Saturday, March 12, 2011

DOA PERLINDUNGAN dari fitnah dajjal, fitnah kehidupan

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 DOA PERLINDUNGAN  dari fitnah dajjal


DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM :
Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.
 Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa hendaklah di baca dalam bahasa Arab (atau baca tafsir dalam hati .) Doa itu adalah  

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،  وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Allahumma inni a’uzu bika min azabi jahannam, wa a’uzu bika min ‘azzabil qabri, wa a’uzu bika min fitnatil mahya wal mamati,  wa a’uzu bika min fitnatil masihid dajjal.”

Maksudnya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari seksa Jahannam, aku berlindung kepada-MU dari seksa kubur, aku berlindung kepada-MU dari fitnah semasa hidup dan setelah kematian dan aku berlindung kepada-MU dari fitnah Masih al-Dajjal.” (HR Muslim)





Peringatan Nabi Muhammad saw: 

Nabi saw bersabda bahawa tidak ada fitnah yang lebih dahsyat semenjak Allah swt menciptakan manusia pertama sehingga datangnya hari Kiamat selain fitnah Dajjal.

"Allah tidak menurunkan ke muka bumi (sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat) fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal."
(HR Thabrani)

"Suatu ketika hal ehwal Dajjal dibicarakan di hadapan Rasulullah saw. Kemudian Nabi bersabda: 
"Sungguh fitnah yang terjadi di antara kamu yang lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seorang yang boleh selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal). Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini (baik kecil mahupun besar) kecuali dalam rangka menyongsong kedatangan fitnah Dajjal." 
(HR Ahmad)

🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴

* 5 FASA UMAT AKHIR ZAMAN
Dalam 5 fasa masa ini, 3 fasa telah berlalu pergi, 1 fasa sedang kita lalui dan 1 fasa yang akan kita lalui pada masa akan datang.

Peringatan :
Walaubagaimanapunn ada yang mengatakan bahawa 5 fasa ini tidak boleh diguna pakai kerana tidak sahih kebenarannya walau ada hubung kait dengan hadis rasulullah saw. Mungkin hanya sekadar rujukan sahaja, agar kita sentiasa meneguhkan iman di dada menghadapi fitnah Dajjal. Apa yang sebenarnya Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. 
Maafkan di atas kekhilafan


5 fasa masa sebelum kiamat
Fasa masa keempat ini sedang kita lalui sekarang dimana dajjal akan keluar,
yakjuj dan makjuj juga akan keluar serta perbagai lagi tanda kiamat besar akan muncul pada fasa masa ke-4 ini


5 FASA UMAT AKHIR ZAMAN

Fasa pertama : Zaman Rasulullah SAW

Zaman ini berjalan selama 25 tahun. Zaman Rasulullah SAW terkenal dengan "Zaman Ummah Pertama". Islam berkembang hingga tiga suku dunia dan dianuti oleh semua bangsa di muka bumi ini. Dengan kemunculan Islam, dua gergasi besar iaitu Rom dan Parsi menjadi lemah dan tunduk dibawah kekuasaan Islam. Setelah nabi wafat, maka berakhirlah fasa pertama ini. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya, YA.

Fasa Kedua : Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Zaman ini ialah zaman pemerintahan para sahabat nabi yang empat, bermula dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Zaman ini berlangsung selama 30 tahun, di mana kekuasaan Rom dan Parsi yang telah lemah itu terus tumbang di tangan para sahabat yang telah dibina iman oleh Rasulullah SAW dan kedua - dua gergasi itu dapat ditawan.

Sebelum itu Nabi SAW telah memberi isyarat dalam sabdanya bahawa kuasa timur dan barat akan dapat ditawan oleh Islam. Sabda Nabi SAW bermaksud ; " Timur dan Barat nanti akan terbuka kepada kamu." (Riwayat Imam Ahmad).

Setelah itu dikuti oleh zaman Saidina Hasan bin Ali menjadi khalifah selama 6 bulan. Masa di antara Saidina Hasan hingga Khalifah Umar Abdul Aziz ialah selama 60 tahun. Dari zaman Rasulullah SAW hingga zaman Khalifah Umar Abdul Aziz selama kira - kira 100 tahun. Selepas itu, dicampur dengan zaman selanjutnya, zaman Rasulullah SAW masih lagi menjamin umat Islam baik ialah dalam lingkungan kira-kira 300 tahun.

Sepertimana ditegaskan oleh Nabi SAW. "Sebaik - baik kurun ialah kurun aku dan kurun sesudah itu dan sesudah itu dan sesudah itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Menurut perawi hadis ini, Rasulullah SAW menyebutnya tiga kali. Para ahli sejarah Islam mensifatkan tiga kali itu bererti tiga kurun. Setiap satu kurun 100 tahun. Tiga kali bermakna 300 tahun. Itu sahaja kurun yang Rasulullah SAW menjamin baik yang berjalan di atas minhaj kenabian. Selepas zaman itu, dunia telah mula rosak hinggalah membawa kepada Zaman Fitnah. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya, YA.

Fasa Ketiga : Zaman Fitnah atau Zaman Kerajaan Menggigit

Zaman ini ialah zaman pemerintahan raja - raja Islam yang menimbulkan fitnah, di mana mereka memerintah secara menurut sistem turun temurun atau monarki (warisan). Walaupun mereka memerintah atas nama Islam, mewarisi kerajaan Islam tetapi bercampur dengan kezaliman dan pelbagai pengaruh luar yang bukan dari ajaran Islam tulen. Pada zaman ini bermula dari Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan sehinggalah zaman Kerajaan Uthmaniyyah, di mana zaman Uthmaniyyah pengkhianat Islam iaitu Kamal Artatuk meruntuhkan institusi kekhalifahan di Turki, bermakna berakhirlah fasa ini. Lama masa era kuasa pemerintahan ini selama kira - kira 700 tahun. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya, YA.

Fasa Keempat : Zaman Diktator

Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, maka muncul la zaman pemerintahan ideologi-ideologi manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia bernama sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi, nasionalis dan lain-lain. Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat simpulkan bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang-orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul kembali cara-cara kehidupan zaman jahiliah yang pernah berlaku semasa zaman Nabi SAW dahulu.

Dalam fasa inilah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai - nilai materialistik, liberalisme dan sekularisme dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, undang-undang, ketenteraan bahkan keagamaan. Zaman inilah zaman yang Nabi SAW paling risau terhadap umatnya kerana terlalu banyak fitnah yang membawa kepada kehancuran dan keadaan hura hara di negara Islam.

Zaman inilah dikatakan dajjal akan muncul keluar di mana dia akan mengaku sebagai nabi dan tuhan di merata tempat kecuali Mekah dan Madinah sebelum ia akan dibunuh oleh Nabi Isa AS. Fitnah dajjal yang begitu dashyat sekali ini pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW sebelum munculnya era minhajunnubuwwah, terjadi peperangan akhir zaman, iaitu peperangan dunia ketiga yang kuasa Barat, Timur Tengah termasuk Yahudi yang didominasi oleh Dajal, telah musnah dan kalah teruk sekali di tangan umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam bertaraf khalifah iaitu Imam Al-Mahdi dan oleh Nabi Isa AS. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya, BELUM. Kita sedang melalui fasa ini sekarang.

gambar hiasan

Fasa Kelima : Zaman Kekhalifahan

Selepas berakhirnya zaman keempat, akhirnya muncul pula zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut minhaj zaman kenabian. Atau dengan kata lain Zaman Kebangkitan Semula Islam. Islam akan agung kembali sepertimana zaman kenabian. Sewaktu kemuculan zaman kenabian, iaitu zaman ummah pertama, dua empayar gergasi dunia tumbang iaitu Rom dan Parsi. Jadi sesuai dengan proses sunnatullah dan ini ditegaskan sendiri oleh Allah dan Rasul bahawa 
" Dan tidak sekali-kali kamu dapati sunnatullah itu berubah". 
(Surah Al-Ahzab ayat 62) 
dan 
"Ketahuilah bahawa pusingan Islam itu sentiasa berputar"
 (Hadis riwayat Abu Na'im dari Muaz bin Jabbal).

Maka kemunculan zaman Ummah Kedua pada akhir zaman ini pun akan berulang sejarah dua gergasi dunia akan tumbang juga, iaitu kuasa komunis ( Eropah Timur) dan kristian (Eropah Barat dan Amerika) termasuk Yahudi, bahkan Yahudi akan terhapus terus bersama-sama kematian Dajal laknatullah. Pemimpin Islam di zaman ini ialah pemimpin bertaraf khalifah. Di samping itu, kita meyakini kebenaran hadis di atas, terdapat lagi beberapa hadis lain yang Rasulullah SAW menjelaskan bahawa menjelang kiamat nanti Islam akan kembali berkuasa dan muncul pemimpin bergelar khalifah.

Dari Said dan Jabir bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya ; 
" Akan ada pada akhir nanti seorang khalifah yang akan membahagi-bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya (makmur)."
 (Riwayat Muslim).

Wallahuaalam.
doa perlindungan dari fitnah dajjal, fitnah kehidupan

kredit :
.#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa

No comments:

Post a Comment

💐HATI CERMINAN DIRI💐

 ﷽ اَلسَّــلَامُے عَلَيْڪُمُے وَرَحْمَۃُ اللّٰہِ وَبَرَڪَاتُہُ ﷽ ﷻ بِسْـــــــمِے اللّٰہِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْـــــــمِے ﷻ ﷺ اَللّٰہُمَّے  ...