Tuesday, February 8, 2011

LELAKI PERLU BUAT KERJA RUMAH? Eh tak betul ni?

Sebenarnya aku ada tajuk lain nak post, taip sebab aku dengar ada lelaki kata kerja rumah ni kerja mudah, kerja remeh temeh jer, kerja perempuan... aku jadi  terpanggil untuk buat tajuk ni..Ada di sesetengah negara (lupa aku baca beberapa tahun dulu) surirumah yang menguruskan rumah dianggap profesional dan dihormati krn ianya memerlukan ketekunan, kesabaran dan kepintaran untuk menguruskannya dgn sempurna dan teratur.


 Kepada yang masih tak tau fakta tentang kerja rumah, baca ni : 

1001 Kemusykilan Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN:
Saya membaca sebuah buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karangan Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga, tahun 1981, halaman 184-185. Buku ini menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja-kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.


JAWAPAN:
Saya turut membaca buku di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum Datuk Syed Alawi al-Haddad (meninggal dunia 1962). Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Johor (1934-1961). Pada saya, fatwa mufti itu kurangjelas menyatakan tanggungjawab siapa menjalankan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak, menyediakan makanan, mengasuh anak, menyidai kain dan sebagainya.

Saya membaca lagi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu. Saya dapati, kebanyakan menyatakan kerja-kerja rumah seperti yang disebutkan di atas adalah tanggungjawab suami.
Saya tersentak seketika apabila membaca kerja-kerja seperti itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan.Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya
serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.

Buku-buku itu antara lain menjelaskan lagi, isteri tidak harus berpuasa sunat, kecuali terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan suami, kerana khuatir nanti suatu panggilan kecemasan akan berlaku, sedangkan dia tidak dapat menyahutnya kerana berpuasa. Dinyatakan lagi, jika isteri tidur bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tidak melayani kehendak suaminya, maka sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.
.
Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri, seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.

Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya, benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada buku-buku yang saya baca.

Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya.

Klip : gaji seorang isteri-ustaz Azhar Idrus

      Lepas tengok klip ni, pada wanita di luar sana tak payahlah mintak duit buat kerja rumah, buatlah dgn ikhlas dan sabar, dapat pahala ibadah, itu lebih baik.

    Kepada lelaki pula, mulai hari ini jika tak kepenatan kerja & selagi mampu buatlah kerja rumah, jangan serah bulat2 pada isteri sorang jer apalagi waktu anak2 masih kecil & nakal2 pula. Isteri juga manusia biasa, penat, & nak juga rehat. Dalam keadaan begitu isteri jadi tertekan, & tak mendapat pahala apa yg dilakukan, dalam keadaan marah2 & kerana terpaksa seperti tidak ikhlas pula...
Rasulullah sendiri menyapu di rumahnya dan mambuat kerja2 rumah, padahal baginda seorang pemimpin yang disegani.. fikir2kanlah

Sila baca petikan dari forum di komuniti.iluvislam.com
oleh syafarina8teoh
..budaya masyarakat kita telah terpengaruh dan terikut-ikut dengan didikan orang-orang lama yg seolah-olah telah menetapkan bahawa kerja-kerja rumah dan memasak adalah tugasan wanita. ibu-ibu kita juga terlalu memanjakan anak lelaki hingga menyebabkan telah terbentuk satu mentaliti tepu dimana kerja-kerja tersebut bukan tanggungjawab mereka. dan dgn menggunakan hadith2 mereka menutup mulut wanita. mmg kita perlu berpegang pd hadith dan al-quran kerana itu adalah jalan kita. Namun, jika ia disalahgunakan dgn tujuan nak lari dari tanggungjawab itu saya rasa tidak patut. Suami membantu isteri membuat kerja rumah.ayat ini saya fikir tidak tepat.sebenarnya isteri yg membantu suami membuat kerja rumah.kerana tanggunajwab kerja rumah adalah tanggungjawab suami.

Tetapi Allah jadikan wanita itu penuh dgn sifat kelembutan dan kasih sayang.dia tak sanggup lihat suami nya penat seorang diri jadi dibantunya suami bersama-sama buat kerja rumah tanpa sebarang rungutan. indah bukan? Tapi sayang, para leaki zaman kini mengambil kesempatan atas perkara itu. ... jadi sebagai ibu kepada anak-anak zaman sekarang ni saya menasihatkan wanita-wanita utk break the rules or budaya yang tidak bagus yg telah moyang-moyang kita praktikkan dalam kaedah pembangunan anak-anak. Bukalah minda. layan anak sama rata lelaki atau pun perempuan. suruh anak lelaki memasak, kemas rumah, mop lantai di rumah. supaya bila besar dia tidak kekok utk buat kerja -kerja begini.bkn pendidikan
formal dan agama saja yg perlu.nilai seperti ini perlu utk keharmonian rumah tangga mereka kelak.

Jadi saya minta buatlah perubahan dalam bangsa kita.Kita tidak sedar kita sebenarnya yg mencorakkan semua ini. dan kepada lelaki yang masih mau bertegang urat tentang hal ini..fikirkanlah..mulianya tempat seorang wanita itu di sisi Allah.. maaf jika ada kesilapan.saya buka kepada teguran Wasalam

*p/s : Cuba kita lihat, fakta sebenar rakyat Malaysia lelaki lebih ramai berbanding wanita (nanti aku kupas isu ni dengan faktanya) tetapi rata2 orang ingat sebaliknya kerana ramai wanita di pusat2 pengajian tinggi benbanding lelaki.. ini kerana ramai remaja lelaki terutamanya Melayu masuk pusat serenti terlibat dengan dadah, jadi mat rempit, samseng jalanan dan berbagai masalah sosial semuanya kerana anak2 lelaki diberi kebebasan bersosial, lepak dan tidak diberi tanggungjawab seperti perempuan di usia remaja... jadinya mereka ini (perempuan)lebih rajin mengulangkaji pelajaran di rumah dan lebih berjaya berbanding lelaki...

Wanita zaman sekarang, bukan  saja kerja rumah, malahan semua perkara dilalukukan seperti hantar anak sekolah, tuisyen, keluar membeli belah sendiri, ada yang sibuk menjadi rezeki untuk keluarga hinggakan ada pula lelaki yang bergantung padanya..
Lihatlah permasalahan yang terhasil dari gaya hidup sekarang (dipetik dari majalah yang terkenal):
Wanita juga yang disalahkan ye..? So, nak buat macammana ?
Ok, mula2 kita buat kajian  :
Fakta :
Lelaki- tak mahu buat kerja rumah sbb 'penat' pergi kerja.
Wanita- pula terpaksa layan lelaki walaupun 'penat'.
Lelaki- lepas pergi kerja balik rumah nak 'rehat '
Wanita- masa lelaki pergi kerja, dia pun buat kerja (xkira surirumah @ yang bekerja) & bila lelaki balik kerja, dia masih lagi kena buat kerja sehingga  masa nak tidur. macam takde istilah 'rehat'

U see what I see ?
Sebelum kahwin 'kaulah ratu hatiku', lepas kahwin 'kaulah mesin serba gunaku'
(lelaki sendiri yg cipta ayat ni,betul ni, kwn hubby aku ucap kt wife dia..)


Kebanyakan buku agama (walhai dlm kursus kahwin) letakkan semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri (Sepatutnya ianya diperbetulkan dan ada sebab kenapa Islam tak 'wajip'kan tugas tu semua pada wanita. Kalau buat dapat pahala. Kalau tak mampu buat tak berdosa) . So,bila isteri tak dpt sempurnakan, jadi kenapa ianya seperti kesalahan besar kepada si isteri. Semuanya kerana keadaan dan orang sekeliling dan masyarakat kita  yang sebati berfikiran begitu. Bahkan bila isteri mengandung, alahan teruk, sakit @ anak kecil yang bermacam kerenah...semuanya disalahkan wanita kerana tak pandai mengurus, tak pandai jaga diri dan berbagai tohmahan. Padahal lelakilah yang perlu bertanggungjawab disaat isteri dalam keadaan demikian dan bukannya  berkata, ni kerja awak kenapa saya pulak kena buat!.... teruk bukan?
Aku bukan nak salahkan sesiapa cuma berharap keadaan akan lebih baik dari itu...

Golongan wanita dikatakan yang paling ramai berada di neraka kerana tidak berterima kasih pada suami tapi bila kita tengok keadaan hari ini puncanya dan kenapa golongan wanita ini sering marah-marah dan tidak berterimakasih pada suami? Bermacam tugas diletakkan di bahu wanita, tidak cukup rehat, tidak cukup tidur. Kerja di luar  rumah mencari nafkah dan juga dalam rumah menguruskan bermacam perkara, memasak dan menguruskan anak-anak. Manusia bila letih fizikal dan letih minda memang akan cepat marah dan kurang rasional.
Bagaimana lelaki boleh mengharapkan isterinya bersikap lemah lembut dan gemalai dan berhias untuknya bagai bila dibebabnkan dengan bermacam perkara. Itulah dunia hari ini... dan lelaki pula adakah mereka menunjukkan contoh yang baik dan berterimakasih pada isteri di atas segala pa yang isteri lakukan? Atau hanya sibuk melayan wasup di handphone atau facebook dan membiarkan isteri yang kepenatan pulang dari kerja memasak di dapur.. 


 P/s :Sebenarnya aku dah lama tahu yang kerja rumah tu wajib atas lelaki bukan wanita. Wanita cuma membantunya. pembantu yang setia. (seorang ustaz bagitau masa sekolah dulu) Rupanya ramai sangat orang yang tak tau, patut la jarang lelaki nak buat....

15 comments:

  1. dah nama pon suami isteri..kene la saling tolong menolong..sama2 penat..

    mungkin bg lelaki senang je keje2 ni semua..cuba buat..baru rasa..kan? kan?

    rase2nye isteri pon bkn lah berkira sgt nak buat keje umah tu..takdenye nak mintak balasan pon..cuma, jgn bila isteri buat silap sikit je nak mengamuk..

    ceh, macam ade pengalaman la pulak..hihi

    ReplyDelete
  2. masyarakat kita dah terbiasa meletakkan kerja-kerja rumah sbgai tugas wajib wanita, org tua-tua dulu kan mcm tue.. sbb tue smpai skrg ramai lelaki akan pndg serong kalau wanita xpandai buat kerja rumah

    ReplyDelete
  3. hm... topik berat jugak ni.. semua orang kena baca. ada je hubby yang buat keje umah ni, tapi bilangannya ciput je la..

    ReplyDelete
  4. perkara mcm nie org selalu nmpk remeh~
    sedangkan klo da nama pon suami isteri kene la saling membantu~
    xkisah la tanggungjawab suami atau isteri tp klo dijadikan tanggungjawab bersama kan lg elok??

    ReplyDelete
  5. yg jadi masalahnya ia spt satu kesalahan lelaki buat kerja rumah. Aku pernah kna marah dgn someone krn hubby tolong cuci ikan, katanya, itu bukan kerja dia! betapa jahilnya!

    biasa aku dengar, lelahnya seorg ibu sbb semua ank lelaki, x boleh tolong ibu di rumah, memang JAHIL & BODOH py pemikiran!

    ReplyDelete
  6. Mungkin wanita perlu cari calon suami yg tahu buat kerja rumah, kalau boleh pandai masak sekali, serius ni..percayalah amat penting itu semua.. bila mengandung & ada anak2 kecil, nanti kauorang taulah & fahamlah knp islam x wajipkan semua tugas tu pd wanita...

    ReplyDelete
  7. artikel yg sgt bermanfaat. kalau didikan lama mmg bagi dorg lelaki buat kerja rumah 1 kesalahan besar..

    tapi bagi yg dah tau hukum (didikan skg) dia tau kerja rmh lelaki pn kena buat..

    masalahnya , lelaki yg tau tu pun hanya tau jer. tapi praktiknya xder jugak..
    pdhal isteri xlah mengharap suami buat kerja semua, cukuplah skdr mmbantu. tolong basuh pinggan sndri pas makan, jangan buat sepah kat rmh, letak baju kotor kat mesin,. itu pun dah memadai..

    kdg2 suami ni dah manja sbb dah didik dari kcil x buat kerja rmh. kita sbgai isteri, kenala 'didik' dorg slow2..

    ReplyDelete
  8. slalunye suami x nk tlg..sbb dh sekian lama terpahat dlm minda mereka isteri kna uruskan rumah spy sentiasa nmpak bersih dn kemas...kalo x mula la org laki cr pompuan lain yg lebih rajin kononnya...

    ReplyDelete
  9. hehe amboih marahnya dorg kat lelaki......kena fhm baik semua ni, nama dah suami isteri....sblm kawin dah bt perjanjian kata suami keje isteri jg rumah .....x pon sama2 keje..ke apa2 je lahkan=) jd x pyh la nak gaduh2........la ni sapa tau buat sbb tu nabi suruh bertoleransi....kalau tak mmg huru hara rumah tangga....jd bahagi2 la tugas.... sdgkan jgn sampaikan mengabaikan arahan .....ikhlaskan diri bt bnd sunat tu ....dapat pahalakan mengembirakan suami.... kalau nak tggu arahan yg jadi wajib.... maka berdosalah perempuan sbb wajib ni fhkan bt dapat pahala tgl dpt dosa =)

    ReplyDelete
  10. inilah akibatnya apabila wanita keluar bekerja...

    ReplyDelete
  11. yes akibat perempuan keluar bekerja...u know why?sbb llki xmmpu nk tggung belanja semua...ckp sngla...try pempuan betul2 berenti keje,xhuru hara jadinya...mana nk bg duit kt mak dia lagi...ha' ank skit boleh ckpla,bile dh bderet,duit adik beradik pon blh kebas...diorg laki ni bpikitan cmtu sbb mak diorg xkeje dulu,pak saje yg keje...mak jd surirumah...blhla...tgkla bini korg,dh keje kt luar,balik dh urus rmhtgga...sptutnya korg hargai&ucap trime kasih lagi...klu laki2 yg byk ckp tu,suruh je sedia bibik...tgk dr.muhaya pn ade bibik...bg yg ade bini keje+jd surirumah lg,bsyukurla...jgn ckp takbur sgt whai llki...mmg betulla rasulullah kata baginda la suami tbaik...sbb korg2 ni mmg xlyk pn,pmkiran korg pn dh pndg sblh mata dgn komen aku ni...hahaaha..aa

    ReplyDelete
  12. berguru kepalang ajar jangan sampai tak terajar....potong ayat ikut suka...terjermah ikut suka.....tafsir ikut suka....kalau laki korang tu dah bangsat sangat...mintak cerai jer la...x payah nak perlekeh...tang tu tak pernah belajar ker...

    ReplyDelete
  13. Kalau ikut ajaran islam sebenar-benarnya. Mmg semua kerja rumah tu lelaki yg kena buat. Tp kita kt Malaysia ni lelaki mcm tak faham tu tugas dia @ mmg saja2 buat tak faham.

    ReplyDelete
  14. aku lelaki,,aku kerja,jaga anak,masak,basuh baju,,kemas rumah,tak penat pun,,tipu lah klu pompuan kata penat wat keja rumah,

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum..topik ini sebenarnye agak rumit dan bnyak pndapat pro/kontra....ALLAH S.W.T maha adil...Adil terhadap makhluk ciptaanNya....Sebenarnya..jika suami mahu isteri memasak,basuh baju kemas rumah....Sisuami perlu menyediakan peralatan utk si isteri dan juga bahan2 utk si isteri melakukan kerja rumah....jika semua kelengkapan dan bahan2 utk si isteri telah disediakan...barulah menjadi t/jawab si isteri utk patuh pada arahan suami...tapi jika sisuami tidak menyediakan kelengkapan utk isteri..t/jawab tersebut mstilah dilakukan mengikut budi bicara isteri.....jika isteri tak nak buat...suami perlu buat....

    ReplyDelete