Tuesday, March 31, 2020

Hikmah Digalakkan UNTUK RUKUK DAN SUJUD Masa Yang Lama

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Kekhusyukkan dalam menunaikan ibadah solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik dari segi agama mahupun perubatan. Ada individu yang dalam solatnya begitu khusyuk dan tekun dalam setiap gerakan solatnya. Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai terutamanya ketika dalam gerakan rukuk dan sujud. Kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepat dua gerakan ini agar solat cepat selesai.

Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan. Jika dilakukan secara cepat, maka manfaat perubatan dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak dapat diperloehi secara maksimal. Manfaat perubatan apa yang dimaksudkan? Ikuti  ulasannya.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud
Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan d0sa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seorang pemuda sedang solat, dia memanjangkan solatnya dan melamakannya, maka beliau bertanya: siapa yang kenal orang itu? Maka ada yang menjawab: Saya.
Baginda mengatakan: seandainya aku mengenalnya, tentu aku akan menyuruhnya untuk memanjangkan rukuk dan sujudnya, kerana aku pernah mendengar Nabi -Shollallohu alaihi wasallam- bersabda:

“Sungguh, jika seorang hamba berdiri untuk solat; semua d0sanya didatangkan, dan diletakkan di atas bahunya. Maka setiap kali dia rukuk dan sujud, d0sa-d0sa tersebut menjadi berjatuhan”. (Lihat Silsilah shahihah: 1398, sanadnya shahih).

Dari hadis di atas, dapat di ambil kesimpulan bahawa semakin lama rukuk dan sujud, maka akan semakin banyak d0sa yang akan dilepaskan dari diri manusia. 

Dari segi kesihatan pula, telah terbukti memperlama gerakan rukuk dan sujud juga memiliki manfaat besar.

Dalam sebuah seminar yang dianjurkan oleh pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Pasir Gudang , Prof. Ir Dr. Fatimah Ibrahim daripada Universiti Malaya membentangkan hasil kajian mengenai kesan pergerakan solat terhadap kesihatan manusia yang dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu.

Menurut beliau ketika me­ngangkat tangan dalam takbiratulihram, kuantiti oksigen bertambah dengan banyak masuk ke dalam paru-paru dan kuantiti darah beroksigen mengandungi nutrien yang dibawa oleh sel-sel badan turut bertambah. Ini kerana ketika mengangkat tangan ke paras bahu, bidang dada diluaskan dan tulang belakang diseimbangkan. Dengan cara ini kapasiti udara dalam paru-paru akan bertambah secara semula jadi.

Ketika meletakkan tangan di antara pusat dan dada setelah takbiratulihram, menjadikan individu yang solat di kedudukan paling stabil dan tenang. Ini kerana pada ketika itu sendi siku, pergelangan tangan dan otot dalam keadaan rehat sepenuh­nya. Dalam kedudukan itu darah mampu mengalir dengan lancar, cecair dalam sendi bertambah, bahkan boleh mengelak risiko diserang penyakit sendi reumatik atau kaku sendi.

Hikmah Rukuk

Rukuk merupakan salah satu gerakan yang ternyata memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Rukuk yang sempurna seperti di lihat apabila kita meletakan gelas di pungggung maka tidak akan tumpah sebab antara kepala dan tulang belakang atau pungggung sejajar.
Posisi rukuk yang sempurna ini juga bermanfaat untuk menjaga kesempurnaan posisi pungggung sebagai penahan tubuh dan pusat saraf dan posisi jantung sejajar dengan 0tak sehingga bahagian tengah badan kita boleh mengalirkan darah dengan sempurna.

Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah. Menurut penelitian posisi rukuk ini juga sangat bermanfaat untuk 
melatih urin sehingga terhindar dari penyakit pr0stat.

Melalui pergerakan rukuk secara sempurna , pergerakan bendalir dalam badan akan me­ngalir dengan sempurna. Otot di bahagian depan tubuh mengalami pengecutan dan otot di bahagian belakang akan mengalami proses pengenduran. Kedudukan tangan di atas lutut semasa rukuk mampu menetapkan tulang tempurung pada posisi sebenar.

Disebutkan juga, kegagalan melakukan rukuk de­ngan sempurna menyebabkan kan­dungan kolestrol me­ningkat, berisiko sakit pinggang dan mengganggu sistem kardiovaskular atau jantung.
Hikmah Duduk antara 2 sujuk

Sujud dan duduk untuk tahiyat dengan membengkokkan jari kaki menghadap ke arah kiblat mampu menurunkan kandungan kolesterol badan serta meningkatkan jisim sel badan kepada paras lebih tinggi. Berdasarkan kajiannya juga, seseorang yang tidak membengkokkan jari kaki ke arah kiblat berisiko mendapat penyakit jantung, strok dan ke­gemukan akibat pengecutan tisu otot yang kemudiannya dipenuhi oleh gumpalan lemak badan.

Hikmah Sujud
Sujud menjadi gerakan dalam solat yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Dengan posisi sujud ini juga berguna untuk mengepam saluran darah ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung yang lebih tinggi dari  0tak menyebabkan daerah ini kaya dengan kandungan oksigen yang
boleh mengalir secara maksimal ke 0tak.

Aliran tersebut sangat berpengaruh terhadap daya fikir seseorang. Oleh sebab itu, dengan melakukan sujud dengan Tho’makninah, yakni tidak tergesa-gesa membolehkan darah mencukupi kapasitinya ke 0tak. Posisi yang demikian ini menghindarkan seseorang dari gangguan sawan. Khusus bagi wanita baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan 0rgan kewanitaan.

Posisi sujud juga dapat me­nguatkan otot leher, tengkuk, lengan dan otot bahu. Ini kerana semasa sujud, keseimbangan posisi tulang belakang berlaku dan pengaliran darah beroksigen ke otak bertambah. Hasilnya keupayaan otak untuk berfikir juga bertambah dan melambatkan pro­ses keletihan otak.
Dalam pembentangan oleh Prof. Fatimah turut menyatakan hasil kajian mengenai solat yang berupaya menurunkan berat badan, merawat masalah mati pucuk, mencegah penyakit jantung dan merupakan senaman regangan yang paling efektif dan berkesan.

Demikianlah ulasan mengenai faedah di sebalik lamanya rukuk dan sujud dalam solat. Jika ingin d0sa berguguran, maka lakukan anjuran Rasulullah ini. Semoga kita selalu menjadi hamba Allah yang selalu beriman dan beramal soleh. Insya Allah

MEMPERBANYAKKAN SUJUD SELAGI BERNYAWA
by naemah | Nov 8, 2017 | HadithTazkirah
Maksud Hadis :
Daripada Abu Faras Rabi’ah bin Ka’ab Al-Aslami r.a, khadam Rasulullah S.A.W. Ia adalah daripada golongan fakir penghuni serambi masjid Rasulullah S.A.W katanya, aku bermalam di rumah Rasulullah S.A.W untuk membawakan air untuk baginda berwuduk dan keperluannya yang lain, maka sabda Rasulullah S.A.W, mintalah sesuatu daripadaku,? Aku menjawab, ku minta untuk menjadi pengiring engkau ke dalam syurga, sabda baginda lagi, selain itu? Kataku, itu sahaja, sabda baginda, kalau begitu tolonglah aku dengan memaksa dirimu sendiri dengan memperbanyakkan sujud.”
(Hadis Riwayat Muslim).

Pengajaran hadis :

1.Islam menggalakkan seseorang menghulurkan khidmat baktinya dengan mendampingi seseorang yang mempunyai maqam yang tinggi disisi Allah S.W.T dengan cara sedemikian, ia dapat meningkatkan ketakwaan.
2. Islam menggalakkan seseorang memperbanyakkan sujud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bagi memudahkan mendapat rahmat-Nya.
3. Hadis lain yang berkaitan sujud:

Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban r.a. hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa.”

4. Setiap muslim hendaklah sentiasa menjaga sembahyangnya terutamanya sembahyang fardhu.
5. Sujud termasuk rukun dalam rukun-rukun solat. Allah telah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam yang dalamnya terkandung 17 rakaat dan 34 kali sujud. Setiap rakaat solat mengandungi dua kali sujud.
6. Orang yang meninggalkan solat adalah orang yang meninggalkan sujud kepada Allah SWT.
7. Keadaan bersujud boleh memanjangkan umur jantung dan mengelakkan pengecutan salur-salur darah yang membawa kepada penyakit arteriosklerosis. Kadar denyutan yang paling rendah berlaku disebabkan kedudukan kepala yang lebih rendah daripada jantung ketika sujud.
8. Ketika ini lebih banyak darah mengalir ke otak dan menyebabkan otak menerima bekalan oksigen yang dibawa melalui darah. Otak akan menjadi lebih sihat dan cerdas kerana mendapat bekalan oksigen yang banyak.
9. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Banyak kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan semasa solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Ketika wanita bersolat, gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim. Ini kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah,” kata Yazid lagi. Menurutnya, bagi wanita yang hamil, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi yang cukup dan seimbang.


Sila Check :
Dalam 13 rukun solat, terdapat 4 tempat yang perlu 
Tho’makninah ( berhenti seketika ), 
iaitu ketika Rukuk, Iktidal, Sujud, dan Duduk antara dua sujud.
Rukun solat


Lihat :  Makna Bacaan Dalam SolatYang Perlu Kita Tahu







Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...