Pernah dulu kecoh isu tentang gambar di faceboook yang digunakan untuk sihir... apalagi adik aku pun masa tu terjah aku supaya padam gambar-gambar aku yang yang letak kat dalam tu, kawan-kawan dia pun ramai yang dah buang..( check sini : forum gambar di laman sosial
Mungkin bagi kamu yang tidak pernah melalui sendiri benda-benda sebegini susah nak percaya dan tak ambil peduli. Lain pula aku yang pernah terkena. Ustaz-ustaz kat tv pun ada bagitau, pada masa kini ramai manusia yang bersubahat dengan jin dan syaitan dan mengamalkan ilmu sesat, jadi hati-hatilah.
Jangan letak gambar yang sebarangan di facebook seperti gambar dalam rumah, kat bilik tidur, pakaian tidak tutup aurat... Kamu mungkin fikir bila dah setting untuk friend view only orang lain tak boleh bukak, boleh la... ada cara diaorang buat. Senang-senang saja nanti gambar kamu di copy paste. (Aku pun hairan
kenapa banyak pula blog yang suka tayang gambar-gambar diaorang kat mana-mana)
Berikut adalah tanda-tanda gangguan jin/syaitan dan sihir, sila perhatikan jika kamu :-
1.Mimpi yang menakutkan, mimpi berada di tempat yang kotor atau mimpi jumpa makhluk yang pelik-pelik.
2. Sering terjaga pada tengah malam tanpa sebab dan sukar untuk tidur kembali
3. Mimpi terasa terjatuh dari tempat yang tinggi dan rasa gerun
4. Sering bertengkar dengan ahli keluarga kerana perkara yang kecil dan remeh, sukar pula untuk berbaik semula, ada-ada saja halangan
5. Anak-anak jadi sangat degil, keras kepala, sering dengki sesama sendiri, malas belajar, amat suka pada hiburan
6. Terasa diri tidak disayangi dan sering muram dan ingin selalu bersendirian
7. Rasa amat sedih secara tiba-tiba dan menangis tiba-tiba kerana selalu memikirkan perkara yang negatif ( tentang diri sendiri atau orang tersayang)
8. Sering terlupa secara tiba-tiba, rasa bingung atau rasa seperti orang bodoh, hilang arah tujuan.
9. Rasa benci , marah dan ada saja yang tidak kena dirasakan pada orang yang kita sayang bila dia di depan mata, walhai bila dia jauh di mata kita amat rindu dan terasa amat sayang padanya
10. Rasa malas dan tidak mahu belajar atau amat payah untuk membuat perkara baik, sering letih lesu, sakit badan pada bahagian tertentu tanpa sebab yang pasti
11. Terasa seperti ada seseorang di dalam rumah atau melihat sesuatu melintas
Jika terasa ada sesuatu yang tidak kena pada diri, cepat-cepatlah pergi berjumpa ustaz atau orang alim yang boleh membantu. Jangan biarkan ianya berlarutan dan menjadi semakin parah. Ramai pasangan yang porak peranda kehidupannya dan sehingga bercerai berai kesan daripada campurtangan jin dan syaitan yang bersubahat dengan manusia. Mereka yang terkena pula tidak menyedarinya.
Kita tidak tahu siapa musuh kita, ada orang di luar sana yang tidak senang melihat kita senang. Mungkin ada musuh lama atau musuh dalam selimut yang mencari peluang dan mengambil kesempatan di atas kealpaan kita..
Sesungguhnya
jin & syaitan laknat sentiasa berusaha menarik kita ke neraka,
(& ada manusia laknat juga) waspadalah.
Sila perhatikan dan fahami carta ini baik-baik :-
(Klik gambar untuk besarkannnya)
jin & syaitan laknat sentiasa berusaha menarik kita ke neraka,
(& ada manusia laknat juga) waspadalah.
Sila perhatikan dan fahami carta ini baik-baik :-
(Klik gambar untuk besarkannnya)
Aku banyak mencari fakta tentang perkara ni 2-3 bulan yang lepas atas sebab-sebab tertentu. Kebanyakan sumber di ambil dari badan pertubuhan islam internasional (seperti DAARUSSALAAM) yang prihatin dan memperjuangkan orang-orang islam dari propaganda dan hakikat tujuan hidup iblis dan syaitan.
ye ke?? ade gak dengar..tapi tak buang2 ag..huhu.. bahaya nie..ish.. thanks untuk info.. ini
ReplyDeleterisau gak yer...zaman ict tapi ada jgak yang perlu kita fikirkan disebalik kemajuannya
ReplyDeletesekarang banyak cerita hantu ditayang...jadi terbawa bawa dlm tidur juga
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya sering mengalami point no 1,6,7,8,9...
apakah saya termasuk dari dari yg 'teraniaya' ??
mohon penjelasannya... salam
owh.. Dea, sy serius rasa ada yg tak kena dengan awk... baik cepat pergi check kat ustaz yg tau pasal hal buatan org... sy pun kena gitu thn lepas, alhamdulillah skrg dah ok..
ReplyDeletekadang2 ada setengahnya adalah berpunca dari jin yg ada di tmpt tinggal kita yg tdk kita ketahui..
ReplyDeletebagus juga ada info ini..
ReplyDeleteinfo yang sangat bagus.
ReplyDeleteterima kasih.
memang orang kalau nak buat jahat tu, macam2 cara diaorang akan gunakan.
salam,,,,
ReplyDeleteziarah pagi...
"Post Terbaru SuManje...cek it..!!"
kalau sudi jemput singgah post terbaru Sumanje
Thanks so much
menarik ni...thanks... info sgt beguna.... he he he
ReplyDeleteas salam,ye ke camtu..mm byk dah gmbr kita post kt fb n blog,nak delete lak dah..mampukah sy lakukannya,huhu..
ReplyDeletetQ dtg blog n sudi follow..