Tuesday, June 14, 2022

Jangan Ikut Hingga ke Lubang Biawak

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Cabaran akhir zaman... masuk ke lubang biawak


وعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم “لَتَتّبِعُنّ سَنَنَ الّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ. شِبْراً بِشِبْرٍ، وَذِرَاعاً بِذِرَاعٍ. حَتّىَ لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبَ لاَتّبَعْتُمُوهُمْ” قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللّهِ آلْيَهُودُ وَالنّصَارَىَ؟ قَالَ “فَمَنْ؟”.[ رواه البخارى ومسلم
 [Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum yahudi dan nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith tersebut, menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan syibr (sejengkal) dan dziro’ (sehasta) serta lubang dhob adalah permisalan terhadap tingkah laku kaum muslimin yang begitu serupa dengan tingkah Yahudi dan Nasrani dari segi mengikuti mereka dalam hal kemaksiatan begitu juga perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
 [Lihat: Syarh Muslim ‘ala al-Nawawi; 2/219].


hadith Nabi Muhammad S.A.W:

‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Sesiapa yang bertasyabbuh dengan sesuatu kaum maka dia sebahagian dari mereka.
Riwayat Abu Daud (4031)

Dalam lafaz yang lain Nabi S.A.W bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا
Maksudnya: Bukan dari kalangan kami mereka yang menyerupai selain kami.
[Lihat: Majmu’ al-Fatawa; 22/154]

“Sungguh, kalian akan benar-benar akan mengikuti kebiasaan dan cara hidup orang-orang sebelum kalian”, sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di hadapan para sahabatnya. “Sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta”, lanjut sang Nabi. Maksudnya, peniruan terhadap kebiasaan, budaya, dan gaya hidup ummat terdahulu tersebut terjadi secara halus dan bertahap. Meskipun halus dan bertahap tapi pasti tanpa disadari. Bahkan sampai pada level latah tanpa sikap kritis sama sekali. Seolah semua budaya dan gaya hidup yang berasal dari luar harus diikuti.

Dalam lanjutan hadits tersebut Rasulullah menggambarkan sikap latah terhadap budaya luar dengan ungkapan, “Sampai-sampai andaikan mereka masuk ke lubang biawak sekalipun, kalian tetap mengikuti mereka”. 

Demi masa...

Apa yang disabdakan Nabi seribu empat ratusan tahun lalu telah nampak di zaman ini. Fenomena meniru dan mengikuti gaya hidup dan budaya menyimpang ummat-ummat terhadulu mewabah di tengah-tengah masyarakat Muslim. Gejala “masuk lubang biawak” telah merasuk ke hampir seluruh aspek kehidupan serta menjangkiti hampir seluruh level masyarakat. Bahkan dalam segenap segi kehidupan mereka sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial atau akhlak umat Islam seperti bersetuju, berlapang dada atau suka dengan apa-apa yang disuarakan oleh Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan mereka sekali pun dalam menangani masalah umat Islam sendiri. Nauzubillah.


firman Allah S.W.T:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: Dan saling membantulah ke atas perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan saling membantu atas perkara dosa dan permusuhan.
Surah al-Maidah (5 : 2)





Bacaan tambahan :

Sunday, June 5, 2022

Ingat Allah, Allah Mengingatkan Kita

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

surah Al-Baqarah, 2:152 . Ingatlah pada Allah

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. 
Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
( SURAH AL-BAQARAH AYAT 152 )


Tafsir Ringkas Kemenag RI
Atas semua kenikmatan itu, Allah menyuruh kaum muslim untuk selalu mengingat-Nya. Maka ingatlah kepada-Ku, baik melalui lisan dengan melafalkan pujian, melalui hati dengan mengingat kekuasaan dan kebijaksanaan Allah, maupun melalui fisik dengan mentaati Allah. Jika kamu mengingatku, Aku pun pasti akan ingat kepadamu dengan melimpahkan pahala, pertolongan, dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bersyukurlah pula kepada-Ku atas nikmat-Ku dengan menggunakannya di jalan-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku, kepada nikmat-nikmatku, dan mempergunakannya untuk berbuat maksiat.

Dalam Al-Quran surat Al-Baqarah 152, Allah berfirman,”Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.” Jelas, tidaklah seorang hamba mengingat Allah, melainkan Allah pun mengingatnya.

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang menjanjikan mereka yang banyak mengingati-Nya keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda. Ancaman kerugian dan penyesalan pula buat mereka yang kurang mengingati-Nya kerana dilalaikan oleh harta dan anak pinak.

Umat Islam dituntut supaya mengingati ALLAH agar ALLAH mengingati mereka kembali. ALLAH menjanjikan kemenangan dan kejayaan buat mereka yang sentiasa mengingati-Nya.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman, ingatlah ALLAH dan sebutlah nama-Nya dengan sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu manakala malaikat-Nya pula (berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang; dan Dia sentiasa merahmati orang yang beriman." (Surah Al-Ahzaab: 41-43)

Firman-Nya lagi: "Dan ingatilah ALLAH sebanyak-banyaknya supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Anfaal: 45)

Firman-Nya: "Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan dan orang lelaki yang banyak menyebut nama ALLAH serta orang perempuan yang (turut) banyak menyebut nama-Nya, ALLAH telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar." (Surah Al-Ahzaab: 35)

Dalam masa yang sama ALLAH mengingatkan mereka yang lalai mengingati-Nya akan balasan buruk yang bakal menimpa mereka.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati ALLAH; dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan sedemikian, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah Al-Munafiqun: 9)

Ternyata perbuatan mengingati ALLAH adalah suatu perkara besar yang agung melebihi segala yang lain.

Maka ia adalah sebaik-baik amal ketaatan. Ini kerana segala bentuk ketaatan yang lain menjurus kepada matlamat ini (mengingati ALLAH). Ternyata ia adalah rahsia dan inti pati segala amal ketaatan.


Perbanyakkan ingat Allah

Mengingati ALLAH terkandung dalam semua amalan. Bahkan ia adalah roh amalan itu. Lihat bagaimana ALLAH mengaitkan antara solat dan mengingati-Nya dalam firman-Nya: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha: 14)

Dalam ayat lain dikaitkan dengan puasa dan amalan haji. Ia juga dikaitkan dengan jihad dan ALLAH memerintahkan pejuangnya supaya mengingati-Nya ketika berdepan dengan musuh di medan perang.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya; dan ingatilah ALLAH sebanyak-banyaknya, supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Anfaal: 45)

Ketahuilah, berzikir mengingati ALLAH adalah perlindungan yang kuat buat manusia daripada gangguan syaitan. Sabda Nabi SAW: "Dan aku perintahkan supaya kamu berzikir mengingati ALLAH; kerana sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti seseorang yang dikejar musuh sehingga dia sampai ke satu benteng yang kuat lalu dia berlindung di belakangnya. Maka begitulah dengan seseorang hamba itu. Dia tidak akan dapat berlindung daripada syaitan kecuali dengan berzikir mengingati ALLAH." (Riwayat Ahmad, 



Perbanyakkan zikir (Al-Ahzab 41-42 )

Sesungguhnya mengingati ALLAH adalah pengkhatam amalan soleh. Ia juga adalah penghujung dan pengkhatam ibadah puasa.

Ia juga adalah penamat ibadah haji. Mengingati ALLAH turut menjadi penghujung ibadah solat. Ia turut menjadi penyudah Solat Jumaat. Firman ALLAH: "Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia ALLAH, serta ingatlah ALLAH sebanyak-banyaknya; supaya kamu berjaya." (Surah Al-Jumu'ah: 10)

Akhirnya, mengingati ALLAH juga adalah penutup kehidupan dunia kita. Daripada Mu'az bin Jabal RA, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa ucapan terakhirnya di dunia adalah la ilaha illa ALLAH dia akan masuk syurga." (Riwayat Abu Daud, sahih)

Bahkan hal ini diperintahkan atas mereka yang berada di sisi orang yang sedang nazak. Sabda Nabi SAW: "Perintahkan orang yang sedang menghadapi saat kematian la ilaha illa ALLAH." (Riwayat Muslim)

Cukuplah kemuliaan buat mereka yang banyak mengingati ALLAH dengan berzikir, berdoa dan seumpamanya ALLAH berbangga dengan mereka, ALLAH menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang berada di sisi-Nya. Muawiyah RA meriwayatkan Rasulullah SAW mendatangi sebuah halaqah bulatan dan berkata: "Apa yang menghimpunkan kamu?" Jawab mereka: "ALLAH, hanya kerana-Nya kami duduk." Kata Nabi SAW: "Tidaklah aku bertanya kepada kamu kerana aku mencurigai kamu tetapi Aku telah didatangi Jibrail yang mengatakan ALLAH menyebut-nyebut kamu di sisi malaikat-Nya berbangga dengan kamu." (Riwayat Muslim)

Cukuplah kemuliaan berzikir mengingati ALLAH bahawasanya rumah yang penghuninya mengingati ALLAH adalah rumah yang 'hidup' manakala rumah-rumah yang penghuninya tidak mengingati ALLAH adalah rumah orang-orang mati.

Sabda Nabi SAW: "Perumpamaan rumah yang penghuninya mengingati ALLAH dan rumah yang penghuninya tidak mengingati ALLAH adalah umpama orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan: "Perumpamaan orang yang berzikir mengingati ALLAH dan orang yang tidak adalah umpama orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rahmat, cahaya dan iman (Al-Ahzab 43 )

sahih)

Kalaulah ini sahaja kelebihan berzikir nescaya ia sudah cukup untuk membuatkan lidah kita terus basah mengingati ALLAH. Kerana manusia itu tidak akan dapat selamat daripada gangguan musuhnya kecuali dengan berzikir mengingati ALLAH. Dan musuh itu tidak akan dapat menceroboh masuk kecuali melalui pintu lalai dan leka. Maka musuh sentiasa memerhati dan menunggu. Sekiranya manusia itu leka, ia akan menerkam dan menyerang.

Antara amalan yang akan menyebabkan hati kita disinari cahaya zikir mengingati ALLAH adalah dengan pergi ke masjid, menunggu solat berjemaah diiqamatkan, membaca al-Quran dan mendengarnya, mendirikan solat sunat dan hadir ke majlis ilmu.

Adapun amalan yang membuatkan hati kita lalai daripada mengingati ALLAH adalah dengan kita tidak pergi ke masjid, malas melakukan amal ibadah, tidak membaca al-Quran, sibuk dengan urusan dunia mencari kekayaan harta, mendengar muzik, menonton program yang melalaikan dan banyak gelak ketawa. Lebih berat lagi adalah perbuatan makan daripada hasil yang haram.

Ayuhlah kita zikrullah melazimi zikir mengingati ALLAH semoga kita beroleh kejayaan.

Wednesday, June 1, 2022

Tafsir Surat al-Mulk Ayat 19: Hikmah di Balik Penciptaan Burung

  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

al-Mulk Ayat 19

Tafsir Surat al-Mulk Ayat 19: Hikmah di Balik Penciptaan Seekor Burung

Terbukti, terdapat bahawa banyak ayat al-quran yang memotivasi kita untuk bertafakur... Sepertinya sebuah ayat ini, yakni surat al-mulk ayat 19, Allah mengajak akal kita berpetualang menafakuri keistimewaan burung. Ketika kita sedang hilang kendali, merasa putus asa dan lainnya, lihatlah ada makhluk kecil Allah yang terus berjuang terutama dalam hal pemenuhan hajat dan keperluan sehari-hari.

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صَٰٓفَّٰتٍ وَيَقْبِضْنَ ۚ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحْمَٰنُ ۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَىْءٍۭ بَصِيرٌ

Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. 
(Q.S al-Mulk ayat 19)

Tafsir ringkas:

1. Selepas beberapa amaran dan ancaman dalam ayat-ayat sebelumnya, ayat ini mengajak manusia memerhati dan berfikir tentang kejadian burung yang berterbangan di udara dengan mengembang dan menguncupkan sayapnya sebagai suatu keajaiban ciptaan Allah yang membuktikan kekuasaan-Nya.

2. Ayat ini menjelaskan bahawa burung boleh berterbangan dan terapung di udara bukanlah semata-mata kerana kemampuan dan daya semulajadi burung menggerakkan sayapnya. Sebenarnya, kekuasaan Allah Yang Maha Pemurah jualah yang menahan burung itu daripada jatuh ke bumi. Lantaran pemurahnya Allah, diciptakan burung dalam bentuk aerodynamic bagi membolehkannya terbang. Tanpa rahmat-Nya, nescaya burung tidak akan mampu terapung di udara.
Perkara ini juga dijelaskan dalam Surah Al Nahl, ayat 79:

أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاءِ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(Surah Al Nahl, ayat 79)

3. Di hujung ayat ini, Allah menegaskan bahawa Dia Maha Melihat akan tiap-tiap sesuatu. Ini bermakna Allah sentiasa memerhati dan mengetahui segala perkara yang berlaku. Oleh sebab itu Allah menyedia, mengatur, memberi tenaga kekuatan dan memelihara segala-galanya di setiap saat dengan penuh teliti dan pengetahuan yang mendalam.


🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦

Pada Tafsir Jalalain karya Imam As-Suyuti menggambarkan kepada kita sebagai hamba Allah, untuk melihat dan memperhatikan burung-burung yang berada di atas mereka yakni di udara (yang mengembangkan sayapnya) melebarkan sayapnya (dan mengatupkannya) menutupkannya sesudah dikembangkan.


Tidak hanya itu, burung juga memiliki pertahanan pada tubuh mereka yakni menahan diri agar tidak jatuh ke bumi sewaktu mengembangkan dan mengatupkan sayapnya. Fenomena tersebut mampu terjadi hanya kerana Allah Maha Penyayang dengan segala kekuasaan-Nya. (Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala sesuatu), akan tetapi banyak hambanya yang tidak menyimpulkan dengan adanya burung-burung di udara merupakan bentuk kekuasaan Allah, jika itu terjadi yakni hambanya tidak percaya atas segala ciptaan Allah, maka Allah dapat menimpakan kepada mereka azab dan lainnya.

Burung dapat Terbang Hingga Hilang dan Tanpa Menggerakkan Sayapnya

Kemudian pada Tafsir al-Misbah Karangan Quraish Shihab, menjelaskan yang tidak jauh berbeza dengan apa yang ditulis oleh Imam As-Suyuti. Selanjutnya lafal Al-shaff pada ayat di atas yang mana diambil dari kata al-shaffat yang bererti burung membentangkan kedua sayapnya dengan tanpa digerakkan.

Tidak hanya itu, ternyata terbangnya burung adalah suatu mukjizat yang baru diketahui setelah adanya perkembangan kajian ilmu cabang pergerakan udara iaitu ilmu aeronautika dan teori aerodinamik. Akan tetapi yang mengundang kekaguman pada keunikan dari seekor burung adalah dapat terbang di udara sampai hilang dari pandangan, dan itu tanpa menggerakkan kedua sayapnya. Ilmu pengetahuan membuktikan bahawa burung-burung yang terbang tanpa menggerakkan kedua sayapnya itu sebenarnya terbang di atas aliran-aliran udara yang muncul, baik kerana benturan udara dengan segala sesuatu yang menghalanginya atau karena tingginya tekanan udara panas.

Kenapa semua itu bisa terjadi pada burung?

Sesungguhnya Allah SWT memberikan spesifikasi pada burung dengan berikut, burung memiliki berat badan yang ringan, jantungnya juga memiliki kemampuan yang tinggi berbeda dengan manusia, kemudian peredaran darah pada alat pernafasan burung juga terbilang seimbang dengan tubuh. Sehingga organ tubuh yang dimiliki oleh burung dapat menjaga keseimbangan dan mengatur arah tubuhnya ketika terbang.

Selain itu, dalam catatan Tafsir al-Quranil Adzim karya Ibnu Katsir menegaskan bahawa tidakkah mereka (manusia) memperhatikan burung-burung yang dipermudahkan terbang di angkasa bebas, tanpa ada yang menahannya selain dari Allah. Hal ini merupakan bukti dari kekuasaan Allah SWT.

Hikmah di Balik Penciptaan Seekor Burung

Penjelasan ini mungkin dianggap remeh, namun jika kita renungkan, maka kita akan menginsafi peranan burung memang sungguh luar biasa. Jika kita melihat bentuk fisik burung, dia terlihat kecil, jauh sekali jika dibandingkan dengan tubuh manusia. Namun, menjadikannya makhluk luar biasa hingga ianya disebut didalam al-Quran. Burung mengajarkan kepada kita untuk memiliki obsesi melebihi bentuk fisik kita, misalnya, fisik boleh kecil, tetapi cita-cita dan idealisme harus lebih besar.

Dari sini menegaskan bahawa hal ini bukanlah mimpi dan khayalan. Kerana yang membezaakan antara kenyataan dan khayalan adalah kemahuan dan kesungguhan untuk merealisasikan harapan dan cita-cita.

Kita bisa meneladani kisah burung hudhud pada zaman nabi Sulaiman, burung tersebut mampu memberikan informasi yang tidak diketahui oleh Nabi Sulaiman, bahawa ada kerajaan yang penduduknya menyembah selain Allah SWT dan dipimpin oleh seorang wanita.
Terdapat banyak ayat quran yang membicarakan tentang burung ;

Miliki hati seperti burung

Selain itu juga burung juga mengajarkan optimisme, tidak boleh berputus asa dalam berbuat sesuatu, terutama dalam hal pemenuhan hajat dan keperluan sehari-hari, bagaimana tidak? ketika hendak pergi, burung masih dalam keadaan lapar, namun ketika pulang pada petang hari, dia sudah merasa kenyang. Bagaimana burung yang sedemikian kecil dari segi fisik itu, begitu besar dalam semangat mencari dan mengais karunia Allah SWT dengan penuh tawakkal. Sesungguhnya burung hanya mempunyai gerakhati, namun mampu mencukupi keperluannya, apalagi manusia yang dilengkapi dengan akal fikiran...
 
      🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦🐦

Pengajaran:

1. Gunakanlah pancaindera dan akal yang dikurniakan Allah untuk memerhati, merenungi dan berfikir tentang kejadian burung yang berterbangan di angkasa sehingga lahir perasaan takjub terhadap kehebatan dan kekuasaan Allah SWT lalu meningkatkan keimanan kepada-Nya.

2. Pelajari, terokai dan perkembangan ilmu berkaitan kejadian burung yang Allah terangkan dalam Al Quran yang menghasilkan teknologi yang memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Contohnya, teori dan kajian saintifik berkaitan teknologi penerbangan berpandukan Al Quran telah berjaya membuka jalan kepada penciptaan kapal terbang sebagaimana yang telah dirintis oleh Ibn Firnas, sarjana Muslim pertama yang mencipta alat untuk terbang dan melakukan ujian penerbangan.

3. Sebagai seorang Muslim, perbetulkanlah pandangan kita terhadap segala kemajuan sains teknologi moden yang ditemui dan direka oleh para saintis agar kita tidak hanya berbangga dengan kehebatan ilmu dan kajian saintifik semata-mata. Sebaliknya segala kejayaan penemuan tersebut hendaklah dihubungkan terus dengan kekuasaan mencipta, ketinggian ilmu serta ketelitian pemerhatian Allah agar dapat menambah penghayatan, keyakinan dan keimanan kita kepada segala nama dan sifat Allah SWT.

credit :

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...