بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Sunat Rawatib |
BACA :
Solat Sunat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum dan selepas solat fardhu.
Solat Sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat Rawatib yang muakkad dan sunat Rawatib yang ghaira muakkad.
Disamping itu juga, sunat Rawatib juga terbahagi kepada dua kategori iaitu dikenali sebagai solat sunat Qabliyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas).
Solat Sunat Rawatib boleh menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita.
Dahlil tentang sunat melakukan solat ini,
Sebuah hadis yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim;
Maksudnya : "Dari Abdullah bin Umar, katanya 'Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah S.A.W dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh'. " (Muttafaq'alaih).
"Sesiapa yang melakukan Solat Sunat (Rawatib) 12 rakaat dalam sehari semalam, maka dibina baginya sebuah rumah di Syurga." (HR : Muslim 728 dari Ummu Habibah)
Baca :
Recommended :
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya"
Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh |
Baca :
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan keredhaanNya. Ikhlaskanlah hati ter, bukan hanya untuk dunia atau apa jua balasan yang menjadi matlamatnya. Anggaplah dengan rahmatnya Allah mempermudahkan perjalanan kita menujuNya. In sha Allah
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
kredit :
#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu
No comments:
Post a Comment