Wednesday, March 13, 2019

AYAT MANZIL dan manfaatnya

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

KELEBIHAN AYAT MANZIL



'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa' (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.

Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat d dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" 
 (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun (Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala), sepuluh ayat pertama surah Wassaattiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr, Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.


Fadhilat Manzil ini terlalu banyak .Dari pengalaman saya ,Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain. Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air.Air ini diminum oleh pesakit.

Selain "Manzil" terdapat juga ayat"MUNJIYAT" yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen Rah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat syifa' dari pengalaman Imam Abu Qassim Qushairi .


Himpunan AYAT-AYAT MANZIL: 

Al Fatihah
Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 163 Al Baqarah
Ayat 255   Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 256-257  Al Baqarah
Ayat 284-286 Al Baqarah
Ayat 18 Ali Imran
Ayat 26-27 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 110-111 Al-Israa'
Ayat 115-118 Al Mu'minuun
Ayat 1-11 Asy-Syafaat
Ayat 33-40 Ar-Rahman
Ayat 21-24 Al-Hasyr
Ayat 1-4 Al-Jin
Al-Kafirun
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An Naas

Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT. Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t., sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat .Tiadak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat ( tetapi ianya bergantung kepada keadaan hati si pengamal itu sendiri keyakinannya pada Allah swt ).

Malahan ada yang mengakui dengan mengamal Ayat MAnzil secara istiqomah akan menguatkan aura diri dan membentuk satu lapisan aura putih yang menjadi benteng terhadap gangguan jin dan sebagainya

Dengan mendegar bacaan Ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit – penyakit misteri antaranya :-

-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua

CARA AMAL DAN FADHILAT AYAT MANZIL (RUQYAH SYARIYYAH)

1.Dibaca selepas Solat Subuh...dan kalau tak sempat...baca bila-bila masa sebelum matahari tegak atas kepala...

2.Dibaca pada waktu petang selepas asar...atau selepas Solat Maghrib...atau kalau tak sempat...dibaca selepas Solat Isya....

3.kalau benar-benar tak sempat kerana tak cukup masa...ia dibaca sekali sehari...bila-bila masa terluang...contohnya pada tiap-tiap malam...

...namun kalau dapat diamalkan pagi petang maka ia lebih baik dan berkesan...



Sebaik-baiknya ia dibaca dalam keadaan berwuduk dan menghadap ke arah Kiblat...
Kalau tak sempat...boleh dibaca sambil melakukan sesuatu kerja...dan sebaik-baiknya juga dalam keadaan berwuduk...

Antara perkongsian kisah seorang pengamal manzil :
Pada pandangan mata jin...orang yang mengamalkan Ayat Manzil ini...akan ada padanya
satu lapisan cahaya yang meliputi tubuhnya ( pendek kata Menguatkan aura...(yang ni saya tak sure,sebab tak check lagi dengan aura warna)Lapisan cahaya ini berwarna putih...serta panas...dan semakin lama seseorang itu mengamalkan Ayat Manzil...maka lapisan itu bertambah tebal dan panas...(yang panas ni bukan badan kita..tapi orang yang ada gangguan duduk dengan kita akan jadi panas)

Jika dalam sesebuah rumah itu tidak ada orang sembahyang atau membaca Qur'an di dalamnya maka pada pandangan jin...suasana dalam rumah itu suram dan kelam...Iaitu keadaan yang digemarinya...(...walaupun contohnya rumah itu secara zahir sangat terang oleh cahaya lampu...)

Tapi bila ia dimasuki oleh orang yang mengamalkan Ayat Manzil...maka suasana kelam tadi menjadi cerah ceria pada pandangan mata jin...dan panas.(yang ni memang betul..since rumah sewa saya tu hampir keseluruhan mengamalkan manzil..jadi rumah tu jadi panas kepada orang2x yang ada gangguan jin dan juga yang tak sembahyang.insyaAllah sejuk kepada mereka yang menjaga solat.berdasarkan rakan-rakan dan keluarga yang datang ke rumah la)

Dari segi lain...lapisan cahaya putih yang tebal itu sangat berkesan dalam menghalang serangan jin...Pertama sekali...kerana semakin ia menghampiri seseorang itu...semakin panas bahang yang dirasakannya...Tanpa perlu menyerang...sesekor jin itu sudah tahu samada ia mampu mengatasi seseorang manusia itu atau tidak...hanya dari ukuran luasnya capaian lapisan cahaya putih ini...

Maka perkara jin lari sebelum terserempak menjadi perkara biasa...ia terutamanya bagi jin liar...Bagaimana pun...jin ini banyak jenis dan bangsanya...dan sebahagiannya mempunyai kelebihan serta kekuatan yang lebih daripada yang lainnya.

Contohnya... jin mungkin lari sebelum sempat ia nampak anda...manakala yang lainnya pula mungkin masih dapat bertahan mendekati anda...terutama jika kebetulan anda ada jin saka...juga jenis jin tertentu yang mendampingi tukang-tukang sihir...

Maka pengamal Ayat Manzil masih berkemungkinan menghadapi serangan jin tertentu... 
terutamanya kalau anda terlibat secara aktif perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang berkaitan dengan jin......contohnya anda menjadi...atau membantu perawat yang menyimpan tangkal atau secara tak sedar mengamalkan sihir...menjadi sasaran pendengki... atau...orang-orang yang sakit hati...dan sebagainya.(saya masih teringat bagaimana saya menerima rawatan dari seorang bernama tok janggut..rawatan islam..tapi tetap menggunakan jin..saya waktu itu telah mula mengamalkan ayat manzil.dan memang saya menerima serangan jin tersebut.Bila saya check semula apa yang tidak kena,rupanya saya belum membuang kemenyan buatan perawat tersebut.terus tanpa berfikir panjang saya campak dalam bakul sampah dan dibuang ke luar.Alhamdulillah tiada lagi gangguan jin tersebut.)


AYAT AYAT MANZIL :

Al Fatihah

Ayat 1-5 Al Baqarah, Ayat 163 Al Baqarah 


Ayat 255   Al Baqarah (Ayatul Kursiy)

Ayat 256-257  Al Baqarah

Ayat 284-286 Al Baqarah

Ayat 18, 26-27 Ali Imran,

Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 110-111 Al-Israa'


Ayat 115-118 Al Mu'minuun

Ar-Rahman 33-40

Ayat 1-11 Asy-Syafaat


Ayat 21-24 Al-Hasyr
Al- Kafirun

Ayat 1-4 Al-Jin


Al-Kafirun


Al-Falaq

An Naas


Baca di sini :
















































Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...