Tuesday, January 25, 2011

WARNA UNTUK KESIHATAN?

Nak tahu tentang pengaruh warna pada kesihatan kita? Sila baca :

Merah
  Warna merah dikatakan dapat membantu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan meletakkan sehelai tuala merah yang dilembapkan di atas mata . Ini kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenal.
  Warna merah tidak boleh digunakan secara keterlaluan kerana ia merangsangkan  sistem badan dengan terlalu kuat dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya.  

Biru
   Warna biru pula adalah untuk meredakan tekanan. Cuba fokuskan pada sesuatu yang berwarna biru, ianya meransang suasana tenang dan mengurangkan tekanan darah.Sekiranya anda stress ketika mengadap komputer, cuba tukarkan screen saver kepada warna ini untuk mengurangkan ketegangan. Biru adalah warna yang melegakan, tenang dan damai kepada sistem badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda.

Merah jambu
   Warna yang sering dikaitkan dengan wanita ini sebenarnya bagus untuk mengatasi masalah imsonia . Jika anda sukar tidur pada waktu malam, cuba hiasi bilik tidur dengan warna ini. Kajian mendapati warna ini mewujudkan suasana santai, selesa dan romantik. Biasanya warna ini digunakan untuk menghiasi bilik bayi dan kanak-kanak.

Jingga/oren
  Warna ini berfungsi  menceriakan mood anda. Jika anda merasa murung cubalah sesuatu yang berwarna jingga untuk mengembalikan tenaga anda. Warna ini juga sesuai pada tempat makan kerana ia meningkatkan selera. Kanak-kanak pula tidak digalakkan banyak mengunakan warna ini (persekitaran dan warna pakaian) kerana terdorong menjadi hyper aktif.

Hijau
  Warna ini dikatakan dapat mengatasi keletihan kerana ianya memberi kesan positif dalam sistem imunisasi dan menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Warna hijau sebaiknya dipakai oleh mereka yang sedang sakit. Dalam keadaan  tubuh yang sakit memerlukan kerehatan yang cukup bagi membolehkan ia menjana kembali kekuatannya. Dengan suasana yang harmoni di dalam tubuh, ia membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus . Tubuh yang tidak cukup rehat akan bekerja dalam situasi tertekan dan sukar untuk sembuh. Sebab tu pesakit hospital pakai baju hijau.


Kisah menarik tentang pengaruh warna :
    Pada tahun 1977 seorang ahli terapi telah dipanggil oleh Tuan Reverend Everest Strang untuk merawat isterinya yang menghidapi penyakit kanser usus. Wanita tersebut bukan saja semakin uzur tetapi amat kecewa dan enggan mengambil ubat lagi. Beliau juga menghadapi tekanan perasaan dan emosi yang teruk dan enggan berjumpa doktor. 
      Ahli terapi tersebut mendapati kebanyakkan benda di bilik wanita itu berwarna merah. Langsir, kelambu, cadar, permaidani bercorak  merah, alas meja kecil disisinya dan selimutnya juga berwarna merah. Beliau menyedari bahawa itulah punca kenapa tahap kesihatan wanita tersebut semakin teruk walaupun mangambil ubat.
 Kemudiannya langsir di tukar ke warna hijau, cadar warna putih, selimut warna biru muda. Karpet merah dikeluarkan dan alas meja digantikan dengan warna lembut. Malahan ahli terapi itu juga mewarnakan mentol lampu dengan warna biru
        Selepas setengah jam kegelisahan wanita itu berkurangan. Selang beberapa hari dia mula berselera untuk makan dan kelihatan bersemangat. Dua minggu kemudian wanita ini dapat melakukan aktiviti hariannya seperti biasa.

     Begitulah keajaiban yang tersembunyi di sebalik warna. Ini kerana warna menghantar isyarat getaran kepada kita dan badan kita akan memberi reaksi terhadap   getaran tersebut.



Berikut adalah fakta tentang warna  secara umum:

Merah : Tenaga, kehangatan, cinta, nafsu, agresi, bahaya.
Jingga/Oren : Tenaga, Keseimbangan, Kehangatan.
Kuning : Optimis, Harapan.
Biru : Kepercayaan, Konservatif, Keamanan, Teknologi, Kebersihan, Keteraturan.
Hijau : Alami, Sihat,  Pembaharuan.
Ungu : Spiritual, Misteri, Kebangsawanan, Transformasi, Keangkuhan.
Coklat : Tanah/Bumi, Kepercayaan, Kesenangan, Daya Tahan.
Kelabu: Intelek, Masa Depan (Milenium), Kesederhanaan, Kesedihan.
Hitam : Kekuatan, Seksualitas,Keanggunan, Kecanggihan,  Ketakutan, Misteri, Kesedihan, Kematian

2 comments:

  1. warna merah dalam rumah memnag kurang sesuai...tapi sesuai untuk jin...mereka suka warna ini...apajanews suka HIJAU

    ReplyDelete
  2. bapa mertua saya slalu komplen kalau kami guna warna merah. Rupa2nya warna merah kurang elok. :)

    ReplyDelete

💐HATI CERMINAN DIRI💐

 ﷽ اَلسَّــلَامُے عَلَيْڪُمُے وَرَحْمَۃُ اللّٰہِ وَبَرَڪَاتُہُ ﷽ ﷻ بِسْـــــــمِے اللّٰہِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْـــــــمِے ﷻ ﷺ اَللّٰہُمَّے  ...