بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Selawat Tafrijiyah, dimurahkan Rezeki dan jalan Keluar dari Masalah
Selawat Tafrijiyah |
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Ikhlaskanlah hati berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. kerana rasa cinta dan kasih pada baginda dan bukan semata untuk dunia yang menjadi tujuan utama.
Anggaplah dengan rahmatnya Allah mempermudahkan urusan. In sha Allah
-K S-
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW.
Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.
– Surah al-Ahzab ayat 56h.
Sabda Nabi SAW:
Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat
– Hadis Riwayat Thabrani
Maksud Selawat Tafrijiyah
Selawat adalah satu bentuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT bagi tujuan berdoa, mendoakan dan merahmati.
Selawat Tafrijiyah atau dikenali juga sebagai Selawat Nariah atau Selawat Kamilah adalah salah satu bentuk sighah bacaan atau amalan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang disusun oleh para ulama yang bersumber dari ijtihad atau ilham ruhi dari Allah SWT

Jenis Sighah Selawat Atas Nabi
Terdapat 2 kategori sighah selawat ke atas Nabi SAW:
Terdapat 2 kategori sighah selawat ke atas Nabi SAW:
-Sighah selawat yang bersumber dari Rasulullah SAW
-Sighah selawat yang bersumber dari sahabat, para tabien, dan orang-orang soleh terdiri dari para wali Allah SWT samada melalui terus dari Rasulullah (yaqazah) atau melalui mimpi kepada Rasulullah SAW atau ilham rohi dari Allah SWT

Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1- Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2- Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3- Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4- Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5- Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6- Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7- Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8- Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
9- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Baca :
SELAWAT TAFRIJIYYAH SYIRIK?
Tulisan ringkas ini adalah respon kepada golongan yang men SYIRIK kan Selawat Tafrijiyyah
Tulisan ringkas ini adalah respon kepada golongan yang men SYIRIK kan Selawat Tafrijiyyah
1- Sebahagian ulama yang mengatakan selawat terhenti kepada selawat yang diajar oleh Nabi saw sahaja. Pandangan ini sudah termaklum dan tidak menjadi fokus disini.
2- Sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa selawat adalah termasuk dalam bab “doa” tidak rigid dan ada keluasannya.
3- Ini disebutkan oleh imam alAlusy (Tafsir alAlusy) dinukilkan dari sekumpulan sahabat dan selepas mereka bahawa kaedah berselawat tidak hanya terhenti kepada nas sahaja, bahkan sesiapa yang Allah rezekikan penguasaan ilmu bayan (cabang ilmu balaghah) yang mampu ia kuasai makna2 lafaz (tersurat dan tersirat )dalam mengungkapkan kemuliaan dan keagungan Nabi saw, maka ia boleh melakukannya. Mereka berhujjah dengan dengan dalil hadis mauquf (sanad HASAN) dari Ibn masud, Apabila kamu berselawat kepada Rasulullah saw, maka perelokkan selawat kamu kerana kamu tidak mengetahui boleh jadi ia akan ditunjukkan ke hadapan Nabi saw. Kata mereka “kalau begitu, ajarkan kami” kata Ibn Masud ra, katalah
اللهم اجعل صلواتك ورحمتك وبركاتك على سيد المرسلين وإمام المتقين وخاتم النبيين محمد عبدك ورسولك إمام الخير وقائد الخير ورسول الرحمة اللهم ابعثه مقاما محمودا يغبطه به الأولون والآخرون اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وآل إبراهيم إنك حميد مجيد، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد
Syarh sunan ibn majah alhafiz ala’ addin alMaghlatai 3/509 mawquf Shahih
Altaghrib wa attarhib al-hafiz almunziri 2/405 sanad Hasan
AlQaul albadi’ Imam Sakhawi ms74 mawquf Hasan
Altaghrib wa attarhib al-hafiz almunziri 2/405 sanad Hasan
AlQaul albadi’ Imam Sakhawi ms74 mawquf Hasan
4- Imam syafie pula menyebutkan satu selawat yang lain dalam kitab arRisalah 1/16
وصلى الله على محمد كلما ذكره الذاكرون، وَغَفَل عن ذكره الغافلون
Begitu juga dalam manaqib alSyafie oleh imam alBayhaqi 304
وصلى الله على محمد كلما ذكره الذاكرون، وَغَفَل عن ذكره الغافلون
Begitu juga dalam manaqib alSyafie oleh imam alBayhaqi 304
5- Jadi jangan gopoh dan semudahnya mensyirikkan suatu perkara yang kita tidak jelas mengenainya.
boleh dirujuk juga tulisan Dr Khafidz https://sawanih.blogspot.com/.../ilham-rabbani-di...
boleh dirujuk juga tulisan Dr Khafidz https://sawanih.blogspot.com/.../ilham-rabbani-di...
#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu
No comments:
Post a Comment