Monday, September 4, 2023

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



1. Allah SWT berfirman dalam Surah Hud, Ayat 112:
فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا۟ ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌۭ ١١٢
Maksud :
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu...

2. Sufian bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW :

Maksud :
" Wahai Rasulullah SAW katakanlah kepadaku satu perkataan yang berkaitan tentang Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain.
 Baginda berkata: 
" Ucapkanlah : 
Aku beriman dengan Allah SWT, 
kemudian beristiqamahlah kamu.

Mujahadah 
Bilamana seseorang berusaha membuat sesuatu amalan, terasa payah untuk melaksanakannya, ditekan-tekan nafsunya, dipujuk-pujuk hatinya, maka ianya termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah. Berbuat amalan baik, terpaksa berhempas pula melawan nafsu. Sentiasa berusaha untuk membuat suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Orang mujahadah disebut juga sebagai orang soleh Pada satu peringkat, bila mujahadah dilakukan secara berterusan, dia dapat melepasi mujahadah itu.

Istiqamah
Apabila segala amalan telah menjadi suatu kebiasaan , adalah mudah untuk  melaksanakannya kerana sudah sebati dalam diri.
Di sini, dia sudah mendapat istiqamah. Istiqamah ini melayakkan dia menjadi orang bertaqwa. Itulah sebabnya Rasulullah ada menyebut, 
jangan kamu meminta menjadi wali, 
tetapi mintalah istiqamah, kerana istiqamah itu adalah sifat kewalian.

Jangan sangka kita boleh mendapat istiqamah tanpa mujahadah. Bermujahadah dulu, baru boleh layak dapat istiqamah. Mujahadah pula tidak boleh bersendirian, tanpa guru mursyid yang memberi panduan. Dibimbangkan mujahadah kita dicelahi syaitan, menggagalkan kita menjadi orang bertaqwa. Syaitan senantiasa menunggu peluang untuk mengganggu orang yang menuju kepada Allah. Itu sebabnya ada waktunya orang yang bermujahadah tewas.   Nak mujahadah, nak istiqamah, kena ada guru mursyid yang memandu dan menunjuk jalan. 
Kerana Rasulullah juga sudah berpesan, kalau kamu tidak dapat bersama Allah, hendaklah kamu bersama orang yang bersama Allah. Maksudnya di sini, hendaklah kamu bersama guru mursyid. Berdampinglah dengan orang2 soleh. Di samping itu, mujahadah akan lebih mudah bila bersama jemaah. Jemaah mengatur sistem kehidupan kita untuk menjadikan kita mudah bermujahadah untuk mencapai istiqamah. Tuntutan berjemaah ini memang menjadi tradisi . Kalaulah ada guru muryid, nescaya ada muridnya. Perhubungan guru dan murid-murid ini menjadikan mereka satu kelompok jemaah yang terbangun di dalamnya kehidupan Islam.

Apa yang boleh disimpulkan , 
orang yang mengusahakan taqwa 
adalah orang yang mengusahakan mujahadah
 untuk mendapat istiqamah


Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan tetapi tidak mudah untuk melaksanakannya. kerana kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah
syaitan dan hawa nafsu

Jika berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata.
Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin.
 Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir.

Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri  Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya.Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan.

Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. 
Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.

Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri.

Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah secara berterusan

Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.

Ia adalah satu perjuangan yang tidak akan terhenti hingga malaikat maut mencabut nyawa , Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.

Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala…. ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.

Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan. (lihat ubat hati 5 perkara di bawah) 

Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu.
 Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.
Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah.

Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten. Firman Allah : 
" Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka." 
(As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah,
kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), 
penjagaan lisan dan kawalan tindakan.
Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. 
Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah
mampu berdepan dengan mereka.

Hikmah Istiqamah
-Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan secara berterusan.
-Membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran.
-Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya.
-Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan islam
-Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara.
-Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama.

Cara Memiliki Sifat Istiqamah
-Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah.
-Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya secara berterusan.
-Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan.
-Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan.
-Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan.
-Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan.


Hati
Hati yang dimaksudkan di sini ialah tempat bersemayamnya iman seseorang. Hati manusia dapat merasakan hal yang bersifat sedih, senang, gembira, serta perasaan lainnya.
Hati dikatakan sebagai sesuatu yang sarat akan misteri. Di mana orang berpenampilan baik tidak selamanya memiliki hati yang baik, begitu pula sebaliknya.

Dalam agama Islam sendiri, hati seorang Muslim dapat dihinggapi oleh berbagai macam jenis penyakit. Namun penyakit yang dimaksud bukan berkaitan dengan dunia medis melainkan penyakit hati seperti iri dan dengki, hasad, takabur, ujub, riya, dan lain sebagainya.

Islam meyakini bahwa segala penyakit ada obatnya yang datangnya dari Allah SWT begitu juga dengan penyakit hati. Sebagaimana disebutkan dalam Alquran surat Yunus ayat 57, Allah SWT berfirman, yang artinya: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (QS Yunus : 57)

5 Ubat hati :

1. Membaca Alquran dan maknanya
Al quran adalah kitab suci agama Islam yang didalamnya memuat firman Allah SWT. Selain itu Alquran disebut sebagai pedoman hidup manusia.
Allah SWT berfirman dalam surat Al-Isra ayat 82, yang artinya: "Dan Kami turunkan dari Al quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan A lquran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."


2. Mendirikan solat malam
Solat malam seperti halnya sholat tahajud memiliki banyak manfaat selain dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Melalui doa yang dipanjatkan dapat membuat ketenangan bagi sesiapapun yang melaksanakannya.


3. Berkumpul dengan orang soleh

Jika ingin menjadi orang baik, bertemanlah dengan orang-orang baik. Begitu pula jika ingin menjadi orang salih, berkumpul lah dengan mereka yang soleh dan solehah.

Allah SWT berfirman dalam surat Al Kahfi ayat 28, yang artinya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."

4. Perbanyakkan puasa (selain yang wajib)
Berpuasa adalah salah satu ibadah yang dianjurkan dalam Islam. Selain menahan lapar, haus dan hawa nafsu puasa juga bisa menghindari seseorang dari perbuatan tercela.

Ada puasa wajib di bulan Ramadhan serta yang hukumnya sunah seperti puasa Isnin Khamis, puasa Arafah, puasa Asyura, dan lain sebagainya.

5. Perbanyak zikir malam hari


Zikir yaitu mengingat Allah SWT dengan tujuan mendekatkan diri kepada-Nya. Perintah untuk berzikir terdapat dalam Alquran surat Al-Ahzab ayat 41, yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya."


Kredit :



No comments:

Post a Comment

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...