Thursday, April 16, 2020

KEKUATAN MENAKJUBKAN FIKIRAN MANUSIA (Anugerah Allah jua)- Perspektif islam

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

( Sebenarnya tajuk ni dah sekian lama tertangguh kerana terdapat banyak pro dan kontra jika silap difahami  seolah manusia mempunyai kuasa sendiri untuk mengawal jika tidak berlandaskan konsep  yang betul.  Perlu diingatkan bahawa segalamya yang berlaku adalah dengan izin Allah yang Maha Esa.)
Prasangka hamba

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah  bersabda, Sesungguhnya  Allah سبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
“Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” 
[HR. Muslim 4832, 4851; Tirmidzi 3527, Ahmad 7115]
  • Menjelang ujian, seseorang berprasangka baik kepada Allah. Berharap dengan begitu Allah akan meluluskannya 
  • Saat tertimpa musibah, seseorang berprasangka baik kepada Allah. Berharap dengan begitu Allah mengangkat musibahnya 
  • *Saat berharap akan cita maupun cinta, seseorang berprasangka baik kepada Allah. Berharap akan Allah permudahkan segalanya
Beberapa keterangan 'ulama menjelaskan bahwa maksud dari hadist ini adalah seorang hamba hendaknya berprasangka bahwa:
  • Hamba serba berkekurangan dan Allah lah Rabb Yang Maha Sempurna 
  • Hamba tidak mungkin bisa melakukan segalanya sementara Allah Maha Memungkinkan, itulah sebabnya semoga Allah bekenan memungkinkan sesuatu untuk terjadi 
  • Hamba tak berdaya dan Allah lah dapat memberi daya kepada hamba Nya, itulah sebabnya semoga Allah beri daya kepada seorang hamba atas perkara yg sedang dihadapinya 
  • Ilmu yang dimiliki seorang hamba amat terbatas, sementara Allah Maha Mengetahui. Itulah sebabnya semoga Allah berkenan untuk memberikan hamba pemahaman atas sesuatu yang belum ia ketahui 
  • Seorang hamba tiada memiliki kemampuan beroleh suatu kurnia, sementara Allah mampu mengurniakan apapun dengan izin Nya. Maka semoga Allah berkenan mengurniakan sesuatu atas hikmah dan barakah yang ada di sisi Nya
Fikiran manusia Anugerah Allah

Intro:
Fikiran manusia sendiri terbahagi kepada dua, iaitu fikiran alam sedar dan fikiran alam bawah sedar. Fikiran alam sedar berfungsi sebagai tempat pemrosesan analisa, logika dan perbandingan. Sedangkan fikiran alam bawah sedar sebagai pembentukan intuisi, seni, juga memori.
Menurut penelitian, 88% kekuatan pikiran dikuasai oleh alam bawah sadar dan 12% sisanya berada di bawah kendali alam sadar. Ini bererti bahwa kuasa dari fikiran alam bawah sadar kita sebenarnya sangatlah kuat. Dan untuk menyeimbangkan kekuatan fikiran kita, perlu ada keselarasan diantara fikiran alam sedar dan bawah sedar. Bagaimana? Dengan cara melatihnya. 
Fikiran dan Hukum Tarikan 

Walaupun prinsip-prinsip Hukum Tarikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah dipopularkan oleh karya Rhonda Byrne dalam The Secret, masih sedikit yang belum mengomentari hubungan antara Islam dan Hukum Tarikan ini.

Namun peranan Undang-undang Tarikan dalam Islam sangat penting, dan memahami dengan betul topik ini sekarang merupakan langkah penting dalam pertumbuhan peribadi dan evolusi spiritual seseorang.

Jika fikiran positif, maka fikiran akan mentransmisikan kekuatan untuk membawa hal-hal positif ke dalam hidup anda. Apa pun yang dapat anda pikirkan termasuk kesuksesan, kehormatan, wang, atau cinta, semuanya bisa dimiliki. Yang harus  dilakukan adalah bertanya dan memusatkan pikiran  pada tujuan.
Hukum Tarikan ini menyatakan bahawa seseorang akan tertarik kepadanya yang selaras dan sesuai dengan keadaan getaran fikirannya yang dominan.

Dengan kata lain, jika anda gembira, dalam kegembiraan dan rasa syukur, anda secara semula jadi akan menarik kepada diri anda peristiwa-peristiwa positif dan keadaan-keadaan yang selaras dengan keadaan psiko-rohani positif anda.

Sebaliknya, jika anda marah, kecewa, tertekan dan tidak berpuas hati, anda juga akan menarik kepada diri anda peristiwa negatif dan keadaan yang seiring dengan getaran yang segerak dengan keadaan bertenaga negatif.


Oleh itu, adalah sangat penting bagi seorang individu, terutama bagi seorang Muslim yang ingin memahami Islam dan Hukum Tarikan untuk tujuan pengembangan rohani dan kejayaan peribadi, untuk terus mengurus keadaannya.
Dunia fizik mengikuti dunia metafizik. 
Apa pun yang dimasukkan ke dalam fikiran akan membuat yang metafizik menjelma ke dalam bentuk fizik. Sebagaimana anda, air, dan akar tanaman. Meskipun anda tidak dapat melihat proses kerjanya, tetapi mereka bekerja. Dan dari situlah tanaman memperoleh nutrisi yang diperlukannya untuk tumbuh. Sehingga setiap usaha anda menyiram dan merawat tanaman, meski tak terlihat, telah membuat tanaman tumbuh dan berkembang. Sehingga anda dapat melihat tanaman tersebut tumbuh dengan indah. Yang dapat anda lihat adalah efek dari perawatan dan pemeliharaan tanaman.
Cara yang persis sama dengan kerja fikiran. Anda tidak dapat melihatnya, tetapi dapat melihat efek dari kekuatan fikiran melalui hal-hal yang berhasil ditarik ke dalam hidup anda. Jika anda ingin memiliki hal-hal yang baik dalam hidup , haruslah memberi makanan ke dalam fikiran, hal-hal yang baik. Fikiran tentang kesehatan, kebahagiaan, cinta, kemakmuran, dan kesuksesan adalah hal baik yang akan menjelma menjadi nyata.
Melatih Fikiran
Sedarilah bahwa anda menciptakan hidup anda dari dalam ke luar. Kerana itu, usahakan setiap hari selalu meluangkan waktu untuk diri sendiri. Gunakan waktu tersebut untuk merenungkan kehidupan  untuk menghargai hal-hal yang ada. Rencanakan dengan bijak target masa depan . Bermeditasilah dan bersihkan fikiran  dari semua pikiran yang tidak perlu, sehingga  dapat fokus pada apa yang diinginkan bukan yang  khuatirkan. Dengan begitu, hidup akan menjadi lebih produktif dan memiliki lebih banyak idea. Dan dengan cara itu pula, anda lebih menghormati diri sendiri sekaligus memperkuat citra diri Anda.
Perhatikan fikiran Anda; 
Jika ada fikiran negatif yang terlintas, segera hentikan. Anda secara sedar dapat memilih sebuah fikiran yang lebih baik, lalu kembali fokus pada fikiran yang baru. Bisa jadi berfikir negatif sudah telanjur menjadi kebiasaan lama, akibat pengaruh masyarakat di sekitar. Itu tak menjadi soal, karena anda dapat mengubah kebiasaan tersebut dengan relatif cepat jika anda memiliki keinginan kuat. Cukup dengan sedar memilih fikiran yang baru, pada saat fikiran negatif datang , anda akan terkejut karena dengan cepat kebiasaan berpikir positif sudah menggantikan kebiasaan lama anda.
Perubahan

Visualisasikan; 
Lihat diri anda sendiri seakan-akan telah memiliki semua yang ingin anda capai. Ini membantu diri untuk tetap fokus dan berada di jalur tepat menuju tujuan. Hampir semua olahragawan ternama mengisahkan, bahwa mereka selalu melakukan visualisasi / imajinasi di sela-sela latihan. Kerana, tubuh tidak bisa membedakan antara sebuah peristiwa yang benar-benar nyata, atau hanya simulasi dalam fikiran.
Fikiran manusia

Bersyukurlah dan jangan khuatir; 

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"."(Surah Ibrahim 14 : 7)

Ayat ini pada asalnya adalah seruan Nabi Musa alaihissalam kepada bani Israel supaya mereka bersyukur kerana mendapat pengetahuan agama dan segala macam nikmat-nikmat yang lain. Ini diceritakan pada ayat yang ke-7. Saya yakin, kita secara umum tahu kisah perjalanan Nabi Musa dan Bani Israel. Bagaimana Allah menyelamatkan mereka daripada Firaun yang menyeksa dan membunuh setiap anak lelaki mereka. Kemudian akhirnya mereka berjaya menyeberangi laut merah. Peristiwa itu masih segar lagi di dalam ingatan Bani Israel, seperti peristiwa itu baru saja berlaku. Kemudian di tengah-tengah padang pasir itu, Nabi Musa alaihissalam menyampaikan khutbah kepada Bani Israel bukan untuk bersabar, tetapi untuk BERSYUKUR. 
Lihatlah di sekeliling , ada begitu banyak hal yang perlu disyukuri. Jika  mungkin saat ini sedang menghadapi keadaan yang sulit, jangan khuatir, kerana ianya adalah untuk mempersiapkan diri agar berhasil mencapai tujuan-tujuan anda kelak. Oleh kerana itu selalu ingat target anda, dan jangan biarkan semua itu hilang sebelum  berhasil meraihnya.



Artikel ini diakhiri dengan sebuah kutipan: 
“Merenungkan dengan baik, adalah bijaksana; Membuat rencana, lebih bijaksana; Melaksanakannya dengan baik, adalah yang paling bijaksana dan sekaligus yang paling baik.” Oleh karena itu, pada kesempatan ini, renungkanlah, rencanakanlah sekaligus laksanakanlah perubahan. Terutama dalam melatih dan mengembangkan kebiasaan berfikir positif, kerana nyata lebih mendekatkan kita pada segala kebaikan.
 Catatan :
“  Solat yang dilakukan dengan sempurna dan khusyuk adalah salah satu cara untuk  mengendalikan dan mengontrol fikiran agar tetap memancarkan energi positif, ayat dan kalimah yang dibaca didalam solat berisi saranan yang positif bagi hati dan fikiran manusia. Kerana itu sangat penting bagi setiap orang untuk mengerti, memahami  dan menghayati setiap ayat dan kalimah yang dibacanya didalam solat
Rujuk: Makna Bacaan Dalam Solat  Yang PerluKita Tahu






8 FAKTA TENTANG KEKUATAN OTAK DAN FIKIRAN MANUSIA

Beberapa FAKTA ilmiah tentang otak dan fikiran seorang manusia, yang mungkin perlu untuk ketahui :



FAKTA 1:

Ada lebih dari 30 million neuron atau syaraf otak di dalam otak manusia yang bekerja dengan dahsyat melebihi kemampuan super komputer apapun di dunia ini. Neuron inilah yang bekerja dengan dahsyat menciptakan keajaiban dalam hidup anda.



FAKTA 2:

Memori otak manusia memilki kapasiti 30-70 triliun giga melebihi memori super komputer apapun di dunia



FAKTA 3:

Sebagaimana komputer dapat terhubung dengan komputer lain melalui jaringan, demikian juga fikiran manusia dapat terhubung dengan fikiran orang lain di mana saja mereka berada jika keterhubungan tersebut diciptakan.



FAKTA 4:

Fikiran manusia terhubung dengan alam semesta yang dalam bahasa psikology disebut UNIVERSAL CONCIOUSNESS (fikiran alam semesta) atau dalam bahasa biologi disebut MORPHOGENETIC FIELD (medan morfogenetika).



FAKTA 5:
Fikiran manusia saling berinteraksi setiap saat tanpa disedari, tetapi sayang dengan cara yang tidak terkendali dan berakibat negatif. Anda dapat mengendalikannya untuk tujuan yang positif untuk keuntungan anda.

FAKTA 6:
Fikiran manusia menjelajah dan dapat mengadakan kontak dengan fikiran siapa saja dengan teknik subjective communication.

FAKTA 7:
Fikiran manusia dapat diprogram untuk melakukan apa saja yang kita inginkan

FAKTA 8:
Fikiran bawah sedar manusia dapat mewujudkan keajaiban jika anda tahu bagaimana menguruskannya. Fikiran bawah sedar bekerja seperti komputer. Fikiran bawah sedar memberi inspirasi, membimbing dan merupakan gudang memori. Fikiran bawah sedar kita mengingat segala sesuatu yang kita lihat, rasakan dan alami. Hanya tinggal untuk merealisasikannya sahaja. Menurut penelitian, fikiran bawah sedar kita memiliki kapasiti memori sekitar 70-100 triliun gambar. Kerana semua perasaan kita, emosi dan pengalaman disimpan dalam memori dalam bentuk gambar atau bunyi. Sama seperti komputer men-digitalkan semuanya, otak kita pun demikian.

Fikiran bawah sedar memiliki kepandaian yang tidak terbatas. Ia memampukan manusia memperolehi fikiran, gagasan, rencana, dan konsep baru. Fikiran bawah sedar memberikan kemampuan inovatif sehingga dapat mengembangkan penemuan-penemuan baru.

Sudahkah anda memprogramkan fikiran bawah sedar untuk memujudkan keajaiban di dalam hidup anda sekarang dan kemudian nanti…?


*Menyeimbangkan emosi dan logika

Seringkali emosi dalam hati lebih menguasai diri dibanding logika, terutama saat hal negatif dirasakan. Efeknya, akan timbul ketidakseimbangan yang berakibat pada cara berfikir dan bersikap. Hal ini pada akhirnya malah akan merugikan diri sendiri. Oleh karena itu, kita perlu melatih keseimbangan diri di atas emosi dan logika. Biasakan untuk tidak hanya bergantung pada salah satunya. Tenangkan diri dan kolaborasikan keduanya

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

No comments:

Post a Comment

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...