بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
22022022
(Cantik tarikh hari ini , namun cantik lagi 'perkataan keramat' yang terindah di bawah ini ...Bismillah... Alhamdulillah )
Bismillah |
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).
Rahsia 19 Huruf
Perkataan Basmallah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah SWT: “Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia!; Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).” (Surah al-Muddatthir, ayat 27-30).
Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”
Fadhilat Basmallah
Banyak khasiat dan fadhilat ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) telah diamalkan oleh para Salafussoleh sehingga ada merumuskan beberapa keutamaan dengan jumlah tertentu, hasil dari bacaan Basmalah ini; Diantaranya:
-‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar.
-. Setiap huruf diberi 4000 kebajikan, dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
Mengamalkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ 201 kali selepas solat lima waktu. Insya Allah, dikurniakan ganjaran yang besar dan dimakbulkan segala permintaan.
-Sesiapa membaca sebanyak 20 kali selepas solat Tahajjud, Insya Allah dilapangkan rezeki, keadaannya lebih baik dan bercahaya rohnya.
-Dibaca sebanyak 41 kali diantara solat sunat, Insya Allah penyakit cepat sembuh, permintaan diperkenankan, dikasihi makhluk dan ditakuti musuh.
-Membaca 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahad dengan menghadap kiblat sewaktu matahari terbit, Insy Allah akan mendapat rezeki tidak terduga.
-Dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya Allah terpelihara daripada godaan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut.
-Baca 41 kali ke telinga orang pengsan, Insya Allah boleh segera memulihkannya.
-Dibaca ketika hendak berjimak, Insya Allah akan melahirkan anak yang cerdas, terang hati, salih dan memperoleh baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
-Sekiranya ditulis 61 kali kalimat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) dengan huruf Arab pada kertas putih lalu disisipkan ke perut ibu hamil; Insya Allah, akan hidup dan sihat anak dikandung.
-Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air Ialu diminum orang yang bebal selama tujuh hari sewaktu matahari terbit, Insya Allah akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
-Membaca 786 kali lalu dihembuskan pada barangan niaga selama tujuh hari, Insya Allah maju perniagaannya.
-Dibaca 50 kaIi terhadap orang zalim, Insya Allah akan menunduk atau menakutkannya serta akan naik keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
Rasulullah SAW bersabda: “Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya, sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim).
Pernah lihat tak orang yang mulutnya sentiasa mengucapkan bismillah ketika hendak melakukan sesuatu, saya yakin mereka ini pasti arif tentang kelebihan bismillah.
💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓
Sabda Nabi SAW :
كلُّ كلامٍ، أو أمرٍ ذي بالٍ لا يُفتَحُ بذِكْرِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ فَهوَ أبترُ
Maksudnya : “Setiap ucapan atau perkara yang tidak dimulai dengan mengingati Allah (zikrullah), maka amalan tersebut akan terputus.” [HR Ahmad (8712)]
Apa yang terputus? Makna terputus di sini bermaksud kurangnya keberkatan.
💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓
Para ulama menyatakan disunatkan memulakan setiap penulisan, pembelajaran, pengajaran, khutbah, percakapan dan perkara-perkara yang lain yang dilihat penting dengan memuji Allah SWT. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1/73)
Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT.
💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓
Mereka yang sentiasa ingat Allah dan arif tentang sifat dan kekuasaan Allah nescaya tidak akan lupa membaca ‘Basmallah’ kerana mereka sedar bahawa Allah berkuasa atas setiap sesuatu dan segalanya terjadi atas izin Allah.
💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓
Terdapat beberapa tempat yang amat digalakkan membaca basmallah, antaranya:
1. Sebelum Makan
Nabi SAW telah mengajarkan kepada umatnya adab-adab makan. Antaranya ialah membaca basmalah sebelum makan.
Sebagaimana sabda Nabi SAW :
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Maksudnya : “Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (Bismillah). Sekiranya dia terlupa (menyebut nama Allah) pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).”
[HR al-Tirmizi (1858)]
Terdapat persoalan tentang adakah dapat ganjaran jika membaca bismillah sahaja tanpa Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Jawapannya ialah ya, tetap dapat. Boleh rujuk muftiwp untuk penjelasan penuh.
Imam al-Nawawi ada menyebutkan bahawa :
Maksudnya : “Di antara perkara penting yang mesti seseorang itu tahu mengenai sifat basmalah dan kadar (minima) yang cukup daripadanya (ketika dilafazkan)… ialah sebaik-baik lafaznya (afdhal) apabila seseorang menyebut : (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ). Akan tetapi kalau dia hanya menyebut : (بِسْمِ اللَّهِ), sudah cukup baginya dan dia mendapat pahala sunat.
(Lihat al-Azkar, hlm. 388)
10 Adab Makan Mengikut Sunnah
2. Ketika sembelihan
Jika binatang tidak dibaca nama Allah ketika sembelihan maka haram dimakan binatang itu
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.”
(Surah al-An’am, ayat 118)
3. Tutup pintu rumah
Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA. Sabda Nabi SAW:
وَأَغْلِقْ بَابَكَ، وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّه
Maksudnya: Tutuplah pintu rumah kamu (pada waktu malam) dan sebutlah nama Allah
Riwayat al-Bukhari (3280)
4. Menutup bekas makanan
Rasulullah SAW bersabda: “Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Kesimpulannya
Membaca basmalah sebelum makan adalah termasuk dalam perkara sunat dan adab-adab makan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.Bacaan lafaz basmalah yang paling baik dan sempurna ialah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ). Akan tetapi sekiranya seseorang itu hanya membaca (بِسْمِ اللَّهِ) sahaja pun sudah cukup memadai baginya, dan dia tetap mendapat fadilat serta kelebihan basmalah tersebut sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Nawawi.
Post Tags:#sunnah
kredit :
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskan hati terlebih dahulu , bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Anggaplah dengan rahmatnya Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu
No comments:
Post a Comment