Wednesday, January 26, 2022

Zikir aulia

 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


1. Membaca wirid Istighfar Malaikat 100x sebelum sholat subuh:

سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ ،اَسْتَغْفِرُالله

“Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung, akumohon ampun kepada Allah”.

Kalimat wirid ini dikenal dengan sebutan istighfarnya  para malaikat, yang selalu di wiridkan para wali allah pada waktu fajar sebelum Sholat subuh.

Wirid Istighfar Malaikat ini memiliki keutamaan, barang siapa yang mengamalkan wirid ini akan di mudahkan segala Urusanya.

 

2. Membaca 100x sesudah sholat dzuhur:

لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ

Artinya: "Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Benar dan Nyata,"

Rasulullah SAW bersabda ;

Siapa saja yang membaca kalimat ini, akan selamat (dijauhkan) dari kemiskinan dan akan menenangkan serta menyenangkan di alam kubur dari rasa kesepian".
Bahwasanya dari keterangan hadits diatas, Membaca Wirid dzikir tersebut dengan penuh kehusyuan setiapsesudah dan sebelum sholat dzuhur, siapapun yang Membacanya akan mendapatkan keutamaan 

berupa ;* Di jauhkan dari sifat fakir.
* Menjauhkan dari pandangan buruk orang lain.
* Di jauhkan dari sifat fakir.
* Menjadikan kalimat wirid tersebut sebagai teman yang menyenangkan di alam kubur

. 3. Dan membaca Wirid Tasbih pada Malam hari sebelum tidur:


33x سبحان الله
33x الحمدلله
34x الله اكبر

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ 

وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

“Tiada tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan, dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu".


https://kashoorga.com/3-zikir-ini-selalu-diamalkan-para-wali-insan-istimewa-di-sisi-allah-disebut-dalam-surah-yunus-ayat-62-63/

Monday, January 24, 2022

al imran ayat 54 - antara makar mereka dan makar Allah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


al imran 54
"Mereka merancang , Allah juga merancang.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang".

Jika Allah membantumu, tiada kuasa lain dapat menghalangmu daripada memperoleh kejayaan, perlindungan dan keselamatan,

**********************
                 🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya diri kita ini tiada daya dan upaya apapun jika tanpa Rahman dan Rahim Nya Allah s.w.t. dan dengan Rahmatan lil 'alamin nya Rasulullah s.a.w. Rasakan betapa hebatnya dan AgungNya kuasa Allah Yang Maha Esa dan betapa kasihnya baginda Rasulullah s.a.w pada umatnya..Yakinlah dengan hati bahawa Allah akan membantu kita, teguhkan iman dan banyakkan bedoa untuk medapat ketetapan hati. 
In sha Allah
  🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Berikut ialah tafsiran Ulama ummah’ pelita penerang kegelapan umat Muhadith dari Negeri Syam yang dirahmati Allah, Syeikh Muhammad Nasiruddin Albani ra dalam memahami ayat 54 surah Ali imran :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ الله  وَاللهُ خَيرُ المَاكِرِينَ

“Mereka itu melakukan muslihat dan tipudaya kepada Allah dan Allah membalas muslihat mereka dan Allahlah sebaik-baik pembuat muslihat dan tipudaya (bagi membalas tipudaya mereka)” ( Ali Imran : 54).

“Masalah ini sangatlah mudah dengan izin Allah, ianya disebabkan kita dapat mengenali apakah makna ( المكر ) “makar, tipu daya, helah, muslihat ” dalam ayat ini dari pengertian kalimah “makar, tipu daya, helah, muslihat” .

Sesungguhnya tidaklah disifatkan makar, tipu daya, helah, muslihat itu dinisbahkan selamanya dengan sifat yang buruk sebagaimana kita tidaklah pula menisbahkan ia kepada sifat yang baik. (Kadangkala sesuatu yang berlaku yang kita nampak/kelihatan atau anggap buruk itu mungkin merupakan jalan ke arah terbukanya rahmat Allah. Mungkin disebabkan peristiwa tersebut itu yang menjadi pendorong sesuatu kebaikan di masa yang mendatang. Bermakna ada rahsia tertentu yang Allah tetapkan di sebalik kejadian atau dengan kata lain tersembunyi hikmah di sebalik kejadian tersebut. ) 

Adakalanya, orang yang kafir mengadakan muslihat kepada seorang muslim tetapi si muslim tersebut tidaklah bodoh dan lalai lalu si muslim tersebut bertindak mencegah dari dirinya ditipu dan terpedaya oleh muslihat si kafir sehingga akhirnya si kafir itu sendiri terpedaya kembali atas perbuatannya. 
(Namun ini bukan bererti kita hanya perlu berpeluk tubuh dalam medambakan rahmat Allah, kita perlu berusaha dan berikthiar melakukan apa yang sepatutnya, seperti berusaha memantapkan akidah dan iman dengan mendekatkan diri dengan sang Pencipta alam semesta. Carilah ilmu dan gurunya  yang bersanad pada Rasulullah s.a.w. yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. *Mukmin yang hati dan imannya sentiasa berpegang teguh pada Allah yang empunya kuasa, pemilik alam semesta akan senantiasa mendambakan rahmat dan bantuan dari Allah s.w.t, In Sha Allah dipermudahkan urusannya di didunia dan di akhirat).


Disebut ulama bahawa makar (المكر ) muslihat dalam ayat ini ialah Dia (Allah) yang Maha membatalkan segala tipudaya dan musihat dengan muslihatnya yang mengatasi segalanya. Bahkan apabila Allah menyifatkan dirinya dengan sifat makar , helah atau tipudaya dalam ayat ini maka jadilah perbuatan ini tidak selamanya jahat atau buruk seperti ia tidak selamanya benar dan baik tetapi bergantung kepada keadaan dan pembuatnya.

Juga disebut (خير الماكرين ) “Sebaik-baik pembuat tipudaya dan helah muslihat” memberi erti Allah itu melakukan makar dan helah atau muslihat dalam keadaan yang paling baik dan membawa kebaikan.

al imran ayat 54

* Orang mukmin dan orang muslim,Apa bezanya ?
Kaedah yang disebutkan oleh para ulama ialah kedua-dua kalimah ini jika berada di dalam sesuatu ayat, maka setiap satu darinya membawa maksud yang tersendiri, manakala jika salah satunya sahaja yang disebut maka ia mengandungi maksud kedua-duanya.

Justeru, jika terdapat kedua-dua kalimah Islam dan Iman dalam satu ayat, maka ketika itu kalimah islam memaksudkan amalan-amalan zahir, manakala kalimah iman memaksudkan pula kepada amalan-amalan batin terdiri dari I’tiqad dan keyakinan jantung hati. Kerana itu kita dapati terdapat ayat al-Quran:

Maksudnya: “orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam' " (al-Hujuraat: 14).

Adapun jika dalam sesuatu ayat hanya disebut kalimah Islam, maka ia memaksudkan makna Islam dan Iman sekalugus sepertimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (amalan zahir dan batin). (Ali Imran: 19)

Demikian juga jika kalimah iman sahaja yang disebut di dalam sesuatu ayat maka ia memaksudkan iman dan Islam seperti firman Allah SWT:

Maksudnya: “dan sesiapa Yang ingkar dengan keimanan (mengingkari iman dan Islam yang merangkumi amalan zahir dan batin), maka Sesungguhnya terbatallah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.” (al-Maidah: 5)

Berdasarkan keterangan ini menunjukkan setiap orang mukmin itu adalah muslim, manakala bukan setiap orang muslim itu mukmin. Kerana itu orang-orang munafik iaitulah mereka yang menzahirkan amalan islam namun di dalam jantung harinya menyembunyikan kekufuran, mereka dikira sebagai muslim pada hukuman dunia, namun kufur di sisi Allah SWT, jika mereka mati berterusan dalam keadaan kemunafikan tersebut, mereka termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi. Jadi, sentiasalah berusaha agar diri kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi itu. 
orang muslim = orang islam
orang mukmin = orang beriman
Para ulama menyebutkan ada 5 level (tingkatan) keimanan di sisi Allah Ta'ala, yaitu:
(1) Muslim (2) Mukmin (3) Mukhsin (3) Mukhlis dan (5) Muttaqin.
1. Muslim adalah mereka yang bersyahadat dan menunaikan rukun Islam .
2. Mukmin adalah muslim yang memenuhi seluruh kehendak Allah, dan memiliki iman kuat dalam hatinya.
3. Mukhsin adalah orang mukmin yang mencapai tahap Ihsan.
4. Mukhlis adalah mukmin yang mencapai derajat ikhlas, segala perbuatannya hanya untuk Allah semata.
5. Muttaqin adalah orang terbaik dalam pandangan Allah. Mereka adalah orang bertakwa yang memelihara diri dari dosa dan menjalan seluruh perintah-Nya.

Orang beriman (mukmin) yang disebut  dalam Al-Qur'an:
 التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ 
"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman.." 
(QS. At-Taubah: 112)

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ اِذَا ذُكِرَ اللّٰهُ وَجِلَتْ قُلُوْبُهُمْ وَاِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ اٰيٰتُهٗ زَادَتْهُمْ اِيْمَانًا وَّعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوْنَۙ

 Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,
(QS. Al-Anfal Ayat 2)


kredit :

Bagaimana Memahami Ayat 54 Surah Ali Imran ?

Beza muslim dan mukmin






#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Thursday, January 20, 2022

Bacaan Selawat Jibril

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sholawat Jibril 

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Ikhlaskanlah hati  berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. kerana cinta dan kasih pada baginda dan  bukan semata untuk dunia yang menjadi tujuan utama. 
Anggaplah dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan urusan. In sha Allah
-KS-
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Pengertian Sholawat Jibril

Dinamakan sholawat Jibril, tidak lain karena bacaan sholawat ini dibaca pertama kali oleh Malaikat Jibril. Tepatnya, ketika Malaikat Jibril diutus Allah untuk menuntun dan memberi pelajaran pada Nabi Adam AS sebelum mendekati dengan Hawa.

Saat itu, Nabi Adam ingin memegang Siti Hawa namun Allah SWT melarang karena belum sah dan halal secara agama. Dengan itu, Nabi Adam diwajibkan untuk membayar mahar kepada Siti Hawa. Nabi Adam pun bertanya kepada Allah, mahar apa yang harus dia berikan kepada Siti Hawa. Kemudian Allah berfirman, “Bacalah sholawat kepada kekasihku, Muhammad.”

Setelah itu, malaikat Jibril membisikkan Nabi Adam dengan mengatakan “Shollallahu A’la Muhammad.” Hingga kini, bacaan sholawat ini dikenal sebagai sholawat Jibril. Dengan lafaz yang pendek dan singkat, bacaan sholawat ini mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Keutamaan Membaca Sholawat Jibril

Al Imam Assya’rany menceritakan bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Barangsiapa yang membaca sholawat ini, niscaya terbuka baginya tujuh puluh pintu rahmat. Dan Allah SWT akan meletakkan sebuah cinta kasih (mahabbah) pada harinya, dan tidak ada orang yang benci kepadanya kecuali orang-orang yang hatinya munafik".


Bacaan sholawat Jibril sangat mudah dilafalkan dan diamalkan. Berikut bacaan sholawat Jibril lengkap dengan latin dan terjemahannya.


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Shallallaahu ‘ala Muhammad , 
 Shallallahu 'alaihi wasallam.
Artinya:
"(Ya Allah) berikanlah tambahan rahmat-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad   (dan keluarga Nabi Muhammad.)""
Selawat, Rasulullah Penunjuk Jalan



Manfaat dan Keutamaan Bacaan Sholawat Jibril

Dalam Kitab Afdholus Sholawat, keutamaan Sholawat Jibril cukup banyak, di antaranya adalah sebagai berikut:

-Dibukakan 70 pintu rahmat. Sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah SAW, “Barang siapa membaca sholawat ini maka ia telah membuka 70 pintu rahmat untuk dirinya dan Allah menitipkan cinta-Nya pada hati manusia sehingga mereka tidak akan marah kepadanya, kecuali orang yang menyimpan kemunafikan di dalam hatinya", (HR Imam Sya’roni).
-Membaca sholawat ini secara rutin juga dipercaya bisa bermimpi bertemu dan melihat Nabi Muhammad SAW. Diriwayatkan dari As-Sakhawi, berikut kisahnya: "Ada seorang laki-laki dari Syiria menghadap Nabi Muhammad SAW. Ia mengatakan bahwa ayahya telah tua renta nan buta. Meski begitu, ia ingin melihat Nabi. Lalu disarankan untuk membaca shalawat Jibril. Kemudian, ia melantunkan sholawat tersebut sebagai dzikir. Akhirnya, ia dapat melihat Rasul dalam mimpinya, bahkan bisa meriwayatkan hadis dari beliau".
-Dicintai Allah SWT dan Rasul. Rasulullah SAW bersabda: "Tiadalah seorang yang beriman mengucapkan, “Semoga Allah melimpahkan solawat ke atas Muhammad”, melainkan akan dijadikan manusia mencintainya, walaupun mereka sedang membencinya. Demi Allah, tiadalah mereka mencintainya sehingga Allah SWT mencintainya".

Dengan mengamalkan sholawat ini secara rutin dalam kehidupan sehari-hari, maka Allah akan memudahkan rezeki dan memberikan pertolongan baginya. Selain itu, terdapat beberapa keutamaan bacaan sholawat Jibril lain yang tidak kalah penting, yaitu sebagai berikut:
-Dimudahkan dan diberikan rezeki yang berlimpah
-Mendapat perlindungan dari Allah SWT
-Mendapat pertolongan dan keselamatan dari Allah SWT
-Mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW
-Mendapatkan pertolongan di hari kiamat

Selain beberapa keutamaan tersebut, mengamalkan bacaan selawat Jibril sehari-hari juga dapat memberikan manfaat tersendiri. Berikut beberapa manfaat yang bisa Anda dapatkan:
-Mendapatkan salam dan sambutan dari Malaikat menjelang ajal. Manfaat ini bisa didapatkan dengan membaca bacaan sholawat Jibril sebanyak tiga kali setiap selesai sholat magrib.
-Mendapat salam dan kebahagiaan dari Rasulullah SAW
-Melancarkan rezeki dari segala
-Melariskan dagangan
-Menghapuskan keburukan
-Membuka 70 pintu rahmat

Cara Mengamalkan Bacaan Sholawat Jibril

Setelah mengetahui beberapa manfaat dan keutamaannya, terakhir penting untuk diketahui cara mengamalkan bacaan sholawat Jibril dengan baik dan sesuai tuntunan.

Secara umum, para ulama menyarankan untuk mengamalkan bacaan sholawat Jibril sebanyak 1.000 kali setelah sholat magrib. Namun ada juga ulama yang menyebutkan bahwa bacaan sholawat Jibril dapat dibaca sebanyak 100 kali saja selesai sholat magrib.

Selain itu, bacaan sholawat ini juga bisa dibaca sebanyak 3.333 kali, 7.000 kali, hingga 10.000 kali setiap hari. Semakin banyak amalan yang dilakukan, maka akan memberikan manfaat kebaikan yang semakin berlimpah bagi siapa saja yang mengerjakannya.

Selesai mengamalkan sholawat Jibril, Lanjutkan amalan dengan membaca doa pelengkap untuk memohon rezeki. Berikut doa pelengkap bacaan sholawat Jibril beserta artinya yang bisa diamalkan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الّلهُمَّ اَعْطِنِي ثَوَابَ صَلَّى اللهُ عَلَى محمد أَنْ تَرْزُقَنِي شَيْئًا أَسْتَعِيْنُ بِهِ عَلَى الطّاعَةِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الِعزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَي الْمُرْسَلِيْنَ وَالحمْدُ لله ربِّ العَالميْن


"Bismillahirrahmanirrahim. 

Allahumma a'thinii tsawaaba shollallahu 'alaa Muhammad an tarzuqonii syai'an asta 'iinu bihi 'alath-thoo 'ah subhaana robbika robbil 'izzati 'ammaa yashifuun wasalaamun 'alal mursaliin walhamdulillahi robbil 'aalamiin."

Artinya: "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, datangkanlah padaku pahala Shollalahu ‘Alaa Muhammad, berilah rezeki padaku, sesuatu yang dapat menolongku untuk taat. Maha suci Tuhanku, Tuhan yang Maha Mulia dari apa yang mereka sifatkan dan salam sejahtera untuk para Rasul dan segala puji kepada Allah Tuhan semesta alam."


MANFAAT SELAWAT JIBRIL

* Selawat Jibril ini untuk memperoleh salam dan sambutan
dari para malaikat saat ajal menjelang, dengan cara minimal
dibaca 3 (tiga) kali setiap selesai sholat fardhu.

* Mendapat salam dan kebahagiaan Rasulullah Saw
di alam barzah, menyambut pemilik ruh ini (jasad)
seringkali membaca sholawat Jibril ini hingga menyatu
dalam kelembutan sifatnya (peribadi). In sha Allah

Baca :
BERFIKIR MELALUI HATI
30 fadhilat dan kelebihan berselawat ke atas nabi Muhamad s.a.w
#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Tuesday, January 18, 2022

Bacaan sunat Selepas Salam Pertama Dan Salam Kedua Solat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Apakah bacaan yang disunatkan semasa salam?

Bacaan doa yang disunatkan semasa mengucapkan salam dalam solat adalah seperti berikut:

1.Selepas mengucapkan salam pertama, sunat memalingkan muka ke kanan dan membaca:

Allahumma Innaa Nas Aluka Ridhooka Wal-Jannah
Ya Allah, Kami memohon keredhaanMu dan juga ke Syurga

2.Sunat memberi salam kedua dengan ucapan “Assalamualaikum Warahmatullah” sambil memalingkan muka ke kiri dan berdoa:

Wana ‘Uuzubika Min Sakho-Thika Wan-Narr
Dan kami memohon perlindungan denganMu daripada kemurkaan Engkau dan juga daripada Neraka


kredit :
Bacaan Semasa Salam Pertama Dan Kedua Solat




Tuesday, January 11, 2022

Selawat Tafrijiyah Pembukaan pintu rezeki zahir dan batin

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selawat Tafrijiyah, dimurahkan Rezeki dan jalan Keluar dari Masalah
Selawat Tafrijiyah

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Ikhlaskanlah hati berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. kerana rasa cinta dan kasih pada baginda dan  bukan semata untuk dunia yang menjadi tujuan utama. 
Anggaplah dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan urusan. In sha Allah
-K S-
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW.
 Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.
– Surah al-Ahzab ayat 56h.

Sabda Nabi SAW: 
Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat 
– Hadis Riwayat Thabrani

Maksud Selawat Tafrijiyah

Selawat adalah satu bentuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT bagi tujuan berdoa, mendoakan dan merahmati.

Selawat Tafrijiyah atau dikenali juga sebagai Selawat Nariah atau Selawat Kamilah adalah salah satu bentuk sighah bacaan atau amalan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang disusun oleh para ulama yang bersumber dari ijtihad atau ilham ruhi dari Allah SWT

Jenis Sighah Selawat Atas Nabi
Terdapat 2 kategori sighah selawat ke atas Nabi SAW:
-Sighah selawat yang bersumber dari Rasulullah SAW
-Sighah selawat yang bersumber dari sahabat, para tabien, dan orang-orang soleh terdiri dari para wali Allah SWT samada melalui terus dari Rasulullah (yaqazah) atau melalui mimpi kepada Rasulullah SAW atau ilham rohi dari Allah SWT


Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1- Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2- Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3- Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4- Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5- Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6- Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7- Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8- Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
9- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Baca : 
SELAWAT TAFRIJIYYAH SYIRIK?
Tulisan ringkas ini adalah respon kepada golongan yang men SYIRIK kan Selawat Tafrijiyyah

1- Sebahagian ulama yang mengatakan selawat terhenti kepada selawat yang diajar oleh Nabi saw sahaja. Pandangan ini sudah termaklum dan tidak menjadi fokus disini.

2- Sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa selawat adalah termasuk dalam bab “doa” tidak rigid dan ada keluasannya.

3- Ini disebutkan oleh imam alAlusy (Tafsir alAlusy) dinukilkan dari sekumpulan sahabat dan selepas mereka bahawa kaedah berselawat tidak  hanya terhenti kepada nas sahaja, bahkan sesiapa yang Allah rezekikan penguasaan ilmu bayan (cabang ilmu balaghah) yang mampu ia kuasai makna2 lafaz (tersurat dan tersirat )dalam mengungkapkan kemuliaan dan keagungan Nabi saw, maka ia boleh melakukannya. Mereka berhujjah dengan dengan dalil hadis mauquf (sanad HASAN) dari Ibn masud, Apabila kamu berselawat kepada Rasulullah saw, maka perelokkan selawat kamu kerana kamu tidak mengetahui boleh jadi ia akan ditunjukkan ke hadapan Nabi saw. Kata mereka “kalau begitu, ajarkan kami” kata Ibn Masud ra, katalah
اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيد المرسلين وإمام المتقين وخاتم النبيين محمد عبدك ورسولك إمام الخير وقائد الخير ورسول الرحمة اللهم ابعثه مقاما محمودا يغبطه به الأولون والآخرون اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد

Syarh sunan ibn majah alhafiz ala’ addin alMaghlatai 3/509 mawquf Shahih
Altaghrib wa attarhib al-hafiz almunziri 2/405 sanad Hasan
AlQaul albadi’ Imam Sakhawi ms74 mawquf Hasan

4- Imam syafie pula menyebutkan satu selawat yang lain dalam kitab arRisalah 1/16
وصلى الله على محمد كلما ذكره الذاكرون، وَغَفَل عن ذكره الغافلون
Begitu juga dalam manaqib alSyafie oleh imam alBayhaqi 304

5- Jadi jangan gopoh dan semudahnya mensyirikkan suatu perkara yang kita tidak jelas mengenainya.
boleh dirujuk juga tulisan Dr Khafidz https://sawanih.blogspot.com/.../ilham-rabbani-di...



#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Hikmah dan Kelebihan Surah Al-Fatihah sebagai penunjuk jalan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Surah Al-Fatihah

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskanlah hati , bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Anggaplah dengan rahmatnya Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In Sha Allah.
-KS-
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Surah ini diturunkan di Makkah selepas Surah Al-Muddathir. Hebatnya surah ini,
dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan al-Quran itu sendiri..

A. Kandungan umum surah Al-Fatihah:

Keimanan: beriman kepada Rab Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2 (ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ Segala puji bagi Allah, Rab semesta alam). Di sini dinyatakan dengan tegas bahawa segala puji dan syukur hanya ditujukan kepada Allah Subhanahuwata’ala sebagai Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat di alam ini.Antara nikmat itu ialah nikmat penciptaan, pendidikan dan penjagaan. Perkataan “Rabb” dalam kalimat “Rabbul ‘aalamin” meliputi erti pendidikan (tarbiah) dan pemeliharaan. Ini bermakna Allah Subhanahuwata’ala sentiasa mencipta, mendidik dan memelihara makhluk-Nya.Segala nikmat yang didapati oleh seorang hamba dalam dirinya sendiri dan dalam alam semesta, semuanya bersumberkan Allah Subhanahuwata’ala. Maka, Allah-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan pemeliharaan Allah-lah yang berlaku di seluruh alam ini.Keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala merupakan perkara paling asas. Keimanan dalam hati mesti dibuktikan dengan pengabdian hamba-Nya kepada-Nya semata-mata. Juga mesti dibuktikan dengan kebergantungan hamba-Nya kepada-Nya semata-mata. Ini ditegaskan dalam ayat 5 (إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.)Maksud ayat 4 (مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ , Yang menguasai hari pembalasan) ialah pada hari akhirat Allah-lah satu-satunya Yang Berkuasa. Segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya, mengharapkan nikmat-Nya dan takutkan siksa-Nya. Allah-lah Yang
 memberi pahala terhadap amalan baik dan memberi ancaman terhadap perbuatan buruk.

Hukum-hakam: Hukum-hakam dan segala peraturan Islam adalah jalan yang lurus. Inilah yang dimaksud daripada ayat (ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ , tunjukanlah kami jalan yang lurus - hidayah). Ia adalah jalan kebahagiaaan dan jalan yang wajib dilalui oleh manusia untuk memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud “hidayah” di sini ialah hidayah yang menjadi sebab untuk mendapatkan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, samada yang berkaitan dengan keyakinan, akhlak atau peraturan.

Kisah-kisah tauladan: Yakni kisah para nabi, orang beriman dan orang terdahulu yang menentang Allah Subhanahuwata’ala.Sebahagian besar daripada ayat-ayat al-Quran memuatkan kisah para nabi dan kisah orang terdahulu yang menentang Allah Subhanahuwata’ala. Yang dimaksudkan dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat (صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ , jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka) ialah para nabi, para siddiqin (orang yang bersungguh-sungguh beriman), para syuhada (orang yang mati syahid) dan para salihin (orang yang soleh).Manakala golongan yang dimurkai ialah seperti kaum Yahudi dan golongan yang sesat ialah seperti kaum Nasrani, adalah sepertimana yang dimaksudkan dalam ayat (غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ , bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat).

B. Pengajaran lanjut:

Surah ini bermula dengan بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ . Maka, memulakan sesuatu dalam hidup ini dengan menyebut nama Allah Subhanahuwata’ala merupakan adab yang diwahyukan. Ini selaras dengan wahyu pertama: ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ , bacalah dengan (menyebut) nama Rabmu Yang Menciptakan.
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ , Segala puji bagi Allah, Rab alam semesta. Perasaan memuji Allah Subhanahuwata’ala adalah perasaan yang memenuhi hati mukmin apabila mengingati-Nya.
Ayat-ayat awal, khususnya ayat 1 hingga 4:ِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Rab alam semesta. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasanadalah berkaitan langsung dengan permasalahan aqidah. Aqidah adalah asas bagi din Islam dan asas bagi kehidupan manusia. Kehidupan manusia tidak akan stabil di atas manhaj (sistem) Allah Subhanahuwata’ala tanpa wujudnya aqidah yang kuat dalam hati dan pemikiran manusia.
Tidak ada ibadah kecuali ditujukan kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata dan tidak ada isti’anah (memohon pertolongan) kecuali kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Inilah tuntutan daripada ayat: إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.Hanya Allah Subhanahuwata’ala satu-satunya Zat yang boleh memberi hidayah (petunjuk atau jalan) kepada hamba-Nya. Hanya Allah Subhanahuwata’ala pihak yang berhak diminta hidayah. Hanya hidayah yang benar daripada Allah Subhanahuwata’ala merupakan jaminan daripada-Nya untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Yakni hidayah sepertimana orang yang telah menerima nikmat memperolehinya, iaitu para nabi, para siddiqin (orang yang bersungguh-sungguh beriman), para syuhada (orang yang mati syahid) dan para salihin (orang yang soleh). Bukan jalan orang yang melakukan kezaliman atau orang yang berada dalam kesesatan.


C. Pelbagai hikmah buat mereka yang membaca dan mengamalkannya. 
Berikut merupakan tujuh hikmah yang diperoleh buat seorang mukmin yang membaca surah pertama Al-Quran ini.


1, Membaca Surat Al-Fatihah seolah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran.

Seperti yang ramai sedia maklum, Al-Quran mengandungi 30 juzuk dan 604 muka surat. Hal ini membuatkan seseorang memerlukan tempoh yang panjang dalam menghabiskan membaca sebuah Al-Quran.

Dalam pada itu, nikmat yang diberikan Allah kepada umat Islam yang membaca Surah-Al Fatihah ini adalah pahala seakan membaca seperti Al-Quran. Hal ini turut menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada umatnya dalam membolehkan umatnya memperoleh pahala yang banyak dengan hanya membaca surah yang sangat mudah untuk dibacakan dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat ini.

Malah, surah ini turut diwajibkan untuk dibaca sewaktu solat fardhu.

2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.

Bukan sahaja mengandungi ayat yang pendek, hikmah membaca surah Al-Fatihah ini adalah surah ini turut menjadi asbab menutup satu pintu neraka bagi setiap satu ayat yang dibaca.

Seperti yang ramai sedia maklum, manusia sememangnya tidak dapat lari daripada kesilapan. Hal in secara tidak langsung mendedahkan kelemahan diri sebagai manusia yang tidak terlepas daripada melakukan dosa.

Membaca surah Al-Fatihah telah dijanjikan Allah dalam menutup satu pintu neraka buat pembacanya sekaligus meningkatkan peluang seorang mukmin dalam memasuki Syurga atas izin Allah.

3. Mukmin yang membaca Al-Fatihah seolah-olah telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT

Sebuah lagi kebesaran surat Al-Fatihah dan kasih Allah kepada umatnya adalah Allah memberi ganjaran yang sangat besar kepada umatnya seolah sedekahkan emas di jalan Allah SWT dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja.

4. Memudahkan memperoleh ilmu pengetahuan serta membersihkan hati dan fikiran

Membaca Al-Fatihah turut boleh dijadikan amalan dalam memudahkan seseorang memperoleh ilmu pengetahun dalam membersihkan hati dari fikiran yang rosak dan terpesong.

Cara-caranya adalah dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu lalu ditiupkan pada air untuk diminum selama tujuh hari. Nescaya seseorang itu akan mudah untuk menerima ilmu pengetahuan serta mempunyai hati yang lapang dalam menerima buah fikiran yang baik.

5. Mengkabulkan hajat seseorang

Surah yang mudah dibaca ini turut disyorkan ulama buat mereka yang mempunyai sesuatu hajat yang ingin dikabulkan. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selepas selesai solat Maghrib dan solat sunat.

6. Pembuka pintu rezeki

Surah ini turut menjadi amalan buat mereka yang mahu pintu rezekinya dibuka dengan luas dan dipermudahkan segala urusan hidup serta terhindar daripada segala kesulitan. Amalan yang diajar adalah dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali sewaktu makan sahur. Atas izin Allah, rezeki individu yang mengamalkannya akan dipermudahkan Allah.

7. Mengelakkan daripada sebarang gangguan sewaktu tidur

Khusus buat mereka yang mahu mengelakkan daripada diganggu sewaktu tidur dan ancaman mimpi buruk, disarankan untuk membaca Surah Al-Fatiah sebanyak satu kali sewaktu hendak tidur, diikuti dengan Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Surah-AlFalapq serta Surah An-Nas sebanyak 1 kali sebelum tidur. Nescara individu tersebut akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

Surah al-Fatihah ini melengkapi unsur-unsur pokok syariat Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat al-Quran yang 113 surah berikutnya. Persesuaian surah ini dengan surat al-Baqarah dan surah-surah sesudahnya ialah surah al-Fatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surah al-Baqarah dan surah-surah yang sesudahnya.

Di bahagian akhir surah al-Fatihah disebutkan mengenai permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah al-Baqarah dimulai dengan petunjuk al-Kitab (al-Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.

Bacaan tambahan :

Kredit :

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Surah Yunus Ayat 81-82 Amalan Pemusnah Sihir

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Surah Yunus Ayat 81 & 82 
Amalan Pemusnah Sihir. ( dengan izin Allah s.w.t. )

Surah Yunus Ayat 81-82  Amalan Pemusnah Sihir

Surah Yunus merupakan surah ke-10 dalam Al Quran. Terdapat kisah Nabi Musa saat melawan ahli sihir Fira'un di surah Yunus, yaitu pada ayat 81-82.

Dikisahkan dalam ayat tersebut, Nabi Musa menyebutkan bahawa Allah SWT akan menampakkan ketidakbenaran dari ilmu sihir. Allah akan menghilangkan serta membatalkan pengaruh dari sihir tersebut.


Sihir adalah satu perbuatan syirik, menyekutukan Allah, hukumnya berdosa besar . Sesiapa yanģ melakukan sihir dan tidak bertaubat nasuha, maka neraka jahanam lah tempat mereka. Perbuatan sihir memang diharamkan sepertimana dicatat dalam al Quran kerana akibat daripada perbuatan tersebut mendatangkan mudarat yang amat besar kepada si penanggungnya atau terkena perbuatan sihir tersebut.Kebiasaannya si pelaku sihir bersekutu atau mendapat pertolongan dari jin dan syaitan yang direjam. Perbuatan sihir juga memutuskan silaturrahim, yang mana orang yang melakukan tersebut memang tidak mencium bau syurga. Na'auzubillah!

Namun begitu, kita doakanlah semoga mereka yang demikian agar sempat bertaubat dan mendapat keampunan Allah SWT.

Surah Yunus ayat 81

فَلَمَّآ أَلْقَوْا۟ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ ٱلسِّحْرُ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبْطِلُهُۥٓ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ ٱلْمُفْسِدِينَ

fa lammā alqau qāla mụsā mā ji`tum bihis-siḥr, innallāha sayubṭiluh, innallāha lā yuṣliḥu 'amalal-mufsidīn

Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.


Surah Yunus ayat 82

وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَٰتِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُجْرِمُونَ

wa yuḥiqqullāhul-ḥaqqa bikalimātihī walau karihal-mujrimụn

Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai(nya).

Cara amalan:

Baca ayat 81 & 82 surah Yunus setiap kali lepas solat fardhu, baca sebanyak yang ter mampu.

Insya Allah, jika terkena sihir, Allah akan musnahkan dan hapuskannya dengan izinNya. Jika ada rezeki, mungkin kamu akan tahu sihir itu perbuatan siapa..

Yang penting kita berusaha, yang merancang dan melaksanakan adalah Allah jua.

Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

kredit :

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan  melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskanlah hati ,  bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Anggaplah dengan rahmatnya  Allah memudahkan urusan kita di dunia fana ini dan mempermudahkan perjalanan kita menujuNya.
-KS-
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...