Monday, March 21, 2022

Hijrahnya Sebuah Hati....Fahami dosa kalbu.

 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Fahami dosa hati / kalbu

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
" Sesungguhnya tujuan kita beribadat adalah untuk memanifestasikan dan  melestarikan rasa perhambaan padaNya dan mendapatkan  keredhaanNya, 
Biarlah Allah sahaja yang menilai diri kita.
 Senantiasalah  merasa rendah hati walau di mana kita. In sha Allah. "

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Ada orang yang tidak dosa zahirnya iaitu orang taat ( yang begitu bagus sekali amal ibadatnya, meningalkan segala yang mungkar ) zahirnya dia taat
tapi dihatinya ia menyatakan : "Itu orang maksiat, itu ahli neraka,"dia sedang mengotori kalbunya.... Dia lupa ada dosa lain iaitu dosa kalbu
 ( cepat memandang rendah orang lain, memandang lekeh amalnya dan membuat penilaian tentang seseorang, Sekaligus merasakan dirinyalah yang lebih tinggi kedudukannya disebabkan amalannya yang bagus )

" Dosa kalbu itu sulit di hapus kerana ia tidak kelihatan." 

Ia tidak bisa diceritakan kepada ustaz biasa. Ia perlu dilaporkan ke guru Rohani 
yang bisa mengerti persoalan penyakit kalbu. Jadi kalbu itu ada doktornya,
Hanya  doktor kalbu yang  mengerti penyakit2 yang dikalbu

"Jika penyakitnya di kalbu jangan datang ke ahli Fiqh
Orang yang berpenyakit kalbu seharusnya datang ke doktor kalbu,
jika datang ke ustaz biasa nanti dibidaah2kannya
Kalau penyakitnya gelisah, dia merasakan solatnya tak nyaman, di hatinya
merasakan ada yang tidak beres jika dia datang ke ustaz biasa 
dapatkan bermacam wirid dan
pelbagai amalan sekalipun, gelisahnya tetap ada kerana zikirnya tidak masuk ke kalbu..
hanya sekadar lafaz di bibir sahaja... banyak amalan dilakukan tapi
  masih terasa sombong"

...seperti lagaknya sang Azazil yang ribuan tahun beribadat..

Begitulah...
Bahayanya orang yang taat yang merasakan dirinya suci 
dan tidak merasakan dirinya adalah hamba Allah....
 Namun kerana Allah menyayangi orang ini 
Allah letakkan dalam garis hidupnya mendekati maksiat...
"Takutlah kamu pada Allah !"
Di saat itu hatinya menjadi gelisah , bila menyedarinya,
lalu dia menangis memohon keampunan dari Allah dan 
merasa hina diri di hadapan Allah.
Begitulah caranya 
Allah membersihkan kalbu seorang hamba yang disayangiNya

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
"Itulah sebabnya ada orang puluhan tahun beribadat tapi 
tak bisa nangis ketika bersujud pada Allah
tapi bila bermaksiat sekali baru dia bisa nangis dalam sujudnya"

(merasakan diri ahli ibadat dan sudah terjamin di sisi Allah itu adalah penyakitnya kalbu, ingatlah tidak akan masuk shurga orang yang merasakan dirinya sombong walau sebesar zarah...nauzubillah!)
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

erti sujud yang sebenarnya

Fahamilah
Kita semua adalah pendosa, jika tiada dosa zahir, ada dosa mata, dosa kalbu, dosa lisan..
tiada siapa yang suci tanpa dosa dalam hidupnya cuma tidak menyedarinya

Walau sebanyak mana pun amal kita, Allah yang tentukan bagaimana kualitinya dan penerimaannya, kita hanya mampu berusaha memperbaiki apa yang patut, Justeru sentiasalah merasakan rendah diri dan takut pada murka Allah. Apalagi ada dosa tersembunyi yang tidak kita sedari wujudnya dalam diri

Merasakan diri pendosa itulah yang membuat diri terasa hina di hadapan Allah
dambakan rahmat dan kasih sayang Allah, dambakan bantuan Allah

JIka tiada rasa itu di hati atau kalbu, awaslah kerana mungkin
tanda kita mengalami masalah kalbu tanpa sedar
(Peringatan untuk diriku sendiri juga yang kadang terlupa - merasakan diri pendosa )
Allah tahu apa di hati

Surah An-Naml (The Naml) سورة النمل
(Verse 74 of 93)
وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ (٧٤ - 74)

“Dan sesungguhnya Tuhanmu mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (ungkapkan dengan kata-kata) 
[Quran, 27:74].

Kredit : MUKADIMAH TASAWUF | HIJRAHNYA SEBUAH HATI | Abuya Dr. Arrazy Hasyim, M.A

" Hijrahnya Sebuah Hati....Fahami dosa kalbu " Mungkinkah itu rahsia di sebalik apa yang Allah tunjukkan melalui peristiwa ini ? Wallahu a'lam

Love, Cinta, Hati, Kalbu. 03062022  (3 Syaaban 1443H) Signboard : Persimpangan Ajil 



( Riya menyebabkan  yang berilmu dan berharta dimasukkan ke neraka  )

      🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴 🌴🌴🌴🌴🌴🌴

Menghayati KeEsaanNya 💙
Rasulullah penunjuk jalan 💖

" Sesiapa yang menemui Baginda Nabi secara kebetulan, pasti akan memuja dan menghormatinya. Malah sesiapa saja yang bergaul dan bercampur dengan Baginda nescaya akan mencintainya. Baginda mempunyai keperibadian yang lemah lembut dari asalnya. Baginda bukanlah seorang yang kasar atau memandang rendah terhadap sesiapa sahaja.
Seandainya Baginda memandang seseorang maka Baginda akan memberikan perhatian sepenuhnya dengan seluruh wajahnya. Sekiranya seorang memanggilnya maka Baginda tidak hanya memalingkan mukanya sahaja, malah akan memberikan perhatian dengan seluruh jasadnya.
Ketika Baginda akan pergi berjumpa dengan seseorang, maka Baginda akan pergi menunggu di satu tempat yang berhampiran dengan orang itu. Baginda juga meminta supaya orang lain juga mengikuti caranya. Ketika Baginda mengambil tempat di sebelah seseorang, maka Baginda akan memberikan sepenuh perhatiannya kepada teman itu, sehingga kelihatan bahawa orang lain tidak menerima seluruh perhatian darinya sebegitu rupa."


🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami menerima segala ilmu dgn kefahaman, curahkanlah hidayahMu untuk kami jadikan sebaik-baik penghayatan bersama keluarga kami pada hari ini. Perindahkanlah hari ini dgn berita yang membahgiakan dan menceriakan kami Ya Allah..agar kami dapat menghayati rahmatMu dengan sebaik-baiknya

Allahumma Ya Rahmanur Rahim..
Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, perkara yang bathil agar kami jauhi; corakkan akhlak kami dgn sifat-sifat MAHMUDAH dan lindungilah kami dari sifat-sifat MAZMUMAH, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Ghaffar... kami memohon keampunan dari segala dosa n kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak2 dan pasangan kami, kaum keluarga kami, ustaz n guru2 kami dan seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Aamiin ya rabbal Alamin...



 🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴 🌴🌴🌴🌴🌴🌴

#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu

No comments:

Post a Comment

💐HATI CERMINAN DIRI💐

 ﷽ اَلسَّــلَامُے عَلَيْڪُمُے وَرَحْمَۃُ اللّٰہِ وَبَرَڪَاتُہُ ﷽ ﷻ بِسْـــــــمِے اللّٰہِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْـــــــمِے ﷻ ﷺ اَللّٰہُمَّے  ...