بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Surah Yunus Ayat 81 & 82
Amalan Pemusnah Sihir. ( dengan izin Allah s.w.t. )
Surah Yunus merupakan surah ke-10 dalam Al Quran. Terdapat kisah Nabi Musa saat melawan ahli sihir Fira'un di surah Yunus, yaitu pada ayat 81-82.
Dikisahkan dalam ayat tersebut, Nabi Musa menyebutkan bahawa Allah SWT akan menampakkan ketidakbenaran dari ilmu sihir. Allah akan menghilangkan serta membatalkan pengaruh dari sihir tersebut.
Sihir adalah satu perbuatan syirik, menyekutukan Allah, hukumnya berdosa besar . Sesiapa yanģ melakukan sihir dan tidak bertaubat nasuha, maka neraka jahanam lah tempat mereka. Perbuatan sihir memang diharamkan sepertimana dicatat dalam al Quran kerana akibat daripada perbuatan tersebut mendatangkan mudarat yang amat besar kepada si penanggungnya atau terkena perbuatan sihir tersebut.Kebiasaannya si pelaku sihir bersekutu atau mendapat pertolongan dari jin dan syaitan yang direjam. Perbuatan sihir juga memutuskan silaturrahim, yang mana orang yang melakukan tersebut memang tidak mencium bau syurga. Na'auzubillah!
Namun begitu, kita doakanlah semoga mereka yang demikian agar sempat bertaubat dan mendapat keampunan Allah SWT.
فَلَمَّآ أَلْقَوْا۟ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُم بِهِ ٱلسِّحْرُ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبْطِلُهُۥٓ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ ٱلْمُفْسِدِينَ
fa lammā alqau qāla mụsā mā ji`tum bihis-siḥr, innallāha sayubṭiluh, innallāha lā yuṣliḥu 'amalal-mufsidīn
Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.
وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلْحَقَّ بِكَلِمَٰتِهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُجْرِمُونَ
wa yuḥiqqullāhul-ḥaqqa bikalimātihī walau karihal-mujrimụn
Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai(nya).
Cara amalan:
Baca ayat 81 & 82 surah Yunus setiap kali lepas solat fardhu, baca sebanyak yang ter mampu.
Insya Allah, jika terkena sihir, Allah akan musnahkan dan hapuskannya dengan izinNya. Jika ada rezeki, mungkin kamu akan tahu sihir itu perbuatan siapa..
Yang penting kita berusaha, yang merancang dan melaksanakan adalah Allah jua.
Semoga kita semua mendapat manfaatnya.
kredit :
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskanlah hati , bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Anggaplah dengan rahmatnya Allah memudahkan urusan kita di dunia fana ini dan mempermudahkan perjalanan kita menujuNya.
-KS-
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu
No comments:
Post a Comment