Saturday, March 12, 2022

Kelebihan Baca Surah At Taubah Ayat 128 dan 129

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Surah At Taubah Ayat 128 dan 129 


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan  melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Berusahalah untuk ikhlaskan hati,  walau perjuangan itu memakan masa sepanjang hayat..bukan tujuannya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya.  Anggaplah dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In sha Allah
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Surah At Taubah mengandungi 129 ayat dan diturunkan di Madinah. Dinamakan dengan At Taubah (Taubat) kerana pada ayat ke 117 ada disebut perihal golongan yang telah bertaubat dari kesalahan mereka yang salah lalu dan Allah telah menerima taubat mereka.

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat.

Jika dibaca pada waktu pagi, Insya Allah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah SWT.

Ini juga kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah. Antaranya:

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan


 لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ 

Maksudnya:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”.


فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
Maksudnya:
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar”.

Walaupun kita dah hafaz dan sering mengamalkan 2 ayat ini, di saat ajal kita sampai kita tidak akan mampu untuk membacanya lagi. Inilah petunjuk Allah bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat untuk membaca ini. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129. Wallahua'lam.

Nama Lain Surah At Taubah
Surah ini juga dinamakan surah “Baraa’ah” (Pemutusan Tanggungjawab) yang bermaksud “Pembatalan Perjanjian” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.

Intisari kandungannya adalah menerangkan perisytiharaan dari Allah dan RasulNya, yang ditujukan kepada kaum musyrikin Arab dan ditegaskan bahawa oleh kerana mereka telah mencabuli perjanjian dengan Rasulullah SAW. Maka perjanjian itu dibatalkan oleh Allah dan RasulNya dan mereka diberi waktu selama 4 bulan, sesudah itu jika mereka tidak menerima Islam maka mereka akan dimusnahkan di mana saja mereka ditemui.


kredit : 
https://apacitos.com/2020/04/11/amalan-surah-at-taubah-ayat-128-129/

Wednesday, March 9, 2022

Mencapai Martabat Muqarrabin

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Mencapai Martabat Muqarrabin
Mencapai Martabat Muqarrabin

ASHABUL MUQARRABIN : Mereka adalah golongan umat Islam yang hati dan perasaan hanya kepada Allah. ‎Setiap amalannya penuh khusyuk dan ikhlas kepada Allah.‎

Selain dari itu, mereka yang termasuk dalam golongan ‘bi ghairi hisab’ ini adalah ‎para syuhada (orang yang mati syahid). Mereka adalah golongan orang ‘Muqarrabin’ ‎yang ertinya orang yang sangat dekat dengan Allah swt. disebabkan pengorbanan ‎mereka dalam menegakkan agama Allah swt. Bahkan   mereka sanggup ‎mengorbankan nyawa  untuk mempertahankan agama Allah swt. Oleh sebab itu ‎tidak hairan mengapa mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah ‎swt.‎

Abul Aliah mengatakan, “Tidak akan dipisahkan nyawa seorang muqarrabin sebelum ‎dihadirkan kepadanya satu dahan dari kenikmatan Syurga, lalu ruhnya itu disimpan di ‎sana.” Di dalam sebuah hadits sahih dikemukakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, ‎‎“Ruh-ruh para Syuhada (orang-orang yang mati sedang berjihad menegakkan agama ‎Allah) itu dalam perut-perut burung hijau yang berterbangan di taman-taman Syurga ‎kemana saja mereka kehendaki, kemudian bermalam pada pelita-pelita yang ‎bergantungan pada Arasy.”‎

Maksudnya: ‎“Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang Muqarrabin (didekatkan ‎kepada Allah), maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta Syurga ‎kenikmatan. (Al-Waqiah 56:88-89)‎

Amalan Golongan Muqarrabin

Dalam amalan mereka memulakan sesuatu dengan Niat, kemudian disusuli dengan ‎doa dan nazar, merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh golongan ini.‎

Dalam persahabatan, golongan ini merupakan seorang sahabat yang dapat memberi ‎tanggungjawab terhadap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya ‎dibahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang dia dapat, maka separuh ‎untuknya dan separuh lagi untuk sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap ‎nikmat yang dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh daripadanya iaitu ‎sama banyak atau dibahagi dua.


Empat Dasar untuk Mencapai Martabat Muqarrabin

Dengan nama ALLAH yang amat pengasih lagi amat penyayang. Rahmat Allah ke atas penghulu kita Muhammad SAW dan ke atas keluarganya setiap detik dan setiap nafas malah sebanyak bilangan yang diketahui oleh Allah.

Perkara yang lengkap dan boleh menyampaikan seseorang itu kepada tujuannya dalam mengikuti jalan Allah ialah dengan berpandukan dasar-dasar yang berikut:

1. Dasar pertama: (Muhasabah)

Orang berakal yang hendak menyelamatkan dirinya daripada semua kebinasaan, serta ingin pula ianya dimasukkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang muqarrabin dalam semua perjalan dan tindak-tanduknya, apabila ia berazam hendak melakukan sesuatu perkara, sama ada dengan cara perkataan ataupun perbuatan, ia terlebih dahulu hendaklah menyedari bahawa ia akan disoal oleh Allah, tentang perkara itu. Oleh itu, ia hendaklah menyediakan jawapan bagi soalan-soalan Allah itu sebelum ia memulakannya. Sekiranya ia rasa bahawa ia boleh memberi jawapan yang betul dan lurus serta diredhai oleh Allah, maka bolehlah ia memulakan perkara itu. Dengan cara demikian, ia akan memperolehi kepujian di dunia dan di akhirat. Sebaliknya kalau ia rasa bahawa jawapannya tidak memuaskan dan tidak akan diredhai oleh Allah Taala, maka ia hendaklah menjauhi diri dari perkara itu kerana perkara itu akan membawa akibat buruk kepadanya kalau dilakukannya.

Dasar ini adalah menjadi asas bagi semua perbuatan dan perkataan. Sesiapa yang berpegang teguh dengan dasar ini, maka semua akhlaknya berdasarkan kelurusan, baik pada zahir mahupun batin, dan tidak ada sebarang cacat cedera. Inilah maksud sabda Nabi SallaLLAHU alaihi wassalam yang ertinya:

"Hisabkanlah diri kamu sebelum kamu dihisabkan (di akhirat), dan timbangkanlah dia sebelum kami menimbangkannnya (di akhirat)."

2. Dasar kedua: (Mengharap Redha Allah semata-mata)

Seseorang Muslim tidak patut melakukan sesuatu perbuatan atau melafazkan sesuatu perkataan melainkan kerana mencari keredhaan Allah SWT. Kalaulah seseorang itu bertujuan benar untuk mencari keredhaan Allah Taala dan di samping itu hatinya bersih dari segala tujuan yang lain, serta berpegang teguh dengan dasar ini, ia tetap tidak akan berkata atau melakukan sesuatu perbuatan melainkan setelah ia yakin dan berhemat-hemat. Semua amalannya akan tetap ikhlas.

Inilah maksud firman Allah Azzawajalla kepada RasulNya yang amat besar dan kekasihNya yang amat mulia iaitu Nabi Muhammad SAW dalam surah Al-Kahf ayat 28:

Ertinya: "Dan bersabarlah kamu hai Muhammad bersama-sama dengan orang-orang yang menyerukan Tuhan mereka di waktu pagi dan petang dengan mengharapkan keredhaan Allah."

Dan firman Allah Azzawajalla dalam surah Al-Lail ayat 9:

Ertiya: "Pada hal tidak ada padanya budi seorang yang patut dibalas melainkan kerana hendak mencari keredhaan Tuhan yang maha Tinggi dan Tuhannya akan meredhainya."

3. Dasar ketiga: (Mengeratkan SilaturRahim)

Seseorang Muslim, hendaklah mempunyai penuh perasaan belas kasihan kepada semua saudara Muslim tanpa beza-membeza di antara kaya dan miskin, berpangkat atau tidak berpangkat. Ia hendaklah menyempurnakan segala hak mereka sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Islam seperti memulia, menghormati dan menolong mereka. Kalaulah ia berpegang teguh kepada dasar ini dengan tulus ikhlas nescaya Allah akan melimpahkan cahaya dan rahmatNya ke atas seluruh jasadnya, dan dianugerahkan pula rasa kemanisan rahmat itu. Orang seperti ini akan mendapat habuan yang banyak dari pesaka kenabian yang terkandung di dalam firman Allah Azzawajalla, Surah Al-Ambiyaa', ayat 107.

Al-Anbiya' Ayat 107

وَمَآ اَرْسَلْنٰكَ اِلَّا رَحْمَةً لِّلْعٰلَمِيْنَ

107. 
Ertinya: Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.

Dan inilah maksud sabda Rasulullah SAW.

Ertinya: "Allah Azzawajalla ada tiga kehormatan. Siapa yang memeliharanya, Allah akan meringankan ke atasnya urusan agama dan dunianya. Sebaliknya siapa yang tidak memeliharanya, Allah tidak akan memelihara apa pun untuknya, iaitu kehormatan Islam, kehormatanku dan kehormatan rahimku" (iaitu persaudaraan Islam).

Dan seperti tujuan ini juga sabda Nabi SAW kepada Saiyidina Abu Bakar RA:

Ertinya: "Jangan menghinakan sesiapa pun dari kaum Muslimin, kerana orang Muslim yang kecil dan hina pada pandangan kamu itu adalah besar dan mulia di sisi Allah."

4. Dasar keempat: (Menyempurnakan Akhlak)

Kemuliaan akhlak yang menjadi tujuan utama diutuskan Rasulullah SAW untuk menyempurnakannya, sebagaimana sabdanya:

Ertinya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan budi pekerti."

Dasar ini merupakan pati dan intisari agama Islam. Maksudnya, seseorang hamba Allah hendaklah bersifat lemah lembut terhadap keluarga, hamba sahaya dan seluruh kaum Muslimin.

Sabda Rasulullah SAW,
Ertinya: "Ahli syurga ialah tiap-tiap orang yang bersifat lemah lembut dan mudah kira bicara, sedangkan ahli neraka pula ialah tiap-tiap orang yang kasar dan keras." Lalu sahabat-sahabat bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan keras itu Hai Rasulullah? Baginda menjawab, ialah orang yang bersikap kasar terhadap keluarga, sahabat handai dan terhadap kaum suku sendiri.

Dan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 83,

Ertinya: "... Dan katakanlah kepada manusia dengan perkataan yang baik ... " iaitu tidak mengatakan sesuatu yang keji. Disamping itu Allah berfirman lagi dalam surah Al-Isra' ayat 53,

Ertinya: "... Dan katakanlah kepada hambaKu, hendaklah mereka mengatakan perkataan yang lebih baik.

Ini bererti bahawa bukan sahaja dikehendaki mengatakan perkataan yang baik malah yang lebih baik daripada itu.

Pendeknya apa saja perkataan dan perbuatan baik yang kamu suka dikata atau dibuat orang kepada kamu, maka kata dan buatlah baiklah kepada makhluk-makhluk Allah Taala. Sebaliknya apa yang kamu benci dari orang lain terhadap diri kamu, baik perkataan ataupun perbuatan yang keji, maka hendaklah kamu jauhinya kerana Allah akan berbuat kepada hambaNya mengikut sifat dan perangai hamba itu terhadap makhlukNya. Balasan Allah terhadap sesuatu sifat hamba adalah dengan bentuk yang sesuai dan sewajar dengannya.

Orang yang jadi 'Syurga' kepada makhluk Allah iaitu sebagai tempat untuk mendapat rahmat, tempat berteduh dan berehat, maka demikianlah juga balasan Allah kepadanya. Begitu juga halnya dengan orang yang memuliakan seseorang hamba kerana meraikan tuannya adalah pada hakikatnya ia memuliakan tuan itu sendiri. Maksud yang seperti inilah tersebut dalam hadis Qudsi iaitu Allah akan berfirman kepada hambanya di Akhirat kelak:

Erti: "Aku telah lapar tetapi engkau tidak menjamuku. Aku meminta minuman tetapi engkau tidak memberikannya kepada ku. Aku telah sakit, tetapi engkau tidak menziarahi ku. Maka hamba akan bertanya, bagaimanakah engkau lapar sedangkan engkau Tuhan sekalian alam? Lalu Allah mentafsirkan firmanNya itu: Tidakkah hambaKu si Anu telah sakit, kalaulah engkau menziarahinya nescaya engkau dapat Aku disisinya. Tidakkah hambaKu si Anu telah lapar, kalau engkau menjamunya nescaya engkau dapatiKu disisinya. Tidakkah hambaKu si Anu telah meminta minuman dari engkau. Kalau engkau beri minuman kepadanya, nescaya engkau dapati perkara itu disisiKu."

Demikianlah diterangkan oleh Allah SWT akan maksud perkataan "AKU" dalam firmanNya: "HambaKu si Anu telah lapar, hambaKu si Anu telah sakit, hambaKu si Anu telah meminta minuman."

Pendeknya berbuat sesuatu kebaikan kepada seseorang hamba kerana menghormati tuannya, adalah dianggap berbuat baik kepada tuannya sendiri. Orang yang berpegang teguh dengan makam ini, segala perbuatan dan kira bicaranya hanya dengan Allah SWT yakni tanpa mengambil perhatian dan mengingati sesuatu yang lain daripadaNya.

Ketinggian akhlak terhadap Allah dan terhadap hambaNya adalah terhimpun dalam sabda junjungan kita, Muhammad SAW yang berbunyi,

Ertinya: "Muliakan Allah dengan menjauhkan diri dari mengerjakan perkara-perkara yag ditegah, iaitu hendaknya janganlah kamu dilihat oleh Allah SWT berada di tempat yang dilarangNya dan janganlah pula hilang daripada tempat yang disuruhNya."

Perkara yang boleh menimbulkan perasaan malu seseorang hamba kepada Allah SWT ialah memikirkan dengan penuh perasaan yang Allah memerhati dan menyaksikan tiap-tiap suatu, sebagaiman firman Allah SWT surah Al-Baqarah ayat 235,

فَاحْذَرُوْهُ ۚوَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ حَلِيْمٌ ࣖ

Ertinya: "Ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang berada di dalam hati kamu. Maka takutlah kepadaNya."


Apabila seseorang hamba memenuhi hatinya dengan renungan terhadap Allah dan selalu diamalkannya hingga menjadi kebiasaan kepadanya, maka timbullah perasaan malu kepada Allah. Dia tidak akan melafazkan sesuatu perkataan atau melakukan sesuatu perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah dan yang tidak layak dengan kebesaranNya, selama harinya teringat kepada firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 4,

Ertinya: "Dia bersama kamu di mana-mana kamu berada."

Allah tetap berada disampingnya dan memandang kepadanya. Seseorang hamba yang hendak melakukan zina atau curi umpamanya, kalau diketahuinya ada orang yang melihatnya, sudah tentu ia tidak sanggup hendak melakukannya malah mencercakan dirinya serta memandang buruk kepada pekerjaan itu.

Kalaulah begitu keadaannya terhadap sesama makhluk yang tidak memiliki kuasa kebencanaan dan kemanfaatan, hanya yang mendorongkan dia berhenti dari melakukan sesuatu yang buruk dan keji itu semata-mata kerana takut jatuh maruah dan darjat di mata manusia sahaja, maka tidak boleh diragukan lagi kalau hatinya ingat kepada Allah ketika memulakan perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah itu, tentu akan tercegah dari melakukannya. Inilah maksud sabda Nabi Muhammad SAW tentang ihsan.

Ertinya: "Beribadatlah engkau kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, jikalau engkau tidak dapat melihatNya (sudah tentu tidak dapat melihat) maka ia tetap melihat engkau."


Orang yang berada dalam keadaan ini, tentu akan menunaikan ibadat dengan sebaik-baiknya mengikut sedalam mana ilmunya terhadap penglihatan Allah kepadanya.


Rahsia surah Al-Waqiah

Lihat terjemahan ayat-ayat dalam surah al-waqiah. 

Perkara utama dalam  surah ini ialah umat Nabi Muhammad saw (umat Islam) akan dipecahkan kepada 3 kelompok ketika dibangkitkan di hari kiamat kelak. 3 kelompok tersebut ialah:
1. Golongan muqarrabin
2. Golongan kanan (ashabul yamin)
3. Golongan kiri (ashabus syimal)


Surah ini secara tak langsung juga membahagikan umat islam kepada 3 kelompok utama lagi iaitu:
1. Golongan Awwalin [generasi salafus soleh]
2. Golongan Pertengahan [generasi selepas salafus soleh hingga sebelum kemunculan imam mahdi]
3. Golongan Akhirin [generasi hidup di zaman imam mahdi]



Siapakah yang dimaksudkan golongan-golongan tersebut :

1. Muqarrabin

Muqarrabin bermaksud orang-orang yang hampir dengan Allah. Dengan erti kata lain wali Allah. Golongan ini paling tinggi disisi Allah tarafnya dan diberikan nikmat yang hebat [tersebut dalam surah al-waqiah] kerana hebatnya cinta dan takut mereka kepada Allah di simbolkan amal ibadat mereka yang banyak. mereka ini amat menjaga syariat lahir [amal ibadat] dan syariat batin [hati]. Roh mereka itu bersih hingga diberikan kelebihan oleh Allah ketika masih hidup lagi.

Disebutkan golongan muqarrabin ramai di kalangan golongan awwalin dan sedikit di kalangan golongan akhirin. [golongan pertengahan tidak disebutkan kerana mereka bersifat pertengahan dalam semua segi]

Golongan awwalin terdiri daripada sahabat, tabiin dan tabi' tabiin kerana yang Islam di zaman salafus soleh terdiri dari kalangan mereka. Sahabat dididik Rasulullah saw. Tabiin dididik oleh sahabat. Tabi' tabiin dididik oleh tabiin. Jika dibandingkan bilangan sahabat, tabiin dan tabi' tabiin dengan orang Islam awam umumnya ketika itu nisbah bilangan mereka kecil. sebab itulah disebut majoriti golongan awwalin bertaraf muqarrabin.

Golongan akhirin ialah golongan yang hidup di zaman Imam Mahdi. Muqarrabin di zaman ini adalah para wali Allah yang hidup ketika itu dan tentera-tentera Imam Mahdi iaitu ikhwan dan asoib. Ikhwan dan asoib dididik oleh Imam Mahdi melalui pembantunya Pemuda Bani Tamim dan para wazirnya. Ikhwan setaraf sahabat manakala asoib setaraf dengan tabiin ataupun tabi' tabiin. Golongan ikhwan dan asoib amat dirindui Rasulullah saw dan para sahabat ra. Ikhwan berjumlah ratusan manakala asoib jumlahnya seperti bilangan sahabat ra. Jika dibandingkan jumlah umat islam 1 billon dengan Ikhwan dan asoib yang berjumlah 124 000 ditambah jumlah para wali yang hanya ribuan sahaja itu maka benarlah firman Allah bahawa sedikit sahaja dari golongan akhirin termasuk dikalangan golongan muqarrabin.

2. Ashabul yamin


Ashabul yamin ialah orang Islam yang taat perintah Allah. mereka ini berusaha menghindar dosa namun jika melakukan maksiat cepat-cepat mereka bertaubat. Jika di zaman salafus soleh. Golongan ini adalah orang islam awam. begitu juga di zaman Imam Mahdi. Golongan pertengahan, orang Islam awamnya terbahagi kepada dua iaitu golongan yang taat dan golongan yang derhaka. Nikmat bagi golongan ashabul yamin ini disebutkan jelas dalam surah Al Waqiah. Majoriti umat Islam dari golongan awwalin dan akhirin adalah termasuk dalam kelompok ashabul yamin

3. Ashabus syimal

Ashabus syimal adalah golongan yang derhaka kepada Allah. mereka sering melakukan dosa bahkan berbangga dengannya. Mereka mati sebelum sempat bertaubat kepada Allah dan akhirat kelak neraka tempat tinggal sementara mereka kerana mereka masih Islam. mereka akan diazab sesuai dengan banyaknya dosa mereka hingga tiba hari syafaat diberikan oleh baginda Rasulullah saw. Azab yang ditimpakan disebut jelas dalam surah ini. Minoriti golongan awwalin dan akhirin adalah dalam kelompok ini.

Kesimpulan
Banyakkan usaha supaya kita termasuk di kalangan muqarrabin atau setidak-tidaknya golongan ashabul yamin. Kita hidup di akhir zaman dan pelbagai petanda jelas menunjukkan Imam Mahdi akan muncul di zaman kita. Maka berusahalah untuk merebut jawatan Ikhwan dan Asoib kerana peluang masih terbuka supaya kita mendapat nikmat yang besar di dunia dan akhirat kelak.

Baca :

10 Perkara mencapai darjat Muqarrabin Dan Muttaqin
Hj Abdul Rahman Ismail

Abu Bakar As-Siddiq R.A. telah berkata :
Seorang hamba yang telah diberi rezeki oleh Allah SWT dengan sepuluh perkara, bererti dia telah terselamat dari aneka jenis bahaya dan telah berjaya mencapai darjat muqarrabin dan muttaqin.
Sepuluh perkara tersebut adalah :
1-Ucapan yang jujur dan disertai dengan sifat Qanaah.
2-Sentiasa sabar yang desertai dengan sifat Syukur yang berterusan.
3-Redha dengan kefakiran disertai dengan zuhud yang nyata.
4-Banyak bertafakkur dengan disertai dalam keadaan lapar.
5-Sentiasa Prihatin dan disertai dengan sifat takut kepada Allah SWT.
6-Tidak meminta-minta.
7-Sentiasa bersikap lemah-lembut dan disertai dengan sifat kasih sayang.
8- Bercinta kerana Allah SWT dan disertai dengan sifat malu kepada Allah SWT.
9-Memilih ilmu yang bermanfaat dan disertai dengan amal yang istiqamah.
10-Iman yang kekal dan disertai dengan akal yang sihat.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam, M/S : 242-243.
 
 Recommended : 
MUSYAHADAH dan muraqabah - Kunci Muslim Yang Sejati
Keutamaan Bulan Syabaan yang Penuh Kemuliaan


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan  melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Berusahalah untuk ikhlaskan hati,  walau perjuangan itu memakan masa sepanjang hayat..bukan tujuannya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Berharaplah  dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In Sha Allah
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu#Rahmat#Allah

Monday, March 7, 2022

Ucapan Jazakallahu khairan dan Tabarakallah


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Maksud disebalik ucapan tersebut ialah :

  Jazakallahu khairan Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu.
 
 Jazakallahu khairan kathira = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak             kepadamu

Jazakallahu khairan kathira (untuk seorang lelaki)

Jazakillahu khairan kathira (untuk seorang perempuan)

Jazakumullahu khairan kathira (untuk ramai)


Sebaiknya apabila kita mendengar seseorang mengucapkan Jazakallah khairan / Jazakallah khairan kathira, jawab lah dengan ucapan ini :

     Wa iyyaka (untuk seorang lelaki)
     Wa iyyaki (untuk seorang perempuan)
     Wa iyyakum (untuk ramai.

 maksudnya ialah :
     Dan ke atas kamu juga


Hadits tentang Jazakallahu Khairan

Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

من صنع إليه معروف فقال لفاعله: جزاك اللَّه خيراً، فقد أبلغ في الثناء

Ertinya:
“Barangsiapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka hendaknya dia ucapkan ‘Jazakallahu khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu)’ kepada orang yang memberi kebaikan. Sungguh hal yang demikan telah bersungguh-sungguh dalam berterimakasih.”


Hadits ini dikeluarkan oleh At Tirmidzi dalam Al Bir was Shilah (2035) dan Ath Thabrani dalam Ash Shaghir (148/2)

Apabila seseorang memberikan sebuah kebaikan kepadamu dengan harta, bantuan, atau ilmu atau yang selain itu, maka Nabi shallallahu alaihi wasallam maka Rasulullah shallallahu alaihi wasallam memerintahkan untuk membalas kebaikan tersebut.
Beliau juga bersabda:

“Barangsiapa yang memberikan kebaikan kepadamu maka balaslah (kebaikan tersebut)”

Maka balasan ini sesuai dengan kondisinya. Ada orang yang balasan kebaikannya dengan engkau berikan sesuatu yang sama dengan apa yang dia berikan sebelumnya, atau bahkan lebih banyak. Ada pula yang orang yang balasannya engkau mendoakan kebaikan baginya, dan dia tidak ingin engkau balas dengan harta.


Tabarakallah
Erti Tabarakallah  menurut Tafsir Al Quranul Karim Surat Al Kahfi, Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin  :

Tabarakallah  

Ertinya :
'Semoga Allah memberkahimu'

 Selain itu, kalimat tersebut juga biasa diertikan sebagai :
'berkat Allah semua terjadi'.

Kalimat ini juga tertulis di dalam Al Quran surat Al A'raf ayat 54, Allah SWT berfirman

Arab: 
تَبٰرَكَ اللّٰهُ رَبُّ الْعٰلَمِيْنَ
Latin: tabarakallahu rabbul-alamin
Artinya: Mahasuci Allah, Tuhan seluruh alam.

Balasan ucapan yang tepat untuk tabarakallah adalah:

"Jazakallah khair"

Jazakallah khair adalah sebuah ucapan yang bererti  :
Allah SWT akan membalasmu dengan kebaikan.

Ucapan lain yang juga dapat menjadi balasan dari istilah tabarakallah adalah:

"Barakallah fii"

Ertinya :
 semoga Allah memberkahimu.

Kemudian, kalimat 'MasyaAllah' memiliki dua arti, yakni 'inilah yang dikehendaki oleh Allah' dan juga 'apa yang dikehendaki oleh Allah, maka itulah yang akan terjadi'.

Allah SWT dalam Quran surat Al Kahfi ayat 39 berfirman menggunakan kalimat Masya Allah

Arab: 
مَا شَاۤءَ اللّٰهُ ۙ لَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّٰهِ
Latin: MasyaAllahu la quwwata illa billah
Artinya: Sunguh, atas kehendak Allah, semua ini terwujud

Sehingga, kalimat 'MasyaAllah tabarakallah' memiliki makna untuk mendoakan sesuatu yang dilihat agar menjadi lebih berkah.

Untuk membalas doa tersebut, umat Islam bisa mengucapkan :

'Wafiika barakallah' untuk pria/lelaki dan

 'Wa fiiki barakallah' untuk wanita.

 Kalimat itu memiliki erti 
 Jazakallah Khairan Katsiiraa – Artinya, Hadits dan Jawaban


Friday, March 4, 2022

Al Kahfi ayat 10 - Doa Mohon Rahmat dan Petunjuk

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Doa Mohon Rahmat dan Petunjuk
Doa dalam Al Qur’an, Al Kahfi ayat 10 serta keutamaannya.

Berdoa dengan ayat Quran merupakan amalan berkah yang  perlu dijadikan sebagai rutin serta istiqomah... dengan kesungguhan hati, In sha Allah kita dipermudahkanNya

Doa yang terkandung didalam al Qur’an adalah merupakan salah satu doa yang paling mustajab. Salah satunya doa ini, yang terdapat dalam surat al kahfi ayat 10. Dari maknanya saja sangat mengena. Bagaimana kita memohon kepada Sang Pencipta petunjuk yang betul dan rahmat dalam segala aktiviti / urusan kita. Sehingga, setiap jengkal langkah dan keputusan yang kita ambil, Insyaallah merupakan yang terbaik dari-Nya.

Seseorang pencari ilmu harus memiliki suatu amalan yang istiqomah untuk dilaksanakan, paling tidak membaca doa yang disebut ini . Bacalah doa ini setiap ba’da sholat rowatib sebanyak minima 3 kali. 


اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
10. (Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”
QS. Al-Kahf Ayat 10 


Tafsir
Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua, meninggalkan negerinya karena menjaga iman dan tauhidnya dari penindasan penguasa negerinya, lalu mereka berdoa, "Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu, lindungilah kami dari orang-orang yang memfitnah kami, dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus yang dapat mengantarkan kepada keselamatan dan kebahagiaan bagi kami dalam urusan kami, baik urusan duniawi maupun ukhrawi.

Dalam ayat ini, Allah swt mulai menguraikan kisah Ashhabul Kahf kepada Rasul saw. Allah swt mengingatkan kepada Rasul-Nya bahwa ketika zaman dahulu beberapa pemuda keturunan bangsawan di suatu negeri, kerana takut penganiayaan rajanya, pergi mencari perlindungan ke dalam gua pada sebuah gunung. Di dalam gua inilah mereka membulatkan tekadnya, menghabiskan masa remajanya untuk mengabdi kepada Allah swt.

Mereka berdoa kepada Allah semoga dilimpahi rahmat dari sisi-Nya. Mereka mengharapkan pengampunan, ketenteraman, dan rezeki dari Allah sebagai anugerah yang besar atas diri mereka. Selain itu, mereka juga memohon agar Allah memudahkan bagi mereka jalan yang benar untuk menghindari godaan dan kezaliman orang-orang kafir dan memperoleh ketabahan dalam menaati Tuhan sehingga tercapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Sungguh Allah telah menolong mereka. Ketika raja kafir itu berhasil menemukan jejak mereka pada pintu gua itu, lalu masuk ke dalamnya, maka Allah swt menutup penglihatan mereka sehingga tidak dapat melihat para pemuda tersebut. Oleh karena itu, akhirnya raja memutuskan menutup pintu gua dengan perkiraan bahwa mereka akan mati kelaparan dan kehausan.

Artikel berkaitan :
Keterangan mengenai QS. Al-Kahf
Surat ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyyah. Dinamai Al-Kahfi artinya Gua dan Ashhabul Kahfi yang artinya Penghuni-Penghuni Gua. Kedua nama ini diambil dari cerita yang terdapat dalam surat ini pada ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surat ini, yang kesemuanya mengandung i'tibar dan pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Banyak hadist-hadist Rasulullah s.a.w. yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.





🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan  melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Berusahalah untuk ikhlaskan hati,  walau perjuangan itu memakan masa sepanjang hayat..bukan tujuannya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya.  Anggaplah dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In sha Allah.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

SOLAT SUNAT RAWATIB

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Rawatib

BACA :

Solat Sunat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat Sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat Rawatib yang muakkad dan sunat Rawatib yang ghaira muakkad.

Disamping itu juga, sunat Rawatib juga terbahagi kepada dua kategori iaitu dikenali sebagai solat sunat Qabliyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas).

Solat Sunat Rawatib boleh menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita.

Dahlil tentang sunat melakukan solat ini,

Sebuah hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim;

Maksudnya : "Dari Abdullah bin Umar, katanya 'Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah S.A.W dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh'. " (Muttafaq'alaih).

"Sesiapa yang melakukan Solat Sunat (Rawatib) 12 rakaat dalam sehari semalam, maka dibina baginya sebuah rumah di Syurga." (HR : Muslim 728 dari Ummu Habibah)

( Dibaca selesai solat sunat Rawatib )

Baca  :

Recommended :

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya"

Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh

Baca :

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan  melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Berusahalah untuk ikhlaskan hati,  walau perjuangan itu memakan masa sepanjang hayat..bukan tujuannya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya.  Anggaplah dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In sha Allah
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼


#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

SELAWAT MAULID

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.

(Riwayat Muslim)

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW.


🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Ikhlaskan hati  berselawat kepada baginda Rasulullah s.a.w. kerana cinta dan kasih pada baginda, semoga baginda menerima kita sebagai umatnya di akhirat kelak.
 Dengan rahmatnya  Allah mempermudahkan urusan. In sha Allah
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Menurut pandangan ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

 SELAWAT MAULIDUR RASUL

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad

‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad

‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

 

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu

يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu

يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu

‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita


فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya

‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan

‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya

‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia

أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

 

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad

‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat

‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja

‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

 

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu

‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia

‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih

‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit

‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan

‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami

‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad

‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis

‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan

‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan.


#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

KEUTAMAAN SHOLAT TASBIH

  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Bacaan ta...