SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
Pada pagi hari raya Aidiladha ini, eloklah jika kita mengikut beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan antaranya:











TAKBIR
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah). (Riwayat al-Tabrani).
Pada Hari Raya Haji atau Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula selepas solat Subuh Hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 tasyrik, iaitu 13 Zulhijah.
No comments:
Post a Comment