Monday, June 22, 2015

HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM Penawar Segala Penyakit

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Habbatus Sauda atau Jintan Hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

“في الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا السّامّ”


“Pada Habbatas Sauda’ itu adanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

[HR Bukhari – Kitab Al-Thibb No. 5687 & HR Muslim No. 2215]

Sabda Nabi (SAW) :

“عليكم بهذه الحبّة السّوداء فإن فيها شفاء لكلّ داء إلا السّامّ”

“Hendaklah kamu (sentiasa) mengamalkan Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya terdapat padanya penawar bagi segala penyakit kecuali mati.

Daripada Aisyah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

إنّ هذه الحبّة السّوداء شفاء من كل داء إلا من السّامّ. قلت : وما السّامّ؟ قال : الموت

“Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah kesembuhan (ubat) dari setiap penyakit kecuali as-Sam.” Aku (Aisyah) bertanya: Apa itu as-Sam? Rasulullah menJawab: “Kematian.” [HR Bukhari]

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi (SAW) bersabda :

“ما من داء إلا في الحبّة السّوداء منه شفاء إلا السّامّ”


“Tiada satu pun penyakit melainkan pada Habbatus Sauda’ itu ada penyembuhnya kecuali as-Sam (mati).” [HR Muslim]

Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).

Mineral lain termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.


Bahkan, kajian saintifik dari-ada Universiti Sains Malaysia menunjukkan habbatus sauda mempunyai khasiat kimia Thymoquinone (TQ), Omega 3, 6 dan 9.
Kandungan TQ yang tinggi membantu dengan bertindak sebagai pengantioksida, antiradang dan menambah kesihatan organ hati.
Habbatus Sauda


Didalam jurnal perubatan “Egyptian journal of Biochemistry & Molecular Biology” tahun 2010  telah mengkaji tentang kesan ‘anti kulat’ minyak habbatussauda secara mendalam tentang kandungan minyak habbatussauda iaitu ia mengandungi 3 bahan utama:
  • Thymol
  • Thymoquinone (TQ)
  • Tetrahydroquinone(THQ)
Kajian tersebut menunjukkan ketiga-tiga bahan ini mempunyai kesan 100% menentang 30 jenis kuman patogen. Kajian ini juga menunjukkan bahawa TQ (thymoquinone) adalah bahan anti kulat yang paling kuat melawan jangkitan kulat di kulit (dermatophyte) dan yis berbanding THQ dan Thymol. Manakala bahan thymol pula baik untuk kulapuk (mold) berbanding TQ dan THQ.

Kajian ini juga menunjukkan minyak habbatussauda mempunyai bahan fitokimia yang unik yang bersifat anti kulat dan fungal dan ahli sains sedang mengkaji keberkesanan minyak ini untuk melawankuman super’ (superbug) yang mampu melawan ubat antibiotik.

Thymoquinone (TQ) adalah bahan aktif didalam minyak habbatussauda yang telah dikaji sejak tahun 1960an. Ia bersifat anti oksidan, anti keradangan dan anti kanser yang dilaporkan efektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, athma dan pertumbuhan sel-sel kanser (carcinogenesis).  

Yang menariknya TQ juga bersifat seperti radikal bebas atau iaitu sebagai ‘superoxide radical scavenger’ yang efektif. Ia jufa membantu menguatkan enzim anti oksidan ‘glutathione peroxsidase’ (GSH) dan ‘glutathione-S-tranferase’ iaitu kedua-duanya adalah bahan detoksifikasi utama dalam tubuh dan juga membantu sistem pertahanan anti oksidan dalam sel-sel tubuh kita dan melindungi organ hati daripada kerosakan akibat toksin

Thymohydroquinone (THQ) dan thymoquinone (TQ) adalah bahan natural yang bersifat penghalang anticholinesterase (AChE) yang sangat berkuasa. Oleh itu ia akan membantu mengekalkan paras enzim ‘acetylcholine’ lebih aktif lebih lama didalam otak. Banyak bahan farmaseutikal dicipta secara sintetik untuk mempunyai sifat yang sama. Jika kita mempunyai pilihan mengambil bahan yang natural maka habbatussauda adalah pilihan yang lebih baik. Diantara penyakit yang boleh dibantu dengan sifat anticholinesterase


Habbatussauda atau Jintan Hitam. adalah sejenis tanaman yang memiliki khasiat yang luar biasa serta sangat baik untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan. Habbatussauda sering ditemukan di negara Indonesia dan telah digunakan dalam perubatan sejak berabad lamanya.

Hadith sahih Bukhari ada menyebut “Habbatussauda ada penawar kepada segala penyakit kecuali mati”. Jika tiada sakit atau sebab sekalipon, kita masih disarankan untuk mengambil habbatussauda secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi iaitu Rasululah S.A.W.

Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya 

Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, Habbatus Sauda didakwa bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan daripada keletihan.

Berikut adalah antara kebaikan Habbatus Sauda kepada tubuh badan:-
1) Membantu melegakan batuk dan selsema
2) Membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan
3) Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati
4) Membantu mengawal darah tinggi dan ‘hypertension’
5) Membantu merendahkan kolesterol
6) Membantu mengimbang paras insulin / gula dalam badan
7) Membantu melancarkan peredaran darah
8) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
9) Sebagai anti-kanser / anti-oksidan
10) Sebagai anti-histamin / cegah alahan
11) Membantu memperkuatkan sistem imunisasi
Cara pengunaan Habbatus Sauda pula, sebaik – baiknya diamalkan mengambil lima hingga tujuh biji sehari. Sesuai dengan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. 
(Di ambil semasa awal pagi dan malam kira-kira setengah jam sebelum makan)

Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis produk Habbatus Sauda sama ada dalam bentuk biji, kapsul/softgel dan juga minyak. Mari kita lihat perbandi-tiganya:

BIJI
Biji Habbatus Sauda boleh dikunyah begitu sahaja atau ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bahan lain. Namun begitu, dikhuatiri biji habbatus sauda yang belum diproses mengandungi bahan-bahan seperti logam berat. Jika diamalkan secara berpanjangan, biji yang tidak dibersihkan terlebih dahulu mungkin memberi kesan negatif.

Biji habbatus sauda yang terrbaik datang dari negara Mesir, dan sekiranya biji adalah berkualiti baik, hanya tujuh biji diperlukan setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

KAPSUL/SOLFGEL
Habbatus Sauda yang dijual didalam bentuk kapsul atau solfgel sesuai untuk mereka yang tidak gemar rasa biji atau minyak ini, Namun biji dan minyak ini telah melalui banyak proses untuk dijadikan kapsul/solfgel dan banyak khasiatnya mungkin hilang. Kapsul/solfgel habbatus sauda mengandungi hanya sedikit sahaja minyak.

Seelok-eloknya, iaitu dalam biji atau minyak, proses penyembuhan dapat berlaku sebaik sahaja minyak menyentuh lidah. Ini adalah kelebihan yang ada pada rasa habbatus sauda yang sungguh unik.

MINYAK
Minyak Habbatus Sauda lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Minyak-Minyak yang terbaik diproses dengan kaedah perahan sejuk iaitu diperah minyaknya tanpa menggunakan haba


Sumber: www.majalahsains.com





1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

💐HATI CERMINAN DIRI💐

 ﷽ اَلسَّــلَامُے عَلَيْڪُمُے وَرَحْمَۃُ اللّٰہِ وَبَرَڪَاتُہُ ﷽ ﷻ بِسْـــــــمِے اللّٰہِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْـــــــمِے ﷻ ﷺ اَللّٰہُمَّے  ...