ad

AA\

Monday, October 1, 2012

Gigi oh gigi...


Pernah dengar tentang jambatan gigi atau bridge..?. 

Untuk menganti sebatang gigi yang 'hilang', gigi bersebelahan di kedua belah akan dikecilkan untuk disarung 'crown' untuk menampung sebatang sebatang gigi palsu seperti di atas.



Hasilnya memang cantik dan selesa, tidak seperti gigi palsu biasa yang mempunyai lelangit plastik, dan terasa seperti ada sesuatu yang melekat di lelangit. 


Tapi terdapat kes jambatan gigi atau bridge yang gagal, akhirnya gigi bersebelahan jadi mangsa...seperti gambar di bawah, untuk menampung 2 batang gigi bridge, empat batang gigi bersebelahan jadi 'korban'..
Itulah sebabnya ada sesetengah doktor pakar tidak mengesyorkan bridge ni pada gigi asal kita tapi sebaiknya di buat pada gigi implan atau gigi tiruan yang tanam (gambar di bawah), taklah menyesal kemudian  hari disebabkan bridge, gigi yang tak sakit jadi 'sakit'....Wallahualam...

Dan satu lagi untuk pengetahuan, orang yang pakai gigi palsu cepat tua dan tulang cepat megecut seperti di bawah ni...


Jadi, jagalah gigi elok elok..menyesal kemudian dah tak guna.

Kalau nak buat implan gigi atau tanam gigi, kosnya adalah 5000 untuk sebatang, dan ianya mengambil masa berbulan-bulan untuk sembuh dari perbedahan menanam gigi implan. Ada juga kes implan yang gagal..isk isk..http://www.buzzle.com/articles/dental-implants-problems.html
http://www.buzzle.com/articles/dental-implant-vs-bridge.html

No comments:

Post a Comment