Saturday, October 8, 2022

4 Golongan Tidak Tersentuh Api Neraka

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


" Tundukkan nafsumu dengan iman "
🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲

Dari Abu Muhammad, Abdullah bin Amr bin Al ‘Ash radhiallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga hawa nafsunya tunduk kepada apa yang telah aku sampaikan”. 
(Hadits hasan shahih dalam kitab Al Hujjah)

Hadits ini semakna dengan firman Allah : “Demi Tuhanmu, mereka tidak dikatakan beriman sebelum mereka berhukum kepada kamu mengenai perselisihan sesama mereka dan mereka tidak merasa berat hati atas keputusan kamu serta menerima dengan pasrah sepenuhnya”. 
(QS. 4 : 65)
🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲

إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
Artinya: “Sesungguhnya neraka Jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.”

Perihnya siksaan di neraka membuat siapa pun ketakutan. Bahkan tidak sedikit juga yang selalu minta perlindungan kepada Allah SWT kerana takut yang sangat luar biasa. Namun, di balik itu semua, ada juga golongan manusia yang tidak akan tersentuh api neraka.


4 Golongan Manusia Yang Beruntung

Menurut hadis Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallam, ada 4 golongan manusia yang haram disentuh oleh api neraka. Berikut hadisnya:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ؟, قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ, قَالَ: ” كُلُّ هَيِّنٍ لَيِّنٍ قَرِيبٍ سَهْلٍ“

Artinya: 
Dari Abdillah bin Mas’ud radhiyallahu anhu ia berkata: telah bersabda rasulullah shallallahu alaihi wa sallam:
 “Maukah kamu aku tunjukkan orang yang diharamkan neraka baginya?" Para sahabat menjawab: "tentu saja wahai Rasulallah!" Beliau shallallahu alaihi wasallam menjawab: “(Haram tersentuh api neraka orang yang) Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl.
” (HR. At-Tirmidzi)

1. Hayyin

Hayyin adalah golongan orang-orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin. Mereka tidak mudah marah, tidak mudah memaki melaknat dan menghina. Mereka memiliki jiwa yang teduh dan menenangkan orang-orang di sekitarnya.

Beginilah seharusnya seorang muslim, ia dapat menahan amarahnya, menghindari perdebatan, bahkan mengalah meskipun ia benar. Seorang muslim yang berat untuk menyakiti orang lain dan senantiasa menjaga lisannya, sebab ia tahu bahwa kebanyakkan dosa dihasilkan dari anggota tubuh bernama, mulut.

2. Layyin

Layyin adalah sebutan bagi orang-orang yang senantiasa menginginkan kebaikan untuk sesama manusia. Mereka memiliki sifat yang lembut dan santun, baik dalam bertutur kata dan bersikap. Tidak kasar, tidak mengikuti hawa nafsu sendiri. Lemah lembut kepada setiap orang.

Terkadang nafsu dan ego kita yang selalu ingin menang sendiri dan hanya memikirkan kepentingan pribadi justru menyebabkan keburukan bagi diri kita.

Dalam hidup, kita harus senantiasa bersosialisasi dengan baik, memikirkan kepentingan bersama serta menghindari perseteruan.

3. Qarib

Golongan manusia yang haram tersentuh api neraka ini adalah orang-orang yang menyenangkan saat diajak berbicara, bersikap ramah tamah kepada siapa saja.

Wajahnya teduh karena senantiasa tersenyum saat bertemu orang. Kehadirannya akan membuat suasana menjadi sangat nyaman dan tenang.

Menjadi orang yang selalu disenangi orang-orang sekitar merupakan impian kita. Senantiasa menyebarkan kebahagiaan kepada semua orang, dan membawa ketenangan yang dapat membantu orang lain untuk merasa lebih baik dalam keseharian.

Kamu mau menjadi orang tersebut? Mari senantiasa bersikap baik dan menebarkan kebaikan, Moslem Fellas.

4. Sahl

Sahl adalah sebutan bagi mereka yang tidak pernah mempersulit ataupun mempermudah segala sesuatu. Mereka selalu ada cara untuk menyelesaikan setiap permasalahan secara baik-baik dan kepala dingin.
Islam mengenal istilah bermusyawarah dalam mengambil setiap keputusan, jalan yang baik untuk menentukan sebuah pilihan terpilih.

Menjadi seseorang yang mampu berfikir jernih meski dalam waktu genting merupakan sosok yang patut dihormati dan ditiru.

Menjadi manusia yang sederhana dan menjalani hidup sebaik mungkin tanpa memberat urusan dan tidak juga memudahkan/meremehkan hal apapun.

Itulah golongan manusia yang haram tersentuh api neraka, semoga kita masuk ke dalam salah satu golongan tersebut agar dapat merai nikmat surga-Nya.

Keempat golongan manusia yang haram disentuh neraka di atas bisa dijadikan contoh bahawa rahmat Allah sangat besar. Sehingga orang-orang dengan sifat tersebut memungkinkan bisa terhindar dari api neraka.

Jika merasa kesulitan untuk mencontohi keempatnya, setidaknya cubalah untuk mencontohi salah satu dari 4 golongan manusia ini. Jangan lupa, tetap istiqomah di jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
.


Sunday, September 4, 2022

Bahaya Syirik Khafi (Syirik Tersembunyi) Rosakkan Iman

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 Syirik Khafi (Syirik Tersembunyi)

Syirik Khafi (Syirik Tersembunyi)
 Batalkan Amal, Rosakkan Iman

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada ‘berhala-berhala’ hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati.

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱


Kita begitu yakin dan mengakui masih kebal iman dalam diri dan sama sekali tidak syirik terhadap Allah SWT apabila tidak pernah menyembah berhala dan apa jua dewa. Sebabnya perbuatan tersebut sudah diketahui umum boleh menyebabkan seorang Muslim menjadi murtad dan keluar dari Islam. Mudahnya, kebanyakan masyarakat Islam meletakkan perkara itu sebagai sempadan dari terjadinya hal yang merosakkan keimanan. Dan ada juga yang faham, hanya perbuatan sedemikian sahaja boleh sebabkan syirik.Itu syirik jali yang setiap umat Islam cuba elak daripada melakukannya kerana ia jelas dan nyata. 


Tetapi dalam berjaga-jaga itu, syirik khafi atau syirik tersembunyi sebenarnya dilakukan setiap hari oleh kebanyakan orang Islam. Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan ‘berhala-berhala’ hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati. Ini terjadi dan dilakukan samaada kita sedari atau dilakukan didalam keadaan tidak sedar.

Menurut penerangan para Arifin Billah (pakar agama), antara sembahan-sembahan hati yang paling lumrah bagi manusia ialah:

i) penyembahan kepada nafsu/diri sendiri

ii) penyembahan kepada dunia dan perhiasannya

iii) penyembahan kepada pangkat dan kekayaan

iv) penyembahan kepada kedudukan dan jawatan

v) penyembahan kepada wanita (mengagungkannya)

vi) tawakal kepada kekuatan diri atau kekuatan makhluk

vii) tawakal kepada kehebatan sains dan teknologi dan lain-lain

Segelintir umat Islam menganggap syirik khafi sebagai perkara kecil sahaja. Namun pandangan sebeginilah yang mengundang bahaya yang lebih besar. Menurut tafsiran ulama-ulama tasawuf, syirik khafi walaupun tidak membatalkan iman namun memberi kesan kepada amal dan boleh merosakkan keimanan jika dibiarkan berlaku dan menjadi pakaian umat sehari-hari.
Baca :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar.”
(Riwayat Al Hakim)

Penyembahan kepada berhala-berhala hati ini juga menyebabkan manusia menjadi bongkak dan riak tanpa disedari. Terlalu yakin terhadap kelebihan diri sendiri. Perbuatan sebegini sebenarnya mengundang resah kepada Rasulullah sebagaimana sabdanya:

“Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya’. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, “Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Riwayat Imam Ahmad)


Benar dalam kehidupan, kita selalu memandang hal yang besar tanpa mempedulikan perkara-perkara kecil. Namun perlu diketahui yang kecil dan halus itulah lebih mudah menyerang dan merebak sehingga akhirnya kita terperangkap tanpa sedar. Sungguhpun syirik khafi tidak membatalkan iman seseorang, tetapi jika dibiarkan ia boleh mencederakan tauhid dan pengesaan terhadap Allah.

Jangan terlampau yakin bila kita tidak pernah menyembahkan tuhan lain selain Allah, kita bebas dari melakukan syirik. Ketahuilah bahawa perjuangan melawan sifat-sifat jahat dalam hati terutamanya syirik khafi adalah jihad sepanjang hidup.
Jangan terhenti dari jihad ini kerana sejarah telah membuktikan manusia-manusia alim juga boleh tewas dengan rayuan iblis dan syaitan. Sehingga hati dan iman menjadi binasa.


Oleh itu berhati-hatilah dengan perbuatan, pengungkapan serta kata hati kita setiap hari. Apa jua yang terjadi dan berlaku semuanya atas kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Bukan atas kehebatan dan keupayaan diri sendiri, benda mahupun makhluk lain yang sebenarnya tidak punya kuasa apa-apa!
'Pegangan hati' Muqarrabin. Tauhid yang berpegang teguh bersandar pada Allah semata

Bentuk-Bentuk Syirik Khafi : 

Terlalu banyak syirik khafi berlaku meliputi diri kita sendiri atau yang bersangkut dengan makhluk lain. Kebanyakannya berlaku dalam keadaan kita lalai daripada mengingat Allah.

1) Bergantung Hati Kepada Sesuatu Selain Allah

Syirik khafi jenis ini sangat lumrah dalam urusan kehidupan seharian. Apabila seseorang melihat dirinya melakukan ibadah yang banyak,atau melihat dirinya mempunyai kebijaksanaan dan kehebatan sehingga berjaya memperoleh suatu kebaikan.

Atau menyandarkan sesuatu kebaikan yang diperoleh disebabkan manusia lain atau benda lain yang di jadikan oleh Allah seperti ubat-ubatan atau ketinggian sains dan teknologi dan sebagainya.

Contoh 1 :
Seorang lelaki yang telah sembuh dari sakit, merasakan ubat yang dimakan itulah yang menyembuhkan penyakitnya. (sentiasa ingat kesembuhan itu dengan izin Allah swt)

Contoh 2 :
Seorang Pengarah Syarikat yang berjaya membawa kejayaan kepada syarikat merasakan kejayaan tersebut dicapai hasil usahanya dan dibantu oleh pekerja-pekerja lain. ( pada zahirnya dialah yang berusaha tapi pada hakikatnya Allah lah pemberi rezeki )

2) Ujub
Menurut pengertian yang diberi oleh Imam Al-Ghazali ;

“Ujub adalah rasa hairan dengan diri atau membanggakan diri atau merasai aman dengan adanya suatu kelebihan nikmat pada diri seseorang. Terjadi ‘ujub adalah didalam hati, tanpa terzahir sifat rasa bangga dirinya pada tingkah laku atau perkataan.”

Contoh 1 :
Seorang melakukan solat larut malam lalu berkata di dalam hati, ” Hairan/kagum aku dapat melakukan ibadat yang begitu banyak.” ( segalanya dengan izin Allah - hayati maksud  "Lahaulawalaquwata illa billah" )

Contoh 2 :
Seseorang wanita yang cantik berasa betapa hebatnya diri dengan kecantikan tersebut  (-seolah itu semua berlaku dengan kudratnya atau merasakan diri lebih mulia dengannya... kurniaan Allah mungkin merupakan satu ujian dariNya).

3) Riya’
Riya’ dalam beramal adalah melakukan sesuatu amal atau kebajikan dengan niat mendapat pujian makhluk atau bertujuan mendapat pangkat dan kedudukan.

Tiga keadaan berlaku Riya’ pada hati seseorang yang melakukan beribadat/melakukan kebajikan. Niat hati seseorang perlu di awasi pada 3 keadaan ketika beramal.;

1) Pada permulaan melakukan ibadat.
2) Ketika sedang melakukan ibadat.
3) Setelah selesai melakukan ibadat.

Kebanyakan orang beramal biasanya ikhlas pada permulaan ibadatnya. Tetapi gangguan riya’ datang ketika sedang beramal atau sesudah beramal. Dengan demikian seseorang wajib berhati-hati dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba mewaswaskan hati supaya berubah niat.

4) Takabbur (Membesarkan Diri) (MEGAH)
Takabur adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain. Sifat ini lahir dari hati dan ada kalanya terzahir dalam perkataan dan perbuatannya. Takabur adalah mencabar kekuasaan Allah, sabda Rasulullah SAW, Firman Allah dalam Hadis Qudsi,

“Takabur itu selendangku dan Kebesaran itu kain sarung Ku. Maka barang siapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan.” (Riwayat Muslim)

Punca wujudnya takabur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain.

1. Takabur dengan Ilmu.
2. Takabur dengan Amal
3. Takabur dengan tubuh badan – kecantikan, kekuatan dan lain-lain
4. Takabur dengan harta, anak dan kekayaan dunia.
5. Takabur dengan banyak pengikut
6. Takabur dengan kemuliaan keturunan.
7. Takabur dengan kekuasaan

Baca :


Baca :

Pengajaran dan cabaran dari surah al Kahfi

🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲

Jenis Syirik
Syirik dapat dibagi dalam dua jenis, antara lain;

Syirik Khafi.
Syirik Khafi adalah kemusyrikan atau persekutuan terhadap Allah yang dilakukan secara tersembunyi di dalam hati.

Syirik Jali.
Syirik Jali artinya kemusyrikan atau persekutuan terhadap Allah yang dilakukan secara terang-terangan. Seperti menyembah benda bertuah, dan pengkultusan terhadap sesuatu yang dianggap memiliki kekuatan.

Di antara bentuk Syirik Khafi adalah ketika seseorang melihat dirinya dengan pandangan mengagungkan, dan meyakini bahwa anugerah Allah menjadi sesuatu yang dimiliki pribadi. Contohnya adalah pelajar pintar yang dikurniakan kecerdasan oleh Allah, namun meyakini bahwa kecerdasannya berdasarkan kemampuan yang dimiliki secara pribadi.

Yang juga termasuk dalam Syirik Khafi adalah jika jauh di lubuk hati kita terselip motivasi, hasrat, dan keinginan untuk dipuji oleh sesama mahluk. Inilah yang disebut sebagai riya' (pamer), sesuatu yang setara dengan sum'ah (perbuatan baiknya ingin didengar orang lain), kibir (merasa diri paling hebat), ujub (memandang tinggi diri sendiri), dan sebagainya yang masuk dalam kategori Syirik Khafi.

Syirik Khafi adalah syirik tersembunyi . Ternyata selama ini banyak sikap yang tidak kita sadari merupakan sebagian dari kategori Syirik Khafi. Sikap ujub, riya', sum'ah, dan kibir adalah bentuk dari Syirik Khafi.(DK)



Sunday, August 21, 2022

Berjalanlah menuju Allah dan Allah berlari ke arahmu

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Berjalanlah menuju Allah

Qur’an Surat Al-Baqarah ayat 186,
وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

Bahkan jika kita berjalan mendekat kepada Allah, Allah akan berlari menyambut kita. Kasih sayang Allah begitu terasa, walaupun ketika kita dalam keadaan sulit sekalipun. Karena Allah tak inginkan kita lemah jika hanya memberikan kita kesenangan dan kemudahan dan Allah tak inginkan kita terus menerus berurai airmata tanpa di selingi kebahagiaan.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ في نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً (رواه البخاري، رقم 7405 ومسلم ، رقم 2675 )

“Allah Ta’ala berfirman, ‘Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diriKu. Kalau dia mengingatKu di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik dari mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.” 
(HR bukhari, no. 7405 dan Muslim, no. 2675)

🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳
...berlari kepada Allah ini meliputi tiga hal: 
 Berlari dari kejahilan menuju ilmu, 
berlari dari kemalasan menuju semangat, 
dan berlari dari sesaknya dada menuju kelapangannya.
🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳🌳




Al-Quran senantiasa mengingatkan kita untuk mulai berangkat menuju Allah 
Bersegeralah berlari kembali menuju Allah :
. فَفِرُّوۡۤا اِلَی اللّٰہِ ؕ اِنِّیۡ لَکُمۡ مِّنۡہُ نَذِیۡرٌ مُّبِیۡنٌ
 Maka segeralah kembali kepada (menaati) Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu.
(QS. Al-Dzariyat[51]: 50).

 Hidup adalah terlalu singkat untuk diisi dengan pergi menuju Tuhan dengan cara berjalan. Kita harus berlari sebelum waktu kita di dunia habis dan berakhir.

Faedah tauhid berikut akan membicarakan dua sifat Allah yang mulia yaitu kebersamaan Allah dan kedekatan Allah pada hamba-Nya. Ketika hamba semakin dekat pada Allah, maka Allah lebih dekat lagi padanya. Sehingga hal ini mengingatkan kita jangan sampai lalai dari mengingat atau berdzikir pada Allah. Juga hadits ini membicarakan bagaimana Allah sesuai dengan sangkaan hamba-Nya, yang di mana hal ini menuntut kita supaya selalu husnuzhon pada Allah dalam do’a dan rasa harap.



Penjelasan:

Hadits ini adalah hadits qudsi, yaitu hadits yang diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari Allah Ta’ala (lafazh dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maknanya dari Allah). Hadits ini adalah hadits yang amat mulia di mana berisi perkara mulia yang berkenaan dengan Allah subhanahu wa ta’ala, yaitu berisi pembicaraan sifat-sifat Allah.


Di antara faedah dari hadits di atas:

1. Penetapan bahwa Allah memiliki sifat kalam (berbicara). Sebagaimana hal ini ditunjukkan pada hadits dalam perkataan “يَقُولُ اللَّهُ”.

2. Allah merealisasikan apa yang disangkakan hamba-Nya yang beriman. Sebagaimana hal ini adalah makna “أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى” (Aku sesuai persangkaan hamba pada-Ku).

3. Hadits ini mengajarkan untuk berhusnuzhon (berprasangka baik) pada Allah. Yaitu setiap hamba hendaklah berprasangka pada Allah bahwasanya Dia maha pengampun, begitu menyayangi hamba-Nya, maha menerima taubat, melipatgandakan ganjaran dan memberi pertolongan bagi orang beriman. Berhusnuzhon pada Allah di sini dibuktikan dengan seorang hamba punya rasa harap dan rajin memohon do’a pada Allah.

4. Hadits ini menunjukkan sifat kebersamaan Allah dengan hamba-Nya (ma’iyyatullah). Dan sifat kebersamaan yang disebutkan dalam hadits ini adalah sifat kebersamaan yang khusus.

5. Dorongan untuk berdzikir pada Allah baik dalam keadaan bersendirian dan terang-terangan. Dzikir pada Allah ini bisa dilakukan dengan mengucapkan bacaan tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah), tauhid (laa ilaha illalah), dan takbir (Allahu akbar). Jadi lafazh “فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ” (jika ia mengingat-Ku pada dirinya) bukanlah bermakna hamba tersebut mengingat Allah dalam hati tanpa dilafazhkan. Namun maknanya adalah hamba tersebut mengingat Allah dalam keadaan bersendirian tanpa ada yang mengetahui.

6. Allah akan menyebut-nyebut orang yang mengingat-Nya. Jika Allah menyebut-nyebut seperti ini, menunjukkan bahwa sebutan tersebut mengandung pujian dan kasih sayang Allah (rahma Allah) pada hamba tersebut.

7. Balasan sesuai dengan amalan yang dilakukan (al jaza’ min jinsil ‘amal). Hal ini dibuktikan pada ayat Al Qur’an,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu” (QS. Al Baqarah: 152). Dalam hadits di atas dibuktikan pula dalam lafazh,

فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى ، وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ

“Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).”

Juga dalam lafazh,

وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

“Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.”

8. Allah menyebut-nyebut hamba-Nya dengan kalam yang ia perdengarkan pada para malaikat yang Dia kehendaki. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam lafazh hadits,

ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ

“…, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).”

Juga dikuatkan dalam hadits shahih lainnya,

إِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ عَبْدًا دَعَا جِبْرِيلَ فَقَالَ إِنِّى أُحِبُّ فُلاَنًا فَأَحِبَّهُ

“Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia memanggil Jibril seraya berkata, “Sesungguhnya Aku mencintai si fulan, maka cintailah dia.” (HR. Bukhari no. 7485 dan Muslim no. 2637).

9. Hadits ini menunjukkan dekatnya hamba pada Allah dan dekatnya Allah pada hamba-Nya.

10. Di antara nama Allah adalah: Al Qoriib Al Mujiib (Maha Dekat lagi Maha Mengabulkan). Allah Ta’ala menyebutkan mengenai nabi-Nya, Sholih ‘alaihis salam,

فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ

“Karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Rabbmu amat dekat lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)” (QS. Hud: 61). Sifat Allah dekat sebagaimana sifat Allah lainnya. Sifat ini tidaklah sama dengan kedekatan makhluk dan tidak diketahui kaifiyah (cara) kedekatan Allah tersebut.

11. Kedekatan Allah pada hamba itu bertingkat-tingkat. Ada hamba yang Allah lebih dekat padanya lebih dari yang lain.

12. Kedekatan hamba pada Allah bertingkat-tingkat pula. Ada hamba yang begitu dekat pada Allah lebih dari yang lain.

13. Kedekatan Allah didekati dengan penyebutan sesuatu yang terindra seperti dengan jengkal, hasta dan depa. Namun ini cuma secara maknawi yang menunjukkan Allah itu dekat.

14. “Harwalah” yang disebutkan dalam hadits bermakna berjalan cepat. Dari konteks hadits menunjukkan bahwa jika hamba dekat pada Allah, maka Allah akan semakin dekat pada hamba.

Semoga Allah memberikan kita taufik dan hidayah untuk semakin dekat dengan-Nya dan selalu mengingat-Nya di kala sendirian maupun di kumpulan orang banyak. Wallahu waliyyut taufiq.


(*) Faedah tauhid di sini adalah kumpulan dari faedah pelajaran tauhid bersama Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir Al Barrok hafizhohullah. Beliau seorang ulama senior yang sangat pakar dalam akidah. Beliau menyampaikan pelajaran ini saat dauroh musim panas di kota Riyadh di Masjid Ibnu Taimiyah Suwaidi (29 Rajab 1433 H). Pembahasan tauhid tersebut diambil dari kitab Shahih Bukhari yang disusun ulan oleh Az Zubaidi dalam Kitab At Tauhid min At Tajriid Ash Shoriih li Ahaadits Al Jaami’ Ash Shohih.


Dalam Al-Quran surat Luqman, ayat 15, Allah juga berfirman: “Ikutilah jalan orang yang kembali pada-Ku. Kemudian, hanya kepada-Kulah kembalimu. Lalu Aku memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Dalam karya monumentalnya, Madarijus Salikin, Ibnu Qayyim al-Jawziyah menerangkan, langkah awal dari berlari kepada Allah ini meliputi tiga hal. Berlari dari kejahilan menuju ilmu, berlari dari kemalasan menuju semangat, dan berlari dari sesaknya dada menuju kelapangannya.

Sumber


Friday, August 12, 2022

Perbanyak istighfar dan menjemput rahmat Allah

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Perbanyak istighfar

Allah memerintahkan kepada manusia untuk senantiasa beristighfar tak mengenal waktu dan tempat. Selagi sempat ingatlah kepada Allah.  KIta dianjurkan untuk selalu beristighfar kepada-Nya.

Istighfar dapat dilafalkan sebelum dan sesudah shalat atau juga di akhir malam. Hal inilah yang dilakukan oleh orang-orang yang bertakwa, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir malam mereka beristighfar (memohon ampun) kepada Allah.” (QS Adz Dzaariyat [51]: 17-18)

Berapa kalikah seharusnya seseorang melafalkan istighfar dalam sehari? Rasulullah saw sendiri beristighfar sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari padahal baginda adalah ma'sum. Baginda  menyatakan : “Sesungguhnya, aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.” (HR Bukhari)

Tidak hanya itu, bahkan baginda melafalkan istighfar dengan lengkap sebagai wujud kesyukurannya kepada Allah SWT, meskipun secara pribadi baginda adalah orang yang ma’sum (terbebas dari salah dan dosa). Dalam salah satu hadisnya Rasulullah saw menyebutkan, “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang, yang tersembunyi dan tampak, dan apa yang Engkau lebih ketahui dariku. Engkau-lah Zat yang Mahapendahulu dan Zat yang Mahapengakhir. Dan, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.” (HR Bukhari)

Rabiatu; Adawiyah, wanita sufi dalam sejarah Islam juga mempertegaskan dalam ucapannya, “ kita  memerlukan istighfar yang banyak.” Dengan memperbanyak istighfar, selain sebagai saranan mengingat kepada Allah sang Maha pencipta juga untuk memohon ampun kepada-Nya; dapat mengingatkan hakikat diri sebagai makhluk-Nya yang lemah, tiada terlepas dari salah dan dosa; memberikan jalan keluar dari segala bentuk kesusahan dan kesempitan; dan mendapatkan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: )وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً)

Telah dikhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali."
(HR Bukhari No: 6307) Status: Hadis Sahih.

“مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ”

“Barang siapa memperbanyak istighfar; niscaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (HR. Ahmad dari Ibnu Abbas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim serta Ahmad Syakir).

Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang yang merintih dengan masalah
atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Para ulama yang dekat dengan cara fikir al-Quran dan al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini. Ibnu Kathir berpesan, “Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan:

- Memudahkan rezekinya
- Memudahkan urusannya
- Menjaga kekuatan jiwanya

Ibnu Qayyim pula berkata: Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”

Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.

Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.

Rasul shallallahu’alaihiwasallam juga menjelaskan bahwa manfaat dari memperbanyak Istigfar. Tak hanya mampu memberikan jalan keluar dari setiap kesedihan, istighfar merupakan salah satu kunci rezeki.



10 Cara Rasulullah SAW Menjemput Rahmat Allah SWT

Suatu hari Baginda Nabi Muhammad SAW didatangi Jibril, kemudian berkata, “Wahai Muhammad, ada seorang hamba Allah yang beribadah selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang berada di tengah-tengah lautan. Di situ Allah SWT mengeluarkan sumber air tawar yang sangat segar sebesar satu jari, di situ juga Allah SWT menumbuhkan satu pohon delima, setiap malam delima itu berbuah satu delima.

Setiap harinya, hamba Allah tersebut mandi dan berwudhu pada mata air tersebut. Lalu ia memetik buah delima untuk dimakannya, kemudian berdiri untuk mengerjakan shalat dan dalam shalatnya ia berkata: “Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan bersujud dan supaya badanku tidak tersentuh oleh bumi dan lainnya, sampai aku dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bersujud”.

Maka Allah SWT menerima doa hambanya tersebut. Aku (Jibril) mendapatkan petunjuk dari Allah SWT bahwa hamba Allah itu akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bersujud. Maka Allah SWT menyuruh: “Masukkan hamba-Ku ini ke dalam surga karena rahmat-Ku”. Akan tetapi, hamba tersebut berkata: “Ya Allah, masukkan aku ke dalam surga karena amal ibadahku”.

Maka Allah SWT menyuruh lagi: “Masukkan hamba-Ku ini ke dalam surga karena rahmat-Ku”. Akan tetapi, hamba tersebut berkata lagi: “Ya Allah, masukkan aku ke dalam surga karena amal ibadahku”. Untuk yang ketiga kalinya Allah SWT menyuruh lagi: “Masukkan hamba-Ku ini ke dalam surga karena rahmat-Ku”. Akan tetapi, hamba tersebut pun berkata lagi: “Ya Allah, masukkan aku ke dalam surga karena amal ibadahku”.

Maka Allah SWT menyuruh malaikat agar menghitung seluruh amal ibadahnya selama 500 tahun dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadanya. Setelah dihitung-hitung ternyata kenikmatan Allah SWT tidak sebanding dengan amal ibadah hamba tersebut selama 500 tahun. Maka Allah SWT berfirman: “Masukkan ia ke dalam neraka”. Maka ketika malaikat akan menariknya untuk dijebloskan ke dalam neraka, hamba tersebut berkata lagi: “Ya Allah, masukkan aku ke dalam surga karena rahmat-Mu. (HR Sulaiman Bin Harom, dari Muhammad Bin Al-Mankadir, dari Jabir RA).

Baca:


Dari kisah di atas, jelaslah bahwa seseorang bisa masuk surga karena rahmat Allah SWT, bukan karena banyaknya amal ibadah. Lantas muncul pertanyaan, bagaimana dengan amal ibadah yang kita lakukan setiap hari, seperti shalat, zakat, sedekah, puasa, dan amalan-amalan lainnya tidak ada arti? Jangan salah persepsi. Sungguh, tidak ada amal ibadah yang sia-sia, amal ibadah adalah sebuah proses atau alat untuk menjemput rahmat Allah SWT. Karena rahmat Allah tidak diobral begitu saja kepada manusia. Akan tetapi, harus diundang dan dijemput.



Rasulullah SAW mengajarkan kepala umatnya beberapa cara agar rahmat Allah itu bisa diraih. 

01.berbuat ihsan dalam beribadah kepada Allah SWT dengan menyempurnakan ibadah kepada-Nya dan merasa diperhatikan (diawasi) oleh Allah (QS al-A'raf [7]: 56).

02.bertakwa kepada-Nya dan menaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya (QS al-A'raf [7]: 156-157). 

03. kasih sayang kepada makhluk-Nya, baik manusia, binatang. maupun tumbuhan

04.beriman, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah (QS al-Baqarah [2]: 218)

05. mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan menaati Rasulullah SAW (QS an-Nur [24]: 56). 

06. berdoa kepada Allah SWT untuk mendapatkannya dengan bertawasul dengan nama-nama-Nya yang Mahapengasih (ar-Rahman) lagi Mahapenyayang (ar-Rahim). Firman Allah SWT, “Wahai Rabb kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (QS al-Kahfi [18]: 10).

07
. membaca, menghafal, dan mengamalkan Alquran (QS al-An'am [6]: 155). 

08, mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya (QS Ali Imran [6]: 132). 

09. mendengar dan memperhatikan dengan tenang ketika dibacakan Alquran (QS al-A'raf [7]: 204). 

10. memperbanyak istigfar, memohon ampunan dari Allah SWT. Firmannya, “Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat.” (QS an-Naml [27]: 46).

Tuesday, June 14, 2022

Jangan Ikut Hingga ke Lubang Biawak

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Cabaran akhir zaman... masuk ke lubang biawak


وعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم “لَتَتّبِعُنّ سَنَنَ الّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ. شِبْراً بِشِبْرٍ، وَذِرَاعاً بِذِرَاعٍ. حَتّىَ لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبَ لاَتّبَعْتُمُوهُمْ” قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللّهِ آلْيَهُودُ وَالنّصَارَىَ؟ قَالَ “فَمَنْ؟”.[ رواه البخارى ومسلم
 [Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum yahudi dan nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith tersebut, menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan syibr (sejengkal) dan dziro’ (sehasta) serta lubang dhob adalah permisalan terhadap tingkah laku kaum muslimin yang begitu serupa dengan tingkah Yahudi dan Nasrani dari segi mengikuti mereka dalam hal kemaksiatan begitu juga perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
 [Lihat: Syarh Muslim ‘ala al-Nawawi; 2/219].


hadith Nabi Muhammad S.A.W:

‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Sesiapa yang bertasyabbuh dengan sesuatu kaum maka dia sebahagian dari mereka.
Riwayat Abu Daud (4031)

Dalam lafaz yang lain Nabi S.A.W bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا
Maksudnya: Bukan dari kalangan kami mereka yang menyerupai selain kami.
[Lihat: Majmu’ al-Fatawa; 22/154]

“Sungguh, kalian akan benar-benar akan mengikuti kebiasaan dan cara hidup orang-orang sebelum kalian”, sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di hadapan para sahabatnya. “Sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta”, lanjut sang Nabi. Maksudnya, peniruan terhadap kebiasaan, budaya, dan gaya hidup ummat terdahulu tersebut terjadi secara halus dan bertahap. Meskipun halus dan bertahap tapi pasti tanpa disadari. Bahkan sampai pada level latah tanpa sikap kritis sama sekali. Seolah semua budaya dan gaya hidup yang berasal dari luar harus diikuti.

Dalam lanjutan hadits tersebut Rasulullah menggambarkan sikap latah terhadap budaya luar dengan ungkapan, “Sampai-sampai andaikan mereka masuk ke lubang biawak sekalipun, kalian tetap mengikuti mereka”. 

Demi masa...

Apa yang disabdakan Nabi seribu empat ratusan tahun lalu telah nampak di zaman ini. Fenomena meniru dan mengikuti gaya hidup dan budaya menyimpang ummat-ummat terhadulu mewabah di tengah-tengah masyarakat Muslim. Gejala “masuk lubang biawak” telah merasuk ke hampir seluruh aspek kehidupan serta menjangkiti hampir seluruh level masyarakat. Bahkan dalam segenap segi kehidupan mereka sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial atau akhlak umat Islam seperti bersetuju, berlapang dada atau suka dengan apa-apa yang disuarakan oleh Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan mereka sekali pun dalam menangani masalah umat Islam sendiri. Nauzubillah.


firman Allah S.W.T:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: Dan saling membantulah ke atas perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan saling membantu atas perkara dosa dan permusuhan.
Surah al-Maidah (5 : 2)





Bacaan tambahan :

Sunday, June 5, 2022

Ingat Allah, Allah Mengingatkan Kita

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

surah Al-Baqarah, 2:152 . Ingatlah pada Allah

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. 
Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
( SURAH AL-BAQARAH AYAT 152 )


Tafsir Ringkas Kemenag RI
Atas semua kenikmatan itu, Allah menyuruh kaum muslim untuk selalu mengingat-Nya. Maka ingatlah kepada-Ku, baik melalui lisan dengan melafalkan pujian, melalui hati dengan mengingat kekuasaan dan kebijaksanaan Allah, maupun melalui fisik dengan mentaati Allah. Jika kamu mengingatku, Aku pun pasti akan ingat kepadamu dengan melimpahkan pahala, pertolongan, dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bersyukurlah pula kepada-Ku atas nikmat-Ku dengan menggunakannya di jalan-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku, kepada nikmat-nikmatku, dan mempergunakannya untuk berbuat maksiat.

Dalam Al-Quran surat Al-Baqarah 152, Allah berfirman,”Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.” Jelas, tidaklah seorang hamba mengingat Allah, melainkan Allah pun mengingatnya.

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang menjanjikan mereka yang banyak mengingati-Nya keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda. Ancaman kerugian dan penyesalan pula buat mereka yang kurang mengingati-Nya kerana dilalaikan oleh harta dan anak pinak.

Umat Islam dituntut supaya mengingati ALLAH agar ALLAH mengingati mereka kembali. ALLAH menjanjikan kemenangan dan kejayaan buat mereka yang sentiasa mengingati-Nya.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman, ingatlah ALLAH dan sebutlah nama-Nya dengan sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu manakala malaikat-Nya pula (berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang; dan Dia sentiasa merahmati orang yang beriman." (Surah Al-Ahzaab: 41-43)

Firman-Nya lagi: "Dan ingatilah ALLAH sebanyak-banyaknya supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Anfaal: 45)

Firman-Nya: "Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan dan orang lelaki yang banyak menyebut nama ALLAH serta orang perempuan yang (turut) banyak menyebut nama-Nya, ALLAH telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar." (Surah Al-Ahzaab: 35)

Dalam masa yang sama ALLAH mengingatkan mereka yang lalai mengingati-Nya akan balasan buruk yang bakal menimpa mereka.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati ALLAH; dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan sedemikian, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah Al-Munafiqun: 9)

Ternyata perbuatan mengingati ALLAH adalah suatu perkara besar yang agung melebihi segala yang lain.

Maka ia adalah sebaik-baik amal ketaatan. Ini kerana segala bentuk ketaatan yang lain menjurus kepada matlamat ini (mengingati ALLAH). Ternyata ia adalah rahsia dan inti pati segala amal ketaatan.


Perbanyakkan ingat Allah

Mengingati ALLAH terkandung dalam semua amalan. Bahkan ia adalah roh amalan itu. Lihat bagaimana ALLAH mengaitkan antara solat dan mengingati-Nya dalam firman-Nya: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha: 14)

Dalam ayat lain dikaitkan dengan puasa dan amalan haji. Ia juga dikaitkan dengan jihad dan ALLAH memerintahkan pejuangnya supaya mengingati-Nya ketika berdepan dengan musuh di medan perang.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya; dan ingatilah ALLAH sebanyak-banyaknya, supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Anfaal: 45)

Ketahuilah, berzikir mengingati ALLAH adalah perlindungan yang kuat buat manusia daripada gangguan syaitan. Sabda Nabi SAW: "Dan aku perintahkan supaya kamu berzikir mengingati ALLAH; kerana sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti seseorang yang dikejar musuh sehingga dia sampai ke satu benteng yang kuat lalu dia berlindung di belakangnya. Maka begitulah dengan seseorang hamba itu. Dia tidak akan dapat berlindung daripada syaitan kecuali dengan berzikir mengingati ALLAH." (Riwayat Ahmad, 



Perbanyakkan zikir (Al-Ahzab 41-42 )

Sesungguhnya mengingati ALLAH adalah pengkhatam amalan soleh. Ia juga adalah penghujung dan pengkhatam ibadah puasa.

Ia juga adalah penamat ibadah haji. Mengingati ALLAH turut menjadi penghujung ibadah solat. Ia turut menjadi penyudah Solat Jumaat. Firman ALLAH: "Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia ALLAH, serta ingatlah ALLAH sebanyak-banyaknya; supaya kamu berjaya." (Surah Al-Jumu'ah: 10)

Akhirnya, mengingati ALLAH juga adalah penutup kehidupan dunia kita. Daripada Mu'az bin Jabal RA, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa ucapan terakhirnya di dunia adalah la ilaha illa ALLAH dia akan masuk syurga." (Riwayat Abu Daud, sahih)

Bahkan hal ini diperintahkan atas mereka yang berada di sisi orang yang sedang nazak. Sabda Nabi SAW: "Perintahkan orang yang sedang menghadapi saat kematian la ilaha illa ALLAH." (Riwayat Muslim)

Cukuplah kemuliaan buat mereka yang banyak mengingati ALLAH dengan berzikir, berdoa dan seumpamanya ALLAH berbangga dengan mereka, ALLAH menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang berada di sisi-Nya. Muawiyah RA meriwayatkan Rasulullah SAW mendatangi sebuah halaqah bulatan dan berkata: "Apa yang menghimpunkan kamu?" Jawab mereka: "ALLAH, hanya kerana-Nya kami duduk." Kata Nabi SAW: "Tidaklah aku bertanya kepada kamu kerana aku mencurigai kamu tetapi Aku telah didatangi Jibrail yang mengatakan ALLAH menyebut-nyebut kamu di sisi malaikat-Nya berbangga dengan kamu." (Riwayat Muslim)

Cukuplah kemuliaan berzikir mengingati ALLAH bahawasanya rumah yang penghuninya mengingati ALLAH adalah rumah yang 'hidup' manakala rumah-rumah yang penghuninya tidak mengingati ALLAH adalah rumah orang-orang mati.

Sabda Nabi SAW: "Perumpamaan rumah yang penghuninya mengingati ALLAH dan rumah yang penghuninya tidak mengingati ALLAH adalah umpama orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan: "Perumpamaan orang yang berzikir mengingati ALLAH dan orang yang tidak adalah umpama orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rahmat, cahaya dan iman (Al-Ahzab 43 )

sahih)

Kalaulah ini sahaja kelebihan berzikir nescaya ia sudah cukup untuk membuatkan lidah kita terus basah mengingati ALLAH. Kerana manusia itu tidak akan dapat selamat daripada gangguan musuhnya kecuali dengan berzikir mengingati ALLAH. Dan musuh itu tidak akan dapat menceroboh masuk kecuali melalui pintu lalai dan leka. Maka musuh sentiasa memerhati dan menunggu. Sekiranya manusia itu leka, ia akan menerkam dan menyerang.

Antara amalan yang akan menyebabkan hati kita disinari cahaya zikir mengingati ALLAH adalah dengan pergi ke masjid, menunggu solat berjemaah diiqamatkan, membaca al-Quran dan mendengarnya, mendirikan solat sunat dan hadir ke majlis ilmu.

Adapun amalan yang membuatkan hati kita lalai daripada mengingati ALLAH adalah dengan kita tidak pergi ke masjid, malas melakukan amal ibadah, tidak membaca al-Quran, sibuk dengan urusan dunia mencari kekayaan harta, mendengar muzik, menonton program yang melalaikan dan banyak gelak ketawa. Lebih berat lagi adalah perbuatan makan daripada hasil yang haram.

Ayuhlah kita zikrullah melazimi zikir mengingati ALLAH semoga kita beroleh kejayaan.

Wednesday, June 1, 2022

Tafsir Surat al-Mulk Ayat 19: Hikmah di Balik Penciptaan Burung

  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

al-Mulk Ayat 19

Tafsir Surat al-Mulk Ayat 19: Hikmah di Balik Penciptaan Seekor Burung

Terbukti, terdapat bahawa banyak ayat al-quran yang memotivasi kita untuk bertafakur... Sepertinya sebuah ayat ini, yakni surat al-mulk ayat 19, Allah mengajak akal kita berpetualang menafakuri keistimewaan burung. Ketika kita sedang hilang kendali, merasa putus asa dan lainnya, lihatlah ada makhluk kecil Allah yang terus berjuang terutama dalam hal pemenuhan hajat dan keperluan sehari-hari.

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَٰٓفَّٰتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحْمَٰنُ ۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَىْءٍۭ بَصِيرٌ

Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. 
(Q.S al-Mulk ayat 19)

Tafsir ringkas:

1. Selepas beberapa amaran dan ancaman dalam ayat-ayat sebelumnya, ayat ini mengajak manusia memerhati dan berfikir tentang kejadian burung yang berterbangan di udara dengan mengembang dan menguncupkan sayapnya sebagai suatu keajaiban ciptaan Allah yang membuktikan kekuasaan-Nya.

2. Ayat ini menjelaskan bahawa burung boleh berterbangan dan terapung di udara bukanlah semata-mata kerana kemampuan dan daya semulajadi burung menggerakkan sayapnya. Sebenarnya, kekuasaan Allah Yang Maha Pemurah jualah yang menahan burung itu daripada jatuh ke bumi. Lantaran pemurahnya Allah, diciptakan burung dalam bentuk aerodynamic bagi membolehkannya terbang. Tanpa rahmat-Nya, nescaya burung tidak akan mampu terapung di udara.
Perkara ini juga dijelaskan dalam Surah Al Nahl, ayat 79:

أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاءِ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(Surah Al Nahl, ayat 79)

3. Di hujung ayat ini, Allah menegaskan bahawa Dia Maha Melihat akan tiap-tiap sesuatu. Ini bermakna Allah sentiasa memerhati dan mengetahui segala perkara yang berlaku. Oleh sebab itu Allah menyedia, mengatur, memberi tenaga kekuatan dan memelihara segala-galanya di setiap saat dengan penuh teliti dan pengetahuan yang mendalam.


🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦

Pada Tafsir Jalalain karya Imam As-Suyuti menggambarkan kepada kita sebagai hamba Allah, untuk melihat dan memperhatikan burung-burung yang berada di atas mereka yakni di udara (yang mengembangkan sayapnya) melebarkan sayapnya (dan mengatupkannya) menutupkannya sesudah dikembangkan.


Tidak hanya itu, burung juga memiliki pertahanan pada tubuh mereka yakni menahan diri agar tidak jatuh ke bumi sewaktu mengembangkan dan mengatupkan sayapnya. Fenomena tersebut mampu terjadi hanya kerana Allah Maha Penyayang dengan segala kekuasaan-Nya. (Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala sesuatu), akan tetapi banyak hambanya yang tidak menyimpulkan dengan adanya burung-burung di udara merupakan bentuk kekuasaan Allah, jika itu terjadi yakni hambanya tidak percaya atas segala ciptaan Allah, maka Allah dapat menimpakan kepada mereka azab dan lainnya.

Burung dapat Terbang Hingga Hilang dan Tanpa Menggerakkan Sayapnya

Kemudian pada Tafsir al-Misbah Karangan Quraish Shihab, menjelaskan yang tidak jauh berbeza dengan apa yang ditulis oleh Imam As-Suyuti. Selanjutnya lafal Al-shaff pada ayat di atas yang mana diambil dari kata al-shaffat yang bererti burung membentangkan kedua sayapnya dengan tanpa digerakkan.

Tidak hanya itu, ternyata terbangnya burung adalah suatu mukjizat yang baru diketahui setelah adanya perkembangan kajian ilmu cabang pergerakan udara iaitu ilmu aeronautika dan teori aerodinamik. Akan tetapi yang mengundang kekaguman pada keunikan dari seekor burung adalah dapat terbang di udara sampai hilang dari pandangan, dan itu tanpa menggerakkan kedua sayapnya. Ilmu pengetahuan membuktikan bahawa burung-burung yang terbang tanpa menggerakkan kedua sayapnya itu sebenarnya terbang di atas aliran-aliran udara yang muncul, baik kerana benturan udara dengan segala sesuatu yang menghalanginya atau karena tingginya tekanan udara panas.

Kenapa semua itu bisa terjadi pada burung?

Sesungguhnya Allah SWT memberikan spesifikasi pada burung dengan berikut, burung memiliki berat badan yang ringan, jantungnya juga memiliki kemampuan yang tinggi berbeda dengan manusia, kemudian peredaran darah pada alat pernafasan burung juga terbilang seimbang dengan tubuh. Sehingga organ tubuh yang dimiliki oleh burung dapat menjaga keseimbangan dan mengatur arah tubuhnya ketika terbang.

Selain itu, dalam catatan Tafsir al-Quranil Adzim karya Ibnu Katsir menegaskan bahawa tidakkah mereka (manusia) memperhatikan burung-burung yang dipermudahkan terbang di angkasa bebas, tanpa ada yang menahannya selain dari Allah. Hal ini merupakan bukti dari kekuasaan Allah SWT.

Hikmah di Balik Penciptaan Seekor Burung

Penjelasan ini mungkin dianggap remeh, namun jika kita renungkan, maka kita akan menginsafi peranan burung memang sungguh luar biasa. Jika kita melihat bentuk fisik burung, dia terlihat kecil, jauh sekali jika dibandingkan dengan tubuh manusia. Namun, menjadikannya makhluk luar biasa hingga ianya disebut didalam al-Quran. Burung mengajarkan kepada kita untuk memiliki obsesi melebihi bentuk fisik kita, misalnya, fisik boleh kecil, tetapi cita-cita dan idealisme harus lebih besar.

Dari sini menegaskan bahawa hal ini bukanlah mimpi dan khayalan. Kerana yang membezaakan antara kenyataan dan khayalan adalah kemahuan dan kesungguhan untuk merealisasikan harapan dan cita-cita.

Kita bisa meneladani kisah burung hudhud pada zaman nabi Sulaiman, burung tersebut mampu memberikan informasi yang tidak diketahui oleh Nabi Sulaiman, bahawa ada kerajaan yang penduduknya menyembah selain Allah SWT dan dipimpin oleh seorang wanita.
Terdapat banyak ayat quran yang membicarakan tentang burung ;

Miliki hati seperti burung

Selain itu juga burung juga mengajarkan optimisme, tidak boleh berputus asa dalam berbuat sesuatu, terutama dalam hal pemenuhan hajat dan keperluan sehari-hari, bagaimana tidak? ketika hendak pergi, burung masih dalam keadaan lapar, namun ketika pulang pada petang hari, dia sudah merasa kenyang. Bagaimana burung yang sedemikian kecil dari segi fisik itu, begitu besar dalam semangat mencari dan mengais karunia Allah SWT dengan penuh tawakkal. Sesungguhnya burung hanya mempunyai gerakhati, namun mampu mencukupi keperluannya, apalagi manusia yang dilengkapi dengan akal fikiran...
 
      🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦

Pengajaran:

1. Gunakanlah pancaindera dan akal yang dikurniakan Allah untuk memerhati, merenungi dan berfikir tentang kejadian burung yang berterbangan di angkasa sehingga lahir perasaan takjub terhadap kehebatan dan kekuasaan Allah SWT lalu meningkatkan keimanan kepada-Nya.

2. Pelajari, terokai dan perkembangan ilmu berkaitan kejadian burung yang Allah terangkan dalam Al Quran yang menghasilkan teknologi yang memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Contohnya, teori dan kajian saintifik berkaitan teknologi penerbangan berpandukan Al Quran telah berjaya membuka jalan kepada penciptaan kapal terbang sebagaimana yang telah dirintis oleh Ibn Firnas, sarjana Muslim pertama yang mencipta alat untuk terbang dan melakukan ujian penerbangan.

3. Sebagai seorang Muslim, perbetulkanlah pandangan kita terhadap segala kemajuan sains teknologi moden yang ditemui dan direka oleh para saintis agar kita tidak hanya berbangga dengan kehebatan ilmu dan kajian saintifik semata-mata. Sebaliknya segala kejayaan penemuan tersebut hendaklah dihubungkan terus dengan kekuasaan mencipta, ketinggian ilmu serta ketelitian pemerhatian Allah agar dapat menambah penghayatan, keyakinan dan keimanan kita kepada segala nama dan sifat Allah SWT.

credit :

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...