Tuesday, September 25, 2012

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT YANG PERLU KITA TAHU

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Kerap kali kita mendengar pesanan bahawa khusyuk dalam solat boleh diraih dengan memahami dan menghayati makna bacaan dalam solat. Usaha untuk memahami dan mencapai solat yang berkualiti adalah usaha yang berterusan yang harus dilakukan oleh semua umat Islam. Berikut disenaraikan bacaan dalam solat untuk panduan kita semua.

Tips kyusuk :
1  Baca surah Annas sebelum niat sembahyang.
Sebelum baca niat sembahyang,baca dulu surah Annas serta selawat katas nabi memohon dijauhkan gangguan semasa kita solat.
Biasakan diri seperti kita seperti sedang berbicara dengan Allah.
2  Bayangkan kita seolah-olah berada dihadapan Allah (seolah Allah memandang segala perbuatan kita). Penuhkan dengan perasaan rendah diri dan tekad kerana Allah.
3  Ingat dan fahami makna bacaan dalam solat.
Sambil baca, cuba ingat makna ayat atau surah yang dibaca  dalam solat .(atau lintasan makna surah) Ini boleh kurangkan ingatan kita pada perkara lain semasa dalam solat.
4  Fokus pada tempat sujud.
Elakkan mata kita memandang arah lain untuk kurangkan gangguan. Fokus pada tempat sujud.


#1- Niat Solat
Contoh bagi Solat Zuhur:

#2- Takbiratul Ihram

#3- Membaca Doa Iftitah


#4- Membaca Al-Fatihah


#5- Rukuk
-dengan Thumakninah ( berhenti seketika ), 
#6- Iktidal (Kembali berdiri dari rukuk)
-dengan Thumakninah ( berhenti seketika ), 



#7- Sujud
-dengan Thumakninah ( berhenti seketika ), 


#8- Duduk Di Antara Dua Sujud
-dengan Thumakninah ( berhenti seketika ), 

#9- Bacaan Tahiyat Awal

#10- Bacaan Tahiyat Akhir





#11- Memberi Salam Ke Kiri Dan Ke Kanan


#12- Doa Qunut Untuk Solat Subuh



Semoga panduan yang disediakan di atas mampu membantu kita dalam meningkatkan kualiti ibadah wajib yakni solat yang kita lakukan setiap hari. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini, InsyaAllah.


Sumber:
Panduan Solat Yang Disediakan oleh Malaysian Students and Community of Leeds


Monday, September 24, 2012

KELEBIHAN BISMILLAH 5

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

BISMILLAH 5

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
  1. Menghalang jin dan syaitan
  2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
  3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
  4. Penawar penyakit gila meroyan.
  5. Melegakan bengkak dan benjol.
  6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
  8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat:
  • Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  • Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  • Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  • Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  • Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap. ‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab


#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...