بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
BISMILLAH 5 |
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
- Menghalang jin dan syaitan
- Terpelihara dari bahaya dan musuh
- Penawar pelbagai racun dan bisa.
- Penawar penyakit gila meroyan.
- Melegakan bengkak dan benjol.
- Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
- Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
- Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
- Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui
puncanya.
Kaedah Merawat:
- Letakkan tangan di tempat yang sakit.
- Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas
dan khusyuk.
- Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di
tempat yang berkenaan.
- Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
- Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan
kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain
dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil
meletakkan tangan di tempat tersebut. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk,
baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat
sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat
ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
Ayat
‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau
minum ubat. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak
33 kali setiap kali lepas solat. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara
istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
Bekas berisi makanan/minuman yang
dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah
5’. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita
bergantung harap. ‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah
sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Lihat :
#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa
No comments:
Post a Comment