بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Surah At Taubah Ayat 128 dan 129 |
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskanlah hati, bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Anggaplah dengan rahmatnya Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In sha Allah
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Surah At Taubah mengandungi 129 ayat dan diturunkan di Madinah. Dinamakan dengan At Taubah (Taubat) kerana pada ayat ke 117 ada disebut perihal golongan yang telah bertaubat dari kesalahan mereka yang salah lalu dan Allah telah menerima taubat mereka.
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah memudahkan urusan dunia dan akhirat.
Jika dibaca pada waktu pagi, Insya Allah ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, ia boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah SWT.
Ini juga kelebihan-kelebihan lain jika mengamalkan Surah At Taubah. Antaranya:
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Maksudnya:“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”.
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
Maksudnya:
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar”.
Nama Lain Surah At Taubah
Surah ini juga dinamakan surah “Baraa’ah” (Pemutusan Tanggungjawab) yang bermaksud “Pembatalan Perjanjian” sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.
Intisari kandungannya adalah menerangkan perisytiharaan dari Allah dan RasulNya, yang ditujukan kepada kaum musyrikin Arab dan ditegaskan bahawa oleh kerana mereka telah mencabuli perjanjian dengan Rasulullah SAW. Maka perjanjian itu dibatalkan oleh Allah dan RasulNya dan mereka diberi waktu selama 4 bulan, sesudah itu jika mereka tidak menerima Islam maka mereka akan dimusnahkan di mana saja mereka ditemui.
kredit :
https://apacitos.com/2020/04/11/amalan-surah-at-taubah-ayat-128-129/
No comments:
Post a Comment