Monday, January 17, 2011

PERLUKAH UCAP SAYANG



'"Saya sayang awak"

Siapakah antara kamu yang selalu melafazkan perkataan keramat ni... tak kiralah pada siapa kamu ucapkannya yang pentingnya ia ikhlas dari hati bukan hanya dibibir saja.. sebab ada sesetengah orang semua orang pun dia panggil sayang. Ada aku pergi kat kedai akak jual baju tu, dia tanya aku " Sayang, awak nak beli apa?" Ha? Rupanya, semua orang dia panggil sayang ...


kamu mesti suka bila ada seseorang yang mengucapkannya pada kamu, yelah bila kamu saja yang mengucapkannya pada yang tersayang, nak juga kamu mendengar ucapan itu keluar dari bibirnya..Dr Fazhilah Kamsah pun menyarankan supaya kita mengucapkan sayang atau 'i love u' sekurang-kurangnya 10 kali sehari kepada pasangan...


perkataan sayang ini biasa diucapkan pada pasangan yang sedang hangat bercinta, semasa sebelum kahwin selalu saja ucapkan sayang, apalagi bila berjauhan dan jarang bersua, rasa rindu dan sering teringat pada si dia, walau jauh dari pandangan mata tetapi terasa dekat di hati... 
tapi apabila sudah lama kahwin, jarang atau susah pula nak mengucapkannya... kenapa ye? Adakah kerana sudah jemu, kerana asyik tengok muka yang sama hari-hari... kasih tak sehangat dulu... hai, janganlah buat begitu pada pasangan kamu kerana kata-kata keramat ini amat perlu untuk menceriakan hari-hari yang meletihkan... ia boleh melembutkan hati yang sedang gundah, marah dan  rasa tak dihargai... apalagi jika time merajuk dan terasa berjauh hati..






pernah tak kamu meragui kesetiaan pasangan, terdetik di hati  'adakah si dia sayangkan aku atau tidak?', bila kamu tanya si dia, dia pula menjawab " kenapa pula tak..?". jawapan yang buat kamu rasa bengang, kenapa susah sangat ke nak cakap "saya sayang awak..." kadang-kadang kita rasa rindu untuk mendengarnya... rasa sepi bila lama tak dengar dan mengimbau kembali detik-detik manis bercinta dulu..


jadi cubalah fikir dan lihat diri anda adakah kamu ucapkan sayang pada hari ini pada si dia ,  Adakah kamu rasa sayang kamu pada si dia makin bertambah atau berkurang pada hari ini.. Orang mengatakan bahawa kasih sayang pun ada pasang suruttnya... Diharap semakin bertambahlah perasaan sayang  bila sudah lama hidup bersama. Kalau segan nak ucapkan kerana tidak biasa, cubalah hantar mesej  atau buat kejutan dengan membeli kad, pasti berbunga-bunga hati si dia..Mungkin kamu tak sedar bahawa selama ini pasangan kamu amat mengharapkan itu... dia pasti cemburu giler bila melihat pasangan lain yang romantik atau cerita-cerita romantik yang ditayangkan di tv.


kasih dan sayang perlu di pupuk dan dibajai selalu selagi masih ada hayat di kandung badan.. jika kamu tidak melafazkannya mungkin dia tidak tahu, apalagi bila masing2 sibuk dengan urusan sendiri... lafazkanlah dengan dengan seikhlas dan sejujur hatimu.. semoga dia pun begitu, menyayangimu hingga hujung waktu..


cuba sebut ayat ni (dengan maksud):
"Sayang... sayang.... Sayang, saayaaang sayang. Sayang, sayang sayang? Sayang, sayang sayang.."
( Awak... awak... Saya saayaang awak. Awak sayang saya? Saya sayang awak.)


1 comment:

  1. hihihi..
    suka entry ni..
    bole djdkn pnduan dlm kehidupan hari ini dan akn dtg...

    ReplyDelete

💐HATI CERMINAN DIRI💐

 ﷽ اَلسَّــلَامُے عَلَيْڪُمُے وَرَحْمَۃُ اللّٰہِ وَبَرَڪَاتُہُ ﷽ ﷻ بِسْـــــــمِے اللّٰہِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْـــــــمِے ﷻ ﷺ اَللّٰہُمَّے  ...