بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Doa ketapan hati |
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَعَائِشَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَهَكَذَا رَوَى غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ وَرَوَى بَعْضُهُمْ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدِيثُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ أَنَسٍ أَصَحُّ
BerDoa Rasulullah :
"YA MUQALLIBAL QULUUB TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA"
(wahai Dzat yang membolak balikkan hati teguhkanlah hatiku berada di atas agamamu).
Kemudian aku pun bertanya, Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu & kepada apa yg engkau bawa. Lalu apakah diri mu masih khawatir kepada kami?
Baginda menjawab: Ya, karena sesungguhnya hati manusia berada di antara dua gengaman( jari) الله yg Dia bolak-balikkan menurut yg dikehendaki-Nya
( HR. Tirmidzi 2066)
Sesungguhnya alam dunia yang terbentang ini adalah tempat الله memantulkan Dua Sifat Allah Yang Maha Agung yakni sifat Jalal Dan JamalNya. Justeru itu insan wajib fahami bahawa kehidupan ini adakalanya penuh keindahan dan adakalanya penuh kesakitan. Ia sering berganti bagaikan siang dan malam antara dua gengaman الله.
Apabila DIA memantulkan sifat JamalNya dalam pelbagai bentuk, maka ketika itu kita akan merasai kebahagiaan dan kenikmatan dengannya, apabila DIA memantulkan Sifat JalalNya dalam pelbagai bentuk, maka tika itu engkau merasai ketakutan,kepedihan dan kesengsaraannya Justeru itu kehidupan ini wajib difahami tidak lain hanyalah kita berada dalam cahaya pantulan dua gengaman Jalal dan JamalNya, DIA mahu menguji hambaNya dengan dua wajah sifatNya.
Fahamilah :
Oleh itu, selamilah makna kehidupan yang sebenarnya dan fahamilah akan doa Rasulullah Salallahialahiwassalam yang berdoa agar hati insan ini tetap teguh pada الله walaupun apa saja Sifat yangg dipantulkan samada wajah Jalal atau Jamal. Dengan itu, mereka yang mengenal Allah akan kenal bahawa wajah الله jua disebaliknya wajah kebahagiaan dan kesakitan,
JamalNya :
Dia menguji dengan pantulan sifat Jamal dalam bentuk wajah ibubapa yang penyayang, isteri@suami yang baik, rezeki yg baik, amal dan takdir yang baik atau kenikmatan, adakah hambaNya bersyukur atau tidak?
Sedarlah diri kita ketika kita diselubungi cahaya JamalNya (segala kesenangan, baik harta benda atau keluarga , ilmu dan kekuasaan) , maka sujudlah bersyukur pada الله dengan tiada kesombongan dalam diri. Sedarlah bahawa segalanya itu adalah dari Rahmannya Allah iaitu pantulan JamalNya.( Walau pada dasarnya kita merasakan kita yang berusaha, pada hakikatnya Allahlah yang Maha memberikan segalanya ). Tiada satupun di dunia ini yang berlaku tanpa IzinNya. Bila2 masa sahaja Allah boleh menarik kembali pantulan sifat JamalNya itu.
JalalNya :
Dia jua mahu menguji kita tika cahaya JalalNya dipantul dalam bentuk wajah mereka yang tak disenangi, takdir yang menyakitkan seperti sakit, dipertemukan dengan orang yang menyakitkan hati , adakah hambaNya bersabar atau tidak ketika itu. Adakah kita faham itu adalah dari Allah jua yang mengizinkannya berlaku.
Begitulah apabila diri diselubungi dengan cahaya JalalNya, maka sujudlah penuh kesabaran menangis pada الله dengan penuh sabar dan pasrah, dan yakini diri bahawa pada bila2 masa sahaja bentuk2 kesakitan yang dilaluinya kini boleh hilang apabila pantulan JalalNya ditarik..
Ingatlah :
Sesungguhnya disebalik pantulan JamalNya ada JalalNya, disebalik JalalNya ada JamalNya. Maka berterbangan di alam ini dengan memakai dua sayap iaitu SABAR dan SYUKUR hingga penghujung kehidupan nanti agar pertemuan dengnn الله dalam kecintaanNya..
Penutup :
Syurga
adalah pantulan Sifat JamalNya,justeru itu Kehidupan di Syurga segala-galanya indah lantaran hanya pantulan Sifat JamalNya sahaja yang ada,
Neraka
adalah pantulan Sifat JalalNya, justeru itu kehidupan Neraka segala-galanya menyakitkan lantaran pantulan sifat JalalNya sahaja yang ada..
Maka
beruntunglah dan berbahagialah mereka yang kehidupannya disana diselubungi
sifat JamalNya yang abadi
yakni Jannah.
Teramat ruginya dan sengsaralah mereka yang kehidupannya disana diselubungi JalalNya yang abadi yakni Neraka..
Tajamkanlah hati dan kalbu dalam melihat 'gurau senda' الله dalam kehidupan disebalik Wajah Jalal dan JamalNya
agar tetap dirimu bertunjang teguh keimanan padaNya..
Tajamkanlah Hati dan Qolbu |
Baca : Mencapai Martabat Muqarrabin
Firman الله
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
,(Ash-Syar-h 94:5) |
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Ash-Syar-h 94:6) |
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran(Jalal) disana ada kebahgiaan(Jamal)
dan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran (Jalal) disana adanya disertai kebahgiaan (Jamal)
Para kekasih الله yang miliki hati yang tenggelam dalam Allah tetap menikmati sama sahaja samada الله datangkan takdir dalam bentuk Jalal atau JamalNya..
Firman الله "Sesungguhnya para wali2 ALLAH Tiada ketakutan dan tiada pula bersedih hati " Surah Yunus ayat 62 :
﴾10:62﴿ أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
﴾10:63﴿ الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا وَكَانُوۡا يَتَّقُوۡنَؕ
(10:62) Sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan dan tidak (pula) mereka bersedih hati -
(10:63) orang-orang yang beriman dan bertakwa.
( Surah Yunus ayat 62-63 )
kredit :
JALAN MENJAGA ISTIQOMAH
بسم الله الرحمن الرحيم
Agar tetap teguh di atas istiqamah maka seseorang harus melakukan hal-hal berikut ini, dinataranya adalah :
➡1). Taubat nasuha.
➡2). Senantiasa mentauhidkan Allâh dan menjauhkan syirik.
➡3). Selalu berusaha untuk selalu konsekuen dan konsisten dalam ketaatan kepada Allâh danRasul-Nya.
➡4). Muraqabatullâh, yaitu selalu merasa diawasi oleh Allâh Ta’ala baik dalam keadaan rahasia maupun terang-terangan.
➡5). Muhasabah, yaitu menginstrospeksi segala amal perbuatan yang telah dikerjakan.
➡6). Mujâhadah, yaitu berjuang sungguh-sungguh menggembleng jiwa di atas ketaatan kepada Allâh Ta’ala.
➡7). Ikhlas dalam beramal dan mutaba’ah (mengikuti contoh Rasûlullâh).
➡8). Berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi bid’ah.
➡9). Menjaga shalat lima waktu dengan berjama’ah di masjid.
➡10). Berani dalam melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar.
➡11). Senantiasa menuntut ilmu syar’i.
➡12). Takut kepada Allâh Ta’ala dengan mengingat pedihnya siksa neraka.
➡13). Mencari teman yang shâlih.
➡14). Menjaga hati, lisan, dan anggota badan serta sabar dari hal-hal yang diharamkan.
➡15). Mengetahui langkah-langkah setan.
➡16). Senantiasa berdzikir dan berdo’a agar diteguhkan di atas istiqamah. Diantara do’a yang sering Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam baca ialah:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ.
"Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamamu." [HR at-Tirmdizi (no. 3522) dan Ahmad (VI/302, 315) dari Ummu Salamah radhiyallâhu ’anha]
والله أعلم… وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم
📋 Diringkas dari Pembahasan "Keutamaan Istiqomah"
✍ Ust. Yazid bin Abdul Qodir Jawas
#hati #selawat #akhirzaman #puasa #kalbu
No comments:
Post a Comment