Wednesday, February 2, 2011

"Dah kahwin ke baru tunang?"


Sejak 2 hari lepas kerja-kerja aku mengedit gambar kahwin agak slow, aku keliru tengok gambar-gambar yang diberikan fotographer. Dah la dia tidak dapat dihubungi kerana ada urusan. 
Ceritanya begini, dekat folder gambar tu ditulis Majlis Pertunangan dot dot dot, aku pun mula pilih gambar untuk diedit nak buat album, mulanya okay, emak si lelaki sarung cincin kat bakal pengantin perempuan (pakai baju kurung, nampak sopan jer). Tapi lepas tu ada pulak gambar si lelaki dan perempuan tu(tunangnya) tu berpeluk, pegang-pegang tangan. 
Aku pun mula confuse, then bila tengok gambar seterusnya yang lelaki tu siap dukung  dia, then gesel-gesel pipi, cium-cium pipi. Aku cari-cari juga kot ada gambar akad nikah, tapi tak ada... terus aku telefon si photographer, betul ke tu gambar majlis pertunangan, dia kata ya. Okay. Pause

Then bila time aku nak ngedit baru aku terfikir
takkan nak tulis "Majlis Pertunangan" tapi gambarnya beraksi macam orang dah nikah, duk peluk-peluk, cium-cium. 

Aku telefon lagi minta kepastian kenapa ambil gambar gitu, lalu si photographer pun terkejut bila aku jelaskan katanya gambar tu bukan dia ambil, orang lain ambil, dia pun belum tengok lagi. Bila aku cerita, dia pun terkejut,  dan kata "Memang dia tu tunang je baru, alah kepala tak betul tu kot.." gitulah katanya...Aku pun baru siap edit  gambar2 tu dengan perasaan bercampur baur.. dan perkataan majlis pertunangan tu terpaksa la letak kat gambar yang mak dia tu sarung cincin tu jer...
..
Begitu la kalau dah 'open-minded' sangat..... Padahal dalam majlis takkan tak ada orang tua yang... Ok. Stop.

2 comments:

  1. ermmm...benar kata kamu..ramai yg lebih barat daripada barat...

    ReplyDelete
  2. apa nak jadi dengan budak2 muda skrang...

    ReplyDelete

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...