بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
"Dari Abu Darda dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, beliau shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Quran dalam semalam?" Mereka mengatakan, "Bagaimana kami bisa membaca seperti Al Quran?" Lalu Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Quran." (HR. Muslim no. 1922)
Ayat dan Terjemahannya:
al Ikhlas |
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Bis-mil-lah hir-rah-maa
nir-ra-him
Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
Qul
hu-wal-la-hu a-had
1.
Katakanlah
(wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
اللَّـهُ الصَّمَدُ
Al-lah
hus-sho-mad
2.
Allah
Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Lam
ya-lid wa-lam yuu-lad
3.
Dia
tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Wa-lam
ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had
4.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Surah
Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa
keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
1. Mengusir
Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum
anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis
dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah
rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan
sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut.
Membaca ketika memasuki
rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran
dan kemiskinan.
* Nota – Berkenaan
memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat
akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
2. Sebahagian
Al-Quran
Dari Imam Bukhari,
diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah
al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan
itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang
nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Abu Hurairah r.a. Sabda
Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al
Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
Sabda Rasulullah
SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah
membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
Dari Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir
ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
3. Khatam
Al-Quran
Orang yang membaca surah
Al-Ikhlas 1 kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran
membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas 3 kali
mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran
seluruhnya.” (Hadith
Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
.
Rasulullah SAW pernah
bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang
dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa
ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina
Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab
Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah
Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah
SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali,
dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali
khatam.”
4. Pahala
membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab –
Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali,
maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada
Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia
menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
Daripada Ibnu Abbas
r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke
maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan
kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya
lelaki mahupun perempuan.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya;
Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan
Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail
A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail
A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
5. Penebus
Diri
Membaca Al-Ikhlas
1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu
membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
Diriwayatkan oleh Iman
Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul
Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya
dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.
Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia
adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari
neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu
100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
6. Diampuni
Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat
al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50
tahun.
Rasullullah SAW bersabda
: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali,
maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara;
Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan
Minuman keras.”
“Sesiapa membiasakan
setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu
lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”
7. Selamat Di Alam
Barzakh
Sabda Rasulullah
SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Rasullullah
SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan
sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya
diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
Lihat:
No comments:
Post a Comment