib yang lama.
- Selalunya,mempunyai minat dan keinginan yang sama.
- gemar berkongsi harapan secara terbuka dan tidak berupaya untuk bercinta tanpa mengenali pasangan mereka dengan lebih mendalam.
- jarang memaparkan kemesraan tetapi lebih logikal dan tenteram.
-jarang merajuk atau merasa cemburu. Perpisahan atau berjauhan tidak menimbulkan kerisauan.
-Jika mereka bercerai, mereka masih boleh berkawan.
(erra & yusri mungkin dalam kategori ni kot..)


idea IKhsan ISE
2.)Cinta Agape (Pengorbanan)
-seerti dengan altruistik.
- mengambil berat mengenai pasangan mereka.
-Lazimnya mereka mesra dan berhati mulia.
-tidak mengharap apa-apa balasan daripada orang yang dicintainya itu.
-yang memiliki cara cinta Agape mudah dipermainkan oleh orang yang dicintainya 
-jika mereka sedar penindasan berlaku, ia dianggap sebagai sesuatu yang tidak disengajakan.
(rasanya ramai perempuan kot dalam kategori ni.. atau lelaki yang budiman..)


ni la lelaki bila nak memujuk perempuan, hu hu..
 3.)Cinta Pragma (Logikal)
- praktikal dan realistik.
-Cinta jenis ini dicirikan sebagai logik dan munasabah.
-Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada hubungan cinta.
-Mereka lebih memerhatikan keuntungan peribadi dalam perhubungan.
-Ini dicapai dengan mengadakan senarai sifat yang diperlukan daripada objek cinta dan mengikut taraf serta kemampuan peribadi individu berkenaan.
(aku rasa orang terlalu memilih pasangan begini kot)


 4.)Cinta Ludus (Permainan)
- sering dicirikan dengan kepentingan diri sendiri.
-Individu ini menganggap cinta sebagai satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi.
-Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada rancangan jangka masa panjang dalam perhubungan dan suka kepada perhubungan yang mendadak serta tidak teratur.
- mereka selalunya suka mempermainkan perasaan pasangan dengan mempunyai lebih dari seorang individu yang dicintai.
(begini ke cinta buaya darat, he he..)


 5.)Cinta Mania (Kepunyaan)
-Sangat hebat dan obses.
- individu yang memiliki cinta jenis ini sentiasa memikirkan mengenai pasangan mereka,
-memerlukan kasih sayang, perhatian, kepastian dan ketulusan yang berterusan daripada pasangan mereka.
-suka mengawal dan mengongkong pasangannya, cemburu buta, sentiasa perlukan kepastian cinta
- mencurigai kejujuran serta keutuhan cinta, bimbang penolakan dan kehilangan cinta
- sentiasa peka terhadap sebarang tanda kekurangan cinta
-sentiasa menagihkan janji daripada pasangan mereka yang menyebabkan mereka terumbang-ambing di antara keghairahan dan kekecewaan.
(Hmmm... rasanya ramai yang begini.. )


 Look into my eyes
And you will see
What you mean to me
Search your heart
And search your soul
And when you find me there
You will search no more

Don't tell me it's not worth dying for
I can't help it there's nothing I want more
You know it's true
In everthing I do I do it for you

And there's no love like your love
Like no other could give more love
There's no way that compares to your way
For the time or the way


Dan yang penting adakah cinta kamu  itu  cinta yang ikhlas lahir dari hati nan suci... cinta kerana Allah s.w.t. atau adakah cinta itu hanya pada zahir sahaja... yang kian pudar bersama masa..bila dah tak lagi comel.. 
atau bila duit dah kering, cinta pun jadi kering... hmmm... .

...Cinta pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...adalah cinta yang utama.. 



Monday, February 21, 2011

Website ada malware!? Jangan panik...

Hari ni aku banyak kerja sebenarnya, saja nak check blog dan blogwalking jap, tetiba lak bila aku bukak blog laman-impianku guna google crome, dia kata ada malware...
then aku buat checking, hasilnya, the website is CLEAN..
rupanya bila bukak ikut gogle crome jer kata malaware so, aku guna firefox
Kauorang pernah kena tak, Kalau belaku kat kauorang, cepat2 pergi search taip : 
'Website security check parasite ' ataupun terus ke sini
atau
masukkan url blog dan check, tengok betul ke tak ada malware...
jangan tak pasal2 nak pening kepala

Saturday, February 19, 2011

Marahlah.. MARAH LAGI..!

Rasanya tiada orang yang tidak pernah merasa marah, yang bezanya adalah sejauh manakah rasa marah tu... dan bagaimana kita mengawalnya...Perasaan itu datang dengan sendiri atas sebab-sebab tertentu yang ditimbulkan oleh manusia atau pun keadaan..
 Marah buat orang tension, marah buat orang stress...
Marah itu emosi..bila emosi mendahului, akal yang waras berada di bawahnya... bahaya tu..
Marah buat orang memaki... memaki itu baik ke?...
Marah itu senonim dengan dengan tak sabar, marah boleh jadi agresif,boleh jadi ganas...panas baran..
panas itu api, api itu syaitan..
 “Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya
api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka
hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).



Dari sudut sains :
Marah akan megurangkan imuniti dalam badan dan mengundang pelbagai penyakit
Orang yang cepat marah, lukanya lambat sembuh (Ohio State University)
Bila marah, berlaku 'pergaduhan' dalam otak yang meransang memek muka : mata jadi membulat, merenung tajam & mengetap-getap gigi & 
keluar satu naluri untuk melempiaskan marah.
.
Bila tengah marah manusia boleh jadi hilang kawalan dan banyak akibat buruk berlaku 
yang disesali kemudiannya...
Marah-marah membentuk satu peribadi yang buruk...
Marah akan memakan sifat kasih, memburukkan hubungan dalam keluarga...

MArah buat jantung berdegup kencang, tekanan darah jadi tinggi, stress...
Marah akan mengundang sakit jantung, cancer, strok, masalah penafasan, 
wajah jadi hodoh, cepat tua..

Seorang lelaki pernah meminta satu wasiat dari NAbi Muhammad s.a.w berulangkali :
BAginda bersabda "Janganlah engkau marah" dan
 "Janganlah engkau marah"
(Hadis riwayat ali-Imam al Bukhari)
Baginda juga pernah bersabda  
orang yang kuat adalah orang yang dapat 
menguasai dirinya ketika marah

Jika anda sedang marah, amalkan bacaan A’uzubillah himinasyaitaannirrajiim
        (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam)






P/s : Jadi, nak marah-marah lagi ke lepas ni? Sabar jer la yer..
Kalau benci... katakanlah... tidak aku... tidak marah... kalau diam mana ku tahu...

Saturday, February 12, 2011

Siapa sebenarnya LELAKI ROMANTIK.?

     Sebut aje lelaki romantik, mesti perempuan nak, kan? Kecuali kalau  tomboy/penkid/lesbian..Romantik selalu di definasikan sebagai caring , cakap lemah lembut, suka bagi bunga, pandangan mengoda etc... hanya si dia saja yg tahu menilai kita ni romantik ke tidak kan?.
Romantik perlu datang dari hati yang ikhlas tak boleh di buat-buat, romantik sebenarnya bukan sekadar ingat tarikh istimewa, beli teddy bear atau bunga tetapi cara layanan terhadap yang tersayang. Kelembutan dan keikhlasan yang ditunjukkan itulah sifat romantik....

Pernah satu masa dulu kajian mengatakan lelaki asia tidak romantik... mesti marah orang kita kan, apa tidaknya itu jadi alasan kenapa perempuan kita pilih jantan bangsa lain seperti indon, pakistan ,nepal, afrika, tak kiralah bagaimana rupanya pun asalkan romantik katanya , sampai sanggup lupakan agama dan keluarga..
(aku minat johnny depp ni ms sekolah dulu, ada gak muka dia kt blog aku, hu hu)
Ramai perempuan yang tersasar dalam mencari lelaki romantik kerana termakan  jerat  si jantan penggoda yang pandai berkata manis, si kasanova atau lelaki don juan ... Sebab itulah  kan ustaz selalu pesan kalau nak cari jodoh, antara rupa, darjat/ harta kekayaan dan  agama, pilihlah kerana agamanya (kuat pegangan agama, suka berbuat kebaikan etc.) 

Nabi kita Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling romantik untuk kita jadikan icon, tidak perlu tercari-cari lagi siapa dan bagaimana ciri lelaki yang dikatakan romantik tu, ... :-
-baginda memanggil isteri dengan panggilan yang mesra ya' umairah
(yang berpipi kemerah-merahan..)
-baginda suka meletakkan kepalanya di ribaan isteri 
-baginda suka mandi bersama isteri
-baginda suka membawa balik buah tangan kepada isteri bila berpergian
-baginda minum dari cawan yang sama dan ditempat yang
sama dimana mulut isteri diletakkan
-baginda suka bergurau senda dengan isteri
( mewujudkan suasana yang gembira bersama isteri )
-baginda menampal sendiri baju yang koyak tanpa menyuruh isteri
-Sayiditina Aisyah r.a. menceritakan 'kalau baginda berada dirumah,
baginda selalu membuat urusan rumahtangga'
-bila azan segera  ke masjid dan cepat-cepat pula pulang ke rumah bersama isteri
-seringkali bila pulang tiada makanan yang siap dimasak, sambil tersenyum baginda meyingsing lengan baju dan membantu isteri di dapur
(bukan komplen kenapa tak siap masak lagi)
-pernah pulang dalam keadaan lapar, tiada makanan yang dah di masak atau yang mentah, baginda terus berpuasa tanpa rasa marah dan kesal
-bila isteri sedang marah, baginda menegur & menasihat
dgn lemah lemah lembut & berhemah
-baginda amat marah bila suami memukul isteri tidak kira apa alasannya dan berkata 'mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu!'
-baginda pernah bersabda 'Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dengan isterinya, kasih, lemah lembut dan sabar dengannya...'
Kaum muslimin kita sepatutnya jadi contoh lelaki yang paling romantik,bila ikut cara nabi Muhammad s.a.w... mesti ikut ni. (ni bila tengok cerita mat saleh, diaorang pulak yang romantik, mengapa tidak kita...)


Nota penting :
Lelaki sebenarnya nak jadi romantik tapi tak tau macamana, perempuan mengajuk pun kadang  tak perasan & tak tau kenapa. Itu la perempuan suka berkias, tak direct to the point, kalau tak suka tu cakap aje dengan nada seneutral  yg boleh (pitch jangan tinggi cuba control (nanti marah bidadari dia kat surga, hahaha), nanti gaduh!),seperti :"Saya kecik hati ni awak, sebab awak.."mesti dia pandang kamu dan cuba faham.

Lagi satu apa yang lelaki buat selalulah hargai seperti ucap terima kasih atau puji2 sikit, barulah dia jadi makin romantik. Jangan asyik komplen, nanti kesian dia, terus terbantut nk jd romantik... hwa ha ha...


(entri ni adalah sempena maulidur rasul 12 Rabiul Awwal 1432H(15 feb 2011)- 
kempen  contohi peribadi Rasulullah s.a.w

Wednesday, February 9, 2011

Ketahuilah WAHAi LELAKI & WANITA.....

   Semalam lama aku lepak kat blog pendekar berkuda, macam-macam cerita yang aku jumpa ... dan aku setuju dengan apa yang disenaraikan dengan kuasa seorang blogger..Blogger boleh mengubah manusia, menaikkan atau menjatuhkan seseorang..Para blogger juga mengajak kita berkongsi  ilmu yang ada faedahnya bukannya gossip-gossip panas, he he...

Kamu semua dah baca belum tajuk 'perlukah LELAKI BUAT KERJA RUMAH' (KLIK SINI), entri kali ni ada kaitan/kesinambungan darinya
...
    Kenapa orang selalu cakap kewajipan seorang isteri menguruskan kerja rumah & anak2. Disebabkan itulah lelaki terus lepas tangan. Padahal dalam Quran dah terang2 jelaskan tugas wanita hanyalah melayani suami bila dikehendaki, bermanis muka & berhias utk suami. Dalam surah Nisa juga 2 kali disebut 'janganklah kamu/lelaki mencari2 jalan menyusahkan mereka/wanita'. Kenapa selau disebut hal kerjarumah tu  tugas wajib wanita (Kalu gitu wajib, ramailah wanita yg berdosa bila orang gajinya yang  buatkan kerja rumah. Cuma tak dapat pahala sebab orang lain uruskan).
    Wanita pun dah tak tau apa yg wajib apa yg tak sbb tak diberitahu pun atau tak sempat nak mencari ilmu bab tu. Pernah baca tak kisah wanita pergi jumpa rasulullah nk tau bagaimana wanita nak dapat pahala macam lelaki. Baginda bagitau tak perlu keluar rumah, kumpul pahala di dalam rumah. Kisah wanita dengan sebatang penyapu, tuala dan rotan tu x boleh di adaptasi dlm hidup kita skrg ni, lain la kalau duk rumah yg tak besar mana & takde anak yg masih kecil (kamu baca tak cerita ni?, cari sendiri).
 
Di sini aku senaraikan antara pahala yang wanita dapat dari dalam rumah: 
1.Wanita yang melayan suami dgn baik sewaktu pulang ke rumah yg dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
2.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas & melakukan apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak
3.Wanita yang menyapu lantai rumahnya dgn berzikir akan mendpat pahala spt menyapu di Baitullah
4.wanita yang menguli tepung dgn bacaan bismillah, Allah akan berkatkan rezekinya
5.wanita yang menyucikan pakaian suaminya, Allah mencatatkannya seribu kebaikan
6.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 thn solat
7.Wanita yang tidur malamnya tidak selesa krn menjaga anaknya yg sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 org hamba
8.Wanita yang melihat suaminya dgn kasih syg & suaminya melihatnya dgn kasih syg akan dipandang oleh Allah  dgn penuh rahmat.
9.Wanita yang memerah susu binatang dgn Bismillah akan didoakan keberkatan oleh binatang tsbt
10.seorang wanita soleh lebih baik drpd 70 lelaki soleh
11.seorang wanita jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki jahat
12.Dua rakaat solat wanita hamil 80 rakaat lebih baik daripada wanita yang tidak hamil
13.Wanita yang memberi susu badan kpd anaknya mendapat pahala dari setiap titik susunya
14.Jika wanita memberi susu pd anaknya yang sedang menangis akn mendapat pahala satu thn puasa

    Tapi ingat senang ke nak dapat pahala ni, ramai wanita yg tak dapat apa2. Ramai yang bersungut dan krn tak ikhlaskan hati kerana Allah dan dimulai dengan Bismillah.
     Berapa ramai yg baca bismillah sebelum sapu sampah, mop lantai, bersih siling, bersihkan bekas kencing anak, masak..bla bla bla... terkejar2 ada la buat semua tu dgn anak nangis, buat perangai, gaduh, sepahkan itu ini, memang memeningkan, memang susah nak lawan perasaan. Yang biasa kita tgk si isteri mesti marah-marah, jerit-jerit dgn kerenah anak.Kat tmn aku duduk ni boleh dgr dr dua2 tepi rumah,  & rumah belakang, semuanya begitu..
   Sampai tak sempat nak buat yg nombor 1 tu. Yang no 2 tu larat ke nak buat, selepas penat buat kerja rumah dan layan kerenah anak2.
    Dan yang paling penting ada ke kamu nampak seorang suri rumah yg berhias cantik2, pakai wangi-wangian dan melayan suami dengan senyum manis, padahal itu yang lebih penting dilakukan berbanding kerja rumah tau! KAmu tau TAk??!!
    Ini sibuk nak kejar pahala lain (tak tahu la ye ke tak ni, atau mungkin buat krn terpaksa sbb ustaz & maknenek kita kata wajib buat,tu tugas isteri, bukan lelaki, guane2 pung kene wak! - ambik ko bhs trg aku..)Then, bila malam tak larat nak 'layan' suami sebab penat sangat buat kerja macam-macam yang tak wajib, padahal kena 'layan' tu la yang wajib. Wadehel.

    Aku berharap sangat ustaz2  memperbetulkan semula perkara ni, dan seru lelaki jgn biar wanita bertungkus lumus sendirian, kesian kat wanita. Pernah aku dengar ustaz berseloroh 'kalau perempuan tak tahu kerja rumah tu tak wajib atas dia, jangan bagitau, kita yang untung..." Sampai ketahap itu pulak.. (sbnrnya ustaz ni perli lelaki yg buat bgt) .Lelaki dan wanita sama2 rugi sebenarnya.
    Lelaki  rugi kerana disebabkan itu (serah kerja rumah bulat2 pada wanita) wanita tak dpt layan diaorang sepertimana yg dianjurkan. Wanita rugi buat kerja dlm marah2 dan tak dapat apa2 selain penat lelah. Dan esok2 hanya jd isi neraka jer sbb suami pula mcm tak redha, tak puas hati...isteri duk membebel tak sudah2, penat punya pasal.. (ITulah kenyataannya sekarang, itu yg aku dengar jiran2 ku yg ada ank kecik!)

   Tambhan lagi,  bukan saja wanita mengandung yang mudah letih dan perlu rehat, wanita sedang haid juga sebab hormonnya tak stabil & mudah stress. Mengikut kajian WHO pula hampir 20% wanita mengandung pada masa kini keguguran, salah satu faktor(selain masalah benih/dna,pemakanan dan lain-lain)  adalah kerana exhausted dgn gaya hidup yg sibuk (Aku byk baca tentang ni sebab aku pun keguguran 2 bulan lps- 3 months pregnant) doktor kata baby aku lemah, dan tanya aku buat kerja apa?, sepatutnya dalam masa 2 /3 bulan pertama kena slow down jangan banyak sangat buat kerja, walau itu takdir tuhan yang belum mahu bagi lagi rezeki tapi kita manusia diberikan akal untuk berfikir & berusaha. Aku harap ambillah iktibar dari apa yang berlaku pada aku ni.

Diriwayatkan drpd Anas & Malik r.a.baginda rasulullah bersabda :
"Aku menyukai sebahagian drpd dunia kamu : Wewangian dan wanita dan jiwaku dijadikan tenang dalam sembahyang"
Rasulullah juga bersabda "Tidaklah orang yang memuliakan wanita kecuali orang yang mulia, tidaklah orang yg menghinakannya kecuali orang yang hina" 

Nota : Dalam hati setiap wanita ingin jadi seorang isteri yang soleh dan terbaik untuk suami tapi kelemahan wanita adalah cenderung mengikut hati dan perasaan, seorang wanita lebih sensitif dan mudah tersentuh. Sehinggakan adakalanya perasaan mendahului akal fikiran (ianya berlaku tanpa disengajakan... lepas tu baru fikir balik). Lelaki kena FAHAM itu.
"Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, bila kamu luruskannya dengan keras bererti akan mematahkannya"

Wassalam.

Tuesday, February 8, 2011

LELAKI PERLU BUAT KERJA RUMAH? Eh tak betul ni?

Sebenarnya aku ada tajuk lain nak post, taip sebab aku dengar ada lelaki kata kerja rumah ni kerja mudah, kerja remeh temeh jer, kerja perempuan... aku jadi  terpanggil untuk buat tajuk ni..Ada di sesetengah negara (lupa aku baca beberapa tahun dulu) surirumah yang menguruskan rumah dianggap profesional dan dihormati krn ianya memerlukan ketekunan, kesabaran dan kepintaran untuk menguruskannya dgn sempurna dan teratur.


 Kepada yang masih tak tau fakta tentang kerja rumah, baca ni : 

1001 Kemusykilan Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN:
Saya membaca sebuah buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karangan Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga, tahun 1981, halaman 184-185. Buku ini menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja-kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.


JAWAPAN:
Saya turut membaca buku di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum Datuk Syed Alawi al-Haddad (meninggal dunia 1962). Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Johor (1934-1961). Pada saya, fatwa mufti itu kurangjelas menyatakan tanggungjawab siapa menjalankan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak, menyediakan makanan, mengasuh anak, menyidai kain dan sebagainya.

Saya membaca lagi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu. Saya dapati, kebanyakan menyatakan kerja-kerja rumah seperti yang disebutkan di atas adalah tanggungjawab suami.
Saya tersentak seketika apabila membaca kerja-kerja seperti itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan.Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya
serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.

Buku-buku itu antara lain menjelaskan lagi, isteri tidak harus berpuasa sunat, kecuali terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan suami, kerana khuatir nanti suatu panggilan kecemasan akan berlaku, sedangkan dia tidak dapat menyahutnya kerana berpuasa. Dinyatakan lagi, jika isteri tidur bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tidak melayani kehendak suaminya, maka sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.
.
Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri, seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.

Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya, benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada buku-buku yang saya baca.

Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya.

Klip : gaji seorang isteri-ustaz Azhar Idrus

      Lepas tengok klip ni, pada wanita di luar sana tak payahlah mintak duit buat kerja rumah, buatlah dgn ikhlas dan sabar, dapat pahala ibadah, itu lebih baik.

    Kepada lelaki pula, mulai hari ini jika tak kepenatan kerja & selagi mampu buatlah kerja rumah, jangan serah bulat2 pada isteri sorang jer apalagi waktu anak2 masih kecil & nakal2 pula. Isteri juga manusia biasa, penat, & nak juga rehat. Dalam keadaan begitu isteri jadi tertekan, & tak mendapat pahala apa yg dilakukan, dalam keadaan marah2 & kerana terpaksa seperti tidak ikhlas pula...
Rasulullah sendiri menyapu di rumahnya dan mambuat kerja2 rumah, padahal baginda seorang pemimpin yang disegani.. fikir2kanlah

Sila baca petikan dari forum di komuniti.iluvislam.com
oleh syafarina8teoh
..budaya masyarakat kita telah terpengaruh dan terikut-ikut dengan didikan orang-orang lama yg seolah-olah telah menetapkan bahawa kerja-kerja rumah dan memasak adalah tugasan wanita. ibu-ibu kita juga terlalu memanjakan anak lelaki hingga menyebabkan telah terbentuk satu mentaliti tepu dimana kerja-kerja tersebut bukan tanggungjawab mereka. dan dgn menggunakan hadith2 mereka menutup mulut wanita. mmg kita perlu berpegang pd hadith dan al-quran kerana itu adalah jalan kita. Namun, jika ia disalahgunakan dgn tujuan nak lari dari tanggungjawab itu saya rasa tidak patut. Suami membantu isteri membuat kerja rumah.ayat ini saya fikir tidak tepat.sebenarnya isteri yg membantu suami membuat kerja rumah.kerana tanggunajwab kerja rumah adalah tanggungjawab suami.

Tetapi Allah jadikan wanita itu penuh dgn sifat kelembutan dan kasih sayang.dia tak sanggup lihat suami nya penat seorang diri jadi dibantunya suami bersama-sama buat kerja rumah tanpa sebarang rungutan. indah bukan? Tapi sayang, para leaki zaman kini mengambil kesempatan atas perkara itu. ... jadi sebagai ibu kepada anak-anak zaman sekarang ni saya menasihatkan wanita-wanita utk break the rules or budaya yang tidak bagus yg telah moyang-moyang kita praktikkan dalam kaedah pembangunan anak-anak. Bukalah minda. layan anak sama rata lelaki atau pun perempuan. suruh anak lelaki memasak, kemas rumah, mop lantai di rumah. supaya bila besar dia tidak kekok utk buat kerja -kerja begini.bkn pendidikan
formal dan agama saja yg perlu.nilai seperti ini perlu utk keharmonian rumah tangga mereka kelak.

Jadi saya minta buatlah perubahan dalam bangsa kita.Kita tidak sedar kita sebenarnya yg mencorakkan semua ini. dan kepada lelaki yang masih mau bertegang urat tentang hal ini..fikirkanlah..mulianya tempat seorang wanita itu di sisi Allah.. maaf jika ada kesilapan.saya buka kepada teguran Wasalam

*p/s : Cuba kita lihat, fakta sebenar rakyat Malaysia lelaki lebih ramai berbanding wanita (nanti aku kupas isu ni dengan faktanya) tetapi rata2 orang ingat sebaliknya kerana ramai wanita di pusat2 pengajian tinggi benbanding lelaki.. ini kerana ramai remaja lelaki terutamanya Melayu masuk pusat serenti terlibat dengan dadah, jadi mat rempit, samseng jalanan dan berbagai masalah sosial semuanya kerana anak2 lelaki diberi kebebasan bersosial, lepak dan tidak diberi tanggungjawab seperti perempuan di usia remaja... jadinya mereka ini (perempuan)lebih rajin mengulangkaji pelajaran di rumah dan lebih berjaya berbanding lelaki...

Wanita zaman sekarang, bukan  saja kerja rumah, malahan semua perkara dilalukukan seperti hantar anak sekolah, tuisyen, keluar membeli belah sendiri, ada yang sibuk menjadi rezeki untuk keluarga hinggakan ada pula lelaki yang bergantung padanya..
Lihatlah permasalahan yang terhasil dari gaya hidup sekarang (dipetik dari majalah yang terkenal):
Wanita juga yang disalahkan ye..? So, nak buat macammana ?
Ok, mula2 kita buat kajian  :
Fakta :
Lelaki- tak mahu buat kerja rumah sbb 'penat' pergi kerja.
Wanita- pula terpaksa layan lelaki walaupun 'penat'.
Lelaki- lepas pergi kerja balik rumah nak 'rehat '
Wanita- masa lelaki pergi kerja, dia pun buat kerja (xkira surirumah @ yang bekerja) & bila lelaki balik kerja, dia masih lagi kena buat kerja sehingga  masa nak tidur. macam takde istilah 'rehat'

U see what I see ?
Sebelum kahwin 'kaulah ratu hatiku', lepas kahwin 'kaulah mesin serba gunaku'
(lelaki sendiri yg cipta ayat ni,betul ni, kwn hubby aku ucap kt wife dia..)


Kebanyakan buku agama (walhai dlm kursus kahwin) letakkan semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri (Sepatutnya ianya diperbetulkan dan ada sebab kenapa Islam tak 'wajip'kan tugas tu semua pada wanita. Kalau buat dapat pahala. Kalau tak mampu buat tak berdosa) . So,bila isteri tak dpt sempurnakan, jadi kenapa ianya seperti kesalahan besar kepada si isteri. Semuanya kerana keadaan dan orang sekeliling dan masyarakat kita  yang sebati berfikiran begitu. Bahkan bila isteri mengandung, alahan teruk, sakit @ anak kecil yang bermacam kerenah...semuanya disalahkan wanita kerana tak pandai mengurus, tak pandai jaga diri dan berbagai tohmahan. Padahal lelakilah yang perlu bertanggungjawab disaat isteri dalam keadaan demikian dan bukannya  berkata, ni kerja awak kenapa saya pulak kena buat!.... teruk bukan?
Aku bukan nak salahkan sesiapa cuma berharap keadaan akan lebih baik dari itu...

Golongan wanita dikatakan yang paling ramai berada di neraka kerana tidak berterima kasih pada suami tapi bila kita tengok keadaan hari ini puncanya dan kenapa golongan wanita ini sering marah-marah dan tidak berterimakasih pada suami? Bermacam tugas diletakkan di bahu wanita, tidak cukup rehat, tidak cukup tidur. Kerja di luar  rumah mencari nafkah dan juga dalam rumah menguruskan bermacam perkara, memasak dan menguruskan anak-anak. Manusia bila letih fizikal dan letih minda memang akan cepat marah dan kurang rasional.
Bagaimana lelaki boleh mengharapkan isterinya bersikap lemah lembut dan gemalai dan berhias untuknya bagai bila dibebabnkan dengan bermacam perkara. Itulah dunia hari ini... dan lelaki pula adakah mereka menunjukkan contoh yang baik dan berterimakasih pada isteri di atas segala pa yang isteri lakukan? Atau hanya sibuk melayan wasup di handphone atau facebook dan membiarkan isteri yang kepenatan pulang dari kerja memasak di dapur.. 


 P/s :Sebenarnya aku dah lama tahu yang kerja rumah tu wajib atas lelaki bukan wanita. Wanita cuma membantunya. pembantu yang setia. (seorang ustaz bagitau masa sekolah dulu) Rupanya ramai sangat orang yang tak tau, patut la jarang lelaki nak buat....

Sunday, February 6, 2011

SukaTENGOK YANG PELIK dan JELIK...?

Benda pelik adalah sesuatu yang di luar kebiasaan atau  normal dalam kehidupan. Kadangkala ianya di luar pemikiran kita. Suatu waktu dahulu perkara yang pelik amat jarang berlaku dan ianya menjadi buruan media. Ini kerana berita begini menarik perhatian ramai seperti pisang berbuah dua kali, kucing bertanduk, orang bertanduk dan macam-macam lagi kejadian yang berlaku secara semulajadi.
Hasil kerja edit photoshop
Tetapi bila masa beredar, manusia pula yang suka mencipta 'benda-benda pelik' sebagai karya seni mereka. Dan ada pula orang yang memiliki kebolehan yang pelik.



Terfikir juga macammana kalau suatu hari nanti benda-benda pelik dah jadi habit... sana-sini macam-macam yang  muncul.. tak ke naya.. tak ada peruntukan undang-undang  ke? Ramai pula orang yang menciptanya sesuka hati..bukan setakat edit  yang dalam gambar jer.
Di manakah sensitiviti dan rasa kemanusiaan kita?
Ini adalah roti..(ada jual  kat Thailand ) Nak makan?

Selamba je 'makan orang' beb..
Banyak juga benda pelik yang dicipta yang berbentuk lucah seperti bentuk payudara, perempuan bogel dan lain-lain. Ada sosej yang dibentuk sebijik seperti kemaluan lelaki dan dimakan bersama sup.., gila betul!. Aku tak tunjuk la kat sini, tak tergamak aku... kan kena banned pulak..
Ada juga orang minat nak bergambar gini..
Yang peliknya, yang pelik itulah orang nak sangat tengok samada suka atau tidak kemudian kira. Ianya seolah menjadi kegilaan, semakin banyak web yang suka memaparkan benda dan kisah pelik

Buku-buku yang berkisar tentangnya juga makin bertambah di pasaran. Adakah mungkin suatu hari nanti dunia kita dipenuhi dengan benda-benda pelik? Orang-orangnya pun  jadi pelik. Atau mungkinkah nanti yang pelik ini tidak lagi menjadi pelik pada masa tu.

ni kira kerja pelik?


Ini pelik ke? hu hu..
P/s :Majalah pasal benda-benda pelik pun berlambak kat kedai buku... aku sendiri pun bila ternampak rasa gatal je tangan nak belek... kenapa hah?.




Thursday, February 3, 2011

CARA NAK TINGKATKAN TRAFIK KE BLOG.. jom join ni..

  Sekarang macam-macam cara yang kita dengar nak naikkan trafik ke blog. Di sini aku nak share satu program ni yang aku dapat dari salah seorang blogger. Aku pun baru je join, maklumlah aku ni blogger baru lagi. Selalunya kita mesti meneruskan blogwalking untuk orang datang ke blog, kerana cara ni memang mujarab.  

  Dengan menyertai program ni dapat membantu, kerana lepas kita join otomatik blog kita akan dipromote... Sila ikuti langkah ni untuk join... free jer.. .
1 - Mula2 klik DI SINI atau SINI

2 - Bila keluar web tu, scroll kebawah hingga jumpa kotak seperti gambar dbawah ini

3 - Kemudian klik link yang kat dalam kotak  (tulisan merah)satu persatu sampai habis keenam-enam link.

Wednesday, February 2, 2011

"Dah kahwin ke baru tunang?"


Sejak 2 hari lepas kerja-kerja aku mengedit gambar kahwin agak slow, aku keliru tengok gambar-gambar yang diberikan fotographer. Dah la dia tidak dapat dihubungi kerana ada urusan. 
Ceritanya begini, dekat folder gambar tu ditulis Majlis Pertunangan dot dot dot, aku pun mula pilih gambar untuk diedit nak buat album, mulanya okay, emak si lelaki sarung cincin kat bakal pengantin perempuan (pakai baju kurung, nampak sopan jer). Tapi lepas tu ada pulak gambar si lelaki dan perempuan tu(tunangnya) tu berpeluk, pegang-pegang tangan. 
Aku pun mula confuse, then bila tengok gambar seterusnya yang lelaki tu siap dukung  dia, then gesel-gesel pipi, cium-cium pipi. Aku pun terus telefon si photographer, betul ke tu gambar majlis pertunangan, di kata ya. Aku cari-cari juga kot ada gambar akad nikah, tapi tak ada. 
Then bila time aku nak ngedit baru aku terfikir
takkan nak tulis "Majlis Pertunangan" tapi gambarnya beraksi macam orang dah nikah, duk peluk-peluk, cium-cium. 

Aku telefon lagi minta kepastian kenapa ambil gambar gitu, lalu si photographer pun terkejut katanya gambar tu bukan dia ambil, orang lain ambil, dia pun belum tengok lagi. Bila aku cerita, dia pun terkejut,  dan kata "Memang dia tu tunang je baru, alah kepala tak betul tu kot.." gitulah katanya...Aku pun baru siap edit  gambar sambil marah-marah dan perkataan majlis pertunangan tu letak kat gambar yang mak dia tu sarung cincin tu jer...

Aku teringat balik masa sambut tahun baru 2011 ari tu berapa ramai pasangan yang dicekup dihotel-hotel, bila disoal siasat, katanya tu tunang dia... aduh... mudahnya yer?..
Begitu la kalau dah 'open-minded' sangat  dan  macam tak tau pulak dosa dan pahala.. 

Terkini di Mesir : Apakah kesudahannya..



Kepada yang mempunyai saudara mara yang berada di negara bergolak  ini, pasti sentiasa mengikuti perkembangan berita, tetapi ramai juga yang tak mengendahkannya pun.Apalagi sekarang ni kita tertumpu kepada permasalahan mangsa banjir di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka yang kian meningkat. Apapun sama-samalah kita doakan semoga semuanya berjalan lancar sepertimana perancangan yang di buat

Tuesday, February 1, 2011

KEADAAN TERKINI DI MESIR... Bagaimana nasib rakyat Malaysia di sana?



Assalamualaikum... saya terpanggil untuk berkongsi Krisis keadaan sebenar pelajar kita Mesir.Ini copy sebahagian artikel ni dari blog ariffshah.com.Mari sama-sama kita doakan agar pelajar-pelajar  Malaysia  di sana semuanya dalam keadaan baik...