Sunday, June 5, 2016

Pengajaran dari SURAH AL KAHFI

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Pengajaran dari SURAH AL KAHFI 

Kandungan surah al Kahfi (Sinopsis)
🌷Muqaddimah :
    Al Quran ; Amaran bagi kekufuran/kemusyrikan, khabar gembira bagi orang beriman (1-6)
 🌷Dunia = ujian (7-8)
🌷Kisah Ashabul Kahfi (9-26) = ujian pertahankan keimanan
🌷Kemuliaan vs Kebendaan (27-31) = ujian kebendaan ( menyingkapi perbezaan status)
🌷Kisah pemilik 2 kebun (32-44) = ujian kekayaan
🌷Perumpamaan kehidupan dunia dan gambaran kiamat dan akhirat (45-49) = ujian kehidupan dunia
🌷Kisah Iblis dan Adam (50-53) = ujian ujud dan ujian syaitan
🌷Akibat membantah peringatan Allah (54-59) = ujian ketaatan
🌷Kisah Nabi Musa dan Khidir (60-82) = ujian ilmu dan kesabaran
🌷Kisah Zulkarnaem (83-98) = ujian kekuasaan
🌷Penutup
    -Penamat bagi orang kafir (96-106)
    -Penamat bagi orang beriman (107-108)
    -Keluasan ilmu Allah, tentang Nabi SAW -wahyu. Larangan syirik (109-110)

-Surat Al Kahfi atau juga disebut Ashabul Kahf merupakan surat golongan Makkiyah atau yang diturunkan di Kota Mekkah.
-Surah ini terdiri atas 110 ayat dan bercerita tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya.
-Selain itu terdapat pula beberapa buah cerita dalam surat ini yang semuanya mengandungi pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.


Pelajaran (kisah) dari Surah Al Kahfi :

Kisah 1
Kisah lelaki gua. Mereka adalah orang-orang yang beriman dan tinggal di negara yang tidak beriman. Ketika mereka menyedari bahawa ada orang yang mengancam nyawa mereka kerana iman, mereka meninggalkan kota dan pergi ke sebuah gua demi Allah dan memelihara iman mereka. Di sana Allah SWT menganugerahkan tidur kepada mereka (selama 309 tahun) dan ketika mereka bangun dari tidur , pada waktu itu semua penduduk kota mereka telah menjadi orang yang beriman. Oleh itu, kisah ini menunjukkan bahawa ketika seseorang menaruh kepercayaannya kepada Allah SWT, nescaya akan mendapat pertolongsn  dariNya  dan diringankan kesulitan.

Pelajaran -Allah SWT menjadikan iman seseorang untuk diadili. Apabila Allah SWT menganugerahkan iman dan ketika seseorang beriman teguh dalam imannya, maka Allah menolong mereka dengan cara yang tidak dapat difahami. Lebih-lebih lagi, kisah itu juga memberi pengajaran bahawa seorang Muslim mesti selalu berada di tempat orang-orang yang baik dan soleh. Orang-orang gua itu semua benar, oleh itu, mereka berdua adalah salah satu faktor yang menarik rahmat dan pertolongan dari Allah SWT. Demikianlah, seorang Muslim harus teguh dalam imannya dan tetap berada di tempat orang-orang baik, seperti yang disebutkan dalam Al-Quran:
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (AL- Kahfi ,18:28)

Kisah 2 :
Kisah seseorang yang memiliki dua kebun dan kaya dari segala segi. Namun, kekayaannya menyesatkannya dan dia mulai meragui keimanannya, akibatnya Allah SWT melucutkannya dari semua artifisial dan kurniaan duniawi, yang membuatnya menyedari sifat sementara dari perkara-perkara di dunia ini tetapi pada saat itu sudah terlambat.

Pelajaran -Terdapat dua pelajaran. Pertama, semua kekayaan juga merupakan ujian dari Allah SWT. Oleh itu, bagi mereka yang  diberi segala kurniaan duaniawi sebenarnya untuk menguji mereka sama ada mereka akan bersyukur kepada-Nya atau tidak. Kedua, seorang Muslim juga harus mengambil iktibar bahawa perkara-perkara di dunia ini semuanya sementara, oleh itu,  seseorang mesti bersyukur kepada Allah dan membelanjakan harta kepada yang memerlukan. Di dalam Al-Quran, Allah SWT menerangkan keadaan duniawi dengan sempurna:

                         

“Dan sampaikanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (18:45)

Kisah 3:
Kisah  tentang Nabi Musa (AS) dan  Khidir (AS). Ketika Musa (AS) menyangka bahawa tidak ada seorang pun di dunia ini yang memiliki lebih banyak pengetahuan berbanding dirinya, maka Allah SWT mengutusnya untuk menemui Khidir, yang sepanjang cerita membuktikan bahawa dia lebih mengetahui berbanding Musa (AS).


Pelajaran Pengetahuan bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan oleh seseorang, sebaliknya, berpengetahuan tinggi  harus disertai dengan kerendahan hati.  Ingatlah akan selalu ada seseorang yang lebih berpengetahuan dan mempunyai pemahaman yang lebih baik dari diri sendiri.

Kisah 4:
Kisah tentang raja besar Zulkarnaim yang mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk menolong orang-orang yang memerlukan dan menyebarkan kebaikan ke mana sahaja dia pergi. Dialah yang memberi bantuan kepada orang-orang dari ancaman Yakjuj Makjuj.

Pelajaran -Kuasa juga merupakan anugerah dari Allah dan bagi mereka yang diberi kuasa, Allah mengujinya dalam tindakannya dengan kekuasaan yang dimiliki. Oleh itu, mereka yang berkuasa dan dibandingkan dengan yang lain harus menggunakan kekuatan ini untuk berbuat baik dan menjadikan kehidupan orang lain lebih mudah dan juga sekaligus untuk melawan segala bentuk kejahatan.

Kesimpulan:

Ringkasnya, Surah Kahfi adalah salah satu surah Al-Quran yang terkenal, bukan saja ganjaran dan faedah istimewa bagi pembacaannya, pemahaman tentang isi kandungannya tetapi juga dapat membantu seorang Muslim mengambil pelajaran berharga yang dapat membantu dalam membentuk kehidupan seseorang menuju jalan kebenaran agar terhindar dari fitnah akhir zaman .

Terdapat 4 Cabaran utama dalam surah al Kahfi
1. Cabaran Iman   (Ayat 9 - 26)  - Orang-orang Gua / Ashabul Al-Kahf
2. Cabaran Harta Kekayaan (Ayat 32 - 44) - Kisah orang kaya dan miskin
                                            - harta menajdi finah apabila tidak beriman
3. Cabaran Ilmu  Pengetahuan (Ayat 60-82)  - Musa dan Al-Khidr
4. Cabaran Kekuasaan (Ayat 83–98)  - Zulkarnaem dengan Yakjuj Makjuj

Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang keutamaan dan manfaat pada surat ini.  Pertama manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Sosok kejam yang akan keluar pada akhir zaman ini nantinya akan membuat kerosakan di bumi dan menebarkan fitnah kepada setiap umat Islam

“Barang siapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jum’at, maka Dajjal tidak bisa memudharatkannya,” (HR-Dailami).

*lihat artikel berkaitan
 10 Ayat Pertama Dan 10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi Dan Doa Perlindungan Dari Dajjal

Manfaat lain dari membaca Al Kahfi pada hari Jumat  adalah mendapat pengampunan dosa diantara dua Jumaat.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.”
 (HR. Abu Bakr bin Mardawaih . Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Turunnya Ketenangan Dan Rahmat Yang Disertai Dengan Para Malaikat
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu.

Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Demikian kelebihan yang terkandung di sebalik amalan membaca Surah Kahfi. Surah Kahfi adalah surah yang agak panjang dengan mempunyai sebanyak 110 potong ayat. Namun, kita boleh membahagikan bacaan kepada beberapa bahagian supaya tidak terasa membebankan, contohnya baca 40 ayat pada waktu Maghrib ketika mula masuk hari Jumaat, 30 ayat selepas Subuh keesokan harinya dan 40 ayat yang terakhir di waktu Zohor atau di penghujung Hari Jumaat.

Jika masih tidak mampu, berusahalah untuk membaca walau 10 ayat yang pertama dalam Surah Kahfi. Semoga amalan yang sedikit ini mampu membantu kita di saat kita benar-benar memerlukan bantuan di hadapan Allah kelak.

Semoga sedikit ilmu diatas dapat bermanfaat. Yang terpenting adalah kita selalu melakukan kebaikan biarpun sedikit  di hari jumaat maupun di hari lainnya. Insya Allah

Video :





🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskanlah hati  , bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Anggaplah dengan rahmatnya Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In Sha Allah.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa

1O AYAT PERTAMA DAN 10 AYAT TERAKHIR Surah Al-KAHFI dan DOA PERLINDUNGAN DAJJAL

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


10 ayat awal al kahfi  (ayat 1-5)

10 ayat awal al kahfi (ayat 6-10)

Doa perlindungan fitnah Dajal




Baca :


Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
Artikel berkaitan : 

Pengajaran dari SURAH AL KAHFI


Seorang muslim yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir
dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya terdapat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.
(Hadis Riwayat Muslim, no. 1342)


10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI


Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW bersabda : 

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat 
terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”


 10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI


10 ayat akhir al kahfi  (ayat 101-105)

10 ayat akhir al kahfi  (ayat 106-110)

Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan :
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM :
Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.
 Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa hendaklah di baca dalam bahasa Arab (atau baca tafsir dalam hati .) Doa itu adalah  


doa perlindungan dari fitnah dajjal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Allahumma inni a’uzu bika min azabi jahannam, wa a’uzu bika min ‘azzabil qabri, wa a’uzu bika min fitnatil mahya wal mamati,  wa a’uzu bika min fitnatil masihid dajjal.”



Maksudnya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari seksa Jahannam, aku berlindung kepada-MU dari seksa kubur, aku berlindung kepada-MU dari fitnah semasa hidup dan setelah kematian dan aku berlindung kepada-MU dari fitnah Masih al-Dajjal.” (HR Muslim)

(update:)
- Kita tidak akan selamat daripada dajjal dengan sekadar menghafaz 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-kah sahaja, tetapi dengan  mentadabbur; membaca, memahami, menghayati, dan mempraktikkan keseluruhan isi kandungan surah al-kahf.
- Memahami kuasa Allah Taala menghidupkan semua Ashab al-Kahf yang tertidur 309 tahun, membuatkan kita tidak hairan dengan dajjal yang menghidupkan orang mati.
-Memahami kisah perjuangan Khidir ‘alaih al-salam; memperjuangkan nasib orang miskin, menegakkan undang-undang Allah Taala dan membela nasib anak yatim, memberikan inspirasi kepada kita untuk membentuk sistem yang lebih baik berbanding sistem yang diperkenalkan oleh dajjal.
-Menghayati perjuangan Zulqarnain membawa Islam ke merata dunia sehingga mengurung Ya’juj Ma’juj, membuatkan kita bersemangat mempertahankan Islam dan mengurung dajjal.
-Tadabbur tertinggi bukan bererti membaca dan menitiskan air mata keinsafan tetapi  maksud tadabbur tertinggi atau puncak tadabbur ialah kita berjaya menghasilkan produk atau sistem kenegaraan menerusi penghayatan surah al-kahf yang akhirnya berfungsi sebagai benteng daripada fitnah al-dajjal.
-Percayalah, dajjal tidak pernah takutkan orang yang menghafaz surah al-kahf, atau menghafaz keseluruhan al-Quran sekalipun kalau sekadar menghafal sahaja.
 Rujukan :
Tuhfah al-Ahwadhi oleh al-Mubarakfuri.
Ditulis pada 11 September 2019 bersamaan 11 Muharram 1441 pada jam 2.12 petang di Putra Height.
P/s : saya dah pun membuang setting unable rightclick pada blog ini ,okay.

 Video :
             


#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...