Sunday, June 5, 2022

Ingat Allah, Allah Mengingatkan Kita

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

surah Al-Baqarah, 2:152 . Ingatlah pada Allah

فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. 
Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
( SURAH AL-BAQARAH AYAT 152 )


Tafsir Ringkas Kemenag RI
Atas semua kenikmatan itu, Allah menyuruh kaum muslim untuk selalu mengingat-Nya. Maka ingatlah kepada-Ku, baik melalui lisan dengan melafalkan pujian, melalui hati dengan mengingat kekuasaan dan kebijaksanaan Allah, maupun melalui fisik dengan mentaati Allah. Jika kamu mengingatku, Aku pun pasti akan ingat kepadamu dengan melimpahkan pahala, pertolongan, dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bersyukurlah pula kepada-Ku atas nikmat-Ku dengan menggunakannya di jalan-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku, kepada nikmat-nikmatku, dan mempergunakannya untuk berbuat maksiat.

Dalam Al-Quran surat Al-Baqarah 152, Allah berfirman,”Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu.” Jelas, tidaklah seorang hamba mengingat Allah, melainkan Allah pun mengingatnya.

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang menjanjikan mereka yang banyak mengingati-Nya keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda. Ancaman kerugian dan penyesalan pula buat mereka yang kurang mengingati-Nya kerana dilalaikan oleh harta dan anak pinak.

Umat Islam dituntut supaya mengingati ALLAH agar ALLAH mengingati mereka kembali. ALLAH menjanjikan kemenangan dan kejayaan buat mereka yang sentiasa mengingati-Nya.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman, ingatlah ALLAH dan sebutlah nama-Nya dengan sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu manakala malaikat-Nya pula (berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang; dan Dia sentiasa merahmati orang yang beriman." (Surah Al-Ahzaab: 41-43)

Firman-Nya lagi: "Dan ingatilah ALLAH sebanyak-banyaknya supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Anfaal: 45)

Firman-Nya: "Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan dan orang lelaki yang banyak menyebut nama ALLAH serta orang perempuan yang (turut) banyak menyebut nama-Nya, ALLAH telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar." (Surah Al-Ahzaab: 35)

Dalam masa yang sama ALLAH mengingatkan mereka yang lalai mengingati-Nya akan balasan buruk yang bakal menimpa mereka.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati ALLAH; dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan sedemikian, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah Al-Munafiqun: 9)

Ternyata perbuatan mengingati ALLAH adalah suatu perkara besar yang agung melebihi segala yang lain.

Maka ia adalah sebaik-baik amal ketaatan. Ini kerana segala bentuk ketaatan yang lain menjurus kepada matlamat ini (mengingati ALLAH). Ternyata ia adalah rahsia dan inti pati segala amal ketaatan.


Perbanyakkan ingat Allah

Mengingati ALLAH terkandung dalam semua amalan. Bahkan ia adalah roh amalan itu. Lihat bagaimana ALLAH mengaitkan antara solat dan mengingati-Nya dalam firman-Nya: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha: 14)

Dalam ayat lain dikaitkan dengan puasa dan amalan haji. Ia juga dikaitkan dengan jihad dan ALLAH memerintahkan pejuangnya supaya mengingati-Nya ketika berdepan dengan musuh di medan perang.

Firman ALLAH: "Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya; dan ingatilah ALLAH sebanyak-banyaknya, supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al-Anfaal: 45)

Ketahuilah, berzikir mengingati ALLAH adalah perlindungan yang kuat buat manusia daripada gangguan syaitan. Sabda Nabi SAW: "Dan aku perintahkan supaya kamu berzikir mengingati ALLAH; kerana sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti seseorang yang dikejar musuh sehingga dia sampai ke satu benteng yang kuat lalu dia berlindung di belakangnya. Maka begitulah dengan seseorang hamba itu. Dia tidak akan dapat berlindung daripada syaitan kecuali dengan berzikir mengingati ALLAH." (Riwayat Ahmad, 



Perbanyakkan zikir (Al-Ahzab 41-42 )

Sesungguhnya mengingati ALLAH adalah pengkhatam amalan soleh. Ia juga adalah penghujung dan pengkhatam ibadah puasa.

Ia juga adalah penamat ibadah haji. Mengingati ALLAH turut menjadi penghujung ibadah solat. Ia turut menjadi penyudah Solat Jumaat. Firman ALLAH: "Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia ALLAH, serta ingatlah ALLAH sebanyak-banyaknya; supaya kamu berjaya." (Surah Al-Jumu'ah: 10)

Akhirnya, mengingati ALLAH juga adalah penutup kehidupan dunia kita. Daripada Mu'az bin Jabal RA, bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barang siapa ucapan terakhirnya di dunia adalah la ilaha illa ALLAH dia akan masuk syurga." (Riwayat Abu Daud, sahih)

Bahkan hal ini diperintahkan atas mereka yang berada di sisi orang yang sedang nazak. Sabda Nabi SAW: "Perintahkan orang yang sedang menghadapi saat kematian la ilaha illa ALLAH." (Riwayat Muslim)

Cukuplah kemuliaan buat mereka yang banyak mengingati ALLAH dengan berzikir, berdoa dan seumpamanya ALLAH berbangga dengan mereka, ALLAH menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang berada di sisi-Nya. Muawiyah RA meriwayatkan Rasulullah SAW mendatangi sebuah halaqah bulatan dan berkata: "Apa yang menghimpunkan kamu?" Jawab mereka: "ALLAH, hanya kerana-Nya kami duduk." Kata Nabi SAW: "Tidaklah aku bertanya kepada kamu kerana aku mencurigai kamu tetapi Aku telah didatangi Jibrail yang mengatakan ALLAH menyebut-nyebut kamu di sisi malaikat-Nya berbangga dengan kamu." (Riwayat Muslim)

Cukuplah kemuliaan berzikir mengingati ALLAH bahawasanya rumah yang penghuninya mengingati ALLAH adalah rumah yang 'hidup' manakala rumah-rumah yang penghuninya tidak mengingati ALLAH adalah rumah orang-orang mati.

Sabda Nabi SAW: "Perumpamaan rumah yang penghuninya mengingati ALLAH dan rumah yang penghuninya tidak mengingati ALLAH adalah umpama orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan: "Perumpamaan orang yang berzikir mengingati ALLAH dan orang yang tidak adalah umpama orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rahmat, cahaya dan iman (Al-Ahzab 43 )

sahih)

Kalaulah ini sahaja kelebihan berzikir nescaya ia sudah cukup untuk membuatkan lidah kita terus basah mengingati ALLAH. Kerana manusia itu tidak akan dapat selamat daripada gangguan musuhnya kecuali dengan berzikir mengingati ALLAH. Dan musuh itu tidak akan dapat menceroboh masuk kecuali melalui pintu lalai dan leka. Maka musuh sentiasa memerhati dan menunggu. Sekiranya manusia itu leka, ia akan menerkam dan menyerang.

Antara amalan yang akan menyebabkan hati kita disinari cahaya zikir mengingati ALLAH adalah dengan pergi ke masjid, menunggu solat berjemaah diiqamatkan, membaca al-Quran dan mendengarnya, mendirikan solat sunat dan hadir ke majlis ilmu.

Adapun amalan yang membuatkan hati kita lalai daripada mengingati ALLAH adalah dengan kita tidak pergi ke masjid, malas melakukan amal ibadah, tidak membaca al-Quran, sibuk dengan urusan dunia mencari kekayaan harta, mendengar muzik, menonton program yang melalaikan dan banyak gelak ketawa. Lebih berat lagi adalah perbuatan makan daripada hasil yang haram.

Ayuhlah kita zikrullah melazimi zikir mengingati ALLAH semoga kita beroleh kejayaan.

No comments:

Post a Comment

💐HATI CERMINAN DIRI💐

 ﷽ اَلسَّــلَامُے عَلَيْڪُمُے وَرَحْمَۃُ اللّٰہِ وَبَرَڪَاتُہُ ﷽ ﷻ بِسْـــــــمِے اللّٰہِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْـــــــمِے ﷻ ﷺ اَللّٰہُمَّے  ...