Saturday, July 24, 2021

BISMILLAHI, TAWAKKALTU ’ALA ALLAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


BISMILLAHI, TAWAKKALTU ’ALA ALLAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

BISMILLAHI, TAWAKKALTU ’ALA ALLAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.”

Keutamaan

Dalam hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan keutamaan doa ini,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، قَالَ: يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ، وَكُفِيتَ، وَوُقِيتَ، فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟

”Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemduian dia membaca doa

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Maka disampaikan kepadanya, ‘Kamu diberi petunjuk, kamu dicukupi keperluannya, dan kamu dilindungi.’ Seketika itu syaitan ayaitan pun menjauh darinya. Lalu salah satu syaitan berkata kepada temannya, ’Bagaimana mungkin kalian bisa mengganggu orang yang telah diberi petunjuk, dicukupi, dan dilindungi.’ (HR. Abu Daud, no. 5095; Turmudzi, no. 3426; dinilai shahih oleh Al-Albani)
Keterangan:
Makna ”disampaikan kepadanya”, yang menyampaikan adalah Malaikat. Malaikat itu mengatakan kepada orang yang membaca doa ini ketika keluar rumah, ’Wahai hamba Allah, kamu telah diberi petunjuk, dicukupi, dan dilindungi.’ (Tuhfatul Ahwadzi: Syarh Sunan Turmudzi, 9:271)
Unsur penting dalam doa di atas ada 3: [i] Berlindung kepada nama Allah, dengan kalimat bismillah. [ii] Tawakkal kepada Allah, dalam kalimat tawakkaltu ’alallah. [iii] Pengakuan tiada daya dan kekuatan kecuali milik Allah, dalam kalimat laa quwwata illaa billaah.

Rahsia Keutamaan Doa Keluar Rumah

Jika kita perhatikan, doa keluar rumah ini sangat pendek, ringan diucapkan, namun memiliki keistimewaan yang besar. Anda bisa bayangkan, hanya dengan membaca doa ini, Anda bisa mendapatkan jaminan keamanan, jaminan kecukupan, berikut hidayah dari Allah. Yang semua itu merupakan sumber kebaikan dunia dan akhirat bagi hamba.
Hidayah merupakan keperluan mutlak seorang hamba untuk bisa istiqamah di atas agama Allah, yang nantinya akan mengantarkannya menuju kebahagiaan akhirat.
Kecukupan merupakan sumber ketenangan seorang hamba ketika hidup di dunia, sehingga dia tidak kekurangan (lahir) atau merasa kekurangan (batin).
Perlindungan dari syaitan merupakan jaminan keamanan dari segala makarnya yang merupakan sumber kejahatan dan kerusakan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Al-Munawi menukil satu penjelasan yang sangat indah dari Ath-Thibi tentang doa ini,

فإذ استعاذ العبد بالله باسمه المبارك فإنه يهديه ويرشده ويعينه في الأمور الدينية وإذا توكل على الله وفوض أمره إليه كفاه فيكون حسبه {ومن يتوكل على الله فهو حسبه} ومن قال لا حول ولا قوة إلا بالله كفاه الله شر الشيطان


“Apabila seorang hamba memohon perlindungan kepada Allah melalui nama-Nya yang penuh berkah, maka Allah akan memberinya petunjuk, membimbingnya, dan menolongnya untuk dimudahkan dalam urusan agama. Apabila seorang bertawakal kepada Allah dan menyerahkan urusannya kepada Allah, maka Allah akan mencukupinya. Dan kurniaan Allah yang mencakupinya, sebagaimana di ayat (yang ertinya), ’Barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Dia akan mencukupinya.’ Sementara orang yang membaca laa quwwata illaa billaah,Allah akan lindungi dia dari kejahatan setan.” (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 5:123)

Allahu a’lam.

Penulis: Ustadz Ammi Nur Baits




sumber :

Keistimewaan Doa Keluar Rumah

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Tuesday, July 20, 2021

 


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
Pada pagi hari raya Aidiladha ini, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:
Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
Sunat menjamah makan-minum selepas pulang daripada solat Aidiladha.
Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari subuh 9 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah (Takbir Muqayyad).
Menunaikan sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
Ziarah menziarahi/Bertegur sapa dengan kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak/maksiat.
TAKBIR
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah). (Riwayat al-Tabrani).
Pada Hari Raya Haji atau Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula selepas solat Subuh Hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 tasyrik, iaitu 13 Zulhijah.

Saturday, July 10, 2021

Antara Realiti dan Fantasi

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Realiti dan fantasi

Berbicara tentang fantasi, ramai yang beranggapan bahawa kita membicarakan topik yang jauh dari kenyataan seharian di dunia nyata. Mereka menganggap bahawa fantasi adalah sesuatu yang hanya dikaitkan dengan peristiwa luar biasa atau tidak biasa.

Walau bagaimanapun, kebenarannya adalah kita berhadapan dengan khayalan setiap hari. Ramai yang mengatakan bahawa kita selalu diserap dalam pelbagai khayalan yang berbeza. Tegasnya, banyak perkara yang kita buat atau tidak lakukan hanya berdasarkan alasan khayalan dan idea, dan bukannya idea sebenar.


Sekiranya kita bertanya mengapa kita hidup dengan cara seperti itu dan bukan yang lain, banyak yang akan menjawab dengan hujah yang lebih banyak berdasarkan fantasi budaya daripada kehidupan sebenar...
Di antara ilusi , fantasi dan realiti :
Ilusi adalah idea atau kepercayaan yang salah, atau penampilan atau kesan yang menipu.
Fantasi pula adalah
idea tanpa asas atau dengan asas dalam realiti yang pada dasarnya imaginasi anda tidak dibatasi oleh kenyataan semata. Atau mungkin juga di situlah yang dinamakan ilham dari sang pencipta alam semesta, Allah s.w.t
Realiti adalah keadaan perkara semasa mereka wujud. Itulah yang anda lihat, dengar, dan alami.


Beberapa khayalan kreatif pula membawa kepada suatu kelainan dari kebiasaan dan bergerak ke arah yang luar biasa. Namun, ada juga khayalan yang tidak kreatif. Iaitu mengulangi idea orang lain seolah-olah ianya idea sendiri. Mereka sangat berakar pada budaya setempat dan itulah sebabnya ianya disajikan sebagai 'kebenaran', walaupun tidak.

Tidak semestinya berlandaskan hanya pada persepsi objektif terhadap keadaan dan dunia di sekeliling kita. Sebahagian besar dari apa yang membentuk idea kita dipengaruhi oleh fantasi, khayalan atau ilham yang terbina … ?

 Yang pastinya semua yang ada di alam ini  adalah milik Allah s.w.t. tidak kira yang di langit atau di bumi... bermakna segalanya adalah darinya...

Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui



#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...