Wednesday, November 18, 2020

AWAS PENYAKIT AIN

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Doa elak penyakit Ain

Dari Aisyah radhiallahu anha,Rosululloh shallalloahu alaihi wa sallam bersabda:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Berlindunglah kalian kepada Allah swt dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya pengaruh ain itu haq( nyata). (HR ibnu Majah no: 3499)

Penyakit ain terdiri dari 2 jenis iaitu ‘ain insani (berpunca dari manusia) dan ‘ain jinni (ain berpunca dari jin).

Syeikh ‘Abdul ‘Aziz As-Sadhan hfz berkata:

“Tanda-tanda (‘ain) berikut ini, jika bukan kerana penyakit jasmani (penyakit medik), maka umumnya dalam bentuk:

Tanda-tanda penyakit Ain :

1 Wajah menguning atau pucat
2 Rasa sakit kepala yang berpindah pindah dan bertambah sakit ketika dirugyah
3 Banyak keringat dan buang air kecil
4 Tidak bersemangat, nafsu makan lemah, mati rasa
5 Tangan dan kaki kesemutan
6 Badan atau anggota tertentu terasa panas (gerah) meskipun cuaca tidak panas
7 Jantung berdetak cepat , adanya masalah kesihatan tertentu tanpa ada sebab-sebab medik yang diketahui
8 Rasa sakit yang berpindah pindah
9 Sedih tanpa sebab, suka mengasingkan diri tiba tiba
10 Sulit tidur di malam hari
11 Emosi tidak stabil, marah meledak ledak atau muncul rasa takut yang berlebihan tanpa sebab
12 Sering bermimpi buruk
13 Sering sendawa atau menguap
14 Rasa sempit (sesak) di dada

15 Ujung ujung mata terasa sangat pedih
16 Tiba tiba menangis dan mengeluarkan airmata tanpa sebab yang jelas
17 Jari jari bergetar dan bergerak sendiri
18 Kejang otot
19 Merasa lemas dan lemah
20 Kadang kadang muncul rasa dingin di hujung jari
21. Muncul bekas warna kebiruan atau kehitaman tanpa sebab medis
22 Dibenci oleh keluarganya, teman temannya dan orang orang yang mengenalinya
23 Kehilangan harta atau barang dagangan
24 Kehilangan kedudukan, jabatan, pekerjaan

Tanda-tanda tersebut atau sebahagiannya dapat dijumpai bergantung pada kuat atau banyaknya ‘ain.” (Ar-Ruqyah Syar’iyyah, halaman 10)

Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ

Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),

Surah al-Qalam (51)

Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) "Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)

Di dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sasaran dan pengaruh "mata" benar-benar nyata adanya atas perintah Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis yang diriwayatkan dari pelbagai jalan yang banyak. (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 8/260)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ

Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُو

Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.

Riwayat Muslim (5831)

Imam al-Nawawi berkata: “Pada hadith ini terdapat ithbat keimanan pada takdir Allah SWT dan benarnya perkara ‘ain (penyakit ‘ain) dan bahawa ia sangat berbahaya.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/328)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani pula berkata: “Maknanya ialah orang yang ditimpa bahaya kerana sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan ketika seseorang memandangnya, hakikatnya terjadi dengan takdir Allah SWT yang telah ditetapkan sebelumnya, bukan sesuatu yang baru sahaja diciptakan oleh orang yang memandang terhadap yang dipandang.”

Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”

Beliau turut berkata: “‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Lihat Fath al-Bari, 10/203-205)

Penyakit Ain

BERLINDUNG DARI TERKENA PENYAKIT AIN

Berusaha berlindung daripada penyakit ain adalah dibolehkan serta ia tidak menafikan konsep tawakkal. Ini kerana tawakkal adalah bergantung kepada Allah SWT disertai dengan melakukan asbab perkara yang diharuskan atau diperintahkan dengannya.

Berlindung kepada Allah SWT merupakan pencegahan terbaik daripada terkena penyakit ‘ain malah daripada segala mara bahaya. Nabi SAW memperlindungkan al-Hasan dan al-Husin R.Anhuma sepertimana dalam hadith Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda SAW bersabda:

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.”

Riwayat al-Nasa’ie (7679), Abu Daud (4737),

Ibn Majah (3525), dan al-Tirmizi (2060)

✍ Imam ibnu Qayyim rahimahullah berkata :

Dan di antara cara agar bisa menolak penyakit Ain adalah orang yang takjub mengucapkan :

ما شاء الله، لا قوة إلا بالل

MasyaAllah La quwwata illa billah

Sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud. Tidak ada daya kecuali dengan pertolongan Allah

Doa elak penyakit Ain

Akhir kalam, amati dan tadabbur surah al-Falaq serta mengamalkannya supaya terhindar daripada penghasad dan pendengki. Makanya kami akhiri perbincangan ini dengan surah al-Falaq:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ﴿٣﴾ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ﴿٤﴾ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, (1) "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (2) "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (3) "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); (4) "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"
Doa elak penyakit Ain

RAWATAN PENYAKIT ‘AIN

Sekiranya seseorang terkena penyakit ‘ain, berubatlah dengan rawatan secara syar’ie, iaitu:

Dibacakan ruqyah atau doa.

Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”

Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)

Dimandikan dengan air.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:

عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”

Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”

Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)

Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:

هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ

“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)

✍Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah dan merawatnya, antaranya melalui kaedah mandian dan minum air doa yang telah di doakan. Di sini, akan diijazahkan amalan khusus mencegah penyakit ‘Ain dan mengubatinya.Amalannya ialah: I. Bacakan Surah Al-Fatihah 3x II. Bacakan Ayatul Kursi 3x III. Zikirkan ayat berikut 100x: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ IV. Bacakan ayat berikut sebanyak 9x: وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ . Amalan di atas boleh diamalkan sehari sekali sebagai ikhtiar pencegahan dari terkena pandangan ‘ain orang lain pada diri kita.Jika ada yang sudah terkena penyakit ini, maka bacakan amalan itu pada air, dan hendaklah diberikan minum dan dibuat mandian kepada pesakit tersebut.

Surah al-Falaq (1-5)

sumber :



bacaan tambahan :


video :


 

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Sunday, November 15, 2020

30 fadhilat dan kelebihan berselawat ke atas nabi Muhamad s.a.w

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

selawat

SETIAP Muslim pastinya cintakan Rasulullah SAW iaitu seorang insan yang banyak berkorban dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah. Insan agung yang sentiasa berusaha mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada nur Islam.

Sememangnya setiap perkataan dan tindakan yang ditunjukkan Rasulullah SAW adalah hujah dalam Islam. Semuanya menjadi dalil untuk diikuti oleh umat Islam kerana Baginda SAW contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Rasulullah), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali 'Imran, ayat 31)


قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
 Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Surah Ali 'Imran, ayat 31)


🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Ikhlaskanlah hati  berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. kerana rasa cinta dan kasih pada baginda dan  bukan semata untuk dunia yang menjadi tujuan utama. 
Anggaplah dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan urusan. In sha Allah
-K Sukri-
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷


30 fadhilat dan kelebihan berselawat ke atas nabi Muhamad s.a.w

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

selawat

Kecintaan terhadap Rasulullah SAW perlu dizahirkan dengan mengukuhkan pendirian agar sentiasa menjaga kemuliaan Baginda. Sesungguhnya kemuliaan diri Rasulullah SAW mencerminkan kebenaran ajaran Islam yang dibawanya tanpa sebarang tokok tambah daripadanya. Perbuatan menyandarkan sesuatu kepada Baginda yang hakikatnya tidak pernah diungkapkan akan menjadi bukti hilangnya kasih sayang terhadap Baginda. Ingatlah bahawa mengasihi Baginda mempunyai perkaitan rapat dengan iman.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia lebih mencintai aku (Rasulullah) daripada kedua-dua orang tuanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (Hadis riwayat al-Bukhari


#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Sunday, June 14, 2020

Hikmah dan Kehebatan Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 Ayat Al-Kursi 
Ayat Kursi sangat istimewa kerana ia mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas.

Ayat ini juga digelar Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan mendapat keredhaan dan perlindungan Allah SWT


Ayat ini disebut Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Ayat kursi biasanya dibacakan sebelum tidur dan semasa ingin keluar rumah sebagai pelindung diri dari anasir jahat.

Atas kehebatan dan keagungan ayat yang mengesakan Allah ini, maka tidak hairanlah syaitan tidak berani mendekati mereka yang membaca ayat Kursi sebelum tidur seperti yang diceritakankan oleh Saidina Abu Hurairah dalam riwayat al-Bukhari.

Malah rumah yang dibaca ayat Kursi akan digeruni oleh syaitan seperti yang dinukilkan dalam hadith:
فإنه لا يقرأها أحد إذا دخل بيته إلا خرج الشيطان“
Sesungguhnya, seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali masuk ke rumahnya, maka syaitan akan keluar dari rumah tersebut.” (Tafsir Ibn Kathir).

* Hikmah Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah
:1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
4, Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
7, Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
10, Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11,Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
- Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
- Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
- Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
.
12. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
- Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
- Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
.
13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
- Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
- Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
- Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
- Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.
14. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
- Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
- Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
* Amalan yang sedikit tetapi konsisten/ istiqomah diamalkan, lebih di sukai & disayangi Allah berbanding amalan2 hebat/besar tetapi tidak istiqamah.
* Rasulullah saw bersabda, " Aku tinggalkan 2 perkara iaitu Al-Quran & Sunnahku, siapa yg berpegang kepadanya, TIDAK AKAN SESAT".
* Bagi mereka yang tidak pandai membaca, tapi cuba untuk membaca diberi 2 ganjaran pahala.
- pertama pahala membaca Quran
- kedua, kerana dia cuba juga baca walaupun bacaannya tidak begitu baik .Tapi haruslah mencari guru & mengikuti kelas bacaan AlQuran supaya dapat memperbetulkan bacaannya.
* Selepas kita meninggal dunia nanti, Al Quran akan menjelma dalam rupa yang sebenar iaitu seakan bulan purnama. ia akan datang menjaga & menemani kita dari Alam Kubur sehingga ke Syurga masih menemani kita.
Sungguh ia adalah pasangan yang paling setia degan kita di dunia & di akhirat.
* Anak2 yang mengamalkan bacaan Al Quran, di akhirat nanti ibubapa akan dipakaikan dengan sebuah mahkota kemuliaan & sinarnya lebih bersinar daripada sinaran matahari. Beri hadiah ini buat ibu bapa kita jika benar kita sayangkan mereka.
* Semoga kita, keluarga kita, pasangan kita & zuriat2 yg akan kita lahirkan tergolong dalam kalangan pengamal Al Quran & pelindung Al Quran.
* Semoga usaha kecil kita ini. Menyebabkan Allah sayang kepada kita. Mudah-mudahan..


Insha Allah…. Salam Muhasabah diri. Bersama beramal

Tuesday, June 2, 2020

Doa pagi untuk 3 perkara

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Doa pagi
 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu 
ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal 
  dan amalan yang diterima.

Imam Nawawi dalam kitab Al-Adzkar An-Nawawiyah menyebutkan, zikir siang (an-nahar) yang paling utama adalah di waktu pagi selepas Subuh. Bahkan, di antara doa dan zikir Nabi Muhammad SAW yang paling banyak adalah berzikir di waktu pagi, selain juga waktu petang.

Ini menunjukkan bahwa pagi merupakan waktu yang baik untuk mengawali hari dengan bermunajat kepada Allah. Sebab, doa akan berpengaruh terhadap perilaku kita.

Di antara doa yang dimunajatkan Nabi Muhammad SAW di waktu pagi, salah satunya adalah doa yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah.

Dia meriwayatkan bahwa tatkala pagi Rasulullah SAW berdoa:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كان إذا أصبَح قال: اللَّهمَّ إنِّي أسأَلُكَ عِلمًا نافعًا، ورِزْقًا طيِّبًا، وعمَلًا مُتقَبَّلًا



Allahumma inni as-aluka 'ilman naafi'an wa rizqan thayyiban wa 'amalan mutaqobbalan

"(Ya Allah, sungguh aku mohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima)." (HR Ibnu Majah).

Doa yang dimunajatkan Nabi di atas berisi tiga permohonan yang sangat penting digapai oleh setiap Muslim.

Pertama, ilmu yang bermanfaat ('ilman nafi'an). Siapa pun kita, terutama yang sedang menuntut ilmu, tentu sangat menginginkan kemanfaatan ilmunya. Ilmu yang bermanfaat tidak sekadar ilmu yang banyak, tetapi lebih dari itu, pengetahuan yang diperoleh dapat memberikan kemanfaatan bagi diri sendiri, keluarga, masyarakat, bahkan bangsa dan agamanya.

Kemanfaatan ilmu itu dapat diukur dengan seberapa besar kebaikan ilmu dapat dirasakan oleh diri dan orang lain. Bukan ilmu yang merusak dan menyengsarakan umat, apapun dalih dan profesinya.

Memohon kepada Allah pengetahuan yang bermanfaat juga bermaksud meminta dijauhi terdorong kepada kejahilan, Dalam kehidupan ini menuju ke akhirat kita akan terpengaruh dengan pelbagai perkara dan menghabiskan banyak masa untuk itu. Oleh kerana itu, mintalah ilmu kepada Allah s.w.t agar tidak sia-sia. Dan juga memberi manfaat kepada kita serta insan di sekeliling kita.

Kedua, rezeki yang baik (rizqan thayyiban). Hampir setiap kita, di saat pagi tiba, diawali untuk mencari rezeki. Dan, ajaran Nabi adalah bagaimana kita mencari rezeki yang baik.

Tentu saja, rezeki yang baik adalah yang diambil melalui cara dan proses yang benar dan dibelanjakan dengan jalan yang benar pula. Cara-cara haram, seperti korupsi, hanya akan menjauhkan diri kita dari keberkahan rezeki dan kebaikan nikmat.

Ketiga, amal perbuatan yang diterima oleh Allah SWT ('amalan mutaqabbalan). Menurut ulama, kriteria aktiviti amal kita dapat diterima Allah jika amal perbuatan itu benar (ash-shawab) dan dilandasi dengan keikhlasan (al-ikhlash).

Jika kita menginginkan amal baik diterima oleh Allah, maka kita harus mendasarkan amal kita dengan parameter kebenaran dan keikhlasan.

Semoga hari kita senantiasa dinaungi ilmu, rezeki, dan amal yang baik sebagaimana yang dimunajatkan Nabi SAW di waktu pagi.




Tuesday, April 28, 2020

BACAAN SAYYIDUL ISTIGHFAR

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 SAYYIDUL ISTIGHFAR

Kelebihan Penghulu IstighfarAntara zikir rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (riwayat Imam al-Bukhari).

Baginda saw bersabda barangsiapa membacanya di waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu sore, maka termasuk penghuni Surga. Barangsiapa membacanya di waktu petang dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk penghuni Surga.” (HR. Bukhari)
Bacalah amalan doa istighfar ini di waktu Pagi dan petang setelah selesai salat subuh dan asar.
Zikir Sayyidul Istighfar 
(Istighfar Terbaik) 

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ ، لَا إِلٰـهَ إِلَّا أَنْت

ALLAAHUMMA ANTA ROBBII, LAA ILAAHA ILLAA ANTA
“Ya Allâh, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau

خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِك

KHOLAQTANII WA ANA ‘ABDUKA WA ANA ‘ALAA ‘AHDIKA
Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu
Aku menetapi perjanjian untuk taat kepada-Mu

وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ

WA WA’DIKA MAS TATHO’TU
dan janji balasan-Mu sesuai dengan kemampuanku

أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ

A-‘UDZUBIKA MIN SYAR-RI MAA SHONA’TU
Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku,

أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ

ABUU-U LAKA BINI’MATIKA ‘ALAYYA
Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku

وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِي

WA ABUU-U BIDZAMBII FAGHFIRLII
dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku

فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ

FA-INNAHU LAA YAGHFIRUDZ DZUNUUBA ILLAA ANTA
Kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau”
 SAYYIDUL ISTIGHFAR


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan  melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskanlah hati ,  bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Berharaplah  dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In Sha Allah
-KS-
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa



Tuesday, April 21, 2020

BERFIKIR MELALUI HATI

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Hati hati dengan hati
Hati yang berfikir

Baca : 




Hati sebagai organ yang memahami dan merasakan
Telah dinyatakan di dalam al Quran tentang hati serta kemampuannya dalam memahami dan menyimpan rahsia fikiran, ketika orangramai berkefahaman ianya dikendalikan oleh otak semata-mata. Al - Quran berbunyi :

أَفَلَم يَسيروا فِي الأَرضِ فَتَكونَ لَهُم قُلوبٌ يَعقِلونَ بِها أَو آذانٌ يَسمَعونَ بِها ۖ فَإِنَّها لا تَعمَى الأَبصارُ وَلٰكِن تَعمَى القُلوبُ الَّتي فِي الصُّدورِ


"Tidakkah mereka telah melakukan perjalanan melalui daratan dan memiliki hati untuk melakukannya, memahami, dan telinga untuk mendengar? Sesungguhnya, bukan mata mereka yang tumbuh buta, tetapi hati yang berada di dalam dada menjadi buta [Quran - Al Hajj (22) : 46].
Al-Hajj 46

Al-Quran menggunakan kata-kata yang sangat kuat
untuk fungsi hati dalam memahami dan merasakan.

Peranan mata dan telinga dalam proses pemahaman ini sebagai biasa diperhatikan diberi kepentingan sekunder dan disebutkan di sini di bawah pengaruh hati. Di beberapa tempat lain dibacakan sebagai

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ”[Quran, 7: 179].



Hati manusia sebagai organ untuk menghafal
Ta-Ha 25-28


وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ (١٩٢ - 192)

Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلْأَمِينُ (١٩٣ - 193)

Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلْمُنذِرِينَ (١٩٤ - 194)

Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّ مُّبِينٍ (١٩٥ - 195)

(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

وَإِنَّهُۥ لَفِى زُبُرِ ٱلْأَوَّلِينَ (١٩٦ - 196)

Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.


أَوَلَمْ يَكُن لَّهُمْ ءَايَةً أَن يَعْلَمَهُۥ عُلَمَٰٓؤُا۟ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ (١٩٧ - 197)

(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

Ayat ini menunjukkan bahawa Al-Quran telah terpapar / dilekatkan di hati Nabi Muhammad saw, melalui malaikat JIbril. Penyebutan hati di sini sangat istimewa pada kesempatan ini. 'Semua misteri dan rahsia dibuka untuk hatimu. Peranan minda manusia dalam pemahaman ini adalah sekunder. Di tempat lain, Quran mengingatkan kata-kata Musa ketika dia diberi Taurat (Injil) nasihat untuk umatnya. Musa merasa sangat sukar baginya untuk menyerap dan membawa pesan ini kepada umatnya dan meminta agar Allah melapangkan dadanya untuk penyerapan, penghafalan dan penyampaian mesej ini dengan cara yang baik. Quran mengingatkan gerakan ini dengan kata-kata yang diucapkan dari lidah Musa;


قَالَ رَبِّ اشۡرَحۡ لِىۡ صَدۡرِىْ ۙ
[Musa] berkata, "Tuhanku, lapangkanlah dadaku untukku [dengan jaminan]
(20:25)

وَيَسِّرۡ لِىۡۤ اَمۡرِىْ ۙ
Dan mudahkan tugasku (20:26)

وَاحۡلُلۡ عُقۡدَةً مِّنۡ لِّسَانِیْ ۙ‏
Dan lepaskan ikatan dari lidahku (20:27)

يَفۡقَهُوۡا قَوۡلِیْ
Agar mereka dapat memahami ucapanku. (20:28)

"(Musa) berkata:" Ya Tuhanku! Luaskanlah dadaku; "Tenangkanlah tugasku untukku; "Dan hilangkan halangan dari ucapanku," Oleh itu mereka mungkin memahami apa yang aku katakan [Quran, 20: 25-28].


Begitu juga Al-Quran mengingat kurniaan Allah yang besar atas nabi Muhammad saw yang terakhir dengan melapangkan dadanya untuk penyerapan dan penyimpanan Wahyu Ilahi.



بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (١ - 1)

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah - petunjuk) ?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ (٢ - 2)

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –

ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ (٣ - 3)

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[Ash-Sharh –

سورة الشرح

( 94: 1 -3 )
Surah 094: al-Sharh

Semasa wahyu Al-Quran, Muhammad saw tergesa-gesa dalam mengulangi apa yang dibacakan kepadanya oleh malaikat Jibrail, nabi Muhammad s.a.w. diperintahkan oleh Yang Maha Kuasa Allah untuk tidak terburu-buru tetapi membaca dengan perlahan dan sedikit demi sedikit.


Surah 75 Al-Qiyamah, Ayat 16-19 :

لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ
Jangan gerakkan lidahmu, [wahai Muhammad], untuk bersegera dengan membaca Al-Quran. (16)


إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ
Sesungguhnya, atas Kami adalah pengumpulan [di dalam hatimu] dan [untuk memungkinkan] pembacaannya. (17)


فَإِذَا قَرَأْنَٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ
Maka apabila Kami membacanya [melalui Jibril], maka ikuti pembacaannya. (18)


ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ
Maka kepada Kami adalah penjelasannya [kepada anda]. (19)


Oleh itu, hafalan diberi kepentingan kedua. Perkara pertama adalah penyerapan wahyu oleh hati dan kedua pengucapan atau pembacaannya yang benar yang mana latihan diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Bagi masyarakat umum, ia dikira sebagai kurniaan terbesar dari Allah apabila hati seseorang terbuka untuk menerima hidayah Tuhan Yang Maha Esa. Ini dapat diingat dari ayat di bawah
"Dan siapa sahaja yang dikehendaki Allah, Allah membuka dadanya untuk Islam (penyerahan)" [Quran, 6: 125].

فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ
Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam.
Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit.
Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman..

Al-Quran juga sangat jelas mengenai fungsi jantung ini dan semua komunikasi neurologi, biokimia, dan biofizik semasa hidup. Ayat yang sangat ringkas merangkum ini dengan cara yang sangat indah,

Surah An-Naml (The Naml) سورة النمل
(Verse 74 of 93)
وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ (٧٤ - 74)

“Dan sesungguhnya Tuhanmu mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (ungkapkan dengan kata-kata) “[Quran, 27:74].

surah An Naml 74 (QS 27: 74)

Ayat-ayat di atas dengan jelas menarik perhatian pembacanya kepada fungsi jantung dan proses penyebab dan kesannya. Apa sahaja yang disembunyikan oleh hati tidak diketahui oleh orang lain kecuali Allah. Fungsi biokimia jantung yang diaktifkan kerana rangsangan luaran disebut keadaan jantung. Sebab dan akibatnya disebabkan oleh beberapa rangsangan luaran yang mengakibatkan proses biologi seperti kesan hormon dan saraf semuanya diketahui oleh Allah. Dengan ini Allah memberi petunjuk kepada semua orang yang beriman untuk mengawal kebimbangan, kemurungan, keletihan emosi dan menahan organ-organ indera mereka terutama mata dan telinga, daripada melakukan tindakan yang tidak sepatutnya (Quran 24 : ayat 31).

Melihat nafsu kepada seorang gadis, wanita, atau orang lain yang pelik boleh menyebabkan pengeluaran hormon tertentu dan mengakibatkan perubahan tingkah laku seseorang yang tidak perlu. Dengan setiap rupa (sebab) dan degupan jantung (kesan), mesej yang rumit dihantar ke otak dan sistem tubuh yang lain. Sebenarnya, mesej ini diterima oleh setiap sel di dalam badan kita. Mengawal rangsangan luaran adalah di bawah kehendak bebas seseorang dan diperintahkan oleh Allah untuk dijaga dan akan membantu kita menghilangkan tekanan mental dan emosi yang disebabkan oleh kekeliruan, tekanan, kegelisahan dan kekecewaan.


يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

"(Allah) mengetahui (tipu muslihat) yang menipu dengan mata, dan semua yang disembunyikan oleh hati" [Quran, 40:19].


Hati Manusia Mempunyai Fikirannya Sendiri, Penemuan Saintis

Hati manusia selalu menjadi simbol cinta dan percintaan. Namun, pada hakikatnya, ia adalah organ yang mengepam darah ke seluruh badan kita.
Jadi dari mana asalnya hubungan hati dengan cinta ini?

Tidak ada organ lain dalam tubuh manusia yang mempunyai hubungan ini dengan emosi, jadi mungkinkah ada sesuatu di sebalik kesusasteraan dan puisi, dan jika demikian, bolehkah sains memberikan penjelasan?

Terdapat sebilangan penyelidik yang percaya bahawa hubungan ini adalah mungkin kerana hati manusia mempunyai fikirannya sendiri. Dan hubungan ini tidak berdasarkan teori, tetapi eksperimen saintifik yang sebenarnya.


Tetapi untuk memiliki minda kita harus dapat berfikir, dan untuk itu kita memerlukan neuron. Pernah difikirkan bahawa satu-satunya organ dalam tubuh manusia yang mempunyai neuron adalah otak, tetapi sekarang kita tahu ini tidak benar.
Seorang penyelidik untuk meneroka penjajaran hati manusia ini sebagai organ dan simbol pembuat filem dokumentari sains cinta David Malone. Filemnya "Of Hearts and Minds" meneliti beberapa eksperimen, dan hasilnya mungkin mengejutkan anda.

Terdapat neuron di jantung anda
Kami menganggap bahawa otak mengawal emosi kita, tetapi Profesor David Paterson, Ph.D. di Universiti Oxford, mempertikaikan perkara ini. Dia mengatakan bahawa otak bukanlah satu-satunya organ yang menghasilkan emosi. Ini kerana jantung sebenarnya mengandungi neuron yang serupa dengan otak, dan api ini bersamaan dengan otak. Oleh itu jantung dan otak dihubungkan:
Apabila jantung anda menerima isyarat dari otak melalui saraf simpatik, ia mengepam lebih cepat. Dan apabila ia menerima isyarat melalui saraf parasimpatis, ia melambatkan,
kata Paterson.

Neuron dikaitkan dengan proses pemikiran di otak, tetapi yang sangat khusus telah dijumpai terletak di permukaan ventrikel kanan. Ini menimbulkan persoalan, apa yang dilakukan neuron proses pemikiran dalam organ yang mendorong darah ke seluruh tubuh kita?
Neuron jantung ini boleh berfikir sendiri

Dalam eksperimen, sekeping ventrikel kanan dari arnab, di mana neuron khusus ini telah dijumpai, diletakkan di dalam tangki dengan oksigen dan nutrien. Potongan hati berjaya berdegup dengan sendirinya, walaupun tidak terpasang, digantung dan tidak ada darah yang mengalir melaluinya. Apabila Profesor Paterson mengejutkan tisu jantung, ia akan memperlahankan degupan ini. Profesor Paterson percaya bahawa itu adalah keputusan langsung yang dibuat oleh neuron ketika mereka bertindak balas terhadap dorongan.


Hati manusia bertindak balas dengan kuat terhadap emosi negatif
Kajian kesihatan membuktikan bahawa kemarahan yang kuat memberi kesan buruk pada jantung, meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak lima kali. Kesedihan yang mendalam juga sangat tidak sihat. Anda 21 kali lebih mungkin mengalami serangan jantung pada hari selepas anda kehilangan orang yang anda sayangi. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengalami situasi tekanan yang berpanjangan, seperti tentera, veteran tempur, doktor, semuanya mempunyai kadar masalah jantung yang lebih tinggi daripada penduduk lain.
Pada pembacaan EKG, jika kita berada dalam keadaan tertekan, degupan jantung kita muncul dalam rangkaian garis bergerigi dan tidak menentu. Ini dipanggil corak irama jantung yang tidak koheren. Ini bermakna sistem saraf autonomi kita (ANS) tidak selaras antara satu sama lain. Para saintis menyamakan ini dengan memandu kereta dan menggunakan sebelah kaki pada gas (sistem saraf simpatik) dan yang lain pada brek (sistem saraf parasimpatik) secara serentak.

Ia juga bertindak balas terhadap emosi positif
Sebaliknya, ketika kita mengalami kesenangan, kegembiraan atau kepuasan, irama jantung kita menjadi sangat teratur dan kelihatan seperti gelombang halus. Para saintis menyebutnya corak irama jantung yang koheren di mana kedua-dua cabang ANS sepenuhnya selaras dan bekerjasama.

Oleh itu, emosi positif mempunyai pengaruh dalam hati kita dan sebenarnya mempunyai sifat penyembuhan. Kajian menunjukkan bahawa dalam kes orang yang mempunyai risiko peningkatan penyakit arteri koronari pada awal, mereka yang menunjukkan pandangan gembira dan persona ceria mempunyai risiko serangan jantung berkurang satu pertiga.


Meneroka Peranan Hati dalam Prestasi Manusia
Penyelidikan baru menunjukkan bahawa jantung manusia lebih daripada sekadar pam yang berkesan untuk menampung kehidupan. Penyelidikan menunjukkan bahawa jantung juga merupakan jalan masuk ke sumber kebijaksanaan dan kecerdasan yang dapat kita panggil untuk menjalani kehidupan kita dengan lebih banyak keseimbangan, kreativiti yang lebih besar dan kemampuan intuitif yang ditingkatkan. Semua ini penting untuk meningkatkan keberkesanan diri, meningkatkan kesihatan dan hubungan dan mencapai kepuasan yang lebih besar.

Gambaran keseluruhan ini akan meneroka aspek-aspek menarik dari sains jantung, yang kebanyakannya masih belum terkenal di luar bidang psikofisiologi dan neurokardiologi. Dengan mengetengahkan penyelidikan yang menghubungkan sains jantung dan kemahiran yang berasaskan praktikal dan penyelidikan yang dikenali sebagai Sistem HeartMath.


Hati telah dianggap sebagai sumber emosi, keberanian dan kebijaksanaan selama berabad-abad. Selama lebih dari 29 tahun, Pusat Penyelidikan Institut HeartMath telah meneroka mekanisme fisiologi di mana jantung dan otak berkomunikasi dan bagaimana aktiviti jantung mempengaruhi persepsi, emosi, intuisi dan kesihatan kita. Pada awal penyelidikan timbul pertanyaan mengapa orang mengalami perasaan atau sensasi cinta dan emosi regeneratif lain serta sakit hati di kawasan fizikal jantung. Pada awal tahun 1990-an, antara penyelidikan pertama , tidak hanya melihat bagaimana emosi stres mempengaruhi aktiviti dalam sistem saraf autonomi (ANS) dan sistem hormon dan imun, tetapi juga pada kesan emosi seperti penghargaan, belas kasihan dan penjagaan. Selama bertahun-tahun, telah di lakukan banyak kajian yang telah menggunakan banyak ukuran fisiologi yang berbeza seperti EEG (gelombang otak), SCL (konduktansi kulit), ECG (jantung), BP (tekanan darah) dan tahap hormon, dll. Namun, secara konsisten, ia adalah kebolehubahan degupan jantung, atau irama jantung yang menonjol sebagai petunjuk paling dinamik dan reflektif dari keadaan emosi seseorang dan, oleh itu, tekanan dan proses kognitif semasa. Menjadi jelas bahawa tekanan atau emosi yang lemah seperti kekecewaan dan keterlaluan menyebabkan peningkatan gangguan di pusat otak dan sistem saraf autonomi tahap tinggi dan yang tercermin dalam irama jantung dan memberi kesan buruk terhadap fungsi hampir semua sistem tubuh. Ini akhirnya membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai jalan komunikasi saraf dan saraf antara jantung dan otak. Kami juga memerhatikan bahawa jantung bertindak seolah-olah memiliki pikiran sendiri dan dapat mempengaruhi cara kita melihat dan bertindak balas dalam interaksi harian kita secara signifikan. Pada intinya, nampaknya hati dapat mempengaruhi kesedaran, persepsi dan kecerdasan kita. Sejak itu banyak kajian menunjukkan bahawa koherensi jantung adalah keadaan fisiologi yang optimum yang berkaitan dengan peningkatan fungsi kognitif, keupayaan mengatur diri, kestabilan emosi dan ketahanan.

Dari pemahaman saintifik yang lebih mendalam yang menerangkan bagaimana dan mengapa aktiviti jantung mempengaruhi kejelasan mental, kreativiti, keseimbangan emosi, intuisi dan peribadi. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa jantung bukan pam sederhana, ia sebenarnya adalah pusat pemprosesan maklumat yang sangat kompleks dengan otaknya yang berfungsi, biasanya disebut otak jantung, yang berkomunikasi dengan dan mempengaruhi otak kranial melalui sistem saraf, sistem hormon dan jalan lain. Pengaruh ini mempengaruhi fungsi otak dan sebahagian besar organ utama badan dan memainkan peranan penting dalam pengalaman mental dan emosi dan kualiti hidup kita.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah kajian penyelidikan yang telah meneroka topik seperti elektrofisiologi intuisi dan sejauh mana medan magnet jantung, yang memancar di luar badan, membawa maklumat yang mempengaruhi orang lain dan juga haiwan peliharaan kita, dan menghubungkan orang bersama dengan cara yang mengejutkan. Dengan melancarkan Inisiatif Koherensi Global (GCI), yang meneroka hubungan antara manusia dengan medan magnet Bumi.

Tinjauan ini membincangkan penemuan utama penyelidikan dan peranan menarik dan penting yang jantung berperanan dalam peribadi kita dan perubahan positif yang berlaku dalam tahap kesihatan, fungsi mental, persepsi, kebahagiaan dan tenaga semasa orang mempraktikkan teknik HeartMath. Mempraktikkan teknik meningkatkan koheren jantung dan kemampuan seseorang mengatur emosi sendiri dari rujukan dalaman yang lebih intuitif, cerdas dan seimbang. Ini juga menjelaskan bagaimana koheren tercermin dalam fisiologi kita dan dapat diukur secara objektif.


#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

Mujahadah & Istiqamah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1. Allah SW...