Monday, January 24, 2022

al imran ayat 54 - antara makar mereka dan makar Allah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


al imran 54
"Mereka merancang , Allah juga merancang.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang".

Jika Allah membantumu, tiada kuasa lain dapat menghalangmu daripada memperoleh kejayaan, perlindungan dan keselamatan,

**********************
                 🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya diri kita ini tiada daya dan upaya apapun jika tanpa Rahman dan Rahim Nya Allah s.w.t. dan dengan Rahmatan lil 'alamin nya Rasulullah s.a.w. Rasakan betapa hebatnya dan AgungNya kuasa Allah Yang Maha Esa dan betapa kasihnya baginda Rasulullah s.a.w pada umatnya..Yakinlah dengan hati bahawa Allah akan membantu kita, teguhkan iman dan banyakkan bedoa untuk medapat ketetapan hati. 
In sha Allah
  🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Berikut ialah tafsiran Ulama ummah’ pelita penerang kegelapan umat Muhadith dari Negeri Syam yang dirahmati Allah, Syeikh Muhammad Nasiruddin Albani ra dalam memahami ayat 54 surah Ali imran :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ الله  وَاللهُ خَيرُ المَاكِرِينَ

“Mereka itu melakukan muslihat dan tipudaya kepada Allah dan Allah membalas muslihat mereka dan Allahlah sebaik-baik pembuat muslihat dan tipudaya (bagi membalas tipudaya mereka)” ( Ali Imran : 54).

“Masalah ini sangatlah mudah dengan izin Allah, ianya disebabkan kita dapat mengenali apakah makna ( المكر ) “makar, tipu daya, helah, muslihat ” dalam ayat ini dari pengertian kalimah “makar, tipu daya, helah, muslihat” .

Sesungguhnya tidaklah disifatkan makar, tipu daya, helah, muslihat itu dinisbahkan selamanya dengan sifat yang buruk sebagaimana kita tidaklah pula menisbahkan ia kepada sifat yang baik. (Kadangkala sesuatu yang berlaku yang kita nampak/kelihatan atau anggap buruk itu mungkin merupakan jalan ke arah terbukanya rahmat Allah. Mungkin disebabkan peristiwa tersebut itu yang menjadi pendorong sesuatu kebaikan di masa yang mendatang. Bermakna ada rahsia tertentu yang Allah tetapkan di sebalik kejadian atau dengan kata lain tersembunyi hikmah di sebalik kejadian tersebut. ) 

Adakalanya, orang yang kafir mengadakan muslihat kepada seorang muslim tetapi si muslim tersebut tidaklah bodoh dan lalai lalu si muslim tersebut bertindak mencegah dari dirinya ditipu dan terpedaya oleh muslihat si kafir sehingga akhirnya si kafir itu sendiri terpedaya kembali atas perbuatannya. 
(Namun ini bukan bererti kita hanya perlu berpeluk tubuh dalam medambakan rahmat Allah, kita perlu berusaha dan berikthiar melakukan apa yang sepatutnya, seperti berusaha memantapkan akidah dan iman dengan mendekatkan diri dengan sang Pencipta alam semesta. Carilah ilmu dan gurunya  yang bersanad pada Rasulullah s.a.w. yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. *Mukmin yang hati dan imannya sentiasa berpegang teguh pada Allah yang empunya kuasa, pemilik alam semesta akan senantiasa mendambakan rahmat dan bantuan dari Allah s.w.t, In Sha Allah dipermudahkan urusannya di didunia dan di akhirat).


Disebut ulama bahawa makar (المكر ) muslihat dalam ayat ini ialah Dia (Allah) yang Maha membatalkan segala tipudaya dan musihat dengan muslihatnya yang mengatasi segalanya. Bahkan apabila Allah menyifatkan dirinya dengan sifat makar , helah atau tipudaya dalam ayat ini maka jadilah perbuatan ini tidak selamanya jahat atau buruk seperti ia tidak selamanya benar dan baik tetapi bergantung kepada keadaan dan pembuatnya.

Juga disebut (خير الماكرين ) “Sebaik-baik pembuat tipudaya dan helah muslihat” memberi erti Allah itu melakukan makar dan helah atau muslihat dalam keadaan yang paling baik dan membawa kebaikan.

al imran ayat 54

* Orang mukmin dan orang muslim,Apa bezanya ?
Kaedah yang disebutkan oleh para ulama ialah kedua-dua kalimah ini jika berada di dalam sesuatu ayat, maka setiap satu darinya membawa maksud yang tersendiri, manakala jika salah satunya sahaja yang disebut maka ia mengandungi maksud kedua-duanya.

Justeru, jika terdapat kedua-dua kalimah Islam dan Iman dalam satu ayat, maka ketika itu kalimah islam memaksudkan amalan-amalan zahir, manakala kalimah iman memaksudkan pula kepada amalan-amalan batin terdiri dari I’tiqad dan keyakinan jantung hati. Kerana itu kita dapati terdapat ayat al-Quran:

Maksudnya: “orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam' " (al-Hujuraat: 14).

Adapun jika dalam sesuatu ayat hanya disebut kalimah Islam, maka ia memaksudkan makna Islam dan Iman sekalugus sepertimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (amalan zahir dan batin). (Ali Imran: 19)

Demikian juga jika kalimah iman sahaja yang disebut di dalam sesuatu ayat maka ia memaksudkan iman dan Islam seperti firman Allah SWT:

Maksudnya: “dan sesiapa Yang ingkar dengan keimanan (mengingkari iman dan Islam yang merangkumi amalan zahir dan batin), maka Sesungguhnya terbatallah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.” (al-Maidah: 5)

Berdasarkan keterangan ini menunjukkan setiap orang mukmin itu adalah muslim, manakala bukan setiap orang muslim itu mukmin. Kerana itu orang-orang munafik iaitulah mereka yang menzahirkan amalan islam namun di dalam jantung harinya menyembunyikan kekufuran, mereka dikira sebagai muslim pada hukuman dunia, namun kufur di sisi Allah SWT, jika mereka mati berterusan dalam keadaan kemunafikan tersebut, mereka termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi. Jadi, sentiasalah berusaha agar diri kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi itu. 
orang muslim = orang islam
orang mukmin = orang beriman
Para ulama menyebutkan ada 5 level (tingkatan) keimanan di sisi Allah Ta'ala, yaitu:
(1) Muslim (2) Mukmin (3) Mukhsin (3) Mukhlis dan (5) Muttaqin.
1. Muslim adalah mereka yang bersyahadat dan menunaikan rukun Islam .
2. Mukmin adalah muslim yang memenuhi seluruh kehendak Allah, dan memiliki iman kuat dalam hatinya.
3. Mukhsin adalah orang mukmin yang mencapai tahap Ihsan.
4. Mukhlis adalah mukmin yang mencapai derajat ikhlas, segala perbuatannya hanya untuk Allah semata.
5. Muttaqin adalah orang terbaik dalam pandangan Allah. Mereka adalah orang bertakwa yang memelihara diri dari dosa dan menjalan seluruh perintah-Nya.

Orang beriman (mukmin) yang disebut  dalam Al-Qur'an:
 التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ 
"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman.." 
(QS. At-Taubah: 112)

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ اِذَا ذُكِرَ اللّٰهُ وَجِلَتْ قُلُوْبُهُمْ وَاِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ اٰيٰتُهٗ زَادَتْهُمْ اِيْمَانًا وَّعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوْنَۙ

 Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,
(QS. Al-Anfal Ayat 2)


kredit :

Bagaimana Memahami Ayat 54 Surah Ali Imran ?

Beza muslim dan mukmin






#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

No comments:

Post a Comment

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...