Monday, June 22, 2015

SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS (MU’AWWIZATAIN ) Keistimewaan Dan Tafsir

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Mu’awwizatain mengandungi dua surah Madaniyah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas yang mempunyai sebelas jumlah ayat iaitu lima ayat dalam Surah Al-Falaq dan enam ayat lagi dalam Surah An-Naas. Kedua-dua surah yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ dan ‘manusia’ ini juga dipanggil “Mu’awwizatain” atau Ta’awuz” kerana mengandungi permohonan perlindungan.
Ia diturunkan apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah SWT untuk memohon perlindungan dari kejahatan manusia, syaitan dan juga jin setelah disihir oleh orang Yahudi.

‘Al-Mu’awwizatain’ mempunyai kedudukan yang tinggi dibandingkan antara surah-surah yang lain. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:
أُنْزِلَ أَوْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَاتٌ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ الْمُعَوِّذَتَيْنِ
“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak standing sepertinya iaitu Al-Mu’awwizatain (surah An-Falaq dan surah Al-Naas). (HR Muslim, At Tirmidzi, An Naasa’i)
“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia. (HR. At Tirmidzi, dari shahabat Abu Sa’id radhiallahu ‘anhu)


al- Falaq



Tafsir Surah Al-Falaq  (Ayat 1-5)

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”

1. Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh/makhluk.
Surah ini dimulakan dengan ‘Qul’ yang membawa maksud ‘katakanlah’ kerana Allah telah perintahkan Rasul-Nya berkata demikian.
Falaq’ pula adalah cahaya ‘waktu Subuh’ atau ‘seluruh makhluk’Kedua-dua pengertian ini sesuai dengan ayat-ayat Surah Al-Falaq yang seterusnya.
Sayid Qutub berpendapat boleh dipakai sama ada dengan pengertian: ‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi.’ atau menggunakan pengertian; ‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.’

2. Dari kejahatan makhluk-Nya.
Berkenaan dengan ayat ini, ia adalah semua kejahatan yang diciptakan seperti Iblis dan keturunannya. Setiap makhluk di dunia mempunyai kebaikan dan kejahatan masing-masing. Menjadi lumrah kepada menusia sukakan kebaikan dan bencikan keburukan.
Perlindungan yang perlu kita pohonkan di sini ialah dipelihara daripada kejahatan agar hanya kebaikannya sahaja yang tinggal. Hanya Allah mampu menapis unsur-unsur jahat daripada terus menganiaya umat manusia yang bergantung harap kepadaNya.
Al-Maraghi mentafsirkan: “Aku berlindung, memohon pelindung kepada zat yang menjadi Tuhan semua makhluk, pencipta segala yang ada dari segala penyakit dan keburukan yang menimpaku antara salah satu makhluk daripada makhluk-makhluk seluruhnya.

3. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.
Maksud ayat ini pula adalah ‘matahari apabila tenggelam’ atau ‘malam yang berlabuh’, kerana pada waktu itulah keluarnya binatang buas dan serangga juga berkeliarannya para penjahat. Iaitu daripada kegelapan malam ketika malam itu datang dan menutup segala sesuatu dengan kegelapannya.
Waktu malam yang gelap-gelita itu mengerikan dan menimbulkan ketakutan kerana kegelapan malam menjadi tempat berlindung bagi orang jahat ketika bermaksud jahat dan kegelapan malam menolong bagi musuh.
Juga apabila malam mula menyelubungi, pelbagai bentuk kejahatan bisa mengganggu manusia. Serangan binatang buas, gangguan ahli sihir, dianiaya dukun, perompak dan tergeraknya nafsu syahwat atas perkara yang jijik adalah sebahagian daripada bentuk kejahatan yang mungkin berlaku. Ini kerana, kegelapan malam mendorong syaitan untuk mempergiat usaha menggugat iman manusia yang sudah sedia goyah.


4. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan.
Ketaksuban masyarakat kepada makhluk halus (jin, hantu dan seumpamanya) menyebabkan keimanan mereka terpesong lalu percaya bahawa kuasa itu mampu memberikan mereka “sesuatu”. Sedang pada hakikatnya, ilmu sihir tidak lebih sekadar menipu pancaindera manusia agar timbul perasaan takut atau mungkin berharap. Sekiranya gejala ini tidak dibendung, maka manusia semakin hampir dengan melakukan maksiat terbesar di atas muka bumi iaitu syirik pada Allah SWT… Na’uzubillah minzalik.

5. Dan daripada kejahatan pendengki bila ia dengki.
Sifat dengki, suatu yang negatif dan sering timbul apabila seseorang merasakan dirinya kurang daripada individu yang lain. Ia boleh mengundang gejala yang lebih besar kerana si pendengki mungkin akan berbuat apa sahaja agar kelebihan tadi ditarik balik daripada pemilik asal tidak kira dengan apa kaedah sekalipun. Atau, ia mungkin sekadar menimbulkan rasa cemburu. Walau apa sekalipun, dengki harus dibuang atau mungkin kita boleh melatih diri untuk melakukan tindak balas positif atas sikap ini. Sifat dengki seharusnya dijadikan pemangkin ke arah mempergiat usaha supaya menjadi insan yang lebih baik.


An nas


Tafsir Surah An-Nas  (Ayat 1-6)

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”



قُل أَعوذُ بِرَبِّ النّاسِ
1. Katakanlah (Wahai Muhammad):  “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)  manusia. “
Allah sebagai ‘Rabb’ bermaksud Dia sebagai Maha Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Penguasa, Pengatur dan Pemberi Rezeki. Dipamerkan kasih dan sayangNya kepada makhluk ciptaanNya dimana Dia sebagai Tuhan yang menciptakan.
Surah ini dimulakan dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya. Al-Rabb dalam surah ini membawa maksud yang luas termasuk mengarah, menjaga, membimbing, memelihara dan melindungi. Dengan kefahaman ini, membolehkan kita merasakan betapa dekatnya Allah SWT dengan kita, Tuhan yang mengenali diri kita lebih daripada kita mengenali diri sendiri.
Pengakuan Allah selaku raja dan sembahan manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaanNya yang mempu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan harapan oleh Allah SWT yang rahmatnya tiada terbatas.

مَلِكِ ٱلنَّاسِ
2. Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia.
Perkataan  ‘Al Malik’ bermakna Allah sebagai Raja (pemilik dari segala sesuatu yang ada di alam ini), yang Maha Memimpin, Menjaga, Menguasai  dan Hakim (pengubal undang-undang) untuk manusia. Manusia tidak boleh mengambil undang-undang lain selain daripada undang-undang ciptaan-Nya.
Allah SWT sebagai Pemimpin, kita adalah hamba yang dibawah pimpinanNya seperti Raja dan rakyat, maka segala apa yang dimuka bumi ini adalah tanah Allah, kerajaan Allah bukan milik sesiapa. Negara ini (tanah yang kita duduki)  bukan milik kita tapi milik Allah, Allah SWT telah mengatur sistem undang-undang yang perlu dilaksanakan di tanahNya.

إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
3. Tuhan yang disembah manusia.
Tuhan (Al Ilah) sembahan manusia pula mengandungi erti bahawa Allahlah yang paling dicintai, yang paling ditakuti dan ditaati, sebagai sumber pengharapan dan satu-satunya Zat yang berhak disembah dan diibadahi. Tidak ada pergantungan lain melainkan pergantungan hanya kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT :
 “Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia.” (Surah at-Taubah ayat 31)
Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah ialah seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah SWT. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT semata-mata.

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ
4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang biasa bersembunyi,
Makna ‘al was-was’ adalah bisikan, manakala al khannas adalah yang betul-betul tersembunyi, samar dan ‘mundur’.
Syaitan selalu mengbisikan hasutan-hasutan yang menyesatkan manusia ketika manusia leka dan lalai dari berzikir kepada Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya:

“Sesiapa yang berpaling (tidak mengendahkan) pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya). Maka jadilah syaitan itu teman karibnya.” (Az-Zukhruf: 36)

Adapun ketika seorang hamba berzikir kepada Allah SWT, maka syaitan bersifat ‘khannas’ iaitu ‘mundur’ dari perbuatan menyesatkan manusia. Sebagaimana firman-Nya:
“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan (Rabb)-nya.” (An-Nahl: 99)

ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
5. Yang membisik (kejahatan) ke dalam dada manusia.
Syaitan selalu berupaya menghembuskan bisikan dan perasaan was-was kepada manusia. Mereka menghiasi kebatilan sedemikian indah dan menarik serta mengubah kebenaran dengan segala yang buruk sehingga seakan-akan yang batil itu nampak benar dan yang benar itu nampak batil.
.
Perangai syaitan ini telah bermula sejak dari  zaman Nabi Adam dan isterinya, Hawa lagi. Sebagaimana dalam firman-Nya:
“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, dan syaitan berkata: “Tuhan-mu tidak melarang untuk mendekati pokok ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam al jannah / syurga)”.” (Al A’raf: 20)
Begitu juga kisah, ketika Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam sedang beri’tikaf. Shafiyyah bintu Huyay (salah seorang isteri Baginda shalallahu ‘alaihi wasallam) mengunjunginya pada malam hari. Setelah berbincang beberapa ketika, maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menghantarkannya pulang ke kediamannya. Namun perjalanan kedua-duanya dilihat oleh dua orang Al Ansar. Kemudian syaitan menghembuskan ke dalam hati kedua-duanya perasaan was-was (curiga).
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam melihat gelagat yang kurang baik dari kedua-duanya. Oleh kerana itu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengejarnya, seraya bersabda:

على رسلكما, إنها صفية بنت حيي فقالا: سبحان الله يارسول الله. فقال: إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم, وإني خشيت أن يقذف في قلوبكماشيئا, أوشرا.

“Tenanglah kamu berdua, dia adalah Shafiyyah bintu Huyay. Mereka berdua berkata: “Maha Suci Allah wahai Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan mengalir di tubuh bani Adam sesuai dengan aliran darah, dan aku pula bimbang dihembuskan kepada kamu sesuatu atau keburukan.” (HR Muslim no. 2175)
Demikianlah watak syaitan selalu menghembuskan bisikan-bisikan jahat ke dalam hati manusia. Apalagi Allah SWT dengan segala hikmah-Nya telah mencipta ‘pendamping’ (dari kalangan jin) bagi setiap manusia, bahkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam juga ada pendampingnya.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a kata Rasulullah SAW bersabda:

ما منكم من أحد إلا قد وكل به قرينه من الجن, قالوا: وإياك يارسول الله? قال: وإياي, إلا أن الله أعانني عليه فأسلم, فلا يأمرني إلابخير.

“Tiada seorangpun di antara kamu kecuali diberikan seorang ‘qarin’  (pendamping) dari kalangan jin.”  Para sahabat bertanya:  “Termasuk Tuan juga ya Rasulullah?” Jawab Baginda:  “Ya. Aku juga. Tetapi Allah telah melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia masuk Islam (menyerah). Maka itu dia tidak pernah menyuruhku  melainkan kepada kebaikan.”  (Hadis Riwayat Muslim:2814).

مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
6. Iaitu dari (golongan) jin dan manusia.
Seterusnya, Allah mengingatkan kita bahawa yang melakukan bisikan ke dalam dada manusia tidak hanya dari golongan jin, bahkan di kalangan manusia pun boleh berperanan sebagai syaitan. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah yang tidak pernah kenyang memamah daging saudara sendiri serta mereka yang tenggelam dalam nafsu seranah.
“Kaldai Nabi SAW telah terjatuh, lalu aku mengatakan, “celakalah syaitan” Lalu Nabi bersabda, “Janganlah kamu katakan ‘celakalah syaitan’ sebab jika kamu mengatakannya maka syaitan akan menjadi semakin besar tubuhnya dan mengatakan, ’Dengan kekuatanku, aku akan mengalahkannya.’ Namun, apabila kamu mengatakan ‘bismillah’, maka dia akan mengecil sehingga menjadi sekecil lalat.”   (HR. Ahmad)

Hal ini juga dipertegaskan Allah SWT  dalam Firman-Nya :

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari jenis syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia), dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Surah al-An’am ayat 112)

Firman Allah SWT :
“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan). oleh sebab itu, perangilah pengikut-pengikut syaitan itu. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (Surah an-Nisa ayat 76)
Ayat di atas menerangkan bahawa  syaitan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana Allah SWT menyebutkan kalimah thaghut. Berdasarkan ayat atas, ditunjukkan bahawa tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu kuat berbanding tipu daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.
.Maka salah satu jalan keluar dari bisikan dan godaan syaitan baik dari kalangan jin dan manusia adalah sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu hasutan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”  (Al-Fushshilat: 36)

Penutup
Maka sudah sepatutnya bagi kita selalu memohon pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Mengakui bahawa sesungguhnya seluruh makhluk berada di bawah tatacara dan kuasa-Nya. Semua kejadian ini terjadi atas kehendak-Nya. Dan tiada yang boleh memberikan pertolongan dan menolak mudarat kecuali atas kehendak-Nya pula.
Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang sentiasa meminta pertolongan, perlindungan dan mengikhlaskan seluruh ibadah hanya kepada-Nya.



Hubungan Surah Al-Falaq dengan Surah An-Naas
1.  Kedua-duanya sama-sama mengajarkan kepada manusia, hanya kepada Allah SWT kita menyerahkan diri dan mohon perlindungan kita dari segala kejahatan.
2.  Surah Al-Falaq memerintahkan kita untuk memohon perlindungan dari segala bentuk kejahatan, manakala Surah An-Naas memerintahkan untuk memohon perlindungan Allah SWT dari kejahatan jin dan manusia. Memohon perlindungan kepada Allah SWT merupakan sebahagian dari doa, sementara doa adalah bentuk ibadah yang terbaik.



Kisah Penurunan Surah Al-Muawwazatain
Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Dia telah mengambil rambut Baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan Baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda).

Maka, malaikat Jibrail turun menghadap Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas (Al-Muawwazatain). Baginda bersama para sahabat Baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika dibacakan setiap kali satu ayat ‘Surah Al-Muawwazatain’, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, Baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)

Keutamaan Surah Al-Muawwazatain
Surah Al-Falaq mengajar kita untuk memohon perlindungan kepadanya dari kejahatan segala makhluk dan juga perbuatan-perbuatan sihir, khianat, hasad dengki dan sebagainya. manakala Surah An-Naas pula mengajar kita untuk memohon kepada-Nya dengan perlindungan terhadap bahaya-bahaya batin seperti ancaman dari syaitan mahu pun jin, juga tipu daya makhluk, perasaan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah dan amal ibadat kita.
Daripada Ukbah b. Amr. r.a., Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Wahai Ukbah B Amr. Sukakah kamu kalau aku ajar kamu surah yang Allah tidak pernah turunkan dalam kitab Zabur / Injil ?” Aku menjawab; “Ya Rasullulah!…” Sabda Rasullullah; “Ya! surah itu adalah Surah Al-Muawwazatain (Surah Al-Falaq & An-Naas).”  (Hadis di riwayatkan oleh Imam Bukhari r.a.)

Fadhilat Surah Al-Muawwazatain
Banyak kebaikan dan kelebihan ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & An-Naasini di antaranya :
1.  Amalkan membaca ‘Surah Al-Muawwazatain’ 3 kali, setiap pagi dan petang didahului  bacaan Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, InsyaAllah segala keperluan hidupnya akan cukup dan sempurna.
2.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ingatlah kamu bahawa saya beritahu kepada kamu tentang ‘Ta’awuz’ iaitu doa memohon perlindungan yang paling berkesan ialah:   
( قُلْ أَعُوذُبِرَبِّ …)
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Abbas r.a.)
3.  ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & An-Naas) adalah perlindung dari segala sihir. Hendaklah membacanya 3 kali pagi dan 3 kali petang. Lebih baik jika 7 kali pagi dan 7 kali petang.
4.  Abdillah b Khubair r.a. berkata, Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam; “Bacalah 3X ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & An-Naas) pagi dan petang ( 3 X setiap surah ) supaya selamat dari segala kejahatan.”
5.  Sesiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia seperti sihir dan yang seumpamanya, hendaklah membaca ‘Surah Al-Muawwazatain’ sebanyak 41 kali setiap hari selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut, InsyaAllah akan dapat memulihkannya. Boleh juga digunakan untuk mengubati orang lain
6.  Sebagai penawar sengatan binatang berbisa, bacalah dua surah (Surah Al-Falaq & Surah An-Naas) yang mulia ini pada air garam, lalu disapukan pada anggota yang disengat itu. InsyaAllah sembuh.
7.  Saidina ‘Ali r.a. menerangkan; pernah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam disengat kala/jengking, kemudian Baginda mengambil air garam dan dibacakan ‘Surah Al-Muawwazatain’ lalu disapukan kepada anggota yang disengat kala tadi.
8.  Apabila takut dalam kegelapan malam, bacalah ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas) seberapa banyak yang mungkin, InsyaAllah akan terselamat dan menemui jalan keluar.
9.  Bagi memohon petunjuk jalan ketika sesat seperti dalam gelap atau dalam hutan, bacalah ‘Surah Al-Muawwazatain’ sebanyak mungkin. Sebaik-baiknya didahulukan dengan azan, InsyaAllah pasti ditunjukkan jalan yang betul.
10.  Uqbah bin Amr menerangkan, “Ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, baginda membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Naasdan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.”
11.  ‘Surah Al-Muawwazatain’ mampu menaikkan semangat keberanian bagi membela kebenaran dari kekejaman, orang zalim, orang jahat dan sebagainya. Bacakanlah surah tersebut sebanyak 100 atau 1000 kali.

Dan terdapat banyak lagi kelebihan dan keistimewaan ‘Surah Al-Muawwazatain’ (Surah Al-Falaq & An-Naas) ini dalam amalan Sunnah, seperti membacanya ke atas yang sakit atau sebelum tidur dan sebagainya.

والله أعلم بالصواب
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

REcommended :

Surah Al Ikhlas

Khasiat AL HAsyr AYt 21-23
Ayat Pendinding

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu #doa

SURAH AL-IKHLAS -Fadhilat Dan Khasiat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



"Dari Abu Darda dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, beliau shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Quran dalam semalam?" Mereka mengatakan, "Bagaimana kami bisa membaca seperti Al Quran?" Lalu Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Quran." (HR. Muslim no. 1922)

Ayat dan Terjemahannya:
al Ikhlas


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
Qul hu-wal-la-hu a-had
1.    Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

اللَّـهُ الصَّمَدُ
Al-lah hus-sho-mad
2.    Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Lam ya-lid wa-lam yuu-lad
3.    Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had
4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :

1.      Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.
Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

2.  Sebahagian Al-Quran
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda“Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

3.  Khatam Al-Quran
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas 1 kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas 3 kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
 .
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

4.  Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”


Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”



5.  Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”

6.  Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.
Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”

7.  Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Sabda Rasullullah SAW:  “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”





Lihat:



Wednesday, February 25, 2015

SURAH AL-FATIHAH Hikmah Dan Keutamaan Membaca

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.




Al-Fatihah  adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”

Rasulullah SAW juga  bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:

“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”




1. Membaca surat Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran .2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.3. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur,  Al Quran, suhuf idris As. dan suhuf Ibrahim As. sebanyak 7 kali.
4. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah olah ia telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT.
5. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu ‘ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya Allah akan mudah memperoleh ilmu pengetahuan, di samping itu dapat membersihkan hati dari fikiran yang rosak.
6. Sesiapa membaca Al-Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
7. Amalkan membaca Al-Fatihah saat hendak tidur, diikuti membaca Surah Al – Ikhlas tiga kali, Surah Al -Falaq dan Surah An – Nas , insya – Allah akan aman tentram dan terjauh dari gangguan setan.
8. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
9. Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali saat makan sahur malam. Insya Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.
10. Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan.
11. Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.

PENYEMBUH
Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”
1.  Mengubati Segala Penyakit
a.  Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali pada sebaldi air, kemudian air itu disapukan merata pada kedua belah tangan, kedua kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu sebahagiannya diminum. Lakukanlah dengan kerap. Insya Allah penyakit yang dialami akan sembuh.
b.  Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf Arab terpisah lalu dilarutkan dengan air suci dan diberi minum kepada pesakit, maka dengan iradah Allah SWT. ia akan sembuh.
2.  Penawar Bisa & Racun
Ambil segelas air yang dicampur dengan sedikit garam lalu dibacakan surah Al-Fatihah  sebanyak 7 kali pada air itu. Kemudian berilah orang yang disengat binatang berbisa (lipan, kala gengking, tebuan) itu minum dan usapkan sedikit di bahagian sengatan. Insya Allah akan tawar racun di dalam badan dan segera sembuh.
3.  Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah Al-Fatihah  dengan huruf Arab pada bekas seperti piring putih yang bersih lagi suci dan dilarutkan dengan air zam-zam / mineral lalu diberi minum pada orang yang pelupa. Insya Allah akan hilang sifat pelupanya
4.  Mengubati Sakit Gigi
a.  Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Bagi diri sendiri. Letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan keburukan dan kekejian yang ada padaku dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
b.  Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah, maka berdoalah 7 kali:
“Ya Allah! Hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang daku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu”.
5.  Penyembuh Penyakit Mata
a.  Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.
b.  Sabda Nabi Muhammad SAW; “Sesiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
·         Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
·        Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
·         Sesudah itu bacakan doa berikut sebanyak 7 kali :
“Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu, ya Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.”
·         Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.
·         Terakhir bacakan juga doa di bawah sebanyak 1 kali:
“Ya Allah! Sembuhkanlah, Dikaulah yang menyembuhkan, Ya Allah! Sihatkanlah, Dikaulah yang menyihatkan”

KEUTAMAAN SHOLAT TASBIH

  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Bacaan ta...