Saturday, February 19, 2011

Marahlah.. MARAH LAGI..!

Rasanya tiada orang yang tidak pernah merasa marah, yang bezanya adalah sejauh manakah rasa marah tu... dan bagaimana kita mengawalnya...Perasaan itu datang dengan sendiri atas sebab-sebab tertentu yang ditimbulkan oleh manusia atau pun keadaan..
 Marah buat orang tension, marah buat orang stress...
Marah itu emosi..bila emosi mendahului, akal yang waras berada di bawahnya... bahaya tu..
Marah buat orang memaki... memaki itu baik ke?...
Marah itu senonim dengan dengan tak sabar, marah boleh jadi agresif,boleh jadi ganas...panas baran..
panas itu api, api itu syaitan..
 “Dari ‘Atiah Radiallahuanhu ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya
api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka
hendaklah ia berwuduk”.(Riwayat Al-Imam Abu Daud).



Dari sudut sains :
Marah akan megurangkan imuniti dalam badan dan mengundang pelbagai penyakit
Orang yang cepat marah, lukanya lambat sembuh (Ohio State University)
Bila marah, berlaku 'pergaduhan' dalam otak yang meransang memek muka : mata jadi membulat, merenung tajam & mengetap-getap gigi & 
keluar satu naluri untuk melempiaskan marah.
.
Bila tengah marah manusia boleh jadi hilang kawalan dan banyak akibat buruk berlaku 
yang disesali kemudiannya...
Marah-marah membentuk satu peribadi yang buruk...
Marah akan memakan sifat kasih, memburukkan hubungan dalam keluarga...

MArah buat jantung berdegup kencang, tekanan darah jadi tinggi, stress...
Marah akan mengundang sakit jantung, cancer, strok, masalah penafasan, 
wajah jadi hodoh, cepat tua..

Seorang lelaki pernah meminta satu wasiat dari NAbi Muhammad s.a.w berulangkali :
BAginda bersabda "Janganlah engkau marah" dan
 "Janganlah engkau marah"
(Hadis riwayat ali-Imam al Bukhari)
Baginda juga pernah bersabda  
orang yang kuat adalah orang yang dapat 
menguasai dirinya ketika marah

Jika anda sedang marah, amalkan bacaan A’uzubillah himinasyaitaannirrajiim
        (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam)






P/s : Jadi, nak marah-marah lagi ke lepas ni? Sabar jer la yer..
Kalau benci... katakanlah... tidak aku... tidak marah... kalau diam mana ku tahu...

5 comments:

  1. btul2.. x elok mrh2 ni.. lg satu, marah ni x selesaikan masalh pon. =)

    ReplyDelete
  2. sabar.. sabar tu separuh daripada iman...

    ReplyDelete
  3. marah tu normal...cuma cara marah tu yg berbeza antara satu manusia dgn yg lain (bermaksud kawal perasaan marah tu), kalau tak pernah marah tu kira takde perasaan dah he he he

    ReplyDelete