بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat
lima waktu merupakan perintah yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam.
Kekhusyukkan dalam menunaikan ibadah solat sangat penting untuk mendapatkan
manfaat baik dari segi agama mahupun perubatan. Ada individu yang dalam
solatnya begitu khusyuk dan tekun dalam setiap gerakan solatnya. Namun ada pula
yang cepat-cepat agar solat segera selesai terutamanya ketika dalam gerakan
rukuk dan sujud. Kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepat dua gerakan
ini agar solat cepat selesai.
Padahal
dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan. Jika dilakukan secara cepat, maka
manfaat perubatan dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak dapat diperloehi
secara maksimal.
Manfaat perubatan apa yang dimaksudkan? Ikuti ulasannya.
Dalam
sebuah hadis, Rasulullah
SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud.
Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan d0sa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seorang pemuda sedang solat, dia memanjangkan solatnya dan melamakannya, maka beliau bertanya: siapa yang kenal orang itu? Maka ada yang menjawab: Saya.
Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan d0sa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seorang pemuda sedang solat, dia memanjangkan solatnya dan melamakannya, maka beliau bertanya: siapa yang kenal orang itu? Maka ada yang menjawab: Saya.
Baginda
mengatakan: seandainya aku mengenalnya, tentu aku akan menyuruhnya untuk
memanjangkan rukuk dan sujudnya, kerana aku pernah mendengar Nabi -Shollallohu
alaihi wasallam- bersabda:
“Sungguh, jika seorang hamba
berdiri untuk solat; semua d0sanya didatangkan, dan diletakkan di atas bahunya.
Maka setiap kali dia rukuk dan sujud, d0sa-d0sa tersebut menjadi berjatuhan”.
(Lihat Silsilah shahihah: 1398, sanadnya shahih).
Dari
hadis di atas, dapat di ambil kesimpulan bahawa semakin lama rukuk dan sujud,
maka akan semakin banyak d0sa yang akan dilepaskan dari diri manusia.
Dari
segi kesihatan pula, telah terbukti memperlama gerakan rukuk dan sujud juga
memiliki manfaat besar.
Dalam sebuah seminar yang dianjurkan oleh pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Pasir Gudang , Prof. Ir Dr. Fatimah Ibrahim daripada Universiti Malaya membentangkan hasil kajian mengenai kesan pergerakan solat terhadap kesihatan manusia yang dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu.
Dalam sebuah seminar yang dianjurkan oleh pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Pasir Gudang , Prof. Ir Dr. Fatimah Ibrahim daripada Universiti Malaya membentangkan hasil kajian mengenai kesan pergerakan solat terhadap kesihatan manusia yang dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu.
Menurut
beliau ketika mengangkat tangan dalam takbiratulihram, kuantiti oksigen bertambah dengan banyak masuk ke
dalam paru-paru dan kuantiti darah beroksigen
mengandungi nutrien yang dibawa oleh sel-sel badan turut
bertambah.
Ini kerana ketika mengangkat tangan ke paras bahu, bidang dada diluaskan dan
tulang belakang diseimbangkan. Dengan cara ini kapasiti udara dalam paru-paru
akan bertambah secara semula jadi.
Rukuk
merupakan salah satu gerakan yang ternyata memiliki banyak manfaat bagi
kesihatan manusia. Rukuk yang sempurna seperti di lihat apabila kita meletakan
gelas di pungggung maka tidak akan tumpah sebab antara kepala dan tulang
belakang atau pungggung sejajar.
Posisi rukuk yang sempurna ini juga bermanfaat untuk
menjaga kesempurnaan posisi pungggung sebagai penahan tubuh dan pusat saraf dan
posisi jantung sejajar dengan 0tak sehingga bahagian tengah badan kita
boleh mengalirkan
darah dengan sempurna.
Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah. Menurut penelitian posisi rukuk ini juga sangat bermanfaat untuk melatih urin sehingga terhindar dari penyakit pr0stat.
Posisi tangan tertumpu pada lutut ini sangat bermanfaat untuk merelaksasikan pada otot-otot bahu sampai ke bawah. Menurut penelitian posisi rukuk ini juga sangat bermanfaat untuk melatih urin sehingga terhindar dari penyakit pr0stat.
Melalui
pergerakan rukuk secara sempurna , pergerakan bendalir dalam badan akan mengalir dengan sempurna. Otot di bahagian depan tubuh
mengalami pengecutan
dan otot di bahagian belakang akan mengalami proses pengenduran. Kedudukan
tangan di atas lutut semasa rukuk mampu menetapkan tulang tempurung pada posisi sebenar.
Disebutkan
juga, kegagalan melakukan rukuk dengan sempurna menyebabkan kandungan kolestrol meningkat, berisiko sakit pinggang dan mengganggu sistem kardiovaskular atau jantung.
Sujud dan duduk untuk tahiyat dengan membengkokkan jari
kaki menghadap ke arah kiblat mampu menurunkan kandungan kolesterol badan serta meningkatkan jisim sel badan kepada paras lebih
tinggi. Berdasarkan kajiannya juga, seseorang yang tidak membengkokkan jari
kaki ke arah kiblat berisiko mendapat penyakit jantung, strok dan kegemukan akibat pengecutan tisu otot
yang kemudiannya dipenuhi oleh gumpalan lemak badan.
Hikmah Sujud |
Sujud menjadi gerakan dalam solat yang
memiliki banyak manfaat bagi kesihatan manusia. Dengan posisi sujud ini juga berguna untuk mengepam saluran darah ke bahagian
leher dan ketiak. Posisi
jantung yang lebih tinggi dari 0tak menyebabkan daerah ini kaya dengan kandungan oksigen yang
boleh
mengalir secara maksimal ke 0tak.
Aliran
tersebut sangat berpengaruh
terhadap daya fikir seseorang.
Oleh sebab itu, dengan melakukan sujud dengan Tho’makninah, yakni tidak tergesa-gesa membolehkan
darah mencukupi kapasitinya ke 0tak. Posisi yang demikian ini menghindarkan seseorang
dari gangguan sawan. Khusus bagi wanita baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan
dan kesihatan 0rgan
kewanitaan.
Posisi sujud juga dapat menguatkan otot leher, tengkuk, lengan dan otot bahu. Ini kerana semasa sujud, keseimbangan posisi tulang belakang berlaku dan pengaliran darah beroksigen ke otak bertambah. Hasilnya keupayaan otak untuk berfikir juga bertambah dan melambatkan proses keletihan otak.
Dalam
pembentangan oleh Prof. Fatimah turut menyatakan hasil kajian mengenai solat
yang berupaya menurunkan berat badan, merawat masalah mati pucuk, mencegah
penyakit jantung dan merupakan senaman regangan yang paling efektif dan
berkesan.
Demikianlah
ulasan mengenai faedah di sebalik lamanya rukuk dan sujud dalam solat. Jika
ingin d0sa berguguran, maka lakukan anjuran Rasulullah ini. Semoga kita selalu
menjadi hamba Allah yang selalu beriman dan beramal soleh. Insya Allah
MEMPERBANYAKKAN SUJUD SELAGI BERNYAWA
Maksud Hadis :
Daripada Abu Faras Rabi’ah bin Ka’ab Al-Aslami r.a,
khadam Rasulullah S.A.W. Ia adalah daripada golongan fakir penghuni serambi
masjid Rasulullah S.A.W katanya, aku bermalam di rumah Rasulullah S.A.W untuk
membawakan air untuk baginda berwuduk dan keperluannya yang lain, maka sabda
Rasulullah S.A.W, mintalah sesuatu daripadaku,? Aku menjawab, ku minta untuk
menjadi pengiring engkau ke dalam syurga, sabda baginda lagi, selain itu?
Kataku, itu sahaja, sabda baginda, kalau begitu tolonglah aku dengan memaksa
dirimu sendiri dengan memperbanyakkan sujud.”
(Hadis Riwayat Muslim).
Pengajaran hadis :
1.Islam menggalakkan
seseorang menghulurkan khidmat baktinya dengan mendampingi seseorang yang
mempunyai maqam yang tinggi disisi Allah S.W.T dengan cara sedemikian, ia dapat
meningkatkan ketakwaan.
2. Islam
menggalakkan seseorang
memperbanyakkan sujud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bagi memudahkan
mendapat rahmat-Nya.
3. Hadis lain yang
berkaitan sujud:
Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan
Abdul Rahman Thauban r.a. hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda, “Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali
tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan
dengannya satu dosa.”
4. Setiap muslim
hendaklah sentiasa menjaga sembahyangnya terutamanya sembahyang fardhu.
5. Sujud termasuk
rukun dalam rukun-rukun solat. Allah telah mewajibkan solat lima waktu sehari
semalam yang dalamnya terkandung 17 rakaat dan 34 kali sujud. Setiap rakaat
solat mengandungi dua kali sujud.
6. Orang yang
meninggalkan solat adalah orang yang meninggalkan sujud kepada Allah SWT.
7. Keadaan bersujud boleh memanjangkan umur jantung
dan mengelakkan pengecutan salur-salur darah yang membawa kepada penyakit arteriosklerosis. Kadar denyutan yang paling rendah
berlaku disebabkan kedudukan kepala yang lebih rendah daripada jantung ketika
sujud.
8. Ketika ini lebih
banyak darah mengalir ke otak dan menyebabkan otak menerima bekalan oksigen
yang dibawa melalui darah. Otak akan menjadi lebih sihat dan cerdas kerana
mendapat bekalan oksigen yang banyak.
9. Pergerakan bahagian
otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Banyak kajian
perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan semasa solat banyak memberikan
manfaat bagi ibu hamil. Ketika wanita bersolat, gerakan sujud dan rukuk secara
semula jadi akan meningkatkan
peredaran darah ke rahim. Ini kerana keperluan
sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah,” kata
Yazid lagi. Menurutnya, bagi wanita yang hamil, rahim memerlukan darah yang
cukup agar janin mendapatkan gizi yang cukup dan seimbang.
Sila Check :
Dalam 13 rukun solat, terdapat 4 tempat yang perlu
Tho’makninah ( berhenti seketika ),
iaitu ketika Rukuk, Iktidal, Sujud, dan Duduk antara
dua sujud.
Rukun solat |
No comments:
Post a Comment