Joke Part 1
Aku kira habis di situ tapi setiap kali jumpa aku, mesti dia senyum dan cakap benda yang sama. Walau aku cuma ignore jer. Pernah suatu masa tu dia ke Indonesia selama seminggu kerana tugasan kerja, aku tak tahu pun bila tarikh dia pulang. Pada hari tu, tiba- tiba ketika aku sedang duduk seorang diti di bangku sedang siapkan kerja ( di ofis, bilik editing yang agak gelap. Memang aku seorang diri di bilik tu masa tu, tengah buat video pendek untuk commercial break), dia muncul dan kiss pipi aku ..Aku rasa nak terlompat dari kerusi, kebetulan masa tu sunyi tak ada orang kat situ. Dia sengih- sengih sambil ... ' hey i miss u.. awak ingat saya tak? Saya baru sampai ni...dari airport terus ke sini"; Aduhh.. Aku marah la sambil tutup muka , buat apa ni, buang tabiat ke apa..Aku menggeleng kepala... Kasanova ni ishhh..gurauan melampau ni!. Aku ingat sampai bila2.
Masih lagi ku ingat, ada suatu masa tu aku sepatutnya berjumpa dengan 'seorang kawan tu' - Aku memang selalu keluar dengan dia ni tengok movie (dia ada dalam kisah : Kisah CINTA DAN KERETA. ?. ) Aku cuma bagi gap masa antara pukul berapa aku boleh datang kerana ada tugassn di tempat lain tak tau pukul berapa siap. 'Kawan ni' ada sekali masa tu. Aku begitau dia nak jumpa 'kawan tu' nanti bila kerja siap. Dia kata okay nanti dia hantarkan. Aku tak payahlah cari transpot lain (memang aku plan nak call teksi untuk ke tempat tu) . Ok set. Tiba masanya semasa dalam kereta 'kawan ni' dia tanya aku, kawan yang nak jumpa tu lelaki ke perempuan. Aku cakap tak kisahlah lelaki ke perempuan , kami kawan jer. Boleh pulak dia gelakkan aku dan cakap tak payah jumpa kawan tu, jumpa dia jer dah cukup la bagi aku... Boleh pulak dia bawa aku lepak ke lain dengan tak rasa bersalah langsung...siap cakap, nanti dia balik jer tu, buat apa tunggu kalau orang tak datang kan,, . tak taula kawan aku tu macam mana. Nak contact tak boleh... zaman tu mana ada handphone macam sekarang ( Kawan aku yang tunggu aku tu cakap 3 jam dia tunggu aku kat situ tau, dia cerita selepas jumpa aku di masa lain...adoi...)
Sehinggalah tiba masanya untuk aku pindah ke tempat lain., aku tak lagi setempat dengan 'kawan ni'. Last day aku di situ, dia bagi aku namecard, minta aku contact dia nanti. Lepas tu cakap " kenapa la aku hadir dalam hidup dia dan buat kepala dia ingat kat aku jer. Takpe, tunggu tau, suatu hari nanti kita kahwin juga yer, nanti". Selamba jer dia bercakap. Aku senyum sinis dengar lawak dia...Aku tak pernah pun call dia lepas tu... Selama ni pun semuanya kerana urusan kerja jer yang buat kami berkawan ...
Joke Part 2
Terus lost contact hampir setahun juga dengan' kawan ni'. Sehinggalah pada suatu hari entah macammana aku rasa nak tanya khabar 'kawan ni' , teringat aku masih simpan nombor dia.. cari2 namecard dia bagi... Call guna public phone. Terus beriya- iya tanya aku kat mana. Masa ni aku tinggal kat flat Kajang Utama. Malam tu jugak dia datang tempat aku tau. Tak apalah ku kira, jumpa kali ni jer... Dia tengok jer aku dan tak habis² bertanya selama ni aku tak ada ke ingat kat dia walau sikit pun, tak rindu ker?. Takkan tak langsung ada perasaan macam tu. Aku bagitau aku sibuk tak ada masa nak fikir pasal orang lain la.
Tak lama selepas tu aku tinggal kat Panttai Dalam, serumah dengan kawan2 yang satu sekolah denganku dulu. Masa ni di rumah dah ada phone tak macam dulu. Bila dia tau nombor telefon , hampir setiap hari selepas tu dia call aku. Soalannya sama, "Awak apa khabar?, awak buat apa hari ni? Sihat tak? Ingat kat saya tak?.".. Aku hanya gelak dan cakap "buat apa ingat awak, banyak kerja lain nak buat".. Lepas tu mesti dia balas, "okaylah, tak apalah awak." Ada masanya dia call dan tanya "cuba teka, saya kat mana ni?" Suruh aku intai ikut tingkap, dia ada kat tepi rumah dah, lambai2 dari dalam kereta.,, haha
Dia memang jenis spontan. Aku pula takkan nak suruh dia balik jer kan. Memang, cannot resist..so, keluar la lepak ngan dia, Tanpa arah tujuan, Kadang pergi makan , kadang pusing2 saja dengan kereta.. Kebetulan masa tu kawan-kawan aku keluar dengan pakwe, ada yang dah bertunang. Aku solo jer lagi masa ni tak serius dengan sape2, jadi aku layan jer dia keluar, Tapi lepas tu jadi habit dia pulak datang tiba tiba..call bertanya : "cuba teka, saya kat mana ni?".kita orang keluar makan, meronda dengan kereta tanpa tujuan. Dengar dia punya cerita, haritu dia letih ker, busy ker, kerja banyak ker, pasal orang kenakan dia. Cakap pasal kawan... Hey, What friends are for.... Kawan sepatutnya tolong kawan, kawan apa kalau main kutuk belakang macam tu... Kadang² dia pasang jer radio kuat², sambil tumbuk stereng kereta.. lepas perasaan katanya...
Memang selalunya kami keluar meronda dan dengar dia bercerita dan buat joke semua. Tapi ada yang buat aku ingat sangat bila dia cakap.." Kalau ada perasaan sayang atau rindu pada seseorang tu kan, cakaplah. Kena cakap tau. Tak guna simpan jer dalam hati tau. Benda tu lebih bermakna, lebih feel bila kita cakap, bagitau.. the feeling tu rasa lain tau...' Dia kata rasa puas sangat bila dapat cakap apa yang dia nak cakap. Tak kisahlah orang terima tak. Bercakap penuh gaya dari pengalaman. Lepas tu cerita kisah dia dengan awek inilah.. Aku jenis curious nak tahu, lagi dia suka cerita.
Pernah suatu hari dia tahu aku demam, tanya aku makan apa apa tak. Aku memang kalau demam tak boleh nak makan apa apa. Dia paksa jugak aku keluar. Order semangkuk nasi bubur dan minta aku makan juga. Hanya sesudu jer mampu aku telan, dia mengeluh dan cakap dia risau tengok aku macam tu ... Nampak muka dia serius masa tu. Tak berlawak macam biasa, mungkin tahu aku memang tak boleh gelak macam biasa.
Dia Terasa dengan aku
Tiba² suatu malam dia call aku, cakap dia dah ada kat sebelah rumah aku. Aku bagitau aku keluar hangout dengan kawan. Terus dia tanya kawan lelaki ker. Aku jawab kawan la, tak tahu pukul berapa aku balik... Dia tanya lagi aku buat apa dengan kawan tu,,,,takkan tak ada apa2 kot,,, macam- macam soalan pelik. Aku cuma gelak. Dengar suara dia macam frust... tak apalah katanya, Letak phone. Aku jadi bingung juga. Kenapa pulak kasanova ni... Padahal dia... Aku tau dia ni baik sebenarnya (jauh dalam dirinya/ hati), cuma life dia begitu mungkin kerana pengaruh kawan.. Time aku perlu bantuan, dia tolong, tak berkira...takdelah macam2 dengan aku, dia hargai aku sebagai kawan. (kawan serumah aku pun sebenarnya tak suka aku berkawan dengan dia ni tapi aku cakap aku tau la dengan siapa aku berkawan,,, Adalah sebabnya, tak boleh bagitau. Memang dah biasa orang kutuk aku... seperti aku selalu buat baik kat orang yang fitnah dan kutuk aku macam2 kat belakang, ( jawapanku senang, kenapa perlu aku balas sebegitu nanti jadi sama jer la aku buat tak baik pada orang padahal tau itu tak baik,, biarlah tuhan yang adili ),, kenapa adik2 bermasalah yang lari dari rumah datang cari aku zaman sekolah dulu pun cikgu disiplin pelik dan buat2 tanya.. aku jawab, adalah...dah cikgu tak selami betul2 hati dan masalah diaorang,,, lepas tu okay jer diorang boleh fokus dan berjaya. - aku bukan pengawas sekolah cuma naib presiden pangawas pustaka, aku mmg ulat buku)
(Teringat satu waktu aku lewat tiba ke sekolah, cikgu disiplin denda suruh susun meja kat kelas, aku lari macam tu jer, keluar dari sekolah {tak tau mcmmn boleh lepas gitu jer}, tahan bas (kebetulan pula bas lalu), aku gi lepak kat pantai batu buruk, order meehun sup. tokey kedai berbisik jer belakang, dah aku dengan pakaian sekolah.. itu kerja paling giler pernah aku buat. Esoknya cikgu disiplin cari aku tanya kenapa kelmarin tu, ponteng sekolah terus ye?. Aku kate, saya lewat sebab sakit perut, cikgu tak tanya pun, dahla rugi sampai lewat, saya ke sekolah untuk belajar kalau nak suruh susun meja tak payahla,, tak adil ... cikgu buat2 tak dengar jer dan berlalu... ishh...tp lepas tu baik pulak cikgu tu dgn aku)
The Big Jokes
Selalu juga bila hari minggu aku akan ke area Kajang, rumah kakak angkatku, Kak Nor. Kami dah macam satu family. Aku pun baik dengan ahli keluarganya yang lain. Tiba² hari tu abang Zack, husband kak Nor call bagitau nak buat gathering, makan2. (Teringat sebelum ni yang kak Nor masak kari kapala ikan,, memang the best,,,) Kak Nor suruh dia call sementara keluar cari barang, katanya (rupanya dia ni reka cerita). Otw ke sana, dia call lagi bagitau dia ada kat tepi jalan ni, so, senang aku turun di situ. Memang bila sampai dia dengan anak yang 6 tahun jer ada di situ. Kak Nor belum sampai lagi. Tunggu kejap katanya kat kereta dia. Aku duduk seat belakang. Tiba² pula dia tanya aku pasal hubungan kak Nor dengan boss dia, sebab sebenarnya kak Nor keluar berduaan,,, katanya kerana ada urusan, meeting ke apa atau scandal (padahal pasal urusan pekerja cleaner)Aku bagitau yang aku tak tahu apa² pun. Dia tak puashati kata aku subhat dengan kak Nor tipu dia, yang K Nor ada affair dehgan boss. Dia tambah lagi yang aku ni pun sama juga , pura² macam baik... Tiba² dia pegang aku, cuba buat tak senonoh, aku terkejut dan terus keluar dari kereta. Panik. Blank masa tu,,,.

Aku memang tak ingat orang lain dah, terus aku call 'kawan ni'. Bagitau hubby kakak angkat aku buat apa, minta dia datang ambil aku segera. Aku tak ingat berapa lama aku tunggu dengan seribu macam perasaan (ada dalam 15 minit gitu). 'Kawan ni' pun sampai, hampir serentak pula kak Nor dan boss dia sampai. Aku terkejut gila semasa masuk kereta kawan aku ni. Dia hanya pakai spender , t-shit, jacket... Cap hitam seperti biasa di kepalanya... Dia cepat cepat ambil jeans tutup spender bila aku nampak. Aku tanya kenapa macam ni, katanya masa aku call tadi, dia kat toilet, sakit perut. Panik juga dengar suara aku cemas, ambil kunci kereta dan jeans, terus drive.... Aduhhh... Aku rasa kesal pula kerana telah menyusahkan dia sebegitu...
Kak Nor berlari keluar kereta panggil aku ajak aku naik keretanya, dia macam terpingga. Aku keluar jumpa dia, sementara kawan ni pakai jeans dia... Aku bagitau kawan aku datang ambil aku takkan nak biar dia balik macam tu jer. Susah payah dia datang untuk aku. Kak Nor merayu minta tolong aku backup dia, takut sesuatu berlaku kat rumah nanti. Kalau aku ada lain sikit la katanya... Aku serba salah tapi aku pergi juga ke kereta 'kawan ni'. Minta maaf dengan kak Nor. Hari dah lewat masa tu... kak Nor follow kereta aku ngan kawan ni. Berhenti lagi. Sekali lagi dia mintak aku ikut dia... ohh, maaf kak Nor...maaf sesangat...
Selepas tu. kawan ni tak terus hantar aku pulang pun... melepak dulu. Dia tak banyak cakap . Memang sejak akhir- akhir tu dia tak banyak cakap macam biasa. Biasanya macam everything yang ada dalam kepala akan dia keluarkan...sampai aku akan rasa... hey, no way man, mengarut betullah, then gelak... mungkin kerana kes teman dia ada affair dengan orang lain. Dia pernah cerita tu...katanya macamla dia tak tau, pergi Genting sama - sama dengan alasan ada urusan kerja.... Kemudian dia tanya kenapa aku call dia, tak call 'kawan aku tu' yang aku keluar malam tu, masa dia datang aku tak ada tempohari. Aku tak tahu dan tak terfikir pun. Tanya aku buat apa malam tu.. tak habis lagi rupanya dia berfikir. Dia tak percaya aku bagitau tak ada apa apa. Aku bagitau kalau ada peluang sekalipun, kami tak macam yang dia fikir tu. Tak tau macam mana lagi nak yakinkan dia... Lepas tu cakap yang dia dah tak boleh lah.....terhenti di situ ayatnya... Tak pernah aku tengok muka dia macam tu sebelum ni. Berubah terus, macam nak menangis tapi tertahan. Then.... tak apalah saya hantar awak balik katanya. Memang sunyi dalam kereta.... Itulah kali terakhir dia jumpa aku. Tiada lagi call lepas tu atau datang mengejut... Hilang dari radar. Tukar nombor phone.,,? What's a joke? Memang dia benar2 tak nak aku call dia lagi dah. Aku pun masa tu macam... harap kau bahagia la dunia akhirat ya kawan...
Aku pun tak tahu nak fikir macammana lagi, aku hormati keputusan dia. Dah dia tak perlukan aku dalam hidup dia. Itu keputusan dia. Aku ingat dia cakap, kenapa la saya kenal awak? Kenapa la awak wujud dalam hidup saya ? Jadi memang kali ni dia tak nak aku ada dalam hidup dia lagi. Aku kena akur itu. Okay, teringat ayat dia dulu dulu, have fun if you still can.. jadi sekarang ni dah tak fun lagi lah... Or sebab you cant get something u want from me, ha? Kalaulah aku tak call dia semula selepas aku berpindah tempat tu... Aku pun tak suka semuanya jadi begini. Tidak... Hey, please dont blame me, ok? Semuanya berlaku spontan, pantas... Ianya berbeza 'pandangan' dari dalam kotak berbanding dari luar kotak tau. Faham maksud aku kan...
Aku sebenarnya kehilangan 2 orang serentak masa tu. Kak Nor dan kawan ni. Kak Nor hilang tak dapat dihubungi juga.. Hilang terus dari radar. Tak lama selepas peristiwa itu , Kak Nor call.. " terima kasih banyak kay buat kak Nor macam ni..." itu intronya... Cerita apa berlaku malam tu. Diaorang gaduh besar, teruk dia kena 'dera' malam tu.. mula mula jer hubby dia buat buat bodoh macam tak ada apa apa., masuk bilik then... ke hospital dia,... Allahuakbar... berjahit. Malam tu juga keluar dengan bantuan adiknya. Aku tak tahu apa apa pun. Aku berada di situ pun dengan alasan nak gathering... Kak Nor tak percaya aku, kata aku yang cerita pasal dia dengan boss dia ada affair. Terus letak phone. What 's a joke..... Lagi... Aku taklah segila itu nak musnahkan hidup orang yang aku anggap macam family dah, dia layan aku baik seperti adiknya, selalu bertanya, semuanya okay ke Kay. bagitau kak Nor kalau ada apa apa..bagi nasihat padaku.. cerita kisahnya padaku,,,percayakan aku.. Pergi pasar, masak, lepak... semuanya tinggal kenangan....
Aku mula kenal rapat dengan kak Nor sebenarnya setelah beberapa tahun bertemu dan bertegur sapa dengannya. Masa tu dia kerja di kedai kasut di Kajang Utama. Kak Nor memang jenis ramah dan suka bertanya itu ini (sebab tengok aku selalu bersendirian, aku memang jenis lone ranger, -bukan mudah aku boleh 'masuk' dengan seseorang sebenarnya ), kadang kadang dia cerita pasal kisahnya. Pergi makan bersama. Itu permulaan kami jadi kawan atau lebih pada kakak dan adik. Kak Nor memang jenis gigih bekerja demi keluarganya lantaran suaminya tiada kerja tetap. Kadang aku teman kak Nor jumpa mak Datin yang berurusan mengambil pembantu rumah. Kak Nor juga handle kakitangan cleaner kak pejabat.. Tidak hirau ke sana ke mari berpanas dengan kereta yang tak ada aircon pun masa mula mula tu...sampai berkilat juga mukanya...
Aku kemudiannya pindah ke tempat asal. Kerja di sana. Tapi aku masih lagi cuba contact kak Nor masa tahun 2000, dari tempat kerja. Teringat kawan yang pernah kitaorang keluar bersama. Dia tahu pasal kak Nor , aku cuma tinggal pesan dan no phone tapi dia bertegas yang kak Nor dah tak percayakan sesiapa, rahsiakan di mana dia serta no contact dia, tak boleh bagi sebab dah janji...

Aku berharap kalau kak Nor terbaca kisah ni.. Demi Allah kak Nor, Kay tak buat apa2 pun seperti yang kak Nor dakwa tu.. cerita yang bukan2 pasal kak Nor pada suami kak Nor,. Kita kenal pun adalah ketentuanNya, hanya bermula dengan sebab membeli sepasang kasut di kedai kasut di pusat beli belah.. beberapa kali kebetulan berjumpa dan kemudian berkawan seperti adik dan kakak
Kawan tu yang ku ceritakan dalam kisah ni, setelah beberapa tahun dia meninggal baru aku tahu berita itu,,,( kerana excident motorbike dekat Sepang semasa Formula One PETRONAS GRAND PRIXD...Innalillahiwainnailaihirojiun “Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allah SWT kita kembali .”
(Dia dah kahwin tapi kemudian terpisah, jodoh tak kekal lama, ada seorang anak).
kata2nya masih ku simpan hingga kini, ku anggap itulah kata2 keramat dari seorang kawan yang ikhlas,,,Entri yang terhasil kerana ingatan padanya : Perlukah ucap sayang Entri pertama posting blogku ini
Sesungguhnya kita sebagai manusia tak akan bisa lari dari ketentuan takdir dariNya yang Esa. Itulah hakikatnya. Segala apa yang berlaku tersembunyi hikmah di sebaliknya... Hanya Allah yang maha mengetahui,,,
Sememangnya selepas peristiwa itu semualah aku pindah balik negeri asalku, bekerja di sana, masa itulah hubunganku mula baik dengan seorang kawan yang akhirnya jadi life partner aku sekarang ni . Rupanya semua itulah yang 'push' aku padanya...
Wallahu A'lam.
*Kepada mereka yang selalu suka menuduh yang bukan2 pada seseorang, suka mendengar dan mereka cerita negatif , hentikanlah..Kamu tidak pernah tahu hakikat sebenar seorang itu dengan melihat zahirnya saja...Cubalah berhusnuzon.
Teringat kawan baikku semasa sekolah ( Kak J*ra ) (Hai kak J*ra... still loving you! haha)..(kami duduk serumah sewa dengan beberapa kawan lain) Dia ni memang selalu jadi bahan jugak, senior setahun, budak hoki, stail kasar (tapi sebenarnya dalam hati ada taman, aku tau tu. mungkin orang lain tak tau kot, haha). cakap pun main lepas jer (jenis terus terang).. orang duk tuduh dia lesbian bagai.. alahai,, aku selalu tepuk dia dan gelak jer dengar cerita keluhannya... (dia tak panggil aku Kay atau mar tapi "Mama" .. memang yang rapat dengan aku panggil nama ni, termasuk adik angkat dan kawan lelaki yang selalu bela aku kalau orang cakap macam2 pasal aku, siap tanya "nak aku tumbuk dan belasah ke budak tu.... ?" aku gelak mendengar lawaknya..- kawan yang ni lost contact dah, last dengan cerita masuk tabligh, pernah datang cari aku kat tempat kerja di Paka dari Kuala Terengganu dengan cousin aku, buat surprised... masa tu dia berkenan kat sorang awek cina, mula tu ditentang, kawin lari juga awalnya, kemudian dapat restu...- Hai Man! Mana la kau sekarang? )
Walau ada juga suara sumbang (kawan2 jugak.. haha) yang kata aku macam couple jer dengan kak J*ra ni.. aku hanya gelak... anggap saja itu lawak, Aku memang tak ramai kawan. Bukan jenis suka sembang cerita hal orang itu ini,,gossip itu ini, bab fesyen ker apa... aku akan angkat kaki bila ada yang start,, mulalah kata aku 'tak reti berkawan/tak enjoy'... arghh biarkanlah, Jiwa aku tak begitu, (Kak J*ra ni memang still kawan dengan aku hingga kini walau tak serapat dulu memandangkan keadaan yang tak mengizinkan. )
No comments:
Post a Comment