Monday, March 9, 2026

CAHAYA DI ATAS CAHAYA

 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


۞ اَللّٰهُ نُوْرُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ مَثَلُ نُوْرِهٖ
كَمِشْكٰوةٍ فِيْهَا مِصْبَاحٌۗ اَلْمِصْبَاحُ فِيْ زُجَاجَةٍۗ اَلزُّجَاجَةُ كَاَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُّوْقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُّبٰرَكَةٍ زَيْتُوْنَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَّلَا غَرْبِيَّةٍۙ يَّكَادُ زَيْتُهَا يُضِيْۤءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌۗ نُوْرٌ عَلٰى نُوْرٍۗ يَهْدِى اللّٰهُ لِنُوْرِهٖ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَيَضْرِبُ اللّٰهُ الْاَمْثَالَ لِلنَّاسِۗ وَاللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌۙ ۝٣٥

Allah (pemberi) cahaya (pada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang (pada dinding) yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang (yang berkilauan seperti) mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah memberi petunjuk menuju cahaya-Nya kepada orang yang Dia kehendaki. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Surah An-Nur Ayat 35


Surah An-Nur Ayat 35 adalah salah satu ayat dalam Al-Quran yang mengandungi kiasan indah mengenai cahaya Allah.

🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲

Cahaya di sini adalah petunjuk, kesadaran, dan kehidupan batin yang membuat manusia mampu membedakan gelap dan terang dalam dirinya.
Makrifat bukan tentang melihat cahaya dengan mata terpejam, bukan pula mengejar kilatan warna saat meditasi.
Makrifat adalah ketika seseorang
menjadi terang dalam sikapnya. Ketika hatinya tidak lagi penuh kebencian.
Ketika lisannya lembut.
Ketika tindakannya membawa damai.
Di situlah cahaya bekerja.
Banyak orang terjebak ingin "melihat".
Padahal yang lebih penting adalah menjadi yang melihat.
Karena cahaya llahi tidak selalu hadir sebagai visual,
tetapi sebagai kejernihan batin yang membuat manusia sadar
bahwa hidup ini bukan miliknya sepenuhnya.
Dalam tafsir lahir, cahaya adalah iman.
Dalam tafsir batin, cahaya adalah kesadaran.
Namun dalam hakikat terdalam, cahaya adalah rahmat yang membuat manusia tetap manusia.
Penyaksian bukan tontonan spiritual.
la bukan panggung pengalaman untuk diceritakan.
Penyaksian sejati terjadi ketika seseorang berhenti merasa paling tahu,
lalu mulai merasa paling perlu tuntunan.
Orang yang benar-benar disentuh cahaya biasanya tidak banyak bicara tentang dirinya.
la lebih banyak mendengar.
Lebih banyak mengalah.
Lebih banyak memaafkan.
Karena cahaya Ilahi tidak membuat manusia tinggi, tetapi membuatnya tunduk.
Makrifat bukan perjalanan menuju sensasi,
melainkan perjalanan menuju kesederhanaan.
Bukan mencari keajaiban di luar, tetapi menemukan kejernihan di dalam.
Surat An-Nur ayat 35 seperti cermin besar.
la tidak menampilkan wajah Tuhan, tetapi memantulkan wajah hati manusia. Semakin bersih hati itu, semakin jernih pantulannya. Semakin keruh, semakin gelap bayangannya.
Maka yang perlu dijaga bukanlah mata agar bisa melihat cahaya, tetapi hati agar layak diterangi.
Cahaya Ilahi tidak memilih orang paling pintar,
tidak pula orang paling lama. ibadahnya.
la memilih hati yang mau dibersihkan.
Hati yang mau mengakui salah. Hati yang tidak merasa paling sampai.
Makrifat bukan akhir perjalanan.
la adalah cara berjalan.
Hakikat bukan gelar.
la adalah kejernihan memandang hidup.
Ketika seseorang berhenti mengejar cahaya
dan mulai memperbaiki akhlaknya, di situlah cahaya datang tanpa dipanggil.
Karena Nur bukan untuk dipertontonkan.
Nur untuk menuntun.
Bukan untuk dibanggakan, tetapi untuk menghidupkan.
Dan saat cahaya itu benar-benar menyentuh,
yang berubah bukan cara berbicara tentang Tuhan, melainkan cara memperlakukan sesama manusia.
Itulah tanda paling nyata dari makrifat:
bukan mata yang melihat terang, tetapi jiwa yang menjadi terang.



🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲


“Cahaya di atas cahaya” merujuk kepada lapisan cahaya yang berlipat ganda, menggambarkan kecemerlangan dan kesempurnaan petunjuk Allah. Ini menunjukkan bahawa hidayah Allah adalah berterusan dan berlapis-lapis, memberikan lebih banyak cahaya dan pengetahuan kepada mereka yang terpilih untuk menerimanya.

Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan ini menandakan bahawa penerimaan cahaya ini adalah satu bentuk kurniaan dan rahmat dari Allah. Hanya mereka yang dikehendaki-Nya akan mendapat manfaat sepenuhnya dari hidayah ini, dan ini adalah satu keistimewaan yang besar.
Bagaimana Ayat Ini Menggambarkan Kekuatan Hidayah Allah?

Ayat ini menggambarkan bahawa hidayah Allah adalah sangat kuat dan berkesan. Hidayah ini diumpamakan seperti lampu yang menyala dengan terang, memberikan cahaya yang jelas dan panduan yang kukuh. Dengan cahaya ini, seseorang dapat melihat jalan yang benar dan menghindari kegelapan kesesatan.

Allah menggunakan pelbagai perumpamaan untuk memudahkan manusia memahami kebesaran dan keagungan hidayah-Nya. Ayat ini menekankan bahawa Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu dan Dia yang menentukan siapa yang layak menerima hidayah-Nya.
Apakah Pelajaran Utama dari Surah An-Nur Ayat 35?

Pelajaran utama dari ayat ini adalah pentingnya cahaya hidayah Allah dalam kehidupan manusia. Ia mengingatkan kita bahawa tanpa hidayah Allah, manusia akan berada dalam kegelapan dan kebingungan. Cahaya Allah adalah sumber petunjuk dan pengetahuan, yang membimbing kita ke jalan yang benar.

Selain itu, ayat ini juga mengingatkan kita tentang kebergantungan kita kepada Allah untuk mendapatkan hidayah. Hanya dengan rahmat dan kurnia Allah, kita dapat menerima dan memahami cahaya-Nya. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha untuk mendapatkan hidayah ini dalam kehidupan kita.


Tafsiran berikut adalah berdasarkan daripada terjemahan kitab-kitab:
Ibn Juzayy: at-Tashil fi 'ulum al-Qur'an
Jalalayn: Tafsir al-Jalalayn
As-Sawi: Hashiya (huraian terhadap Jalalayn)
Ibn Kathir: Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir
Al-Qurtubi: Jam' li-Ahkam al-Qur'an
Al-Burusawi: Tafsir Ruh al-Bayan


1. Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.

Ibn Juzayy: Cahaya masing-masing ditujukan kepada realiti -cahaya yang dapat dilihat oleh mata-, dan juga satu metafora bagi maksud yang dapat difahami oleh hati. "Tiada yang sama dengan Allah."Jadi pentafsiran ayat ini ialah Allah adalah Pemunya cahaya langit dan bumi, dan Dia menjelaskan DIRINya sebagai cahaya seperti jika anda berkata, "Pemurah itu adalah Zayd." apabila anda hendak menekankan fakta yang dia (Zayd) adalah seorang yang pemurah. Jika Allah memaksudkan cahaya itu adalah yang dapat dilihat oleh mata, maka maksud bagi "cahaya langit dan bumi" ialah yang Dia menjadikan cahaya yang mengandunginya-matahari, bulan dan bintang, atau Dia menjadikan semuanya dan membawanya ke dalam kenyataan daripada tiada. Jadi semuanya terbentuk olehNYA sebagai terbentuk oleh cahaya. Dalam maksud ini, 'Ali bin Abi Talib membaca ayat ini sebagai, "Allahu nawwara" (bentuk kedua) bermaksud Dia memasukkan cahaya ke dalamnya.

Jika dengan cahaya Dia memaksudkan cahaya yang dapat dilihat dengan hati, erti cahaya langit dan bumi ialah Dia meletakkan cahaya ini kedalam hati orang-orang langit dan bumi. Inilah kenapa Ibnu Abbas berkata," Maksudnya ialah Petunjuk orang-orang langit dan bumi."

Al-Qurtubi: Dari segi metafora atau perumpamaan, orang-orang Arab berkata bahawa, "Ayat-ayatnya mempunyai cahaya" dan "Kitab yang menerangi (lisan, mengeluarkan cahaya)." Dibolehkan, jika dikatakan bahawa Allah adalah cahaya untuk memujiNYA kerana Dia telah membawa benda-benda kedalam kenyataan, dan Dia memula dan mengasalkan cahaya semua benda-benda. Tetapi Dia bukannya satu cahaya fizikal yang boleh ditelah dengan deria. Pun bagitu, Rasullullah s.a.w pernah ditanya, "Pernahkah kamu melihat Tuhan kamu?" dan baginda menjawab,"Aku nampak Dia sebagai Cahaya."

Sebagai suatu petunjuk, Ubayy ibn Ka'b dan lain-lain berkata," Dia menghiasi segala langit dan bumi dengan matahari, bulan dan bintang, dan Dia menghiasi bumi dengan para nabi, ulama' dan yang beriman."

Ibn Kathir: Anas ibn Malik berkata bahawa Allah berfirman, "CahayaKu adalah petunjuk." Ubayy ibn Ka'b berkata dengan merujuk kepada yang beriman yang mana dada Allah telah memasukkan kepercayaan dan Al-Quran.

Jalalayn: Allah meneranginya dengan matahari dan bulan.

as-Sawi: Ketahuilah bahawa realiti cahaya, samaada ditelah oleh mata atau benda-benda yang nampak dengan mengunakannya, menyerupai mutu yang sinaran daripada dua sumber cahaya terhadap objek yang mampat. Maksud ini tidak boleh disamakan dengan atau kepada Allah.

Ayat ini juga dikatakan bermaksud bahawa Allah adalah Pencipta segala cahaya di langit oleh matahari, bulan, bintang-bintang, Arasy dan malaikat, dan di bumi oleh lampu-lampu, cahaya, lilin. Para nabi-nabi, para ulama' dan mereka yang benar. Ini bermaksud Dia menerangi mereka. Ia dikatakan bahawa Dia menampakkan segala di langit dan di bumi kerana istilah cahaya memberi maksud menifestasi. Maksud seperti ini boleh dikaitkan kepada Allah Yang Maha Kuasa memandangkan Dia membuat benda-benda 'lahir' daripada tiada.Ibn 'Ata' berkata dalam Hikam, "Peristiwa kejadian disebut dan gelap gulita. Kenyataan yang sebenar dalam sesuatu yang memberikan cahaya" - (klik untuk rujukan hadith berkaitan). Jadi, alam semesta wujud kerana Allah yang memberi kewujudannya. Jika tidak dengan keWujudan Allah, tiada daripada alam semesta ini akan wujud.



2. Perumpamaan cahayaNya, adalah seperti suatu keluk, yang di dalamnya ada pelita.

Ibn Juzayy: Kedudukannya ialah pada suatu lobang pada suatu dinding yang bukannya suatu tingkap, dan lampu itu mengeluarkan satu cahaya yang kuat. Ia juga dikatakan bahawa kedudukan ini adalah pelantar di atas suatu tiang dimana lampu ini terletak. Pendapat yang pertama adalah lebih kukuh dan masyhur. Maksudnya ialah sifat cahaya dari Allah ialah ia jelas seperti suatu tempat yang mempunyai lampu memandangkan ia adalah yang paling jelas seseorang makhluk dapat bayangkan cahaya dan sinarnya. Ia disepertikan kepada suatu tempat, walaupun cahaya dari Allah lebih kuat lagi kerana ia adalah had yang manusia dapat menelah berkenaan cahaya. Dia membuat perumpamaan kepada mereka mengikut apa yang mereka dapat terima.

Telah dikatakan bahawa gantinama bagi "CahayaNya" merujuk kepada Saidina Muhammad s.a.w, dan ia dikatakan sebagai merujuk kepada Al-Qur'an, dan terhadap mereka yang beriman. Kenyataan-kenyataan ini adalah lemah kerana tiada yang mendahului gantinama ini yang ia boleh dirujuk. Jika ditanya: Bagaimana ia boleh diterima yang Allah boleh dikatakan 'Cahaya langit dan bumi' sementara Dia sendiri yang menyatakan bahawa Dia adalah Cahaya dan kemudian Dia yang meletakkan cahaya terhadap DiriNya dalam firmanNya, "perbandingan CahayaNya" maka membuat yang dikaitkan itu sama dengan yang dikaitkan? Jawapannya ialah ia boleh diterima dengan tafsiran yang kita telah sebut berkenaan Allah sebagai Pemunya cahaya segala yang dilangit dan dibumi, atau dicontohkan seperti dikatakan, " Pemurah itu adalah Zayd," dan kemudian kita berkata bahawa orang diingatkan akan sifat pemurah itu oleh Zayd.

Al-Qurtubi: Dia memaksudkan mutu dari bukti-buktiNya yang Dia masukkan kedalam hati-hati mereka yang beriman, dan bukti-bukti inilah yang dinamakan 'cahaya'. Allah menyebut KitabNya suatu cahaya dalam firmanNya, Kami turunkan suatu cahaya yang jelas kepada kamu,"(4:174)Dia juga menyebut RasulNya cahaya dimana Dia berfirman, "Telah datang suatu cahaya kepada kamu dari Allah dan Kitab yang nyata." (5:15) Ini adalah kerana Kitab itu membimbing dan menjelaskan, seperti juga Rasullullah. Satu sebab yang ia dikaitkan kepada Allah ialah kerana Dia yang membuat bukti itu kukuh dan menjelaskannya.

Terdapat satu lagi pengertian bagi ayat ini dimana ayat yang kedua itu menyerupai ayat yang pertama jika cahaya diambil bermaksud sebagai petunjuk dan kesempurnaan sinaran sebagai keterangan dan bukti-bukti dari Allah dalam kejadianNya. Gantinama "cahayaNya" boleh juga dirujuk kepada mereka yang beriman.

Jalalayn: "Perbandingan Cahaya-Nya" bermaksud mutu cahaya dalam hati mereka yang beriman.


3. Pelita itu di dalam kaca

Ibn Juzayy: Lampu itu adalah sumbu dengan apinya. Maksudnya ia adalah di dalam lampu yang diperbuat dari kaca kerana cahaya di dalamnya menjadi lebih terang kerana lampu itu mempunyai badan yang telus.

Ruh al-Bayan: Tujuan lampu ini di dalam kaca dan kaca ini di dalam suatu 'geluk' atau 'lekuk' supaya apabila diletak pada tempat yang lebih tersekat, cahayanya menjadi lebih tertumpu sinarnya (terang). Jika lampu itu diletak pada tempat yang terbuka, maka cahayanya akan tersebar (malap).

4. kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara,

Ibn Juzayy: Perumpamaan kaca itu mengeluarkan cahaya seperti bintang yang memancar. Itu boleh mempunyai dua pengertian. Samaada Dia bermaksud ia mengeluarkan cahaya kerana lampu yang ada di dalamnya , atau Dia memaksudkan ia dengan sendirinya adalah kuat dengan cahaya kerana ketulinannya dan kesempurnaan bentuknya. Ini lebih sesuai kerana ia mengabungkan cahayanya dengan cahaya dari lampu itu sendiri.

Dengan 'bintang yang menyilau', Dia bermaksud satu daripada cakerawala yang bercahaya seperti Jupiter, Venus, dan Zuhal atau sepertinya. Ia telah dikatakan bahawa Dia bermaksud Venus, tetapi tiada petanda kepada yang khusus seperti ini (dalam Al-Quran). Nafi' membacanya sebagai durriyyun. Pembacaan ini boleh bermaksud bahawa bintang itu di umpamakan kepada durr (mutiara) oleh keputihannya dan ketulinannya. Ia juga dibaca dengan hamzah yang di ambil dari dar', bermaksud ditolak (ie. bintang-bintang yang ditolak dari satu tempat ke satu tempat yang lain).


Al-Qurtubi: Ka'b al-Ahbar membuat keseluruhan ayat ini merujuk kepada Muhammad s.a.w, ie, perumpamaan kepada cahaya Muhammad (Nur Muhammad). Rasullullah s.a.w adalah tempatnya, kaca itu adalah hatinya, pokok yang berkah itu adalah wahyu dan malaikat yang membawanya, minyak itu adakah bukti dan kenyataan yang terkandung dalam wahyu.


Jika ia diambil sebagai bermaksud mereka yang beriman, seperti yang di perkatakan oleh Ubayy, maka tempat itu ialah dadanya, lampu itu adalah keimanan dan pengetahuan, kaca itu adalah hatinya, dan minyak itu adalah bukti dan kenyataan yang ia kandungi.

Jalalayn: "Menyilau" bermaksud ia membuang kegelapan. Perkataan ini di ambil dari 'mutiara' kerana keasliannya.


5. yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, pohon zaitun


Ibn Juzayy: Ia dibaca sebagai yuqadu dan tawaqqada dalam nahu selepas. Nama merujuk kepada lampu itu. Jika ia dibaca sebagai tuqdau dalam nahu semasa maka ia merujuk kepada kaca itu. Ia bermaksud bahawa ia adalah seperti minyak dari pokok yang di limpah rahmat. Ia telah dinyatakan sebagai 'diberi rahmat' kerana betapa banyaknya kelebihan padanya dan bukan kerana ia ditanam pada tanah yang diberi rahmat, iaitu di Syria.


Al-Qurtubi: Ini boleh juga diambil sebagai merujuk kepada para Ambia, dimana bagi Adam a.s akan bermaksud pokok yang diberi rahmat, atau Ibrahim a.s kerana Allah mengelarnya 'yang diberi rahmat.'


6. tidak tumbuh disebelah timur dan tidak pula disebelah barat,



Ibn Juzayy: Telah dikatakan ia adalah di Syria, jadi ia tidak disebelah barat maupun disebelah timor. Zaitun terbaik adalah zaitun dari Syria. Ia telah dikatakan ia terdedah dan matahari menyinarinya sepenuh hari, maka ia tidaklah keseluruhannya dari timor untuk mengatakan ia adalah ketimoran maupun dari barat untuk mengatakan kebaratan. Sebaliknya ia adalak ketimoran dan kebaratan kerana matahari beredar mengelilinginya dari timor ke barat. Ia dikatakan bahawa ia adalah pokok yang menengah yang tinggi yang tidak menyondong ke timur maupun ke barat. Ia telah dikatakan ia adalah suatu pohon dari Syurga yang mana, jika ia adalah dari dunia ini, semestinya condong kebarat ataupun ke timur, untuk menekankan ketulinan dan keunggulan.

7. yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

Ibn Juzayy: Untuk menekankan penjelasan terhadap keaslian dan keistimewaannya.

Ibn Kathir: Ibn 'Abbas pergi kepada Ka'b al-Ahbar dan berkata, "Beritahu aku berkenaan FirmanNya, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api" Dia berkata, "Muhammad hampir menampakkan semua perkara dengan terang kepada orang ramai tanpa perlu menyatakan bahawa dia adalah seorang nabi, hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api."


Atau bukti dari Al-Quran hampir membuat semua perkara itu jelas sebelum ia di bacapun
melihat dengan cahaya dari Allah."

4.0 Penutup
Tafsiran yang dkemukakan oleh kelima-lima pentafsir yang dibentangkan di atas seakan-akan bersetujuan dan ada yang tidak. Ini membawa implikasi terhadap kewibawaan para pentafsir itu sendiri, tidak kira mana yang sebenarnya betul ataupun salah. Ini adalah kerana sejarah keIslaman telah menerima bahawa kelima-lima ini adalah antara pentafsir yang paling ulung dalam bidang ini. Bagaimana mungkin mereka boleh bercanggah pendapat dalam cuma menghuraikan baru satu ayat? Bagaimana pula implikasinya terhadap huraian mereka terhadap ayat-ayat lain dan Al-Quran seluruhnya?


Pandangan yang cetek ini juga boleh membuat mereka yang bertanggapan sedemikian mengambil kesimpulan yang tidak kurangnya cetek juga. Ini boleh melalut-lalut kepada memandang tafsiran dan pentafsirnya sebagai lemah, atau para pentafsiran Al-Quran adalah tidak sehaluan, tetapi sebaliknya tanggapan seperti ini yang sebenarnya lemah dan melemahkan umat Islam itu sendiri. Maka timbullah golongan yang cuba memberi tafsiran sendiri tanpa menghormati kematangan perkembangan sejarah Islam sejumlah 1400 tahun itu. Cetek dan kurang matang golongan seperti ini yang telah melemahkan umat Islam sekarang kerana tidak berupaya untuk melihat kematangan Islam yang sebenarnya.


Pandangan para pentafsir di atas sebenarnya mempunyai titik pertemuan di antara satu sama lain dan mempunyai kedudukan dan tempatnya yang tersendiri dalam pentafsiran ayat berkenaan. Tiap-tiap pandangan mereka sebenarnya tidak bercanggah dan dijelaskan dengan bagitu matang dan mendalam sekali oleh Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali pada Misykatul Anwar

CAHAYA DI ATAS CAHAYA

  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ اَللّٰه...