Saturday, March 12, 2011

DOA PERLINDUNGAN dari fitnah dajjal, fitnah kehidupan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 DOA PERLINDUNGAN  dari fitnah dajjal


DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM :
Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.
 Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa hendaklah di baca dalam bahasa Arab (atau baca tafsir dalam hati .) Doa itu adalah  

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Allahumma inni a’uzu bika min azabi jahannam, wa a’uzu bika min ‘azzabil qabri, wa a’uzu bika min fitnatil mahya wal mamati,  wa a’uzu bika min fitnatil masihid dajjal.”

Maksudnya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari seksa Jahannam, aku berlindung kepada-MU dari seksa kubur, aku berlindung kepada-MU dari fitnah semasa hidup dan setelah kematian dan aku berlindung kepada-MU dari fitnah Masih al-Dajjal.” (HR Muslim)





Peringatan Nabi Muhammad saw: 

Nabi saw bersabda bahawa tidak ada fitnah yang lebih dahsyat semenjak Allah swt menciptakan manusia pertama sehingga datangnya hari Kiamat selain fitnah Dajjal.

"Allah tidak menurunkan ke muka bumi (sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat) fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal."
(HR Thabrani)

"Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian Nabi bersabda: 
"Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu yang lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang boleh selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal." 
(HR Ahmad)

🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

* 5 FASA UMAT AKHIR ZAMAN
Dalam 5 fasa masa ini, 3 fasa telah berlalu pergi, 1 fasa sedang kita lalui dan 1 fasa yang akan kita lalui pada masa akan datang.

Peringatan :
Walaubagaimanapunn ada yang mengatakan bahawa 5 fasa ini tidak boleh diguna pakai kerana tidak sahih kebenarannya walau ada hubung kait dengan hadis rasulullah saw. Mungkin hanya sekadar rujukan sahaja, agar kita sentiasa meneguhkan iman di dada menghadapi fitnah Dajjal. Apa yang sebenarnya Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. 
Maafkan di atas kekhilafan


5 fasa masa sebelum kiamat
Fasa masa keempat ini sedang kita lalui sekarang dimana dajjal akan keluar,
yakjuj dan makjuj juga akan keluar serta perbagai lagi tanda kiamat besar akan muncul pada fasa masa ke-4 ini


5 FASA UMAT AKHIR ZAMAN

Fasa pertama : Zaman Rasulullah SAW

Zaman ini berjalan selama 25 tahun. Zaman Rasulullah SAW terkenal dengan "Zaman Ummah Pertama". Islam berkembang hingga tiga suku dunia dan dianuti oleh semua bangsa di muka bumi ini. Dengan kemunculan Islam, dua gergasi besar iaitu Rom dan Parsi menjadi lemah dan tunduk dibawah kekuasaan Islam. Setelah nabi wafat, maka berakhirlah fasa pertama ini. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya, YA.

Fasa Kedua : Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Zaman ini ialah zaman pemerintahan para sahabat nabi yang empat, bermula dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Zaman ini berlangsung selama 30 tahun, di mana kekuasaan Rom dan Parsi yang telah lemah itu terus tumbang di tangan para sahabat yang telah dibina iman oleh Rasulullah SAW dan kedua - dua gergasi itu dapat ditawan.

Sebelum itu Nabi SAW telah memberi isyarat dalam sabdanya bahawa kuasa timur dan barat akan dapat ditawan oleh Islam. Sabda Nabi SAW bermaksud ; " Timur dan Barat nanti akan terbuka kepada kamu." (Riwayat Imam Ahmad).

Setelah itu dikuti oleh zaman Saidina Hasan bin Ali menjadi khalifah selama 6 bulan. Masa di antara Saidina Hasan hingga Khalifah Umar Abdul Aziz ialah selama 60 tahun. Dari zaman Rasulullah SAW hingga zaman Khalifah Umar Abdul Aziz selama kira - kira 100 tahun. Selepas itu, dicampur dengan zaman selanjutnya, zaman Rasulullah SAW masih lagi menjamin umat Islam baik ialah dalam lingkungan kira-kira 300 tahun.

Sepertimana ditegaskan oleh Nabi SAW. "Sebaik - baik kurun ialah kurun aku dan kurun sesudah itu dan sesudah itu dan sesudah itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Menurut perawi hadis ini, Rasulullah SAW menyebutnya tiga kali. Para ahli sejarah Islam mensifatkan tiga kali itu bererti tiga kurun. Setiap satu kurun 100 tahun. Tiga kali bermakna 300 tahun. Itu sahaja kurun yang Rasulullah SAW menjamin baik yang berjalan di atas minhaj kenabian. Selepas zaman itu, dunia telah mula rosak hinggalah membawa kepada Zaman Fitnah. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya, YA.

Fasa Ketiga : Zaman Fitnah atau Zaman Kerajaan Menggigit

Zaman ini ialah zaman pemerintahan raja - raja Islam yang menimbulkan fitnah, di mana mereka memerintah secara menurut sistem turun temurun atau monarki (warisan). Walaupun mereka memerintah atas nama Islam, mewarisi kerajaan Islam tetapi bercampur dengan kezaliman dan pelbagai pengaruh luar yang bukan dari ajaran Islam tulen. Pada zaman ini bermula dari Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan sehinggalah zaman Kerajaan Uthmaniyyah, di mana zaman Uthmaniyyah pengkhianat Islam iaitu Kamal Artatuk meruntuhkan institusi kekhalifahan di Turki, bermakna berakhirlah fasa ini. Lama masa era kuasa pemerintahan ini selama kira - kira 700 tahun. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya, YA.

Fasa Keempat : Zaman Diktator

Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, maka muncul la zaman pemerintahan ideologi-ideologi manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia bernama sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi, nasionalis dan lain-lain. Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat simpulkan bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang-orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul kembali cara-cara kehidupan zaman jahiliah yang pernah berlaku semasa zaman Nabi SAW dahulu.

Dalam fasa inilah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai - nilai materialistik, liberalisme dan sekularisme dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, undang-undang, ketenteraan bahkan keagamaan. Zaman inilah zaman yang Nabi SAW paling risau terhadap umatnya kerana terlalu banyak fitnah yang membawa kepada kehancuran dan keadaan hura hara di negara Islam.

Zaman inilah dikatakan dajjal akan muncul keluar di mana dia akan mengaku sebagai nabi dan tuhan di merata tempat kecuali Mekah dan Madinah sebelum ia akan dibunuh oleh Nabi Isa AS. Fitnah dajjal yang begitu dashyat sekali ini pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW sebelum munculnya era minhajunnubuwwah, terjadi peperangan akhir zaman, iaitu peperangan dunia ketiga yang kuasa Barat, Timur Tengah termasuk Yahudi yang didominasi oleh Dajal, telah musnah dan kalah teruk sekali di tangan umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam bertaraf khalifah iaitu Imam Al-Mahdi dan oleh Nabi Isa AS. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya, BELUM. Kita sedang melalui fasa ini sekarang.

gambar hiasan

Fasa Kelima : Zaman Kekhalifahan

Selepas berakhirnya zaman keempat, akhirnya muncul pula zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut minhaj zaman kenabian. Atau dengan kata lain Zaman Kebangkitan Semula Islam. Islam akan agung kembali sepertimana zaman kenabian. Sewaktu kemuculan zaman kenabian, iaitu zaman ummah pertama, dua empayar gergasi dunia tumbang iaitu Rom dan Parsi. Jadi sesuai dengan proses sunnatullah dan ini ditegaskan sendiri oleh Allah dan Rasul bahawa 
" Dan tidak sekali-kali kamu dapati sunnatullah itu berubah". 
(Surah Al-Ahzab ayat 62) 
dan 
"Ketahuilah bahawa pusingan Islam itu sentiasa berputar"
 (Hadis riwayat Abu Na'im dari Muaz bin Jabbal).

Maka kemunculan zaman Ummah Kedua pada akhir zaman ini pun akan berulang sejarah dua gergasi dunia akan tumbang juga, iaitu kuasa komunis ( Eropah Timur) dan kristian (Eropah Barat dan Amerika) termasuk Yahudi, bahkan Yahudi akan terhapus terus bersama-sama kematian Dajal laknatullah. Pemimpin Islam di zaman ini ialah pemimpin bertaraf khalifah. Di samping itu, kita meyakini kebenaran hadis di atas, terdapat lagi beberapa hadis lain yang Rasulullah SAW menjelaskan bahawa menjelang kiamat nanti Islam akan kembali berkuasa dan muncul pemimpin bergelar khalifah.

Dari Said dan Jabir bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya ; 
" Akan ada pada akhir nanti seorang khalifah yang akan membahagi-bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya (makmur)."
 (Riwayat Muslim).

Wallahuaalam.
doa perlindungan dari fitnah dajjal, fitnah kehidupan

kredit :
.#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa

Thursday, March 10, 2011

Kisah CINTA DAN KERETA. ?

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ




Aku bukannya nak nyatakan kalau nak bercinta kena ada kereta, ha ha.. tapi kaitan antara kisah cinta dan kereta.. memang benar-benar ada perkaitan dalam kisah aku ni...
macam ni la lebih kurang  mazda tu, bumbung kat tengah boleh bukak.... color ni la..malas nak buka album, ambik kat google..

 Kawan
Alkisahnya ada aku ada seorang kawan   tu, kami sekelas sekejap jer.. itupun dia baru bertukar ke sekolahku pd tahun tu.. nak kata baik dengannya tak juga , cuma kenal2 mCam tu je. Tak seperti member lain yang memang dah lama satu sekolah.. then lepas sekolah, hilang, lost contact.. Nak jadi cerita, 2-3 kali aku keluar gi town, 2-3 kali tu la  jugak  terserempak dengan dia ni.. (pertamanya di kedai gambar.. keduanya di Hock Kee Seng, ketiganya jugak di kedai gambar.. kebetulan apakah ini..? walhai tak sorang pun kawan lain masa sekolah dulu pernah pun terserempak. (Betullah segalanya Allahlah yang mengatur) So, lepas tu, kami contact balik. Berkawan.Tapi bila aku pergi sambung belajar kat tempat lain, amat jarang la dapat balik.

 Beli kereta
Suatu hari dia bagitau dia dah beli kereta proton (dia kerja awal berbanding aku, dapat la beli, .ayat tak nak kalah ni.). So, dia ajak aku keluar (time cuti semester), dia belanja...masing-masing sibuk cerita pasal hal masing-masing termasuklah  cerita tentang awek dia,  begitu begini, selalu keluar dengan awek dia tu ... aku pun cerita jugak la pasal selalu jugak la keluar dengan pakwe (padahal kawan jer pun, haha) tengok movie, cerita action, kartun, sedih ..dah tak ingat dah berapa banyak movie kitaorang tengok,.. beli paper semata2 nak tau citer apa ada hari tu (dia balik dari tempat kerja kat KLIA terus ke tempat aku, kami kenal selepas aku kerja part time kat Kilang Sony Bangi semasa cuti semester, but masa ni dia tukar kerja kat KLIA dah )  ... memang kaki movie la aku ni (selain hobi suka baca buku).. haha, macam nak berlawan citer lak aku rasa kami ni... ishh...mcam budak2 lak...

Tukar kereta pulak..
Masih ku ingaf suatu hari tu beriya dia bagitau dia tukar kereta la, kali ni  kereta enjin turbo katanya, Mazda Familia ...bunyi macam excited la juga.. siap bgtau ada la keluar lepak sampai tengah malam dengan geng-geng kereta kat pantai batu buruk, masa tu ada group yang suka tunjuk skill la tu bila berkumpul.. Dia pesan kalau balik kampung bagitau la, boleh keluar ngan kereta tu... macam biasa la, dia duk cerita pasal awek dia..  tapi kali ni ada krisis, awek ada 'abang angkat' .. dia pun lain macam jer....dia macam merenung sesuatu, entah apa dia fikir, aku tak tau.. mungkin perasaan kesal dan kecewa. ,? aku hanya terkedu mendengar... sambil meneka apa yang ada di kepalanya saat itu..

Kejadian yang tak di sangka... 
(p/s : dia tunjuk power keretanya beb ! .)

Suatu hari masa cuti panjang,  dia beria-ia ajak aku keluar, pada hari tu kitaorang pergi kat pantai Kelulut release tension katanya (biasanya dia ajak aku gi makan kat restoren kat town jer). sampai kat situ aku rasa lain macam jer, cara dia bercakap tak macam biasa... tiba ttiba pula dia tanya satu soalan cepu emas kat aku...." kita ni bagaimana sebenarnya..?. saya nak kite ni lebih dari kawan...."

aku terkedu masa dengar tu... "emmm kita kan kawan jer? lagipun saya suka kat orang lain la..." (sebenarnya sebab tak tau nak jawab apa, itu jer yang terkeluar dari mulut)
dia tarik nafas dalam bila dengar... " tak pelah , jom kita balik..." terus berjalan ke kereta. Aku pun mengekor dari belakang, ish ish dalam hati aku.. kenapa jadi macam ni hari ni...
sejak 4 tahun ni semua ok jer kami berkawan tak ada timbul isu ni
..
Masuk aje dalam kereta, sampai kat jalan besar dia mula tekan minyak... kereta turbo, kau tau la... rasa seriau darah aku... aku pun bersuara : " awak jangan bawak laju gini, saya takut la.. tak baik awak..."
lepas tu dia jawap " dah awak ingat awak tu baik sangat..." aku terus terdiam... rasa dia bukan dia hari ni..

     sampai depan rumah aku, dia keluarkan sekeping kad " Ambil la ni, tak tau nak buat apa kad ni, dah silap tulis.." Masa kereta dia bergerak dengan sound enjin yang sengaja dia buat tu, mak aku sampai keluar, iyelah apahal pulak kuat jer bunyi enjin tu..erk... emak aku tengok aku dengan muka berkerut mcm minta penjelasan... aku tak tau nak kata apa... aku tengok kad di tangan..  'terima kasih kerana sudi jadi awek saya'

😼😼😼😼😼😼😼😼😼😼
Perang dingin
Kami perang dingin lepas tu. Bila difikir, aku rasa macam aku yang bersalah... Timbul rasa sebagai kawan aku tak patut biarkan dia macam tu jer selepas peristiwa tersebut..... Aku ingin jernihkan kembali keadaan, Tak dapat aku bayangkan bagaimana keadaan dia,,, Aduihh,,, Kesal betul aku jadinya..Aku call dia kat tempat kerja, rakan kerja cakap dia sakit, tak kerja. Aku call rumah, mak dia jawap... dia tak boleh jawap call kerana keadaanya tak mengizinkan.. sakit misteri..?.. meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya..

Dia  yang sakit dan aku  yang marah kerana difitnah ...
Selang beberapa lama selepas  peristiwa itu,  tiba-tiba dia call aku, marah-marah.. katanya aku dah kenakan dia, bomohkan dia...dia tuduh aku buat sesuatu padanya.. kalau tak suka dan tak nak terima dia sudahlah.. ini buat jahat pulak..itu tomahnya.." harap muka jer cantik tapi hati hitam, busuk !" Ayat dia tu sungguh menikam kalbu aku, aku hempas telefon. Apa taknya , begitu dasyat sekali tohmahan itu ku rasakan tau ! Terasa zupp jantung aku bila teringat kata-katanya tu... Selepas tu berkali-kali  jugak la dia telefon, aku tak jawap,,.memang tak nak jawab, apa nak jadi, lantaklah kau... hari berganti hari, berganti minggu... 
Dia call kawan baik aku mintak pujuk pun aku tak nak layan jugak, jangan main jiwa aku ni keras jugak kan... bila dah terguris bukan mudah aku nak lupakan!

Tak berapa lama selepas  tu, aku terima surat dari dia, panjangnya 10 muka... 
segalanya dia cerita...pasal dia sakit memang ada orang aniaya dia katanya..misteri nusantara la jugak kisahnya tu... dia minta maaf banyak-banyak...habis ahli keluarga dia tau pasal aku sebab masa sakit dia sebut2 nama aku... "K*******" la, alamak, harunya...kononnya dia nmpk aku dan ayah aku kt bilik dia ms dia sakit... jin mn yg menyamar entah..  aku yg jd mangsa!
*(patut la selepas kami bertunang jirannya beriya-iya nak tengok aku, nak kenal macam mana la rupa yang bernama  dot dot dot  ni , dah nama aku di sebut-sebut si dia ni.. hahaha. tak tau aku nak respon macamamana ,, malu wehhh. 
Memang aku cepat rasa malu,,,, kalau orang puji aku pun aku akan rasa malu giler aku selalu larikan diri elak dari itu.. haru betul )

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Berbaik semula
Selepas aku membaca semua luahan dan penjelasan cerita dia tu melalui surat yg panjang berjela... kemarahanku reda.. aku mula berfikir balik tentangnya, yg cuba ku elak sebelumnya.... aku pun sudilah keluar jumpanya...  bila kami keluar... aku rasa macam janggal la pulak. mula tu.. Selepas apa yang berlaku kami kurang berceirita macam dulu, macam ada malaikat lalu la pulak kan,,, tapi rasa tenang jer..  Kawan-kawan aku pulak sibuk suruh aku terima jer dia -baik kahwin dengan orang yang betul-batul sayang kita  dari orang yang kita amat sayang tapi hatinya entah macam mana...

Aku pula, bila di kampus, bila keluar dengan kawan lelaki  yang biasa aku jumpa tu,aku banyak diam... kami jadi makin renggang... patut la dia cakap aku macam tak happy dah bila keluar dengan dia..aku konfius, konfius.. banyak yang difikiran aku sebenarnya masa tu.. apa la akan jadi kat kawan aku  yang sorang tu...aku betul2 ambil berat tau,,lagipun kawan aku ni jenis baik sangat orangnya.. ,aku tak nak la kerana aku...


Aku sendiri tak pasti...sebenarnya bagaimana hati aku, aku terima sebab kasihan, kasih seorang  kawan atau sebab sayang (mestilah aku sayang kawan aku kan, hehe) ... sungguh aku keliru. Tapi aku anggap saja itu adalah yang Allah takdirkan untuk aku, alhamdullillah semuanya dipermudahkan... Lantas fikirannku terimbau kembali pada peristiwa itu... kali pertama kawan aku tunjukkan dia, katanya handsome la budak tu, ce tengok..haha. Aku mana peduli itu semua (masa tu dia baru bertukar ke sekolahku). ...buat  pertama kalinya aku pandang dia. hati ini terdetik "dia seorang suami dan ayah yang baik dan bertanggungjwab' aku sendiri tergaman .. dari mana datangnya perasaan sebegitu,tak pernah hayat aku jadi begitu .(Sepertimana kita bernafas ketika kita tidur bukan kita yang kawal, kerana ianya dibawah kekuasaan Allah) Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Beli kereta dengan seller dari  KL
Lepas dia jual kereta turbo tu. Dia cakap nak turun KL (kami dari pantai Timur), dah janji dengan orang nak beli kereta Honda. Masa tu aku dah kerja, kebetulan  ada course kat KL yang office dah arrange, so kami pergi sama-sama naik bas, hu hu.Dia lepak rumah kawan dia 2 hari tunggu course aku habis. Ingat lagi masa balik, sampai rumah, dia singgah.. mak aku suruh dia rehat dan tidur kat rumah dulu. Mak aku pulak buat lawak, silap la, bagi kami balik sama-sama naik kereta dari kl, bahaya tu, 2 orang jer, lelaki & perempuan... ha ha aku gelak jer..takdenya mak.. kawan aku eh, teman aku ni bukan jenis gitu la...dia budak baik la mak oii.. alhamdulillah. Masa ni kami dah pun bertunang...

Kereta honda kesayangan dalam kenangan, pernah ada kereta yang gesel time aku bawak, masa tu  hujan hantar anak sekolah..


Grand Livina
Kereta Honda yang kami sama2  pergi beli kat kl  tu la banyak berjasa pada kami...tapi kami jual juga akhirnya bila dah beli kereta lain..( Dalam 10 tahun sejak kahwin memang tak tukar kereta la sebab fokus pada siapkan rumah dulu ) 
Kereta Grand Livina, kami dapat tepat pada tarikh ulangtahun perkahwinan  yang ke 10 -01/09/2010  ( memang betul-betul kebetulan ni tau!, nak dijadikan cerita. Kereta ni tak ada stok kat kedai, jadi memang kena tempah la)... dia pulak buat lawak," tahun ni tak der hadiah anniversarry.. kira kereta ni la hadiah kita..." Memang betul, dia tak beli hadiah lain pun untuk aku... itu bagi aku idea tulis kisah perjalanan hidup kiaorang ni kat sini....Setelah 10 tahun kahwin, barulah sekarang  aku rasa bawak kereta auto, mudah la sesangat  tak payah lagi nak tekan-tekan clutch dan asyik nak kena  change gear jer kan..Alhamdulillah

Memang sukar diduga siapa jodoh kita kan? Cinta yang tulus yang berkembang mekar selepas kahwin adalah yang paling bermakna dalam hidup tau..
Ini bukan kisah My best friend wedding tapi Me, Wedding with my best friend...
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
   ... Wassalam...

Moral : Jangan la tunjuk power kereta korang masa 'awek' ada kat sebelah, kesian... kecut perut weh..
Sekarang ni kalau dia bawak laju pun aku diam jer, tak nak la ganggu tumpuan orang tengah drive kan, habis-habis pun aku berdehem jer, huhu...



P/s : Hmm.. , Pasal peristiwa misteri ni.. sering berulang-ulang juga berlaku dalam hidup aku... sejak  dari awal perkahwinan lagi   aku sering bermimpi diganggu seseorang dengan wajah marah seperti tidak puashati dengan aku dan aku sering sakit.. hanya pada Allahlah tempat mengadu,, bukan semua cerita boleh bukak beb... biarlah rahsia... Yang pastinya hidupku adalah sebuah perjuangan yg panjang... ku telan dan ku tadah rintangan demi insan2 tersayang... hanya pd Allah aku bertawakkal.  Biarlah org tidak memahami apa yg aku hadapi... kalau sekadar itu pemahaman yg diizinkanNya. Itulah ujian ku....
Hati yang ingat Allah

Semua kejadian dan perkara yang berlaku benar2 membuka mata aku bahawa kita ini hanyalah hamba Allah yang kerdil, setiap kejadian ada rahsia di sebaliknya... Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri... Misteri Nusantara, hehe

Update : 22022022 dengan Honda Jaz
 (sorry.. aku terpaksa hilangkan gambar aku atas sbb2 tertentu)


AWAS PENYAKIT AIN


Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...